Docstoc

Iklan dan maklumat jawatan UiTM Sarawak tutup 13 Jun 2011

Document Sample
Iklan dan maklumat jawatan UiTM Sarawak tutup 13 Jun 2011 Powered By Docstoc
					                          UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK

        Universiti Teknologi MARA Sarawak dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia
        yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP dan
        KONTRAK di Kampus Kota Samarahan dan Kampus Mukah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

I.      JAWATAN

BIL     JAWATAN         KAMPUS        GRED      STATUS     SKIM PERKHIDMATAN                  JADUAL GAJI
                                               JAWATAN


1.       PEGAWAI          Kota         N27      Kontrak      Penolong Pegawai      P1T1 RM1204.55 -    P1T26 RM3027.10
        EKSEKUTIF      Samarahan                                  Tadbir
      (1 Kekosongan)                                                               P2T1 RM1274.13 -    P2T26 RM3213.25

                                                                                   P3T1 RM1346.73 -    P3T26 RM3405.26




2.      JURUTEKNIK        Kota         J17       Tetap          Juruteknik         P1T1 RM843.06   -   P1T26 RM2325.37
       *Kejuruteraan   Samarahan
         Mekanikal                                                                 P2T1 RM896.00   -   P2T26 RM2452.46
      (1 Kekosongan)
                                                                                   P3T1 RM950.45   -   P3T26 RM2583.95



3.      PEMBANTU          Kota        W17        Tetap       Pembantu Tadbir       P1T1 RM821.89   -   P1T24 RM2152.86
          TADBIR       Samarahan                               (Kewangan)
       (KEWANGAN)                                                                  P2T1 RM873.32   -   P2T24 RM2274.01
      (2 Kekosongan)
                                                                                   P3T1 RM926.26   -   P3T24 RM2399.46



4.        KERANI          Kota         N17       Tetap       Pembantu Tadbir       P1T1 RM820.38   -   P1T24 RM2151.35
      (1 Kekosongan)   Samarahan                           (Perkeranian/Operasi)
                                                                                   P2T1 RM871.81   -   P2T24 RM2272.50


                                                                                   P3T1 RM924.75   -   P3T24 RM2397.95


                                                                                   P1T1 RM820.38   -   P1T24 RM2151.35
5.      PEMBANTU          Kota         S17       Tetap          Pembantu
      PEMULIHARAAN     Samarahan                               Perpustakaan        P2T1 RM871.81   -   P2T24 RM2272.50
      (1 Kekosongan)

                                                                                   P3T1 RM924.75   -   P3T24 RM2397.95


                                                                                   P1T1 RM740.62   -   P1T21 RM1714.26
6.      PENGAWAL         Mukah        KP11       Tetap          Pengawal
       KESELAMATAN                                             Keselamatan
                                                                                   P2T1 RM783.09   -   P2T21 RM1802.40
      (3 Kekosongan)

                                                                                   P3T1 RM827.19   -   P3T21 RM1892.17


                                                                                   P1T1 RM721.02   -   P1T21 RM1626.04
7.      TUKANG K3        Mukah         R9        Tetap          Tukang K3
           *Kayu                                                                   P2T1 RM763.49   -   P2T21 RM1709.28
      (1 Kekosongan)
                                                                                   P3T1 RM807.59   -   P3T21 RM1794.23

                                                                                                                  1
II.   SYARAT LANTIKAN


(1)   PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)

1)    Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

      (a)     warganegara Malaysia;

      (b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (c)     Kelayakan Akademik;
              *Diploma UiTM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
              pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

              (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5);

      DAN
      (d)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (temasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
              Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

              *Hanya calon memiliki kelulusan tertinggi            peringkat    Diploma    UiTM   sahaja    akan
              dipertimbangkan untuk disenarai pendek.


