Pantun hari Guru

					Tujuh belas tahun rindu tersemat,   Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Tanjung Aru tempat berjumpa,        Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Enam belas Mei tarikh keramat,      Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Jasa guru jangan di lupa.           Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Anak kancil pergi berguru,          Belayar Bernakhoda,
Tidak terbiasa kerja yang sia,      Berjalan Dengan Yang Tahu;
Dari kecil diasuh guru,             Ketika Ilmu Ditimba,
Agar dewasa menjadi manusia.        Biarlah Kita Berguru.

Hendak berburu ke luar kota,        Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Seluas alam bumi terentang,         Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Tanpa guru siapalah kita,           Guru Laksana Pelita Pelajar,
Ibarat malam tanpa bintang.         Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Jalan ke barat berpilin-pilin,      Di Mana Ada Kemahuan,
Cuaca redup menawar duka,           Di Situ Ada Jalan;
Guru ibarat cahaya lilin,           Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Menyuluh hidup tiap ketika.         Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.

Angin menderu dengan sepoinya,      Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Di anak tangga duduk berperikan     Tanjung Aru tempat berjumpa;
Kasih guru akan muridnya,           Lima belas Mei tarikh keramat,
Masa dan tenaga rela korbankan.     Jasa guru janganlah dilupa.

Meski Utarid kabur pandangannya,
                                    Anak kancil pergi berguru
Hanya percaya kuasa Tuhan,
                                    Tidak terbiasa kerja yang sia;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.           Dari kecil diasuh guru,
                                    Agar dewasa menjadi manusia.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,      Hendak berburu ke luar kota,
Hargai guru sepanjang zaman,
                                    Seluas alam bumi terentang;
Agar hidup beroleh berkat.
                                    Tanpa guru siapalah kita.
Istana kota sebelas langkat,        Ibarat malam tanpa bintang.
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,             A-B-c dan alif ba-ta
Hari guru mari raikan.              Satu dua tiga dan empat
                                    Selalu cikgu ajar kita
                                    Ditubi-tubi sampai dapat

                                    Satu dua tiga empat
                                    Lima enam tujuh lapan
                                    Ditubi-tubi sampai dapat
                                    Bila dapat maju ke depan
Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2704
posted:5/23/2011
language:Malay
pages:2