Docstoc

LAPORAN BAGI LATIHAN PENDEK

Document Sample
LAPORAN BAGI LATIHAN PENDEK Powered By Docstoc
					          LAPORAN

LATIHAN PENDEK/LAWATAN SAMBIL

     BELAJAR LUAR NEGARA

KEPAKARAN PERGIGIAN PEDIATRIK
LAPORAN BAGI LATIHAN PENDEK LUAR NEGARA

A. BUTIR-BUTIR PESERTA (Sepasukan)
      Nama Peserta : DR BAHRUDDIN BIN SARIPUDIN
      Jawatan      : Pakar Perunding Pergigian Pediatrik U54
      Jabatan      : Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Serdang, Selangor

       Nama Peserta : PREMALA DEVI A/P SIVALINGAM
       Jawatan      : Juruteknologi Pergigian U32
       Jabatan      : Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

       Nama Peserta : JAMALIAH BINTI ISMAIL
       Jawatan      : Juruteknologi Pergigian U32
       Jabatan      : Klinik Pergigian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

       Nama Peserta : NOORMADIYA BINTI YUSOFF
       Jawatan      : Ketua Jururawat Pergigian U32
       Jabatan      : Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Aminah, Johor

       Nama Peserta : ALLIE A/P MUNUSAMY
       Jawatan      : Jururawat Pergigian U29
       Jabatan      : Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Serdang, Selangor


B. BUTIR- BUTIR KURSUS

  1. Nama : Team Training on Rehabilitative and Restorative Management of Children
            with Amelogenesis and Dentinogenesis Imperfecta

  2. Tarikh          :     12 – 23 Julai 2010

  3. Tempoh kursus :       2 minggu

  4. Tempat kursus :       Edinburgh Dental Institute, Glasgow Dental Hospital dan
                           Newcastle Dental Hospital

  5. Anjuran         :     Edinburgh Dental Institute, United Kingdom

  6. Tajaan              : Bahagian Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia


C. OBJEKTIF KURSUS

  Umum : Memantapkan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam
  segala aspek pengendalian kanak-kanak dengan masalah `amelogenesis imperfecta’
  dan `dentinogenis imperfecta’ terutamanya aspek restorasi dan rehabilitasi.
  Khusus :
  1. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek klinikal pengendalian
     kes ’amelogenesis imperfecta’ dan ’dentinogenesis imperfecta’ yang melibatkan
     diagnosis, perancangan rawatan dan kaedah terkini.
  2. Mempelajari pelbagai teknik dan kaedah yang digunapakai di makmal pergigian
     dalam fabrikasi bahan/ prostesis bagi tujuan rehabilitasi.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkenaan kesan anomali ini ke atas
     higin mulut dan kesihatan mulut secara keseluruhan serta aspek kaunseling ke
     atas pesakit serta ibu bapa.



D. ISI KANDUNGAN KURSUS/LAWATAN

 1. Ringkasan

  Latihan/lawatan ini pada umumnya diperolehi melalui kaedah pemerhatian, ’hands-
  on’, ceramah dan perbincangan mengikut kesesuaian. Pemerhatian dilakukan di
  klinik ke atas kes-kes yang dikendalikan dan dibincangkan secara terus menerus.

  Juruteknologi Pergigian pula bukan sahaja melakukan pemerhatian dalam aspek
  pengendalian kes di makmal malah berpeluang melakukan ’hands-on’ ke atas model
  pergigian.

  Satu sesi ceramah dan perbincangan selama lebih 3 jam meliputi segala perkara
  berkaitan pengendalian masalah ’amelogenesis imperfecta’ dan ’dentinogenesis
  imperfecta’ dilakukan bersama-sama dengan pakar-pakar.

  Di samping itu pemerhatian juga dibuat terhadap pengendalian kes-kes yang lain di
  klinik dan juga di Dewan Bedah yang meliputi aspek restoratif dan estetik.
  Pemerhatian juga dibuat berkenaan kaedah pengendalian pesakit, penggunaan bahan
  dan peralatan di ketiga-tiga tempat yang dikunjungi.

  Perkongsian pengetahuan dengan beberapa pakar yang berbeza dari sudut peluang
  untuk mengikuti program peningkatan pengetahuan dan profesion juga dilaksanakan.

