Docstoc

MuzikApresiasi-ZamanBarok

Document Sample
MuzikApresiasi-ZamanBarok Powered By Docstoc
					Topik 4 X Muzik
                                       Apresiasi:
                                       Zaman Barok
         HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
    1.    Menyenaraikan ciri-ciri Zaman Barok;
    2.    Membezakan antara karya dari genre vokal dan instrumental;
    3.    Mengenali latar belakang komposer-komposer Zaman Barok;
    4.    Menyenaraikan beberapa karya dari Zaman Barok; dan
    5.    Menganalisis karya Zaman Barok dari segi nada lagu, tekstur dan
          instrumentasi.


X          PENGENALAN
Bersama lagi dalam Topik 4 iaitu topik yang akan mendedahkan anda kepada
satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Barok (Baroque). Zaman Barok adalah
antara zaman yang paling awal dalam sejarah muzik klasik barat. Zaman ini
bermula pada kurun ke-17 iaitu lebih kurang dari tahun 1600 ke 1750. Muzik
dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting seperti bentuk
muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Ciri-ciri inilah yang
membezakan Zaman Barok dari zaman-zaman yang lain.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada asal usul Zaman Barok. Kita
akan membincangkan ciri-ciri penting dalam Zaman Barok bermula dengan latar
belakang zaman ini. Anda juga akan mempelajari gaya komposisi zaman ini,
komposer-komposer terkenal pada zaman ini dan juga karya mereka. Pada akhir
topik ini, anda akan belajar teknik-teknik penting untuk menganalisis skor lagu
zaman ini.

Kebanyakan daripada ciri-ciri muzik zaman ini bermula sekitar tahun 1600 dan
telah mula pudar pada 1730an. Antara matlamat utama muzik pada Zaman
Barok adalah muzik harus mempunyai unsur emosi yang dapat menarik
perasaan seseorang pendengar.
56 X     TOPIK 4    MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK




 4.1       LATAR BELAKANG ZAMAN BAROK
Sebelum kita teruskan dengan lebih mendalam, kita lihat dahulu sejarah Zaman
Barok. Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun
1750. Zaman ini berlangsung selama lebih daripada satu kurun. Zaman ini telah
menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terkenal dalam era muzik
klasik barat. Muzik zaman ini adalah merdu dan bersemangat. Muzik Zaman
Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar. Ciri-ciri
muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful, melodious
dan lively.

Muzik pada Zaman Barok amat digemari oleh golongan bangsawan dan kerabat
diraja. Gereja pada masa itu tidak memainkan peranan yang penting dalam
budaya muzik jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance sebelum ini.
Persembahan awam untuk golongan rakyat biasa tidak banyak diadakan
sehingga tahun 1700an. Kebanyakan daripada persembahan diadakan untuk
golongan yang kaya, bangsawan dan kerabat diraja.

Ahli-ahli muzik dan musicologist zaman sekarang telah membahagikan muzik
Zaman Barok kepada dua kategori. Jadual 4.1 menunjukkan kepada anda dua
kategori muzik pada Zaman Barok.

                   Jadual 4.1: Dua kategori muzik pada Zaman Barok

                Kategori Pertama                             Kategori Kedua
 Bermula sekitar tahun 1600 sehingga         Bermula dari 1650 ke 1750. Muzik pada
 1664. Muzik pada era ini dikenali sebagai   era ini dikenali sebagai Music of the Late
 Music of the Early Baroque.                 Boroque.

Muzik dari Zaman Awal Barok dan Zaman Akhir Barok mempunyai sedikit
perbezaan dari segi penggubahan, alat muzik dan gaya muzik setiap komposer.
Pada akhir zaman Barok, ciri-ciri muzik telah berubah dan bergerak ke arah
Zaman Klasikal. Tetapi dalam topik ini, anda akan mempelajari ciri-ciri Zaman
Barok secara keseluruhan iaitu ciri-ciri Zaman Awal Barok dan Akhir Barok.

Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik seharusnya
menyentuh perasaan seseorang pendengar. Muzik haruslah mempunyai unsur
emosi yang dapat menarik perhatian pendengar. Idea ini datangnya daripada
zaman sebelum Zaman Barok iaitu dari Zaman Renaissance. Falsafah utama
Zaman Renaissance adalah „muzik adalah alat komunikasi yang sangat penting
dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi dalam pendengar.‰ Falsafah
yang sama telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok. Antara
                              TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK    W    57



kesemua zaman dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroklah yang
mempunyai unsur emosi yang paling tinggi.


