-tanggungjawab-dan-peranan-guru

Document Sample
-tanggungjawab-dan-peranan-guru Powered By Docstoc
					      KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                           1


1.0     PENGENALAN
        Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa
        1.1      Definisi dan Konsep keguruan


        Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa
        jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,
        masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling
        utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
        dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi
        semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
        martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke
        tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan
        Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
        Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.


        Mengikut Kamus Dewan, „profesion‟ ialah pekerjaan terutamanya yang
        memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam
        bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.
        „keguruan‟ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya)
        sebagai guru.


         . Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa
        profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat
        dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan
        negara bangsa itu sendiri.


        Di sini maksud Etika membawa maksud :
        1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
        (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
        2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            2


        3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
        terhadap masyarakat.
        4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
        berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.


        1.2      Maksud Etika Profesional
        Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
        produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
        memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
        peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
        tingkah laku profesion dalam masyarakat.


        Skop Etika Profesional
        1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
        yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan
        lain-lain.
        2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
        bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
        1.3      Etika Perguruan
        Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
        masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
        Kepentingan Etika Guru
        Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
        perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
        1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku
        dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk
        dan diamalkan oleh guru.
        2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
        guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih
        faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                              3


        lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua
        amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.
        3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
        menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. –
        Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
        ataupun di negara lain.
        4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod
        ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
        menerusi       sejauh      mana      kod     etikanya      boleh      dipertahankan           dan
        dikuatkuasakan.
        5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
        perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat
        untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
        menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
        6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
        organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
        kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
        tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
        dalam organisasi (INTAN, 1991).
        Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib
        memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam
        membangunkan negara bangsa.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                              4




         Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang
        berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina
        Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat
        patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era
        globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
        bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,
        budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
         Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks
        Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:




        Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud pembangunan,
        negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan
        tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula
        bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh
        itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu
        masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama
        pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang
        terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala
        perkongsian nilai memberi maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat
        ketinggian pemikiran kemasyarakatan.                      Semangat patriotisme pula
        merujuk kepada perasaan                  cinta    yang kuat terhadap              tanah       air.
        Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah


PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            5


        masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup
        bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang
        kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.


        Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa.
        Dalam       usaha      itu,    kementerian       berhasrat       untuk     membangunkan
        warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan
        cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan
        kesenian bangsa.
        Glokal di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan
        lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau
        seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.
        Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakat
        yang berakar nasional dan berakal internasional.


        Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai
        dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.
        Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam
        kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa
        mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan
        sebagai       bahasa          perpaduan      dan     bahasa        ilmu,    memantapkan
        perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni,
        warisan dan budaya bangsa.
        Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan
        Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata
        semua tanggungjawab bagi mencapai kejayaan objektif PIPP yang
        pertama ini tergalas di bahu seorang guru. Tentunya guru-guru perlu
        mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai ciri-ciri
        dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak
        murid bagi pembinaan negara bangsa.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            6


        Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai
        wawasan 2020.            Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi
        sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai
        kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan
        kebudayaan.          Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang
        masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
        berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati
        kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian
        ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai
        ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
        Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
        Malaysia yang keempat (1991), berhasrat menjelang tahun 2020,
        Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan
        masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-
        nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
        masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan
        saksama        ekonominya,         progresif     dan     makmur,        dan     sepenuhnya
        menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta
        mempunyai daya ketahanan.


        Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa
        semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama.                                   Pendidikan
        memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-
        ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
      KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                              7


2.0     Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan
        etika agama dan nilai.


        Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang
        besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah
        menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan
        guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak
        pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali
        merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru
        semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita
        sedia maklum.
        FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020,
        PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya,
        semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan
        kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang
        „ first and foremost‟ dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu
        bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan
        kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal
        dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang
        terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh
        menjejaskan         keinginan      manusia       kepada      Tuhan.      Dalam       keadaan
        kekosongan         inilah guru       boleh membina            kekuatan       dalaman          iaitu
        kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian
        yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil
        dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi
        rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan
        kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini
        mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah
        dengan matlamat membangunkan insan.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                              8


        2.1      Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai
        Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan
        dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang
        bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin
        sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila
        memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita
        memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina
        keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang
        terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu
        banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam
        ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya
        membina        nilai   positif    yang     diinginkan      menerusi pengajaran                dan
        pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak
        pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam
        kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang
        dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan
        agama dan wahyu.
                 Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk
        dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak
        mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan
        nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika
        guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar
        sebagai       insan,      maka       tugas      itu   akan      menjadi       mudah           dan
        memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas
        hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.


        2.2      Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku
        Antara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih
        dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita
        berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti
        tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat.



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            9


        Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal
        membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga
        mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan,
        tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan
        hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.
        Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan
        pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii
        pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan
        membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali
        lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru
        merealisasikan         amanah       ibadah      dan     pembangunan           insan     dalam
        menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.


