Docstoc

5 Wasiat Rasulullah

Document Sample
5 Wasiat Rasulullah Powered By Docstoc
					                5 WASIAT RASULULLAH

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya
   Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun
   tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
   pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan
saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut
kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7
perkara, iaitu :-

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
   hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
   himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan
   sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
   khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu
   harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
   keredhaan Allah daripadanya.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:16
posted:5/27/2011
language:Malay
pages:1