Docstoc

MM ajk pibg KALI KE-1 2011 terkini _ Edit _

Document Sample
MM ajk pibg KALI KE-1 2011 terkini _ Edit _ Powered By Docstoc
					                             PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
                        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUNJUNG
                                              NO. TEL : 04-4871659
                                              NO.FAX : 04-4872163
E-mel : supibgsmkj@yahoo.com                                  http://smkjunjung.blogspot.com/ ( unitinfosmkj@yahoo.com )


                      MINIT MESYUARAT AHLI J/K PIBG KALI PERTAMA SESI 2011/2012
                                            BIL . 1/2011

                                        Tarikh : 8 Mei 2011 ( Ahad )
                                        Masa : 2.30 petang
                                        Tempat : Bilik Mesyuarat SMK. Junjung.

Hadir :

    1.    PUAN HAJAH SARIFAH BT. MUSTAFAR               EX-OFFICIO

    2.    EN. HABIB MARIKAN BIN BAWASAH                 YDP

    3.    EN. MOHAMAD NAYAN BIN MAT                     NYDP

    4.    HJ. KHALID BIN HJ. RAHIM                      SU

    5.    PN. SOLEHAH BT. MAT DAUD                      BENDAHARI

    6.    ENCIK SHAMSUDIN BIN IBRAHIM                   AJK

    7.    PUAN SABARIAH BIN ISMAIL                      AJK

    8.    ENCIK MUNIANDY A/L ARMURGAM                   AJK

    9.    PN. NORLELA BT. AHMAD                         AJK

    10. EN. MOHD ASRI BIN MOHD. SALEH                   AJK

    11. EN. KAMARUDIN BIN HASHIM                        AJK

    12. PN. HUSNA BT ABD. RAHMAN                        AJK

    13. PN. NOOR NASIHAH BT. ABBAS ( Pelapor )          AJK

Tidak Hadir :
    1. Encik Azizan Bin Haji Harun                      Bersebab
    2. Encik Zulkifli Bin Shafie                        Bersebab.

Agenda Mesyuarat

    I.    Aluan YDP
           1. Tuan YDP mengalu-alukan kedatangan semua AJK. Beliau juga berharap semua AJK dapat memberikan
              kerjasama yang baik antara satu sama lain.

                                                                                           Tindakan : Makluman
    II. Laporan Pengetua

          2. Puan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK. Pengetua juga berharap
             semua AJK dapat bekerjasama antara satu sama lain.

          3.   Beliau juga memberi penekanan berkaitan sahsiah pelajar dan berharap sistem merit demerit dapat
               dilaksanakan di SMKJ.

          4. Beliau turut memaklumkan supaya pelajar-pelajar dari kelas biasa yang ditempatkan di kelas pendidikan
             khas juga perlu dipantau sahsiah dan disiplin mereka bagi mengelakkan gangguan dan pengaruh yang
             tidak baik kepada pelajar-pelajar pendidikan khas sendiri.
          5. Puan pengetua juga membentangkan masalah pelajar-pelajar di SMKJ dari semua tingkatan.
   6. En. Khalili memaklumkan kepada semua AJK dan memohon persetujuan untuk mengadakan operasi
      menggunting rambut pelajar- pelajar tingkatan 1,2 dan 4 pada 9 Mei 2011

                                                                                 Tindakan : Makluman

III. Perkara Berbangkit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20

   7. Menyelesaikan masalah pengangkutan sekolah. Encik Mohd Nayan memaklumkan bahawa masih terdapat
      ibu bapa yang tidak mahu membeli tiket secara bulanan.
      Tindakan : En. Mohd Nayan bin Mat

   8.   Masalah keruntuhan akhlak

   9.   Perlaksanaan Pelekat Kenderaan Bermotor. YDP memaklumkan supaya pelaksanaan dapat dijalankan
        secepat mungkin
        Tindakan : Pihak Sekolah.

   10. Program Peningkatan Akademik– YDP memohon supaya En Muniandy menyediakan draf bagi program
       peningkatan akademik seperti yang dicadangkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat AJK seterusnya.
       Tindakan : En. Muniandy A/l Armugam

   11. Mewujudkan Anugerah Harapan – Puan pengetua memaklumkan bahawa anugerah ini telah dilaksanakan
       di SMKJ pada setiap kali hari anugerah cemerlang diadakan. Beliau berharap supaya anugerah ini dapat
       diadakan di tapak perhimpunan pula pada masa akan datang.
                                                                                     Tindakan : Makluman
   12. Menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar miskin.
   13. Menyiarkan bacaan Al-quran dan Yasin - Puan pengetua memaklumkan bahawa bacaan Yasin bagi kelas-
       kelas peperiksaan telah dijalankan di kelas masing-masing pada masa ini.
                                                                                     Tindakan : Makluman

   14. Program Bina 2011 bagi membina disiplin fizikal pelajar akan diteruskan – difokuskan kepada pelajar
       tingkatan 4.
       Tindakan : En. Mohd. Asri bin Mohd. Salleh & En. Muniady A/l Armugam