  2. Fokus utama

  Memperolehi pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam mengendalikan kes
  ’amelogenesis imperfecta’ dan ‘dentinogenesis imperfecta’. Pengendalian yang
  menyeluruh dilihat terutama dalam aspek klinikal termasuklah kaedah/teknik di klinik,
  penjagaaan kesihatan pergigian secara umum serta kaedah/teknik digunapakai di
  makmal pergigian. Pengendalian juga akan meliputi aspek kaunseling kepada pesakit
  dan ibu bapa.
3. Fokus minor

Meneliti pengendalian masalah anomali pergigian yang lain seperti hypodontia dan
pengendalian masalah pergigian pesakit kanak-kanak secara umum.Di samping itu
pemerhatian berhubung peralatan, kelengkapan, bahan- bahan yang digunapakai ,’set-
up’ makmal pergigian dan kerja-kerja makmal yang berkaitan. Anggota sokongan
yang turut serta juga boleh meneliti berhubung tugas dan tanggungjawab masing-
masing sebagaimana yang diamalkan di tempat kursus.

4. Lampiran program

 Date               Morning Session                     Afternoon Session
           Introduction to EDI and Program      Discussion on program for every
12 July    Tour around EDI                      members
           (All team members)                   (All team members)

           Hypodontia clinic                    Royal Sick Children Hospital
13 July    Consultation of ortho cases          Clinical demonstration in OT
           (Specialis and Dental Nurse)         (Specialist and Dental Nurse)

           Dental laboratory demonstration      Dental laboratory demonstration
           (Dental Technologist)                (Dental Technologist)

           New patient clinic                   Clinical demonstration on patients
14 July    (Specialist and Dental Nurse)        (Specialist and Dental Nurse)

           Dental laboratory hands-on           Dental laboratory hands-on
           (Dental Technologist)                (Dental Technologist)

           Case discussion                      Clinical demonstration on patients
15 July    New Patient clinic                   (Specialist and Dental Nurse)
           (Specialist and Dental Nurse)

           Dental laboratory demonstration      Dental laboratory demonstration
           (Dental Technologist)                (Dental Technologist)

           New patient clinic                   Clinical demonstration on patients
           Clinical demonstration on patients   (Dental Nurse)
           (Dental Nurse)
16 July                                         Dental laboratory hands-on
           Dental laboratory hands-on           (Dental Technologist)
           (Dental Technologist)

17 July    Rest day
18 July     Rest day
19 July     Clinical demonstration on patients   Clinical demonstration on patients
            (Specialist and Dental Nurse)        (Specialist and Dental Nurse)

            Dental laboratory hands-on           Dental laboratory hands=on
            (Dental Technologist)                (Dental Technologist)

            Visit to Glasgow Dental Hospital     Visit to Glasgow Dental Hospital
20 July     (All team members)                   (All team members)

            Lectures and case discussion         Clinical demonstration on patients
            (All team members)                   (Specialist and Dental Nurse)
21 July
            Presentation of token of             Dental laboratory hands-on
            appreciation to EDI                  (Dental Technologist)

22 July     Visit to Newcastle Dental Hospital   Visit to Newcastle Dental Hospital
            (All team members)                   (All team members)

            Clinical demonstration on patients
            (Specialist and Dental Nurse)
23 July
            Dental laboratory hands-on
            (Dental Technologist)



Nama Pegawai dilawati : 1. Dr. Kathryn E Harley
                           Edinburgh Dental Institute
                           Telefon : +44 0131 5364970
                           Faks : +44 0131 5364971
                           e-mail : Kathryn.Harley@nhslothian.scot.nhs.uk

                        2. Dr. Richard Welbury
                           Professor Jeremy Bagg
                           University of Glasgow Dental School
                           Telefon : +44 0141 2119741
                           Faks    : +44 0141 3312798
                           e-mail : j.bagg@dental.gla.ac.uk

                        3. Dr. Ben Cole
                           Department of Child Dental Health
                           Newcastle Dental Hospital
                           Telefon : +44 0191 2336161
                           Faks    : +44 0191 2824671
                           e-mail : b.o.i.cole@ncl.ac.uk
  5. Pemerhatian
     Hasil dari lawatan sambil belajar ini saya mendapati :
     i.     Semua kanak-kanak di rujuk keunit kepakaran pergigian tertentu jika perlu
            dibawah satu bangunan yang mempunyai semua bidang kepakaran
     ii.    Penggunaan bahan-bahan pergigian adalah sama atau lebih kurang sama.
     iii.   Kanak-kanak dibenarkan memilih rawatan melalui nasihat kepakaran.
     iv.    Case report untuk trauma dan rawatan yang dijalankan dibincangkan
            terlebih dahulu supaya rawatan susulan dapat dilakukan tanpa berbincang
            di hadapan pesakit.
     v.     X-ray merupakan satu kemestian untuk meneliti kegigian pesakit.
            (gambar disertakan dilampiran )

  6. Syor/recommendation
     Saya mengesorkan Kementerian memberi peluang Jururawat Pergigian
     i.      Mengambil kursus/ training dalam bidang kepakaran
     seperti: Dental Sedation, Oral Health Education, Dental Radiography, Scrub
     Nurse didewan bedah,Orthodontic, Special Care, Behavioural
     Sciences & Comunication skill , Health Informatic, Public Health dan Jangkitan
     Silang.
     ii.     Diberi peluang mendalami ilmu untuk membuat kertas research sebagai
     perkembangan kerjaya dan boleh berfungsi sebagai tenaga pengajar.

