Docstoc

assignment HBML2103

Document Sample
assignment HBML2103 Powered By Docstoc
					IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH               (720113135055002)



1.0     Pengenalan

        Penggunaan Bahasa Melayu yang betul adalah dalam penulisan sangat penting dalam
penulisan khabar. Surat khabar adalah media yang menjadi sumber utama bacaan rakyat.
Usaha memartabat Bahasa Melayu sebagai bahasa utama perlu sokongan padu pihak surat
khabar. Aspek morfologi dan sintaksis perlu diteliti dalam penulisan khabar agar pembaca
dalam mempelajari secara tidak langsung penulisan Bahasa Melayu yang betul dan tepat.
Kerajaan perlu memantau penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik semakin merosot
kualitinya. Sekiranya tiada tindakan pembetulan oleh pihak bertanggungjawab, pasti ia akan
merendahkan mutu penggunaan bahasa Melayu itu sendiri kerana media elektronik
mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan, pemantapan dan penghayatan bahasa
Melayu.

2.0     Definisi Morfologi dan Sintaksis

        Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang         yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

2.1     Definisi Morfologi

        Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk
bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

        Manakala      Abdullah Hassan     juga menyatakan definisi   morfologi dalam buku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

        Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur ,

                                                1
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH             (720113135055002)



bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

        Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi
satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau
semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang
mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

2.2     Definisi Sintaksis

        Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.


        Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus
tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga
melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat




                                              2
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                         (720113135055002)



Soalan Tugasan 1 : Analisis Minda Pengarang Akhbar Berita Harian berdasarkan
Morfologi dan Sintaksis


3.0     Analisis Morfologi Berdasarkan Minda Pengarang



      Jenis kata                      Kata yang diperoleh daripada petikan minda pengarang



                         a) Satu Suku Kata
                                      khas memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan
                                       ibu bapa.


                         b) Dua Suku Kata
                                      rendah, penuh , ibu, bapa , masa, depan, anak, dalam, soal,
                                       maktab, sejak, awal, maklum dan kesan
                         c) Tiga Suku Kata
                                      ujian, Sekolah, kelmarin, sedikit , mereka, pelajar, cemerlang,
                                       ketika, perdana, menteri, cadangan, melihat dan positif
                         d) Empat Suku Kata
                                      alternatif, transformasi, dan akademik
   Kata Tunggal

                         e) Lima Suku Kata
                                      Tiada
                         f) Enam Suku Kata
                                      Tiada
                         g) Akronim
                             i.        Percantuman Hurif-huruf awal kata
                                      Ujian Pencapaian Sekolah Rendah = UPSR
                                       Penilaian Menengah Rendah = PMR
                                      Maktab Rendah Sains MARA = MRSM
                                      Rancangan Malaysia Kesepuluh = RMKe-10




                                                          3
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                     (720113135055002)



                         Kata Terbitan
                         (a)       Awalan
                                  berasrama, memansuh, sebanyak, berminat, membuat, terlebih
                         (b)       Akhiran
                                  gambaran, pastinya, tumpuan, jaminan dan pelajaran.
                         (c)       Apitan
   Imbuhan
                                  menggantikan, kelayakan, memasuki, melegakan,
                                   dimuktamadkan, memerlukan, meneliti dan lain-lain.
                         (d)       Sisipan
                                  Berdasarkan kajian petikan minda pengarang yang dikaji tidak
                                   menggunakan imbuhan sisipan.


