Iklan dan maklumat jawatan HIKMAH tutup 25 Jun 2011

Document Sample
Iklan dan maklumat jawatan HIKMAH tutup 25 Jun 2011 Powered By Docstoc
					Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia beragama Islam yang
berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :-

1) Pembantu Kewangan (Ibu Pejabat HIKMAH)
      Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan berpengalaman dalam bidang yang berkaitan
      sekurang-kurangnya satu tahun.
      Memiliki asas perakaunan adalah satu keutamaan.
      Pengalaman menggunakan perisian UBS

2)   Pembantu Tadbir (Pejabat HIKMAH Cawangan)
       Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan berpengalaman dalam bidang yang berkaitan
       sekurang-kurangnya satu tahun.
       Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana cawangan di seluruh Sarawak.

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik,
pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer.

Borang Permohonan Jawatan boleh dimuat turun melaui Laman Web www.hikmah.org.my atau
boleh didapati di alamat berikut:

Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH
Ibu Pejabat HIKMAH
Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak
P.O. Box 1780, 93736 Kuching, Sarawak

Catatan Am

     Borang Permohonan Jawatan hendaklah dikepil bersama resume/CV
     Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan
     Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
     Setiap permohonan hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas
     sampul surat tersebut dan hendaklah dialamatkan seperti di atas.
     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
     Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan
     disenarai pendek dan pemohon yang dipilih untuk temuduga sahaja akan dihubungi.
     Sekiranya pemohon-pemohon tidak di hubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh iklan
     ini ditutup, maka anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

Tarikh Tutup: Pada atau sebelum 25 Jun 2010.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:407
posted:6/7/2011
language:Malay
pages:1
Description: Iklan dan maklumat jawatan HIKMAH, ditutup pada 25 Jun 2011. Uploaded by VacancySarawak.blogspot.com