Docstoc

Refleksi kendiri PBS

Document Sample
Refleksi kendiri PBS Powered By Docstoc
					REFLEKSI KENDIRI

       Semasa hari pertama menerima tugasan PBS ini, banyak perkara yang bermain
di fikiran. Perkara yang sentiasa difikirkan adalah adakah saya dapat melaksanakan
tugasan yang diberikan dengan sebaiknya. Tambahan lagi saya akan melakukan PBS
di sekolah berdekatan dengan rumah. Ini bermakna saya akan melaksanakan PBS ini
berseorangan tanpa rakan-rakan kelasku. Namun begitu, saya sentiasa positifkan diri
dan memberikan kata-kata semangat supaya tidak mudah lemah. Sebelum memulakan
tugasan ini, taklimat telah diberikan terlebih dahulu.

       Semasa taklimat dijalankan, pelbagai maklumat telah diberikan dan     soalan
tugasan yang diberikan agak mencabar dan sukar untuk dilaksanakan. Penerangan
demi penerangan diberikan bagi memudahkan pemahaman kami terhadap kandungan
dan apa yang dikehendaki untuk tugasan ini. Sesi soal jawab juga diadakan bagi
membolehkan kami mendapat penjelasan dan keterangan dengan lebih jelas tentang
perkara yang tidak difahami.

       Selain daripada taklimat, kami juga telah mengadakn sesi perbincangan di
dalam kelas bersama dengan pensyarah pembimbing. Pada waktu tersebut, saya dan
rakan-rakan telah duduk bersama-sama dan berbicang dengan lebih lanjut tentang
soalan PBS dan apa yang telah didengari semasa sesi taklimat. Ini membolehkan kami
bertukar-tukar idea dan pendapat supaya kami mendapat gambaran yang lebih jelas
dan dapat mengumpulkan maklumat yang diperlukan dalam tugasan dengan betul
semasa melaksanakan PBS.

       Sewaktu menerima tugasan ini, fikiran saya menjadi bercelaru dengan pelbagai
soalan yang difikirkan.    Ini kerana terdapat beberapa tugasan lain yang turut saya
perolehi dan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan tugasan PBS. Saya menjadi
tertanya-tanya samaada mampu melaksanakan tugasan yang banyak dalam satu masa
yang sama.




                                              i
      Debaran dihati semakin kencang apabila tarikh untuk menjalankan PBS semakin
dekat. Namun, saya kuatkan semangat saya dengan dan belajar untuk bertenang dan
tidak cepat menggelabah. Ini merupakan kali pertama saya ke sekolah sebagai seorang
pelatih yang juga bakal guru.    Perasaan kekok kerana sudah lama tidak merasai
suasana persekolahan dan berhadapan dengan guru-guru di sekolah.

      Sebelum menjalankan tugasan ini, saya berpeluang berjumpa dengan kakak
senior yang sebelum ini pernah menjalankan        PBS untuk bertanyakan mengenai
persediaan mereka sebelum ke sekolah dan juga keadaan sekolah yang akan dihadapi.
Mungkin dengan sedikit maklumat dari mereka boleh menyenangkan hati saya dan juga
membuatkan saya teruja untuk melaksanakan tugasan tersebut.

      Semasa menjalani PBS di sekolah apa yang dapat saya lihat ialah, kekuatan
pihak pentadbir yang telah berjaya mentadbir sekolah sehingga mendapat anugerah
sekolah cemerlang pada tahun 2009 di peringkat kebangsaan. Walaupun misi yang
sebenarnya ialah mencapai taraf sekolah cemerlang menjelang tahun 2011. Selain itu,
kekuatan yang dapat saya lihat daripada kakitangan sekolah yang berkerja bersama-
sama bagi meningkatkan taraf sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

      Guru-guru khususnya dilihat berusaha sedaya upaya bagi memenuhi tuntutan
jabatan pendidikan bagi memberikan pemahaman yang sepenuhnya terhadap pelajar
dalam sesuatu matapelajaran. Disamping itu, mereka dilihat bekerja keras seperti
mengadakan kelas tambahan pada setiap petang bagi murid tahun 6 yang akan
menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Saya juga diberitahu terdapat juga
guru yang mengadakan kelas tambahan pada hari-hari minggu.

      Ini bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk ke pusat
tuisyen persendirian supaya dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam
pembelajaran seperti rakan-rakan yang lain. Selain itu pihak sekolah dilihat mengambil
berat mengenai kebajikan para pelajarnya. Ini dapat dilihat apabila pelajar yang
keluarga mempunyai pendapatan kurang daripada RM 600 diberi sarapan percuma
dibawah rancangan makanan tambahan (RMT).



                                          ii
      Pihak sekolah juga tidak lupa bagi memberikan wang ihsan kepada pelajar yang
kurang berkemampuan di bawah kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAMP).
Melalui wang yang diberikan, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa bagi
menyediakan bekalan yang secukupnya bagi persekolahan pelajar tersebut. Guru-guru
dilihat peka dengan permasalahan yang berlaku terhadap pelajar. Misalnya, seorang
pelajar kerap tidak hadir ke sekolah dan juga jika hadir ke sekolah pelajar tersebut tidak
berada dalam keadaan yang sempurna.