IV. Laporan Bendahari

14. Bendahari membentangkan laporan kewangannya: - Lampiran disertakan
    Baki terkini sehingga April 2011 seperti berikut : PENERIMAAN
            Tunai : RM
            Bank : RM
    Baki terkini sehingga April 2011 seperti berikut : PEMBAYARAN
            Tunai : RM
            Bank : RM

                                                                                Tindakan : Makluman
V. Fokus Aktiviti Tahunan – Tahun 2011

   16. Program Bina 2011 – difokuskan kepada pelajar tingkatan 4 & Pelajar-pelajar yang dicadangkan oleh
       Kaunselor SMKJ
       Tindakan : En. Mohd. Asri bin Mohd. Salleh, En. Muniady A/l Armugam & En Kamarudin Hashim

   17. Program Peningkatan Akademik
       Tindakan : En. Muniady A/l Armugam & En. Kamarudin bin Hashim.

VI. Hal-hal lain.

   18. Kaunselor memaklumkan supaya program yang ingin dijalankan seharusya mempunyai kewangan yang
       mencukupi.
   19. En. Shamsudin mengemukakan cadangan supaya diambil tanda tangan semua pelajar dan guru-guru untuk
       dihantar ke JKR bagi mendapatkan kemudahan lampu isyarat di hadapan sekolah.
       Tindakan : SU dan YDP

   20. En. Shamsudin memaklumkan supaya kelas 2 Maju yang berada bersebelahan dengan tandas lelaki harus
       dipantau keselamatan barangan yang ditinggalkan ketika pelajar ke bengkel atau makmal.
       Tindakan : Pihak Sekolah.

   21. En. Muniandy memaklumkan supaya diadakan Program Anak Angkat BersamaIPTA. Hj. Khalid
       memohon agar En. Muniandy mengemuka draf cadangan atau program yang istimewa yang boleh
       dimanfaatkan dan dilaksanakan oleh PIBG.
       Tindakan : En. Muniady A/l Armugam

   22. En. Khalid meminta AJK memberi tumpuan kepada hasrat Tuan Pengetua untuk PIBG membantu sekolah
       untuk mendekati waris dan program motivasi. Beliau menyarankan PIBG perlu mencari pendekatan
       terbaik untuk berjumpa waris dan melaksanakan Program Motivasi Waris/Pelajar. Beliau juga
       memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan pengkalan maklumat iaitu
       Unit Info SMKJ –E-melkan ke unitinfosmkj@yahoo.com
       bagi tujuan perkongsian maklumat untuk dimasukkan dalam blog sekolah
       http://smkjunjung.blogspot.com
                                                                                  Tindakan : Makluman

   23. Puan Salmah memaklumkan bahawa langsir di bilik mesyuarat akan disiapkan pada minggu kedua dalam
       bulan Jun. Beliau juga menjemput semua AJK ke majlis perkahwinan anaknya.
       Tindakan : Pn. Sabariah bt Ismail

VII. Penutup.

   24. Tuan YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK atas sokongan dan kerjasama dalam
       menjayakan aktiviti sekolah.
       Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.14 petang.



   Disediakan oleh,                                                   Disemak oleh,




   ( Pn. Noor Nasihah bt. Abbas )                                     ( En. Habib Marikan bin Bawasah )
     AJK Pelapor ,                                                    PIBG,
     PIBG, SMK. Junjung.                                              SMK. Junjung.
LAMPIRAN

PERKARA-PERKARA PENTING DAN TINDAKAN SEGERA.



1. Menyelesaikan masalah pengangkutan sekolah. Encik Mohd Nayan memaklumkan bahawa masih
   terdapat ibu bapa yang tidak mahu membeli tiket secara bulanan.
   Tindakan : En. Mohd Nayan bin Mat

2. Perlaksanaan Pelekat Kenderaan Bermotor. YDP memaklumkan supaya pelaksanaan dapat dijalankan
   secepat mungkin
   Tindakan : Pihak Sekolah.

3. Program Peningkatan Akademik– YDP memohon supaya En Muniandy menyediakan draf bagi program
   peningkatan akademik seperti yang dicadangkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat AJK seterusnya.
   Tindakan : En. Muniandy A/l Armugam & En. Kamarudin bin Hashim.

4. Program Bina 2011 – difokuskan kepada pelajar tingkatan 4 & Pelajar-pelajar yang dicadangkan oleh
   Kaunselor SMKJ
   Tindakan : En. Mohd. Asri bin Mohd. Salleh, En. Muniady A/l Armugam & En Kamarudin Hashim

5.   Mendapatkan kemudahan lampu isyarat di hadapan SMKJ
     Tindakan : SU dan YDP

6.   En. Muniandy memaklumkan supaya diadakan Program Anak Angkat BersamaIPTA. Hj. Khalid
     memohon agar En. Muniandy mengemuka draf cadangan atau program yang istimewa yang boleh
     dimanfaatkan dan dilaksanakan oleh PIBG.
     Tindakan : En. Muniady A/l Armugam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:8
posted:5/20/2011
language:Malay
pages:4