Docstoc

RENUNGI KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN SOMBONG DAN ANGKUH

Document Sample
RENUNGI KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN SOMBONG DAN ANGKUH Powered By Docstoc
					1. Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia
daripada kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa
dibanding dengan kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup
daripada kita.

3.Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak
daripada kita.

4. Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan,
tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.

5.Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf terhadap
kesalahannya.

6.Apabila melihat orang kafir, berdoalah dalam hati agar suatu hari nanti
pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin ALLAH
dan segala dosa mereka akan diampuni.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:347
posted:5/20/2011
language:Malay
pages:1
mr doen mr doen mr http://bineh.com
About just a nice girl