Docstoc

Syarikat

Document Sample
Syarikat Powered By Docstoc
					PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN SYARIKAT.
Pendahuluan

Pengambilalihan dan percantuman syarikat biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada
proses menyusun semula ekonomi yang peka kepada perubahan.Pihak kerajaan juga
mengiktiraf pengambilalihan dan percantuman syarikat sebagai suatu ciri yang penting bagi
pertumbuhan ekonomi dan perbangunan korporat.

Kedua-dua skim ini merupakan manifiestasi daripada mekanisme dalaman sistem ekonomi
yang sentiasa berjuang untuk mencapai penggunaan aset secara optimum,mencapai skala
ekonomi yang luas,kepelbagaian serta penyatuan dan kecekapan pengurusan.Skim ini juga
mempunyai kecenderungan untuk disalahgunakan oleh manusia walaupun ia sah disisi
undang- undang bagi menyusun semula organisasi dan perkembangan korporat.Kerajaan
memainkan peranan dalam aktiviti adalah dengan mengehadkan berlakunya risiko
penyalahgunaan skim tersebut dan mempertingkatkan tingkah laku transaksi
pengambilalihan dan percantuman dalam suasana yang adil dan jujur.

Apabila kedua2 skim menjadi terlalu teknikal pihak kerajaan berpendapat perlu ada
peruntukan dari segi perundangan atau bukan perundangan sebagai cara paling berkesan
utuk mengawalnya.Dengan itu pihak kerajaan telah menetapkan sama ada dibawah akta-
akta yang berkaitan atau kawalan bukan perundangan yang lain bagi memastikan beberapa
prinsip dipatuhi dan kegagalan untuk mematuhi akan mengakibatkan mereka tertakluk
kepada public sanction.

Takrif

Sesuatu pengambilalihan akan berlaku apabila sesebuah syarikat itu memperolehi suatu
jumlah syer yang besar atau jumlah syer yang tertentu ataupun memperoleh kawalan dalam
bentuk modal syer syarikat yang lain iaitu selalunya syarikat yang lebih kecil daripada
syarikat pertama.

Contoh:

Weinberg dan Blank telah mentakrifkan suatu pengambilalihan sebagai suatu transaksi atau
siri transaksi iaitu apabila seseorang sama ada individu atau syarikat memperoleh kawalan
terhadap aset sesebuah syarikat yang lain sama ada secara langsung dengan memperoleh
kawalan terhadapan pengurusan syarikat tersebut.Bila syer dalam sesebuah syarikat dimiliki
oleh sekumpulan orang yang kecil jumlahnya,maka pengambilalihan akan berlaku dengan
mendatangani suatu perjanjian dengan pemegang syer majoriti daripada modal syer
syarikat yang diperolehi itu.Jika syer sesebuah syarikat dimiliki oleh orang awam secara am
maka pengambilalihan akan berlaku dengan beberapa cara iaitu :

   (1) Melalui suatu perjanjian antara ‘pengambil’ dengan pihak yang mengawal syarikat
       yang telah diperolehi.
   (2) Dengan pembelian syer di Bursa Saham
   (3) Secara ‘bid’ pengambilalihan

Dibawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 pengambilalihan diiktirafkan sebagai
pengambilalihan syer dalam sesebuah syarikat lain,apablia diagregatkan dijumlahkan
dengan syer yang sedia dipegang oleh pengambil dan mempunyai hak untuk menggunakan
atau mengawal penggunaan lebih dari 33 peratus hak mengundi syarikat itu.Dibawah Akta
Suruhanjaya sekuriti ‘pengambil’diiktiraf :
(a)Seseorang sama ada sebuah pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan
melaksanakan atau bercadang untuk melaksanakan pengambilalihan syarikat,sama ada
melaksanakan pengambilailhan sendiri atau melalui ejen
(b)Dua orang atau lebih yang bertindak bersama melaksanakan atau bercadang
pengambilalihan sesuatu syarikat sama ada secara sendiri atau melalui ejen.

Cara-cara pengambilalihan dan percantuman

Pengambilan secara tunai

1. Pengambil boleh menawarkan bid terhadap modal syer ekuiti yang dikeluarkan daripada
pemegang syer syarikat atau melalui tawaran secara tunai mengikut skim yang ditetapkan
bawah akta syarikat 1965.

