sifat wanita dalam primbon by anamaulida

VIEWS: 175 PAGES: 1

									sifat wanita dalam primbon jawa « triple B (bonz bikin blog)                  http://syalalaabonz.wordpress.com/2007/06/08/sifat-wanita-dalam-primb...




                Ingkang NuLis



          triple B (bonz bikin blog)
          bonz bikin blog biar benar benar bisa belajar berpikir bijak biar bangsa bisa
          betul
          sifat wanita dalam primbon jawa June 8, 2007

          Filed under: mind's — bintdbonz @ 9:15 pm

          pedoman para lelaki nie..^^

          bwad para wanita, termasuk yg mana hayooo…

          Dalam memilih bakal isteri, masyarakat Melayu dahulu kala menggariskan beberapa falsafah bagi mengenal sifat-sifat batiniah wanita
          berdasarkan kejadian tubuh badannya. Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Primbon Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan
          dari guru kepada muridnya. Segala catatan ini adalah untuk menambah pengetahuan semata-mata.

          1. Beras Tumpah
          Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga ada tahi lalat.
          Dia lekas naik darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

          2. Bintang Kesiangan
          Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis, mata redup seperti mengantuk.
          Dia senang bersama dan mesra dengan suami.

          3. Durgasari
          Muka bujur telur berwarna sedikit kemerahan, leher jenjang.
          Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.

          4. Silasari
          Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil, tahi lalat di cuping telinga.
          Suka naik darah dan pemboros

          5. Emping hijau
          Kulit gelap, rambut hitam lembut, muka panjang, badan tegap,kaki kecil dan kering, kuku panjang dan kecil.
          Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya.

          6. Matahari Jatuh
          Kulit kuning, urat nampak hijau, alis lentik, mata redup, wajah manis.
          Sabar, bertutur dengan berhati-hati, berbudi bahasa, dapat menerima dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah
          rezeki.

          7. Puspa Mekar
          Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang.
          Dia dapat melayani kehendak suami.

          8. Galak Ulat
          Kulit kuning, rambut keras dan lurus, hujung rambut warna merah.
          Dia sering menolak kehendak suami.

          9. Gandasari
          Kulit kuning, rambut hitam berkilat, leher agak pendek , gerak tubuh seperti orang malas, buah dada tergantung,
          tingkah laku pantas, manis dipandang.
          Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam melaksanakan kewajipan.

          10. Sinar Kencana
          Duduknya tenang, agak pendiam, berkulit gelap, rambut lembut, hitam dan halus, bertubuh besar.
          Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.

          11. Sirih Terlentang
          Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
          Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji

          12. Bunga Lawang
          Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar, sentiasa mau cepat pergi kemana-mana.
          Pandai simpan rahasia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.

          13. Matahari Terbenam
          Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis mata tebal.
          Penyimpan rahasia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai sebagai sahabat.

          14. Sari Maya
          Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan.
          Tak pandai meminta2, menerima apa saja keadaan, taat perintah Allah.




1 of 6                                                                                                                                1/16/2009 1:55 PM

								
To top