                                  ibu bapa, diguna pakai, lewat petang, maklum balas, tempoh
   Kata Majmuk
                                   masa, berasrama penuh, dan masa depan
                         a) Penggandaan Penuh
                                  kedua-dua, anak-anak, menang-menang, ternanti-nantikan
   Kata Ganda
                         b) Penggandaan Separa
                                  pelbagai


                         Kata Nama Khas
                         a) Hidup Manusia
                                  Dr Mohd Puad Zarkashi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
                         b) Tidak Hidup
                                  Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri,
   Kata Nama                       Maktab Rendah Sains, Kementerian Pelajaran, Dewan Rakyat,
   Khas                            Rancangan Malaysia Kesepuluh, Lembaga Peperiksaan
                                   Malaysia,
                                   Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan
                                   Penilaian Menengah Rendah




                                                      4
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                         (720113135055002)




                         a) Hidup
                                       pelajar, ibu bapa, murid, guru, pakar pendidikan
                                        rakyat , dan anak-anak
                         b) Tidak Hidup
                               i.       Institusi – sekolah berasrama penuh, kerajaan,
   Kata Nama Am              ii.        Bukan institusi abstrak – kebimbangan, pandangan, jaminan,
                                        gambaran, kelegaan
                             iii.       Bukan Institusi abstrak tidak berbilang - keputusan, persoalan,
                                        pentaksiran
                             iv.        Konkrit – negara, sekolah, pokok




                             a) Kata Kerja Transitif
         Kata Kerja                    Memansuhkan, mengekal, membuat, menetapkan, mendengar,
                                        menggantikan, memberi, mengurangkan, dan melahirkan.
                             b) Kata kerja Tak Transitif
                                       dimansuhkan, diperkenalkan, dijelaskan, dilaksanakan,
                                        diamalkan, dinilai dan diberikan




                         a) Perasaan
                                       Melegakan, kebimbangan
                         b) Cara
                                       Cemerlang, positif
         Kata
                         c) Sifatan atau keadaan
         Adjektif
                                       ,Kebaikan, keburukan, baik, kesediaan
                         d) Jarak
                                       tinggi, depan
                         e) Waktu


                                                          5
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                          (720113135055002)



                                       Awal
                         f) Ukuran
                                       sedikit sebanyak


                         a) Kata Hubung
                               i.       Kata Hubung Gabungan
                                       dan, atau
                             ii.        Kata Hubung Pancangan Relatif
         Kata Tugas
                                       yang
                             iii.       Kata Hubung Pancangan Keterangan
                                       Keterangan Bertentangan - walaupun
                                       Keterangan Tujuan - sebagai
         Kata            a) Kata tanya
         PraKlausa                     adakah
                         a) Kata Nafi
                                       tidak
         Kata            b) Kata Pemeri
         Prafrasa                      adalah
                         c) Kata Sendi Nama
                                       kepada, daripada, untuk, akan




  4.0 Analisis Dari Aspek Sintaksis
   4.1      Definisi

    Sintaksis ialah Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
    konstruksi ayat.Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
    hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.


  4.1.1 Ragam Ayat
   Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif.




                                                           6
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH               (720113135055002)



     a) Ayat aktif
    Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
    sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan
    ayat aktif tak transitif.


     o Ayat Aktif Transitif
                                                                 Predikat
                    Subjek
                                          Kata Kerja Transitif                  Objek
        a. Pengumuman                 mewujudkan                      ujian khas menggantikan
            Kementerian Pelajaran                                     Ujian Pencapaian Sekolah
            untuk                                                     Rendah (UPSR) dan
                                                                      Penilaian Menengah
                                                                      Rendah (PMR) sebagai
                                                                      kelayakan memasuki
                                                                      sekolah berasrama penuh
                                                                      pastinya melegakan ibu
                                                                      bapa..


                                                                      ujian khas itu untuk semua
        b. Kelonggaran kerajaan               mewajibkan              pelajar cemerlang,
            yang tidak                                                sebaliknya hanya kepada
                                                                      pelajar berminat untuk ke
                                                                      sekolah berasrama penuh
                                                                      menunjukkan pelajar dan
                                                                      ibu bapa diberi pilihan
                                                                      untuk membuat keputusan
                                                                      sejak awal lagi




                                                7
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                     (720113135055002)



4.2 Jenis Ayat

        4.1 Ayat Penyata
        Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan. Ayat penyata mempunyai
        tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut
        juga ayat berita atau ayat keterangan.