  E. FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARI KURSUS
  (Catitkan faedah berhubung dengan tugas dan tanggungjawab anda dan kemajuan
  kerjaya anda)
     i.     Mendapat pendedahan perbezaan antara kes amelogenisis, dentinogenisis,
            hypomaturation, florisis, dan hypocalcification. Juga kes Hypodontia.
     ii.    Setiap sessi rawatan yang dikendalikan, mempunyai bukti melalui
            fotografi, x-ray dan cetakkan( model study).
     iii.   Penggunaan bahan-bahan pergigian serta teknik rawatan yang sistematik
            menentukan kejayaan setiap rawatan yang diberikan.


F. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KURSUS

 ( Jelaskan apa yang dipelajari dalam kebaikan dan kelemahan)

 Pendedahan secara short Learning and attachement lebih berkesan sekiranya lawatan
 ini disusuli dengan lawatan ke klinik Out-patient.Memandangkan Universiti Of
 Edinburgh( NHS) ini merupakan rujukkan pesakit yang telah terlebih dahulu di rawat
 di Unit Pergigian Emergency. Oleh itu kes-kes kanak-kanak yang di lawati adalah
 kes-kes followup.Namun semasa lawatan ini kami dapat menimba pengetahuan dalam
 pengendalian rawatan yang berkesan dan kewajaran rawatan di lakukan.Kanak-kanak
 juga di berikan privacy dalam setiap prosedur dengan menjelaskan keperluan rawatan
 yang di susuli oleh ibubapa atau penjaga. Orang awam tidak di benarkan mengambil
 gambar sekiranya pesakit tidak membenarkan.
  G. PELAN TINDAKAN SELEPAS KURSUS
     ( Senaraikan tindakan yang akan diambil, nyatakan jangkamasa tindakan diambil)
i.      Menerangkan kepada Pakar melalui persembahan multimedia penggunaan
        peralatan dan bahan-bahan pergigian.
ii.     Membaiki sistem pensterilan dan penyimpanan peralatan kepada yang lebih
        bersistematik.
iii.    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkenaan kesan anomali ini ke atas
        higin mulut dan kesihatan mulut secara keseluruhan serta aspek kaunseling ke
        atas pesakit serta ibu bapa.


 H. KESESUAIAN KURSUS UNTUK DIHADIR PEGAWAI LAIN
   ( Ya atau tidak , sertakan justifikasi. Cadangan untuk memperbaiki kandungan dan
   perjalanan kursus pada masa akan datang. Perkara yang boleh digunapakai oleh
   pihak lain. Kebararangkalian digunakan sebagai attachment untuk bidang masing-
   masing)

Justifikasi Kursus:

Kursus ini perlu di hadiri oleh pegawai dan anggota pediatrik yang lain kerana lawatan ke
University Of Edinburgh tidak mempamerkan keadaan pesakit yang sebenar kerana
University ini merupakan sumber rujukkan kes-kes yang telah di screening oleh unit
Emergency. Saya mencadangkan lawatan sambil belajar dilain masa dapat memberikan
peluang kepada kami bermula dengan Klinik Emergency sehingga ke University kerana
ia dapat memberikan kami peluang belajar behavioural management sehinggalah
kerawatan pencegahan.


  I. PENUTUP
     (Beri rumusan keseluruhan)

Secara keseluruhan kursus ini telah dapat membantu pergigian pediatrik ( saya)
mengenali kes – kes abnormally dalam pergigian. Melalui learning attachement ini kami
di beri peluang melihat kes- kes yang di pilih , rawatan yang dijalankan, panduan
kesihatan mulut yang di ajar dan nasihat prosedur yang perlu dilakukan , teknik rawatan
yang dijalankan itu telah memberikan kami kesedaran bahawa banyak lagi yang perlu
kami pelajari dalam meningkatkan rawatan pergigian kepada masyarakat terutama kanak-
kanak. Pendedahan yang kami perolehi telah mengajar kami kepentingan
memperkenalkan prostesis pergigian dapat menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan
dan mereka boleh memilih untuk mempunyai paras rupa yang mereka ingini dengan
mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik. Kanak-kanak yang mempunyai abnormaliti
kegigian juga dapat mempunyai pilihan dan berupaya memilih rawatan sekiranya kami
dapat mengenali keganjilan mereka seawal mungkin.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:76
posted:5/31/2011
language:Malay
pages:7