4.1.1       Ciri-ciri Muzik Zaman Barok
Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting yang membezakannya
daripada muzik dari zaman lain. Antara ciri-ciri penting ini adalah:
(i)    Basso Continuo atau Figured Bass;
(ii)   Bahagian irama yang menggunakan banyak not semikuaver untuk
       menghasilkan perasaan berterusan;
(iii) Terraced Dynamics diperkenalkan;
(iv) Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Antara alat muzik
     yang banyak digunakan adalah violin, viola dan selo. Penggunaan alat
     muzik lute telah mula pudar pada tahun 1620an. Alat muzik utama dalam
     keluarga woodwind adalah flut, obo dan bason. Alat muzik brass seperti
     horn, trompet dan trombon digunakan dalam orkestra besar dan jarang
     digunakan dalam persembahan solo. Alat muzik tuba tidak digunakan
     dalam era Barok;
(v)    Muzik mode diganti oleh nada major dan minor;
(vi) Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan;
(vii) Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan dipraktikkan
      dengan lebih sistematik;
(viii) Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera, oratorio,
       cantata dan sonata;
(ix)   Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi. Tetapi hanya mempunyai
       satu motif;
(x)    Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga
       digunakan; dan
(xi)   Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut
beberapa ciri-ciri penting Zaman Barok yang telah dinyatakan di atas. Kita hanya
akan membincangkan ciri-ciri yang utama yang menjadikan Zaman Barok itu unik
dan berbeza dari zaman-zaman yang lain.
58 X     TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



(a)   Basso Continuo
      Harmoni adalah elemen muzik yang menjadi sangat popular dan banyak
      digunakan dalam gubahan-gubahan Zaman Barok. Basso Continuo
      merupakan bahagian bes yang dimainkan secara berterusan dan
      menghasilkan bahagian harmoni untuk sesebuah komposisi. Ia merupakan
      iringan bes yang konsisten. Dalam muzik Zaman Barok, Basso Continuo
      selalunya diwakili oleh satu baris notasi sahaja dan bahagian harmoni
      diwakili oleh nombor. Bahagian nombor ini dikenali sebagai figured bass.
      Komposisi-komposisi muzik Zaman Barok hanya akan mempunyai
      bahagian melodi dan bahagian bes sahaja. Pemain muzik dikehendaki untuk
      memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni untuk lagu tersebut
      dengan hanya membaca nombor-nombor di bahagian bes. Setiap nombor
      melambangkan inversion atau balikkan yang berlainan. Setiap pemain alat
      muzik continuo haruslah arif dengan balikkan yang dilambangkan oleh
      setiap nombor. Bahagian ini biasanya dimainkan oleh alat muzik seperti
      harpsichord, organ atau lute. Rajah 4.1 adalah contoh lagu 3 bar yang
      menggunakan iringan figured bass.




       Rajah 4.1: Skor 1 (Melodi dan bahagian bes dengan iringan figured bass)

      Setiap nombor mempunyai maknanya yang tersendiri. Sebagai contoh
      nombor di bawah not C diterjemahkan seperti dalam Rajah 4.2.




                            Rajah 4.2: Terjemahan not C
                             TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK         W   59



      Setiap nombor di bawah Rajah 4.1 (skor 1) seharusnya dimainkan seperti
      dalam Rajah 4.3 (skor 2) di bawah.




          Rajah 4.3: (Skor 2) Melodi dalam skor 1 dengan bahagian harmoni

(b)   Terraced dynamics
      Terraced dynamics bermaksud bunyi kuat atau lembut yang berlangsung
      untuk satu jangka masa yang lama kemudian ia akan bertukar secara
      mendadak ke dinamik yang lain. Tetapi perubahan ini tidaklah sangat
      mendadak seperti dari pp ke ff. Dalam muzik zaman ini, dinamik seperti
      sangat kuat ff dan sangat lembut pp tidak digunakan. Jika komposisi
      tersebut bermula dengan f, maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan
      berada pada dinamik yang sama. Tetapi ada ketika di mana dinamik ini
      akan bertukar ke p selepas satu frasa yang lama. Inilah yang dimaksudkan
      dengan terraced dynamics.

      Terraced dynamics boleh dikaitkan dengan fenomena tangga. Dinamik
      lagu tersebut akan menjadi lebih kuat atau lebih lembut seperti menaik
      atau menurun tangga. Terraced dynamics merupakan ciri-ciri muzik
      Zaman Barok yang penting.

