Docstoc

Konsep Dasar Bahasa Indonesia (Semantik)

Document Sample
Konsep Dasar Bahasa Indonesia (Semantik) Powered By Docstoc
					A.         Semantik

1. Pengenalan

     Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
     Dalam bahasa, kata dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
     keperibadian manusia.
     Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata
     dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapkannya.

2. Makna Kata

a. Dalam kajian bahasa, bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dalam ayat dikenal
   sebagai semantik.
b. Kajian tentang makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek yang berikut :

     (a)   makna denotasi dan makna konotasi
     (b)   makna dalam konteks
     (c)   hubungan makna dengan kebudayaan
     (d)   perubahan makna
     (e)   bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik

c. Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat.

     Contoh : ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak
            Kaki ayam : kaki pada ayam.

d. Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, dan makna rujukan.
e. Makna konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat kepada makna denotasi.

     Contoh : ibu ayam : orang yang kerjanya mencari pelanggan untuk pelacur-pelacur.
             Kaki ayam : kaki yang tidak berkasut.

f. Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.
g. Terdapat kata-kata seerti (sinonim) yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi makna
   konotasi yang berbeza.

     Contoh : Kata mati dan meninggal dunia membawa maksud denotasi perstiwa jiwa seseorang
     meninggal jasadnya tetapi dari segi makna konotasi, penggunaan perkataan meninggal dunia
     adalah lebih sopan daripada penggunaan perkataan mati.




                                                                                            1
B.     Makna Dalam Konteks

Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaan
perkataan itu.

Contoh : Tapak kasut sudah haus. (haus bermakna berkurangan tebalnya kerana banyak dipakai)
         Saya berasa haus kerana cuaca panas. (haus bermaksud berasa kering tekak atau dahaga).

         Kanak-kanak itu haus akan kasih sayang ibunya (haus bermaksud sangat ingin kepada).

Hubungan Makna dengan Kebudayaan

Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Contoh : aku : digunakan dalam hubungan yang rapat untuk menimbulkan kemesraan.
        Saya : digunakan dalam hubungan biasa.
        Patik : digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan
raja.
        Beta : khas untuk raja merujuk dirinya.

Perubahan Makna

Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial
dalam masyarakat.

Contoh : menternak (makna lama : memelihara binatang darat)
                 (makna baru: termasuk memelihara hidupan air seperti ikan dan
                 udang)

       taman (makna lama : tempat indah dengan tumbuhan bunga)
            (makna baru : termasuk kawasan perumahan dan perindustrian)

        rawat (makna lama : menjaga orang sakit)
             (makna baru : termasuk memulihkan pokok sakit, barang-barang lama,
             barang rosak, air kumbahan)

        menyeberang (makna lama : dulu hanya untuk menyeberang sungai)
                  (makna baru : termasuk menyeberang jalan, dll)

        belayar ( makna lama : pada masa dahulu semua kapal menggunakan layar)
               (makna baru : tidak ada layar pun disebut belayar)



        khalwat (makna lama : menyendiri dalam masjid/tempat suci untuk beribadat
              kepada Allah)


                                                                                                  2
                (makna baru : berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang
                 bukan muhrim di tempat sunyi untuk tujuan maksiat).

           Tuan (makna lama : untuk lelaki dan perempuan. Contoh Tuan kadi dan
           Tuan puteri)

                (makna baru : lelaki sahaja)


C.      Bentuk-Bentuk Makna daripada Hubungan Semantik

1. Bentuk-bentuk makna yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim,
   meronim, polisim, homonim, homofon, dan homograf.
2. Sinonim merupakan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

     Contoh : cantik=indah
            Hangat = panas
            Percaya = yakin

3. Antonim merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.

     Contoh : langit lawannya bumi
            Panas lawannya sejuk
            Kuat lawannya lemah

4. Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam strukturmakna.

     Contoh : perabot (mempunyai makna umum)
            Kerusi, meja, almari, katil, sofa (mempunyai makna khusus)

     Jadi kata perabot merupakan kata hiponim yang melingkungi benda-benda seperti kerusi, meja,
     almari, katil dan sofa.

5. Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan hubungan sebahagian daripada.

     Contoh : atap, dinding, lantai, tingkap, dapur ialah sebahagian daripada rumah dan oleh itu
     perkataan tersebut menjadi meronim kepada rumah.


6. Polisim ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna.

     Contoh : kata mentah mempunyai set makna yang berikut :

     Masih muda (untuk buah-buahan)
     Tidak masak (masakan)
     Belum masak (makanan)
     Belum diproses (bahan galian dan lain-lain)
     Belum sempurna akal atau fikiran atau belum matang (untuk orang)




                                                                                               3
7. Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan,
   ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza.

     Contoh : daki : kotoran yang melekat pada badan
            Daki : memanjat (gunung, bukit)

8. Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

     Homofon : kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. Contoh :
     masa dan (media) massa.

     Homograf : kata-kata yang sama ejaannya dan mempunyai sebutan yang berbeza. Contoh : semak
     (belukar), semak (meneliti dan memeriksa semula)
             Perang (war), perang (warna blonde)




D.      Hukum D-M

Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan
mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).

Contoh :

dalam lain perkataan (in other words)
lain-lain perkara (other matters)
Tan Gigi Klinik (Tan Dental Clinic)
percuma tawaran (free offer)
Mubarak restoran (Mubarak Restaurant)
Dunlop tayar (Dunlop tyre)
Goreng pisang
Aminah Gedung Fesyen
Kedai Jahit Wanita
Cili Sos
Maggi mi
Dua Minit Mi
Syarikat Muthu Perabot
Delima Hotel
Ban Cheong Kedai Buah-buahan

Susunan yang betul ialah :

Dengan kata-kata lain
Perkara-perkara lain
Klinik Gigi Tan
Tawaran percuma
Restoran Mubarak
Tayar Dunlop
Pisang Goreng

                                                                                               4
Gedung Fesyen Aminah
Kedai Menjahit Pakaian Wanita
Sos Cili
Mi Maggi
Mi Dua Minit
Syarikat Perabot Muthu
Hotel Delima
Kedai Buah-buahan Ban Cheong




E.      Penggunaan Kata dan Frasa

Kata Sendi “di”

-    digunakan di hadapan KN dan FN untuk memenuhi pelbagai fungsi tertentu.

1. Tempat yang tetap.

     … di sekolah itu.
     … di pangkal ayat.
     … di kota besar.

2. Lingkungan yang mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan maksud tempat.

     … di matanya.
     … di hatinya.

3. Arah tempat atau ruang maujud (konkrit).

     … di dalam tabung.
     … di luar negara.

Kata Sendi “pada”

1. Untuk menyatakan masa.

     Pada zaman itu …
     Pada hari ini …

2. Tempat bagi perbuatan Kata Kerja yang berupa benda, orang atau binatang.

     Pada kakinya …
     Pada tanah air ….
     Pada sudut 45 darjah ….

3. Digunakan dalam lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan.

                                                                               5
   Pada ingatannya …
   Pada pendapatnya …
   Pada fikirannya …
   Pada pandangannya …




Kata Sendi „ke”

1. Tempat atau arah tuju yang bukan manusia atau haiwan tetapi benda konkrit tak bernyawa.

   … ke tempat lain.
   … ke dalam sungai.
   … ke tengah hutan.

2. Menunjukkan masa atau batas masa.

   … ke petang.
   … ke zaman.
   dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa.

3. Lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan makna tepat.

   … ke alam khayalan.
   … ke tahap serius.

Kata Sendi „kepada”

1. Arah tuju dengan manusia, haiwan, institusi atau unsur mujarad yang mewakili manusia sebagai
   sasarannya.

   ….kepada bapanya.
   ….kepada mahasiswa itu.
   … kepada pihak fakulti.
   … kepada angin lalu.

2. Arah perubahan antara dua benda atau perkara.

   … kepada lebih 20 juta.
   … kepada campuran.