        Contoh ayat penyata dalam petikan adalah seperti yang berikut:


          i.      Kelonggaran kerajaan yang tidak mewajibkan ujian khas itu untuk semua pelajar
                  cemerlang, sebaliknya hanya kepada pelajar berminat untuk ke sekolah
                  berasrama penuh menunjukkan pelajar dan ibu bapa diberi pilihan untuk
                  membuat keputusan sejak awal lagi.
         ii.      Walaupun keputusan memansuh atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu
                  belum dimuktamadkan, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad
                  Zarkashi, kelmarin sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa
                  mengenai masa depan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di
                  sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).


4.3 Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu:

   i.          Ayat tanya tanpa kata tanya ( tiada dalam petikan ); dan

  ii.      Ayat tanya dengan kata tanya.

4.3.1 Ayat Tanya dengan Kata Tanya

  i.           Adakah kerja kursus akan diperkenalkan bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun
           seperti yang ada sekarang dan sistem pemarkahan yang akan diguna pakai dalam
           menilai prestasi murid dari setahun ke setahun?




                                                      8
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH               (720113135055002)



4.4 Kata Sendi Nama

      Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
      frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah
      bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama
      yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, kepada,
      untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi
      nama boleh juga (sebagai pilihan), didahului oleh kata bantu.

             Contoh yang diperolehi daripada minda pengarang:

                                           Kata Sendi Nama

                     Kata Sendi Nama                                  Frasa Nama
                               Di
                                                                        Sekolah
                              untuk
                                                                 melahirkan modal insan
                                di
                                                                   kebanyakan negara
                             kepada
                                                                       peperiksaan
                              untuk
                                                         membuat keputusan sejak awal lagi
                             daripada
                                                                     pelbagai pihak
                               bagi
                                                                 memberi gambaran awal
                               bagi
                                                             menggantikan sistem peperiksaan


4.4..1 KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA

    Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang
    didahului unsur kata nama arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud
    tanpa kata nama arah.




                                                9
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                  (720113135055002)



        Contoh penggunaan Kata sendi nama + Frasa Nama:

      i.     Sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan sistem peperiksaan adalah
             antara pendekatan yang mungkin diambil dalam memantapkan lagi sistem pendidikan
             negara.
  ii.        Ini adalah antara persoalan pokok yang perlu dijelaskan Kementerian Pelajaran
             bagi memberi gambaran awal.


4.5 Ayat Tunggal

      Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu
      konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi binaan ia menyamai binaan ayat
      dasar iaitu subjek mendahului predikat. Contoh ayat daripada petikan minda pengarang:

      i.     Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR
             dimansuhkan, selain soal pengisiannya.
  ii.        Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri
             Pelajaran bahawa kerajaan tidak menetapkan tempoh masa untuk melaksanakan
             cadangan itu bagi meneliti terlebih dulu maklum balas daripada pelbagai pihak,
             menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
 iii.        Ini adalah antara persoalan pokok yang perlu dijelaskan Kementerian Pelajaran bagi
             memberi gambaran awal mengenai sebarang transformasi sistem pendidikan yang
             bakal dilaksanakan.


4.6 Ayat Majmuk

 Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan ayat
 majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat
 majmuk juga disebut ayat berlapis. Contoh ayat majmuk dalam petikan minda pengarang:


i.          Ayat Majmuk Pancangan Keterangan :
            Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas menggantikan
             Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
             sebagai kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa.
ii.         Ayat Majmuk Gabungan ;


                                                   10
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH                  (720113135055002)



       Ketika ini masih banyak persoalan mengenai kebaikan dan keburukan pemansuhan
        UPSR dan PMR belum dapat dileraikan.
       Lembaga Peperiksaan Malaysia akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai
        oleh guru dan kemudian diukur pencapaiannya.
       Walaupun keputusan memansuh atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum
        dimuktamadkan, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi,
        kelmarin sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa
        depan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolah berasrama
        penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).