(c)   Irama
      Irama dan meter tertakluk kepada emosi yang hendak ditunjukkan oleh
      seseorang komposer. Dalam Zaman Barok, iramanya banyak menggunakan
      not-not kuaver dan semi kuaver. Irama dalam muzik zaman ini
      mempunyai kesinambungan di antara satu bar ke bar yang lain dan satu
      frasa ke frasa yang lain. Irama dalam melodi zaman ini juga mempunyai
      perbezaan di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Pengelompokan not
      dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Setiap corak irama dapat
      menimbulkan perasaan yang tertentu.

(d)   Harmoni
      Pada permulaan Zaman Barok, chromaticism digunakan untuk tujuan
      emosi dan perasaan. Tetapi pada akhir zaman ini, chromaticism digunakan
60 X        TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



      untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. Nada major dan
      minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara kord-kord yang
      berlainan. Nada major digunakan untuk lagu-lagu yang bersemangat dan
      patriotik, manakala nada minor sering digunakan untuk menunjukkan
      perasaan sedih dan murung.

      Kehadiran harmoni dalam lagu telah membantu komposer-komposer
      untuk membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan. Bahagian
      harmoni biasanya jelas kedengaran dalam bahagian basso continuo apabila
      seseorang pemain memainkan kord-kord untuk mengisi ruang di antara
      melodi dan bahagian bes.

(e)   Perpaduan dalam mood lagu (Unity of Mood)
      Hanya satu emosi sahaja yang diberi tumpuan dalam muzik zaman ini.
      Emosi yang diperkenalkan pada permulaan lagu akan berterusan ke akhir
      lagu. Lagu yang bermula riang akan berakhir dengan mood yang sama.
      Dinamik lebih banyak digunakan dalam muzik Zaman Barok. Tanda p, mp,
      f dan mf lebih banyak digunakan jika dibandingkan dengan Zaman
      Renaissance. Beberapa corak irama dan melodi yang khusus digunakan
      untuk menunjukkan emosi-emosi ini.

      Sama dengan dinamik dalam lagu, mood dalam muzik Zaman Barok akan
      berkekalan untuk suatu jangka masa yang lama sebelum ia berubah sedikit
      ke mood yang lain bergantung kepada teks lagu atau keinginan komposer.

        SEMAK KENDIRI 4.1
       1.      Apakah yang anda faham tentang Basso Continuo?

       2.      Apakah yang dimaksudkan dengan Terraced Dynamics?




4.1.2        Genre Vokal dan Instrumental
Sekarang kita akan bincangkan tentang genre vokal dan juga instrumental. Genre
vokal adalah genre yang lebih terkenal dan mendapat sambutan yang lebih baik
jika dibandingkan dengan genre instrumental. Genre vokal dan instrumental
adalah dua genre yang amat berbeza. Muzik dalam kedua-dua genre ini
mempunyai bentuk yang berlainan.
                               TOPIK 4    MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK     W    61



(a)   Genre Vokal
      Genre vokal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
      x      Berunsur agama (sacred); dan
      x      Tidak mempunyai unsur agama (secular).
      Antara genre vokal yang terkenal ditunjukkan dalam Rajah 4.4.




                            Rajah 4.4: Antara genre vokal terkenal

      (i)     Opera
              Persembahan drama vokal yang mempunyai iringan muzik.
              Dipersembahkan dengan kostum di atas pentas bersama iringan orkestra.
              Teks dalam persembahan opera tidak mempunyai unsur agama.
              Persembahan opera adalah mengenai perkara yang dialami oleh setiap
              masyarakat seperti cinta, pergaduhan, perkahwinan dan komedi.

      (ii)    Chamber Opera
              Opera yang lebih kecil daripada opera yang biasa.

      (iii) Concertato Madrigal
            Komposisi vokal di mana bahagian alat muzik dan vokal diberi
            penekanan yang sama.

      (iv) Cantata
           Cantata adalah antara genre vokal yang paling terkenal dalam Zaman
           Barok. Pada awal kurun ke-17, Cantata membawa maksud komposisi
           vokal yang dipersembahkan oleh satu penyanyi solo diiringi oleh
           bahagian basso continuo. Tetapi pada pertengahan kurun ke-17, Cantata
           biasanya dipersembahkan oleh beberapa orang penyanyi diiringi oleh
           sekumpulan pemuzik. Beza di antara Cantata dan opera adalah penyanyi
           opera mempunyai pakaian atau kostum mereka yang khusus bersama
           dengan perhiasan pentas yang terperinci. Tetapi Cantata tidak
           mempunyai perhiasan pentas atau kostum.