        2.3      Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan
        Fitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih
        baik. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan
        ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif.
        Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik,
        mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar
        yang begitu jauh daripada pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan
        kepercayaan kepada Tuhan semakin luntur. Dengan perkataan lain
        akidah hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan.
                 Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di
        samping peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan
        akidah perlu berlaku pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat
        dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru. Maksudnya etika keguruan
        ( tugas hakiki guru ) menuntut guru memantapkan akidah pelajar selari
        dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            10


        2.4      Pembangunan insan asas kualiti hidup
                 Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia
        dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan
        diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status
        yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini
        tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan
        dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera
        dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian
        kualiti hidup yang lebih lengkap.
                 Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud
        kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang
        sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah
        SWT.
                 Persoalannya         bagaimanakah          untuk      membina        kualiti    hidup
        menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat
        menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan
        berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan
        digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan
        terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara
        harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah
        yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang
        mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan
        pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah
        atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
      KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                           11


3.0     Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan
        negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional.
        Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan
        seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses
        pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada
        kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan
        peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi
        guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah
        melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa
        depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa
        dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja
        manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan
        berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri,
        Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina
        budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit
        hingga dapat         bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa,
        pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia
        Kesembilan ( RMK-9 ).
                 Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis
        dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai
        peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara
        kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi
        potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan
        perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung
        kepada modal insannya. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi
        yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani
        mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti
        peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu
        bersaing dengan negara lain atau tidak. Tanpa modal insan yang mantap
        lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun
        mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang total.



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            12


                 Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti
        disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh
        dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam
        bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada
        negara dalam jangka panjang.
                 Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana
        utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam
        hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam
        usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang,
        gemilang dan terbilang.
                 Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited
        dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka
        perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan
        bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan.
        Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna
        jika    tidak     ditunjangi      dengan       modal      insan.      Oleh     itu,    konsep
        pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada
        semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi
        perhatian.


                 Dalam kata lain, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika
        keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang
        teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang
        pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan
        harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf
        dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri
        pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara
        bangsa yang cemerlang. Seorang guru juga                           haruslah mempunyai
        ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual
        yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif,
        menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            13


        amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd.
        Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang
        menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi
        menjayakan proses pembinaan negara bangsa.
        3.1      Ciri-ciri kualiti diri seorang guru dalam proses pembinaan
        negara bangsa
        personal merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku,
        kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, kewibawaan guru
        dan sebagainya. Guru-guru mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan,
        berwajah manis, ceria, mesra, berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah
        laku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana sahaja mereka
        berada. Mahu atau tidak, guru sentiasa menjadi tatapan dan perhatian
        umum dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Apa saja yang
        dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana saja guru pergi, mereka
        tetap akan menjadi perhatian masyarakat. Guru juga menjadi role model
        kepada murid-murid. Konsep kepimpinan melalui teladan sering dikaitkan
        dengan profesion perguruan. Ini bermakna guru-guru perlu menunjukkan
        teladan yang baik dan boleh dicontohi serta bebas daripada sifat-sifat
        yang tidak baik. Ciri-ciri personal yang ditunjukkan oleh para guru akan
        menjadi ikutan yang baik kepada pelajar                     dan dipandang tinggi oleh
        masyarakat.
        Selain itu, para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang
        baik. Ciri-ciri interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung,
        berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya.
        Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa
        bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri
        sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat
        diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah
        terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka. Seorang guru yang
        baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajarnya,
        sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            14


        Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada
        yang berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau
        meminta pandangan daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil
        nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima kasih di atas jawapan dan
        pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu
        menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak
        sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di
        hadapan kawan-kawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap
        tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah memarahi
        pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam
        lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada kata-
        kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative
        berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur
        Faizah,2006).
        Ciri yang seterusnya ialah ciri profesional.
        Ciri    profesionalisme         keguruan       merangkumi         kemahiran        mengajar,
        kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan
        yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan
        kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang
        guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah
        mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang
        rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru
        bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap
        pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran,
        pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru
        juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa
        belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006).
        Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini
        dapat menunjukkan kebolehan                    akademik, minat           terhadap hal-hal
        intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka
        membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                             15


        mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri
        dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan
        di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007).
                 Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh
        diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru
        kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang
        meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan
        pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.
                 Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan.
        Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran
        merancang,         berorganisasi,        pemantauan,         pengurusan         kualiti       dan
        sebagainya.
                  Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan
        kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar
        mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan
        kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan
        murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu
        dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin,
        rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling,
        menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.
                        Ciri lain yang perlu ada pada setiap guru ialah kreatif dan
        inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan
        dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan
        menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
        pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan
        pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka
        sebagai      guru     yang     cemerlang        dan     disukai     pelajar.    Guru      yang
        mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif
        dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa
        kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk
        mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                             16


        lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan
        pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
                      Ciri yang ketujuh ialah menguasai ilmu pedagogi. Ilmu
        pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan
        dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan
        mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan
        kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas
        pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah,
        teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika
        guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah
        tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang
        minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd
        Izranuddin, 2006).
                     Ciri yang kelapan ialah mengaplikasikan teori kepada amalan.
        Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan
        pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada
        guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari
        di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam
        perkhidmatan,         latihan     kemajuan        staf,   seminar       penyelidikan          dan
        sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi
        sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin,
        2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru
        menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru
        menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka.
                     Ciri   yang      terakhir    ialah    pembelajaran         sepanjang       hayat.
        Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru
        memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan
        mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang
        berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah
        pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan
        menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu.



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            17


                         Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan
        sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk
        meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta
        membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan
        memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru
        itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil
        usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya
        setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat
        memperbaiki         banyak      kelemahan         dan     menambah         “resepi”     dalam
        pengajarannya agar lebih baik dan menarik.




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
      KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            18


4.0       KESIMPULAN
          Pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa
terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal
pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk
memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang
melibatkan       pelbagai     kaum       etnik    di   sekolah.      Di   sinilah    peranan          dan
tanggungjawab guru memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha
ke arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan.
                 Kesimpulannya,          Pembinaan Negara Bangsa menjadi semakin
penting     dalam      era    globalisasi     ini.Tun     Dr.    Mahathir      Mohamad,         (1991)
menyatakan …membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung
masa hadapan yang dikongsi bersama.                          Bangsa ini mestilah sejahtera,
berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan
bersama       yang     sepenuhnya         berasaskan        persamaan        hak dan        keadilan,
membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
         Dalam era ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas dan pantas. Oleh itu,
usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangat
diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai seperti
ucapan Yang Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)…kita
mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan
negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukkan
minda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita
capai.
         Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuah
institusi pendidikan saya juga memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk
menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Saya berusaha
untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara global dan
bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajar



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            19


dapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara
dan bangsa, serta dapat berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa seperti dalam ucapan
Yang Amat berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam
Perhimpunan Agung UMNO (2005), warga glokal yang kita hasratkan ialah
warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping
kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita
berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga
glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi
baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing
bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.                             Kita semakin
bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai
contoh, menjadi jenama antarabangsa.                   Kejayaan inilah menjadi asas untuk
menjana warga glokal seterusnya.


        Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme,
berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradab
serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dan
diamalkan sepenuhnya. Pendidikan merupakan pemangkin kepada Pembinaan
Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya
pada peringkat awal perkembangan pelajar.
        Oleh itu, saya akan sentiasa berusaha bagi memastikan Bahasa Malaysia
digunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan pelajar, pelajar dapat bergaul
dengan       rakan-rakan       yang      pelbagai      kaum       dengan       harmoni,      sentiasa
menghormati         lagu     negara       ku     dan     Jalur     Gemilang        serta     sentiasa
mempertahankan negara di samping meningkatkan imej negara, melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan, serta mengamalkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan mereka. Diharapkan nilai-nilai yang telah ditanam dan
dipupuk di peringkat sekolah ini akan terus diamalkan oleh pelajar apabila
mereka meninggalkan alam persekolahan.                      Secara tidak langsung wawasan
membina negara bangsa dengan sendirinya akan tercapai.



PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            20


BIBLIOGRAFI
    1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
       Lumpur.

    2. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
       2010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
       Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) “Penghayatan komponen paradigma
       pendidikan bersepadu” Pendidik Bil 44 (Jan 2008 ), .
       Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor

    4. Badrunsham Dahalan (2008) “Guru mesti mampu imbangi kehendak
       masyarakat, tanggungjawab” Pendidik Bil 51/Ogos 2008.
       Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.

    5. MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia.

    6. Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik
       Rancangan Malaysia Ke-9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006),
       Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

    7. Pelan Integrasi National (2006), Institut Integriti Malaysia.

    8. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) “Rancangan Malaysia Ke 9 -
       Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010). Putrajaya.

    9. Mohd. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP”
       Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
       Warisan. Selangor.

  10. Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) “Sejarah
      Pembangunan Bangsa dan Negara” Utusan Publication & Distribution Sdn.
      Bhd.

  11. Penyunting: Mohd. Tap b. Salleh (1993). Nilai dan Etika dalam
      Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala
      Lumpur, Malaysia.


        http://www.scibd.com/doc/296829/Pn. Salma
        www.ppdhl.net/
        www.ppl.upm.edu.my
        www.kelab-umno.com/
        www.muftiselangor.gov.my/


PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
     KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________                            21




PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1702
posted:5/31/2011
language:Malay
pages:21