5.0 Refleksi Dapatan Analisis
        Secara keseluruhannya penulisan petikan adalah baik. Pengarang berjaya menulis
dengan baik mematuhi peraturan tatabahasa dan dapat menyampaikan mesej dengan jelas.
Populariti Berita Harian sebagai surat khabar utama tidak dapat dinafikan . Pengalaman
wartawan dan penulis di Berita Harian sudah tentu membantu dalam menyediakan berita
untuk pembacaan rakayat seluruh negara. Walau bagaimanapun terdapat juga          beberapa
kesilapan . dapat dikesan setelah dikaji.
Contohnya :
       Walaupun keputusan memansuh atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum
        dimuktamadkan, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi,
        kelmarin sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa
        depan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolah berasrama
        penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)..
       Sebagai ibu bapa, kita memerlukan keputusan terbaik diambil kerajaan dalam situasi
        menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid.


        Kedua- dua ayat jelas menunjukkan kesilapan penulis menggunakan kata hubung
        untuk memulakan ayat. Perkataan ‘walaupun’ tidak sesuai digunakan untuk permulaan
        ayat. Penulis juga kerap menulis ayat gabungan pancangan dua keterangan. Faktor ini
        mungkin menyebabkan penulis melakukan kesilapan. Satu lagi kesilapan yang dkesan
        adalah penulis menggunakan kata bantu aspek ‘sudah’ untuk memulakan ayat. Kata
        bantu ‘sudah’ sepatutnya digunakan untuk menimbulkan suasana perbezaan masa
        sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.


                                                   11
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH             (720113135055002)



        Contoh ayatnya: Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR
        dan PMR dimansuhkan, selain soal pengisiannya.


        Kesilapan aspek morfologi dan sintaksis perlu dielakkan dalam media masa kerana
        masyarakat akan terpengaruh dengan penggunaan yang salah. Penulisan Bahasa
        Melayu yang berkualiti perlu dipertingkat agar sejajar sebagai bahasa kebangsaan dan
        bahasa pengantar utama.


        Proses menyiapkan tugasan ini      dapat membantu saya mengetahui secara tidak
        langsung mengenai proses penyuntingan dan penerbitan berita yang menjadi asas
        pengetahuan dalam dunia penyiaran masa kini. Saya yakin bahawa pengalaman ini
        telah mempertingkatkan pengetahuan saya dalam bidang penyuntingan dan dalam
        bidang penilisani. Pengetahuan dan kemahiran ini amat berguna membantu guru
        terutamanya memberi imput kepada pelajar tentang aspek morfologi dan sintaksis
        dalam proses penulisan. Tugasan ini juga dapat menyedarkan saya tentang pentingnya
        mengetahui dan memahami aspek morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Kedua-dua
        aspek ini adalah tulang belakang aspek tatabahasa Bahasa Melayu.




                                              12
IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH              (720113135055002)



Bibliografi

1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.
4. Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr Seman Salleh, dan Munsyi Zainal Abidin Kasim
    (2010) HBML 2103. Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc.
    Sdn. Bhd.


Internet
    1. http;// perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/.../minda-pengarang-kerajaan-
        perlu-cari.html [ 1 Oktober 2010 ]
    2. http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm [ 2 Oktober 2010]
    3. http://openlibrary.org/b/OL2017413M/Sintaksis_bahasa_Melayu [ 2 Oktober 2010]
    4. http://mindabahasa.wordpress.com/category/sintaksis/ [ 19 Oktober 2010]
    5. http://www.scribd.com/doc/8063956/week-7-sintaksis [19 Oktober 2010}




                                               13

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:3510
posted:5/22/2011
language:Malay
pages:13