3. Pemecahan sesuatu kepada bahagian-bahagian tertentu.

   … kepada dua belas bab.
   … kepada lima kumpulan.
   … kepada sesi pagi.




                                                                                              6
F.      Penggunaan Kata Tertentu

     Penggunaan kata ganti nama “ia” dan “ianya”

     Ia – ialah kata ganti nama diri ke-tiga untuk manusia sahaja. Tidak boleh digunakan untuk benda,
     konsep dan sebagainya.

     Mesti dan Pasti

     Mesti : kata bantu yang hadir sebelum KK dengan maksud wajib/patut dilakukan.

     Contoh : Pelajar-pelajar mesti menghadiri ceramah.
            Pelajar-pelajar mesti lulus mata pelajaran bahasa Malaysia.

     Pasti : kata adjektif yang bermaksud tentu, tidak salah lagi, tidak boleh tidak.


     Memperhatikan dan memerhatikan

     Memperhatikan      – daripada kata dasar “hati”.
                        - menerima apitan memper……kan.
                        - oleh itu wujud memperhatikan yang bermaksud memandang, melihat dengan
                        cermat.
                        Contoh : Guru memperhatikan tingkah laku pelajarnya.

     Memerhatikan – sepatutnya wujud daripada kata dasar “perhati”. Oleh sebab kata dasar ini tidak
     wujud dalam kata dasar BM, maka kata memerhati dianggap menyalahi peraturan tatabahasa.

     Kesal dan Sesal

     Kesal : rasa tidak senang atau kecewa atau rasa marah.

     Contoh : Malaysia kesal atas ucapan Putera Philip.

     Sesal : keinsafan telah bersalah.

     Contoh : Dia berasa sesal atas perbuatannya yang telah lalu.

     Mencintai dan menyintai

     Kata dasar yang bermula dengan C apabila diimbuhkan dengan awalan tidak pernah mengalami
     proses pengguguran. Oleh itu, kata mencintai adalah tepat dan bukannya menyintai. Begitu juga
     dengan mencuci, mencantas, mencubit, mencorak, mencium, mencipta, mencucuk, mencukur.




                                                                                                    7
G. Penggunaan Kata Kerja sebagai penerang

KK yang bertugas sebagai penerang dalam FN tidak perlukan imbuhan awalan.

Contoh :

Bilik bacaan (bukan bilik membaca)
Pusat Beli Belah (bukan Pusat Membeli Belah)
Alat Bedah (bukan Alat Membedah)
Mesin Taip (bukan Mesin Menaip)
Tempat Letak Kereta (bukan Tempat Meletak Kereta)


Dua suku jam/dua jam suku
Lupa janjinya/lupa akan janjinya
Meluaskan lagi lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban/meluaskan lebuh raya Kuala Lumpur-
Seremban lagi.
…sambil menyanyi lagu Negaraku/…sambil menyanyikan lagu Negaraku.
…..saling potong-memotong/potong-memotong(saling memotong)
Samad menggaru-garu kepalanya berkali-kali …./Samad menggaru-garu kepalanya… atau Samad
menggaru kepalanya berkali-kali.
….memegang erat-erat tangan kekasihnya/memegang tangan kekasihnya erat-erat.
Memperbesar perniagaan/membesarkan lagi perniagaan
Bersenjatakan dengan pisau/bersenjatakan pisau…
Berdasarkan kepada fakta/berdasarkan fakta
Bertanyakan tentang khabar/bertanyakan khabar
Menceritakan tentang hal itu /menceritakan hal itu
Memasuki dalam pertandingan/memasuki pertandingan
Membaca banyak majalah/banyak membaca majalah
Balik kampung/balik ke kampung

Guru besar-guru besar / guru-guru besar
Kapal terbang – kapal terbang / kapal-kapal terbang
Menteri Besar – Menteri besar / Menter-menteri Besar
Pelajar-pelajar sekolah / pelajar sekolah
Rakyat-rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia
Penduduk-penduduk kampung / penduduk kampung




                                                                                      8

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:657
posted:5/24/2011
language:Malay
pages:8