      (v)     Oratorio
              Komposisi muzik berskala besar yang berunsur agama untuk
              penyanyi solo diiringi oleh orkestra dan kumpulan koir. Persembahan
62 X           TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



                Oratorio juga tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. Teks
                dalam persembahan Oratorio adalah berunsur agama.

(b)     Genre Instrumental
        Genre instrumental amat terkenal pada Zaman Barok. Dalam zaman ini,
        alat muzik bertali seperti violin, viola dan selo dan alat muzik woodwind
        seperti picollo, flut dan klarinet banyak digunakan. Antara genre dan
        bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok ditunjukkan dalam
        Rajah 4.5.




      Rajah 4.5: Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok


        (i)     Suite
                Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya
                tarian. Suite adalah komposisi instrumental yang pertama yang
                merangkumi beberapa pergerakan. Suite merupakan antara bentuk
                instrumental yang sangat terkenal dalam era Barok.

        (ii)    Sonata
                Perkataan Sonata digunakan untuk merujuk kepada beberapa jenis
                komposisi dalam Barok. Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah
                karya muzik untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa
                pergerakan. Sonata biasanya dikategorikan sebagai sonatas da chiesa
                (sonata untuk gereja) atau sonatas da camera (sonata untuk dewan).
                Sebagai contoh, Sonata for Two Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan
                sebagainya.
                            TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK   W    63



     (iii) Theme and Variation
           Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian
           tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan. Genre ini
           adalah amat popular pada era Barok.

     (iv) Concerto
          Concerto adalah komposisi instrumental yang digubah untuk satu
          alat muzik solo diiringi oleh orkestra.

     (v)    Tocata
            Tocata merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti
            organ dan keybord. Ia merangkumi satu pergerakan yang pendek.

     (vi) Fugue
          Komposisi untuk alat muzik yang mempunyai tekstur counterpoint.
          Ini bermaksud komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang
          sama penting yang dimainkan serentak. Irama dan melodi dalam
          komposisi fugue adalah lebih ceria dan rancak.


           AKTIVITI 4.1

    Berikan EMPAT jenis komposisi instrumental yang digubah dalam
    genre yang telah dibincangkan di atas.




 4.2        KOMPOSER
Zaman Barok telah menghasilkan antara komposer-kompoer yang paling
terkenal dalam era muzik klasik Barat. Komposer Zaman Baroklah yang menjadi
perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih
dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini.


4.2.1       Kronologi Nama-nama Pencipta
Seterusnya anda akan diperkenalkan kepada beberapa komposer Zaman Barok
yang terkenal. Jadual 4.1 menunjukkan komposer-komposer terkenal pada
zaman Barok.
64 X     TOPIK 4     MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



             Jadual 4.1: Komposer-komposer terkenal pada zaman Barok

              Bil.                Komposer                Tahun
               1      Claudio Monteverdi               1567-1643
               2      Henry Purcell                    1659-1695
               3      Johann Pachelbel                 1659-1706
               4      Antonio Vivaldi                  1678-1741
               5      Johann Sebastian Bach            1685-1750
               6      George Frideric Handel           1685-1759
               7      Domenico Scarlatti               1685-1787


(a)   Claudio Monteverdi (1567-1643)
      Monteverdi adalah seorang komposer Itali dan merupakan antara
      komposer Zaman Barok yang terawal. Komposisi-komposisi beliau masih
      mempunyai elemen-elemen dan ciri-ciri dari Zaman Renaissance. Beliau
      sering dirujuk sebagai seorang revolusi yang menjadi komposer perintis
      yang memulakan era Zaman Barok walaupun karya beliau yang awal tidak
      mempunyai ciri-ciri Zaman Barok.

(b)   Henry Purcell (1659-1695)
      Purcell merupakan komposer Zaman Barok dari England yang paling
      terkenal dari negara ini. Purcell berasal daripada keluarga yang agak
      berada. Bapa beliau merupakan seorang pemuzik untuk kerabat diraja.
      Purcell telah menggubah untuk hampir kesemua genre muzik dalam
      zaman beliau. Beliau telah menggubah beberapa opera, choral muzik dan
      lagu instrumental.

