Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Get this document free

AL

VIEWS: 49 PAGES: 21

									AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA


AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh

seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai

dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup.

Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu

gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya


Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi

oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan

memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan

mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang

dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan

dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai

buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.


Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang

berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya

memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan

masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan

melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika

individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk,

akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat

membantu tamadun yang murni dan luhur.


Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan

bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-
unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan

tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk

daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam

kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat

manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni

tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang

bermaksud:


"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-

Baihaqi)


Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina

keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak

kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi

pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta

ketinggian hidup manusia di bumi ini.


Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran

menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber

pengetahuan mengenai nitai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-

Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi

dalam bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk

digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan

manusia semasa, al-Ouran diturunkan.


Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka

yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan

merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam

perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana

perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam

kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan

kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia

sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.




Aqidah Mencorakkan Akhlak


Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh

seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran

tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada

bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi

dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan

manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar?

Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan

mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan.

Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka

terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan

berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.


Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza

kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah
mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang

kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.


Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang

beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang

mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa

kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak

terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka

percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan

adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan

pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah

harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta

atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.


Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada

Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan

hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap

tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan

Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan

dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.


Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu

kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T.

Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada

Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T."
Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain

daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana

kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T.

bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah

tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah

bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang

mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang

bermaksud:


'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-

Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah,

daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada

kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'


Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.

Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia

tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki

peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak

mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.


Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa

ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung

serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak

semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat.

Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia

sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah

di akhirat.
Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni

dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak

tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung

yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-

orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap

sesama manusia.


Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T.

ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap

manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang

ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah

S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan

perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.


Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang

kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah

dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai

bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang

beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan

Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman

yang bermaksud:


"Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak

lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih

daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t Kita

tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari

kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)
Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa

tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa

memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran

"kehidupan ini cuma di dunia". Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak

dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:


"Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada

dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.


Maksudnya:


"Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan

kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia,

orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu

makan dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)


Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada

perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis

yang bermaksud:


"Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud,

kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.


(al-Baqarah: 34)


Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya

kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang

tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan

ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup
yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T.

berfirman yang bermaksud:


"Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan

minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah

menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)


Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka.

Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-

mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada

matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah

tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.


Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang "pepat di luar rencung

di dalam,' "telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat

kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman.

Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka

mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura

percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka

benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w.

dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari

akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)


Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii

akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar
belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w.

bersabda yang bermaksud:


"Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah

munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi

amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif




Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan

praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang

kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian

akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam

dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah

s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang

realistik. Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra.

berkata 'Adapun akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang

membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat

relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah

mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik

untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai

baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap

tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah
haial dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram

diterangkan dengan jelas.


Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang

menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan,

yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan.

Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah

diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi

perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.


Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata

bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu,

kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan

sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang

dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain.

Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini

perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan

periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara

nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.


Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh

berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan

kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem

peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang

bermaksud:
"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias

serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)


Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T.

adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu

Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan

biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka

melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada

kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang

tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru

masyarakat barat.




Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan

dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-

Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada

penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w


Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan

dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T.

untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan

sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung". (al-Qalam: 4)


Juga firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri

Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". (al-Ahzaab; 21)


Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah

S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada

Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-

Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi

pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air

mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-

Nya yang bermaksud:


" Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya

tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan

sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan

mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)

terdapat pada muka mereka dari kesan sujud". (al-Fath: 29)


Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan

tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan

kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika

'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah

S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah

s.a.w. menjawab, yang bermaksud:


"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur." (Riwayat Bukhari dan

Muslim)


Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T.

Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan

beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan

dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah.

Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat

tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku

kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku

amatiah keras".


(Ibrahim: 7)


Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan

kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni
ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan

seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.


Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan

kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan

antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T

menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang

dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:


"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya

sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia".


(a-li'lmraan: 112)


Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang

mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem

yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin

jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari

kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan

kehormatan.


Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat

mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam.

Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi

berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w.

mendengar perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian,

demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku
sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku

mengahwini wanita-wanita".


Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak

seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga

merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan

perintah dan arahannya.




Akhlak Terhadap Sesama Islam




Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti

kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-

orang beriman, secara terperinci.


Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan.

Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah

diantara dua saudara kamu'.


(al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama

lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan

berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa

seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)


Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang

membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi

perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya

daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)


Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan

kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu

dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w.

bersabda yang bermaksud:


'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya

sebagaimana ia mencintai dirinya.


(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)


Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan

Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk

membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam

pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam
hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam

senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-

Tirmizi)


lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan

hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


'...Sebarkantah salam di kalangan kamu". (Riwayat Muslim)


Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam

secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.


Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T

dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan

yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di

kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan

martabat dan ketinggian orang-orang beriman.


Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang

dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran

melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila

dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan

orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang

untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus

terang melainkan mereka yang dizalimi".
(al-Nisaa'.. 148)


Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika

keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di

mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai

kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk

dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia

dan diakhirat".


(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita

tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan

mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang

bermaksud:


"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang

didengarnya".


(Riwayat Muslim)


Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w.

bersabda yang bermaksud:


"Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka

mengeluarkan kata buruk dan kesat".


(Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka

hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya"

(RiwayatAt-Tirmizi)


Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan

kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T.

setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang

bermaksud:


'Agama ituialahnasihat".Adayangberkata "untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya

"untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai

di kalangan mereka'. (Riwayat Bukhari)
Al-Quran Sumber Akhlak Mulia


Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun

tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan

haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-

Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga

menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber

yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.


Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya.

Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan

sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran

melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan

maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-

Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia

berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak

manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.


Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun,

berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya

bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.


Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan

akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara

praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran

adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan

menghayatinya.

								
To top