; Hadis merendahkan wanita
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Hadis merendahkan wanita

VIEWS: 13 PAGES: 4

  • pg 1
									Hadis merendahkan wanita




    From: penyapu
    To: pengurus laman e-bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
    Sent: Saturday, October 18, 2008 1:54:25 PM
    Subject: Hadis yang merendah2kan wanita

    Disini saya sertakan satu tulisan yang bertajuk 'Wanita paling ramai
masuk neraka' . Saya salinnya daripada sebuah laman web islamik yang agak
taksub dengan hadis dan arabnya sehinggakan bercakap pun kena 'ana' &
'enti'.

    Wanita paling ramai masuk neraka

    MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran
Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah
SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini
kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.

    Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-
sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang
dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga
sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan
mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya:
“(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu
bakaran api neraka.”

    Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya,
bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai
Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu
saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi
suami (sedikit pun).”

    Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil
bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju
Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat
Muslim)

    Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya –
sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain
itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal
salih.

    Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati
mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan
dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.

    Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum
perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku
mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
    Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah
mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?”
Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan
kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu. Aku tidak melihat
golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar
pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain
daripada kamu.”

    Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya:
(Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda
menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua
perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda)
kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari
dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula
ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga)
maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya
(berbanding dengan kaum lelaki).”
    (Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

    Perbuatan mudah mengutuk, memaki-hamun dan sumpah seranah dilarang
Islam sama ada dilakukan oleh lelaki atau perempuan. Tetapi yang banyak
melakukannya, seperti yang diterangkan dalam hadis itu ialah kaum
perempuan. Sebab itu, Baginda menegur mereka supaya menjauhi perkara yang
buruk. – Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Kalau baca tentang hadis, banyak ceritanya tentang wanita. Serba
serbi wanita tidak kena. Apabila terbaca tentang hadis sebegini suatu
masa dahulu, rasa hina diri dihidupkan sebagai seorang wanita yang sudah
tahu di mana tempatnya di akhirat nanti. Patutlah ramai kaum lelaki yang
merendah2 kan wanita terutama sekali mengenai akal kerana ada hadis yg
mengatakan bahawa perempuan kurang akal. Suatu masa dahulu, saya cukup
merasakan bahawa Tuhan itu tidak adil kerana menjadikan wanita dengan
'haidnya' yang menyekat mereka untuk beramal, berpuasa dan solat lantas
mengurangkan pahala bagi kaum perempuan dan akhirnya mencampakkan mereka
ke dalam api neraka.Cukup rasa macam diri ini terlalu hina dan jengkel
jika dibandingkan dengan kaum lelaki yang serba lebih. Ini menjadikan
saya tidak faham kenapa masih disebutkan tentang dosa dan pahala kepada
wanita jika sudah tahu di mana tempatya nanti. Di dunia, disuruh bertutup
litup sehingga begitu terhad untuk melakukan aktiviti, bercakap pun tidak
boleh dengan lelaki takut kerana aurat. Huh! Cukup tak faham. Dan pada
masa itu, saya sendiri tidak tahu kenapa wanita2 lain yang berpurdah dan
warak itu tidak terfikir tentang apa yang saya fikir. Apabila saya
ucapkan bahawa saya rasa tuhan itu tidak adil menjadikan wanita sebegini,
lantas mereka berkata, 'kamu silap, tuhan jadikan wanita cukup istimewa
dengan diberi pelbagai perhiasan dan kelebihan'. tetapi tiada bukti yang
mereka mampu kemukakan apa kelebihannya. Bertahun2 semua itu menyelubungi
diri saya. Namun apa saya boleh buat, fikiran dan ilmu saya sempit pada
waktu itu. Terhad dengan mendegar ceramah agama dan membaca buku2 agama.
Itulah natijahnya apabila menjadikan hadis sebagai rujukan dalam beragama
sehingga menolak sifat Allah s.w.t yang maha adil.



Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Tajuk yang dikemukakan tentu
menarik perhatian ramai. Mungkin kerana tidak sabar hendak berkongsi
dengan pembaca lain penyapu terlupa pula memberi salam.

Hal masuk syurga (kepunyaan Allah) sahaja yang ingin disentuh di sini.
Syurga-Nya didapati tidak mengutamakan kaum lelaki tetapi bagi kedua-dua
lelaki dan perempuan yang beramal seperti disebut ayat berikut:

    "Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin
dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang
patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang
sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan
perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan
yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa,
dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan
lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati
- bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)

Akan tetapi, amalan wanita dijadikan   lebih kurang daripada lelaki dengan
adanya ajaran (bukan Allah) mengenai   haid yang melarang wanita melakukan
beberapa amalan semasa didatanginya.   Ajaran Allah (dan juga Rasul yang
sebenar) berlainan pula dengan hanya   melarang bersatu dengan suami.
Firman-Nya,

    "Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, 'Ia adalah gangguan;
maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam
haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila
mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka
sebagaimana Allah memerintahkan kamu.'" (2:222)

Hanya itu sahaja yang dilarang dalam haid. Larangan lain yang terdapat
adalah bukan ajaran agama-Nya (dan agama Rasul sebenar).

Lantas, kaum wanita diberi pilihan, sama ada ingin beriman kepada ajaran
Allah (dan ajaran Rasul-Nya yang sebenar), atau beriman kepada ajaran
selain daripada-Nya. Yang selain daripada-Nya itu tidak memiliki mahupun
berkongsi dengan Allah atas Syurga-Nya yang akan wujud sebagai tempat
kediaman akhir bagi manusia.

Ajaran agama yang merendahkan kaum wanita dengan perkara-perkara buruk
mirip ajaran Bible. Sila rujuk artikel Koran and the Liberation of Women.

Sekali lagi ditegaskan iaitu dari segi amalan terdapat tidak ada
kelebihan bagi kaum lelaki. Lelaki dan wanita diberi peluang yang sama.
Masing-masing boleh mengatasi satu sama lain asal saja dia orang mukmin.
Iktibar dipetik daripada ayat Allah berbunyi,

    "Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan
dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu
bintit pun." (4:124)
Antara sifat orang mukmin ialah mempercayai (serta mengamalkan) Kitab
Allah, dan tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya
(2:285).

Akhir kata, memilih untuk menjadi orang mukmin adalah langkah amat wajar
bagi kaum wanita untuk tidak direndahkan di dunia dan di akhirat.


22.10.08

                  E-Mail
                  Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan    Artikel   Bacaan
Hiasan     Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
                  Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English
Articles

                  Tulis kepada Pengurus Laman

								
To top