2. Pengambil boleh membeli jumlah kurang daripada 100% modal syer yang dikeluarkan
menerusi pembelian daripada pembeli yang sedia ada atau menerusi pasaran saham.

3. Penerima boleh mendapatkan syer yang baru dengan kadar yang mencukupi dalam
bentuk tunai bagi tujuan untuk mendapat kawalan terhadap syarikat.

4. Penerima boleh membeli harta atau aset syarikat tersebut secara tunai.

Pengambilan dengan mendapatkan syer

1. Penerima boleh menawar suatu bid pengambil alihan bagi kesemua modal syer ekuiti
yang dikeluarkan daripada syarikat tersebut selaras dengan kod Malaysia bagi
pengambilalihan dan percantuman

2. Penerima membuat rancangan dengan syarikat tersebut bagi melaksanakan tawaran syer
untuk syer (reverse bid) bagi kesemua syer yang dikeluarkan dalam syarikat itu yang
mengakibatkan pihak yang mengawal syarikat menerima suatu kepentingan dalam syarikat
itu.

3. Pihak penerima melaksanakan skim pertukaran syer yang lain berdasarkan Akta Syarikat.

4.Penerima mendapatkan syer secara urusan persendirian atau syer daripada pemilikan
syarikat itu yang sedia ada.
Skim pengambilalihan dan Percantuman

Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

(1) Mendatar : Melibatkan gabungan syarikat-syarikat dalam industri yang sama

(2) Menegak : Melibatkan dua syarikat yang tidak berkaitan antara satu sama lain iaitu tidak
              merupakan pelangan ataupun pengeluar antara satu sama lain.

(3) Konglomerat : Ianya bukan mendatar dan menegak dan melibatkan kepelbagaian oleh
             syarikat yang menerima ke suatu pasaran yang tidak berkaitan langsung
             dengan syarikat tersebut.

Perbezaan Pengambilalihan & Percantuman

Perbezaan dari segi kawalan sama ada secara langsung @ tidak langsung dan persoalannya
tentang bentuk darjah kawalan.

Pengambilalihan

-Kawalan langsung atau secara tidak langsung terhadap aset bagi syarikat yang menerima
adalah terserah kepada penerima.

Percantuman

-Pegangan syer dalam perniagaan yang dicantumkan itu adalah tersebar dikalangan
pemegang syer kedua-dua syarikat.Ia juga melibatkan persoalan darjah kawalan.

Alasan Pengambilalihan dan Percantuman

(a) Mempertingkatkan daya pengeluaran
    -Syarikat mendapati terdapat potensi bagi perkembangan ekonomi bagi barang mereka
    dalam pasaran dalam tempoh yang singkat dan memikirkan cara untuk
    mempertingkatkan daya pengeluaran barangan mereka.Jika ia ingin menambah faktor
    output,maka ia melibatkan perubahan keupayaan perancangan dan perlu mengaji
    kumpulan pengurusan yang baru dan ahli lain.Tetapi dengan skim pengambilalihan atau
    percantuman akan membolehkan syarikat menikmati pertumbuhan yang cepat dan
    tingkatkan daya pengeluaran segera.
(b) Menghapuskan pertandingan antara syarikat dan melindungi pasaran yang sedia ada
(c) Kepelbagaian
(d)Taktik perlindungan
(e)Backdoor Listing
(f)Memperolehi aset pada paras diskaun
(g) Sinergi
(h) Motif Pengurusan
Peruntukan Statut Berkaitan Skim Pengambilalihan dan Percantuman

Terdapat 2 iaitu Akta Syarikat 1965 dan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

*Dibawah Akta Syarikat 1965

-Antara peruntukan yang berkaitan dengan skim pengambilalihan dan percantuman
dibawah Akta Syarikat 1965 adalah seksyen 176,178 dan 270.Pada awalnya terdapat
seksyen 179 yang menetapkan secara spesifik ttg skim secara bid pengambilalihan dan
percantuman tapi telah dimansuhkan.

Seksyen 176 – menetapkan tentang kuasa untuk berkrompomi antara pemiutang dan ahli
apabila berlaku penyusunan daripada perbentukan semula syarikat.

Seksyen 176(11)-Takrifan ‘penyusunan’ semula modal syer syarikat melalui penyatuan syer
yang terdiri daripada pelbagai kelas atau membahagi syer kepada kelas-kelas syer yang
berbeza atau dengan kedua-dua kaedah tersebut.