(2)   JURUTEKNIK (GRED J17)
      *Kejuruteraan Mekanikal

(1)   Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

      (a)     warganegara Malaysia;

      (b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (c)     sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan
              atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

              (Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9)

      DAN
      (d)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
              Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(3)   PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

(1)   Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

      (a)      warganegara Malaysia;

      (b)      berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (c)      (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
                   kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU

               (ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-
                    kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

                   (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2; ATAU

              (iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan)
                    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

                                                                                                                    2
                    (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); ATAU

              (iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh
                   Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                   dengannya oleh Kerajaan.

                    (Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9);

      DAN
      (e)     kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
              Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(4)   KERANI (GRED N17)

(1)   Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

      (a)      warganegara Malaysia;

      (b)      berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (c)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T1);

      DAN
      (e)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
              Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

              (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau
              mengambil trengkas).


      Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

(2)   Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk KPSL
      ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan,
      apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

      (a)     (i)   mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; ATAU

              (ii) lulus peperiksaan Khas.

      (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


(5)   PEMBANTU PEMULIHARAAN (GRED S17)

(2)   Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

      (d)      warganegara Malaysia;

      (e)      berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (f)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

      DAN
      (f)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
              Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.




                                                                                                                3
(6)         PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

(1)         Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-

            (a)     warganegara Malaysia;

            (b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

            (c)     (i) Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                        dengannya oleh kerajaan; ATAU

                    (ii)   bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah
                           disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
                           berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

            (d)     mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

                    (i)    tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

                    (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;

                    (iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm semasa menarik nafas 84sm
                          (lelaki sahaja);

                    (iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
                         ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN

                    (v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

            DAN
            (e)     calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa
                    Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang
                    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


            Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

(2)         Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah adalah layak dipertimbangkan
            oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawal
            Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
            perkhidmatan dan:-

            (b)     (i)    mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; ATAU

                    (ii) lulus peperiksaan Khas.

            (c)     berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


(7)         TUKANG K3 (GRED R9)
            *Kayu

      (1)   Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut :-


            (a)     (i)       tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; ATAU

                    (ii)      pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam
                              Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera
                              Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;



                                                                                                                    4
       (b)    (i)      mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia
                       Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                       dengannya oleh Kerajaan; ATAU

              (ii)     lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang
                       mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh
                       ketua perkhidmatan setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil
                       Kemahiran Malaysia Tahap 2.

                       (Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2);

       DAN
       (c)    berkebolehan bertutur,membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


III.    PERHATIAN KEPADA PEMOHON

        a.     Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
               mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan
               yang dikemaskini.

        b.     Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan SALINAN SIJIL-SIJIL YANG DISAHKAN.

        c.     Hanya permohonan yang disenarai-tapis akan dipanggil untuk temuduga.

        d.     Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
               iklan adalah dianggap tidak berjaya.

        e.     Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.


IV.     CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

        Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang
        boleh diperoleh dengan melayari laman web UiTM di http://sarawak.uitm.edu.my dan juga
        boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, UiTM Sarawak. Sila nyatakan jawatan yang
        dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

        Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 13 JUN 2011.

        Sila kemukakan permohonan JAWATAN DI KAMPUS KOTA SAMARAHAN kepada:

                     UNIVERSITI       TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
                                      BAHAGIAN PENTADBIRAN
                     TEKNOLOGI        UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK
                     MARA             KAMPUS KOTA SAMARAHAN
                                      94300 KOTA SAMARAHAN
                                      SARAWAK
                                      NO.TEL: (082) 677 226




        Sila kemukakan permohonan JAWATAN DI KAMPUS MUKAH kepada:

                     UNIVERSITI       PENYELARAS KAMPUS MUKAH
                                      UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK
                     TEKNOLOGI        KAMPUS MUKAH
                     MARA             BOULEVARD SETIA RAJA MUKAH
                                      96400 MUKAH, SARAWAK
                                      NO.TEL: (084) 874102/103



                                                                                                                5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:995
posted:5/30/2011
language:Malay
pages:5
Description: Iklan dan maklumat jawatan UiTM Sarawak, ditutup pada 13 Jun 2011. Uploaded by VacancySarawak.blogspot.com