(c)   Johann Pachelbel (1659-1706)
      Antara karya terkenal komposer ini adalah Canon in D yang sering dirujuk
      sebagai PachelbelÊs Canon. Pachelbel adalah seorang komposer Jerman.
      Beliau juga telah menggubah untuk genre-genre lain seperti vokal,
      instrumental, chamber dan orkestra.

(d)   Antonio Vivaldi (1678-1741)
      Vivaldi merupakan seorang komposer dari Itali. Antara karya terkenal
      beliau adalah The Four Seasons yang merupakan antara karya Zaman
      Barok yang paling terkenal. Beliau banyak menggubah untuk vokal dan
      orkestra. Beliau juga terkenal untuk komposisi solo concerto, concerto dan
      sonatas.
                            TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK    W    65



(e)   Johann Sebastian Bach (1685-1750)
      Bach adalah antara komposer Barok yang paling terkenal yang berasal dari
      Jerman. Beliau belajar untuk bermain harpsichord dan violin dari bapanya
      yang merupakan seorang pemain organ di St. George's Church. Karya-
      karya beliau sering dikatakan mempunyai ciri-ciri Barok yang sangat
      ketara. Komposisi-komposisi beliau sering menggunakan elemen
      counterpoint yang merupakan antara teknik komposisi yang terkenal pada
      era Barok. Beliau banyak menggubah untuk alat muzik organ, harpsichord
      dan clavichord.

(f)   George Frideric Handel (1685-1759)
      Handel adalah seorang komposer Jerman yang terkenal untuk karya-karya
      opera, oratorio dan concerti grossi berliau. Handel telah mendapat
      pendidikan awalnya di Jerman dan Itali dan kemudian telah tinggal di
      England untuk suatu jangka masa yang lama. Bapa beliau adalah seorang
      doktor yang telah menentang aspirasi anaknya untuk menjadi seorang
      pemuzik. Antara karya terkenal Handel adalah Messiah yang merupakan
      sebuah oratorio.

(g)   Domenico Scarlatti (1685-1787)
      Scarlatti adalah seorang komposer Itali yang merupakan antara komposer
      terakhir Zaman Barok. Karya-karya beliau banyak mempunyai pengaruh
      muzik Zaman Barok dan juga muzik dari zaman selepas Zaman Barok iaitu
      Zaman Klasik. Seperti karya-karya oleh komposer yang lain, kebanyakan
      daripada hasil karya Scarlatti hanya mendapat tumpuan dan dicetak
      selepas kematian beliau.


4.2.2      Karya-Karya
Apa kata sekarang kita pelajari karya-karya popular dari Zaman Barok.
Perbezaan yang amat ketara di antara karya Zaman Barok dengan karya dari
zaman-zaman yang lain adalah dalam penggunaan alat muzik dan warna ton
alat muzik.

Penggunaan harpsichord dan clavichord memberikan karya-karya pada zaman
ini warna ton yang amat berbeza. Berikut adalah senarai beberapa karya popular
dalam genre vokal dan instrumental dari Zaman Barok.
66 X     TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



(a)   Karya Instrumental
      (i)   Brandenburg Concerto No. 1 in F Major oleh J. S. Bach
      (ii) Toccata & Fugue in D Minor oleh J. S. Bach
      (iii) Air on G String dari Orchestral Suite Overture No. 3 in D Major oleh J.
            S. Bach
      (iv) The Four Seasons Concerto For Violin, Op. 8 oleh Antonio Vivaldi
      (v) PachelbelÊs Canon in D oleh Johann Pachelbel

(b)   Karya Vokal
      (i)   Messiah oleh George Frideric Handel
      (ii) Jephtha oleh George Frideric Handel
      (iii) Wachet Auf oleh J. S. Bach
      (iv) Mass in B Minor oleh J. S. Bach



 4.3       MENGANALISA KARYA-KARYA
Dalam bahagian ini, kita akan menilai beberapa karya terkenal dari Zaman
Barok. Karya-karya ini akan dianalisis dari segi nada, melodi, alat muzik, bentuk
dan tekstur.