Seksyen 176(3)-Memberi ruang bagi perubahan hasil daripada kompromi antara syarikat
dengan pihak permiutang,iaitu mahkamah hanya memberikan persetujuan kepada
kompromi terhadap pindaan atau syarat jika difikirkan adil untuk berbuat demikian.

Selain itu, akta Syarikat juga menetapkan peruntukan bagi membantu penyusunan dan
pembentukan semula syarikat dengan mengadakan berberapa perintah
mahkamah.Antaranya adalah seperti permindahan harga atau mana-mana aku janji dan
harta atau liabiliti ke syarikat yang baru,dengan mebenarkan perumpukan atau pengasingan
mana-mana polisi syer debentur atau apa jua kepentingan dalam syarikat itu kepada mana-
mana orang.

Akta syarikat juga memperuntukan keadaan apabila sesebuah syarikat mempunyai
rancangan untuk memindahkan aset dan akujanjinya kepada sebuah syarikat yang lain
apabila berlaku pengulungan secara sukarela bagi tujuan penyusunan semula
syarikat.Seksyen 270 adalah untuk membenarkan jualan daripada pembentukan semula
syarikat kan menjalani proses penggulungan secara sukarela.

*Dibawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

Suruhanjaya sekuriti telah ditubuhkan pada 1 mac 1993 sebagai sebuah perbadanan
statut,iaitu selaras dengan penguatkuasa Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.Tujauan utama
suruhanjaya ini adalah unutk memastikan suatu pasaran sekuriti yang adail dan efisen
sejajar dengan objektif pertumbuhan ekonomi negara.Suruhanjaya ini sendiri mempunyai
sebuah jabatan dikenalai sebagai jabatan pengambilalihan dan percantuman yang
bertanggungjawab mengendalikan skim tersebut.Fungsi utama jabatan ini adlh mentadbir
perlaksanaan terhadap kod Malaysia.

   (a) Maklumat yang lengkap dan Mencukupi tentang transaksi pengambilalihan dan
       percantuman selaras kod utama.
   (b) Layanan yang adil dan saksama diberi kepada pemegang syer dalam syarikat yang
       terjejas akibat daripada transaksi yang melibatkan pengambilalihan dan
       percantuman.
   (c) Amalan yang adil dan wajar oleh pembuat tawaran dan bakal pembuat tawaran
       dalam dagangan sekuriti bagi syarikat-syarikat yang menerima tawaran tersebut.
   (d) Menyelaraskan perkara yang berkaitan dengan pengambilalihan dan percantuman
       secara berkesan.

Akta suruhanjaya Sekuriti adalah suatu akta unutk menubuhkan suruhanjaya sekuriti dan
untuk mengadakan peruntukan tentang perkara2 yang berkaitan dan yang bersampingan
denganya.Antara beberapa fungsi suruhanjaya ini telah ditetepkan oleh akta,dan salah satu
daripadanya adalah mengawal selia pengambilalihan dan percantuman.

Kod Pengambilalihan dan Percantuman 1987

-Objektif utama kod adalah untuk memelihara kepentingan pemegang syer dengan
memastikan bahawa:

   (a) Terdapat urusan yang berlandaskan keadilan dan prinsip ekuiti dikalangan pemegang
       syer dalam syarikat yang terlibat dalam bid pengambilalihan.

   (b) Oleh sebab ’kawalan’ terhadap sesebuah syarikat mempunyai nilai pemegang syer
       dan dengan itu kwalan tidak boleh diperolehi secara pembelian yang menimbulkan
       ketidakadilan.

   (c) Pemegang syer perlu mendapatkan maklumat serta masa yang mencukupi unutk
       membuat apa-apa keputusan berdasarkan merit tawaran.

    (d) Pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kuasa pengurusan mereka unutk
         menamatkan tawaran tersebut sebelum pemegang syer mempunya peluang yang
         mencukupi untuk mempertimbangkannya.

Walaupun Kod ini diberi kuasa oleh statut tetapi ia tidak terikat dari segi undang-undang
dan adalah berdasarkan kod di united Kingdom dan ia mempunyai pandangan secara
kolektif daripada profesional yang terlibat dalam skim pengambilalihan dan percantuman.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:246
posted:5/31/2011
language:Malay
pages:5