Kita akan mulakan dengan karya oleh J. S. Bach iaitu Orchestral Suite Overture
No. 3 in D Major. Bahagian solo violin untuk karya ini telah diadaptasikan oleh
August Wilhelmj, seorang pemain violin Jerman yang amat terkenal pada kurun
ke-19. Beliau telah mengadaptasikan Overture ini untuk dimainkan oleh violin
dan piano. Beliau telah menukar nada asal lagu ini untuk memudahkan
permainannya di atas tali G dalam violin. Maka nama untuk bahagian Overture
ini adalah Air on G String.
                                TOPIK 4    MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK     W   67



(a)   Analisis Lagu bagi Air on G String oleh J. S. Bach
      Sekarang kita akan menganalisa lagu Air on G String oleh J.S. Bach (Sila
      lihat Rajah 4.6)




                   Rajah 4.6: Skor lagu Air on G String oleh J. S. Bach

      (i)    Lagu ini adalah dalam nada D major, nada asal lagu ini.
      (ii)   Bahagian lagu dalam skor di atas adalah dalam bentuk A, B dan C.
             x   Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. Kemudian frasa ini
                 diulangi dan berakhir di bar 7.
             x   Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11.
             x   Bahagian C Bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19.
      (iii) Alat muzik yang digunakan untuk lagu ini adalah violin dan piano.
            Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk dimainkan oleh alat tali
            seperti violin, viola, selo dan contra bass.
68 X     TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK



      (iv) Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik
           mempunyai peranannya yang tersendiri.

(b)   Analisis Lagu bagi PachelbelÊs Canon in D
      Sekarang kita akan menganalisa lagu PachelbelÊs Canon in D (Sila lihat Rajah 4.7)




              Rajah 4.7: Sebahagian daripada lagu PachelbelÊs Canon in D

       Lagu ini mempunyai beberapa jenis penyusunan atau susunan skor untuk alat
       muzik yang berlainan. Dalam bahagian ini, kita akan menganalisis skor Canon in
       D yang disusun oleh Danial Dorff untuk Violin I, Violin II, Viola dan Cello.
       (i)    Lagu ini adalah dalam nada D Major.
       (ii)   Canon bermaksud melodi yang dimainkan secara contrapuntal di mana frasa
              melodi yang dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik
              yang lain. Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan
              pada Zaman Barok.
                          TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK    W    69



     (iii) Perhatikan bahawa frasa yang dimainkan oleh Violin 1 di imitasi oleh
           Violin II bermula dari bar ke 5 dan kemudian diimitasi oleh Viola
           bermula dari bar ke 9. Inilah yang dimaksudkan dengan Canon.
     (iv) Bahagian bes untuk keseluruhan canon ini bergerak dalam sekuan dari I
           V vi iii - IV dan ke I. Jarak antara setiap kord dalam satu bar adalah
          pada jeda ke 5.

      AKTIVITI 4.2
1.   Dalam kumpulan yang kecil, tuliskan analisa untuk lagu dalam skor
     di bawah.

2.   Analisa anda haruslah merangkumi, nada lagu, jenis instrumentasi,
     tekstur dan harmoni.
70 X     TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK




x   Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun
    1750.

x   Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk
    didengar.

x   Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful,
    melodious dan lively.

x   Antara ciri-ciri penting Zaman Barok:
       Basso Continuo atau Figured Bass digunakan;
       Bahagian irama yang menggunakan banyak not semi kuaver untuk
        menghasilkan perasaan berterusan;
       Terraced Dynamics diperkenalkan;
       Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Alat muzik
        tuba tidak digunakan dalam era Barok;
       Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan;
       Tanda masa, baluk, tanda nada           dan     baluk   dipopularkan   dan
        dipraktikkan dengan lebih sistematik;
       Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera,
        oratorio, cantata dan sonata;
       Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga
        digunakan; dan
       Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.
x   Genre vokal dan instrumental menjadi popular.

x   Bentuk dan genre muzik baru diperkenalkan dalam genre instrumental
    seperti sonata dan theme and variation.

x   Opera, Chamber Opera, Concerto Madrigal, Cantata dan Oratorio adalah
    antara genre vokal pada Zaman Barok.

x   Suite, Sonata, Theme and Variation, Concerto, Tocata dan Fugue adalah
    antara genre instrumental pada Zaman Barok.
                             TOPIK 4   MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK   W   71



x   Komposer terkenal pada Zaman Barok adalah
       Claudio Monteverdi
       Henry Purcell
       Johann Pachelbel
       Antonio Vivaldi
       Johann Sebastian Bach
       George Frideric Handel
       Domenico Scarlatti




Basso Continuo                             Opera
Canon                                      Oratorio
Cantata                                    Sekuan
Chamber Opera                              Sonata
Concertato Madrigal                        Suite
Contrapuntal                               Terraced Dynamics
Figured Bass                               Tocata
Fugue                                      Theme and Variation
Harpsichord




Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed). New York: McGraw-Hill
    Companies, Inc.

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:622
posted:5/17/2011
language:Malay
pages:17