      Guru yang berwajib iaitu guru kelas dan guru penolong kanan hal ehwal murid
memainkan peranan dengan menyiasat permasalahn yang berlaku keatas murid
tersebut. Selain itu, mereka juga turut berjumpa dengan keluarga pelajar dan
bertanyakan mengenai masalah yang berlaku dan cuba untuk membantu pelajar
tersebut. Kebanyakkan kes yang berlaku, berdasarkan apa yang diberitahu oleh guru
penolong kanan hal ehwal murid ialah kebanyakkan pelajar yang mengalami masalah
ialah penceraian kedua-dua ibu bapa yang menyebabkan anak-anak hidup terumbang
ambing kekurangan kasih sayang.

      Kekuatan yang dapat         dilihat   ialah   pihak pentadbiran sekolah berjaya
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif kepada pelajar. Mereka menyediakan
tempat seperti pondok bacaan, taman sains, taman herba dan banyak lagi bagi
membolehkan proses pembelajaran dapat dijalankan bukan sahaja di dalam bilik darjah
namun di sekitar kawasan sekolah.

      Kelemahan yang saya dapati ialah pihak sekolah dilihat terlalu cepat bertindak
dalam sesuatu hal. Seperti mengambil tindakan seperti mengatakan pelajar tersebut
perlu di masukkan ke kelas pendidikan khas, sedangkan pelajar tersebut mengalami
masalah yang lain menyebabkan di berkelakuan seperti itu. Disamping itu, pihak
sekolah juga dilihat kurang mengambil tindakan sekira terdapat pelajar yang hadir lewat
ke sekolah.




                                             iii
      Kekuatan yang saya dapati semasa menjalankan PBS ialah mudah untuk
bergaul dengan guru ,kakitangan sekolah dan juga para pelajar semasa mendapatkan
maklumat bagi tugasan yang diberikan. Pelajar-pelajar ini sentiasa menghadiahkan
senyuman dan benar-benar membuatkan hati berasa sedikit tenang dan tidak gusar
kerana saya berasa seolah-olah telah diterima oleh komuniti sekolah tersebut walaupun
itu merupakan kali pertama saya berada di situ. Perkara pertama yang telah saya
lakukan sewaktu berada di sekolah berkenaan ialah berjumpa dengan Guru Besar di
pejabat sekolah. Di situ juga saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
guru iaitu menulis nama sebagai bukti kehadiran setiap hari ke sekolah.
      Di situ juga bermulanya kemesraan saya dengan guru-guru lain. Saya sempat
bersembang dan berbual dengan mereka. Perasaan gembira pada waktu itu begitu
membuak-buak apatah lagi semua guru di situ amat mesra dan baik sekali dengan
saya. Mereka benar-benar menerima kehadiran atau kedatangan saya dengan hati
terbuka.
      Banyak masa dihabiskan semasa berada di pejabat sekolah pada setiap hari
terutamanya sewaktu menulis kehadiran setelah sampai di pekarangan sekolah. Di situ
selalunya guru-guru akan berbual dengan saya dan cuba untuk mengenali saya dengan
lebih dekat. Ada juga di antara mereka yang bertanyakan tentang tempat belajar
sehinggalah ke soalan berkenaan dengan tempat tinggal dan keluarga. Saya benar-
benar tidak berasa kekok atau kurang selesa pada waktu itu kerana air muka mereka
amat menyenangkan hati saya. Pertanyaan mereka juga tidak menggambarkan seolah-
olah mereka mahu memerli atau mengambil tahu hal orang lain. Di tempat itu jugalah
saya mendapat pelbagai maklumat dan pengalaman baru.
      Kelemahan yang saya dapati semasa menjalankan PBS kurang bertanya kepada
guru-guru jika terdapat masalah. Walaupun, saya ada bergaul dengan guru-guru dan
kakitangan sekolah namun masih terdapat perasaan malu untuk bertanya. Mungkin,
disebabkan ini merupakan pengalaman pertama saya berada di sekolah dan perlu
bergaul dengan guru-guru yang boleh dikatakan seperti guru saya dahulu yang
menyebabkan saya menjadi malu untuk bertanya.




                                           iv
      Penyelesaian yang dapat dibuat ialah selalu membiasakan diri bertanya kepada
guru-guru dan cuba untuk bergaul dengan lebih dekat supaya dapat membiasakan diri
bertutur dengan semua pihak, tidak kira pihak bawahan ataupun atasan.

      Kelemahan yang saya dapati ialah kekurangan bahan teknologi maklumat
seperti pemancar cahaya terus (LCD) dan juga skrin pemancar. Bilangan yang terhad
menyebakan proses pembelajaran di sekolah tersebut tidak dapat dijalankan
sepenuhnya    menggunakan     teknologi.   Kekurangan   peralatan   ini   menjejaskan
pendedahan kepada guru-guru dan juga pelajar mengenai teknologi terkini. Selain itu,
pihak sekolah juga tidak mendapat bekalan stok alat bantu mengajar daripada jabatan
pelajaran negeri. Ini menyebabkan para guru perlu mengeluarkan belanja yang agak
besar untuk membeli alat bantu mengajar.

      Semasa menjalankan PBS saya dapat melihat beberapa kelemahan cara
pengajaran guru dalam proses P&P. Misalnya bagi subjek pendidikan jasmani dan
kesihatan terdapat seorang guru yang tidak melibat peljar yang mempunyai bentuk
badan yang agak berisi. Beliau dilihat mnyruh pelajar tersebut mengambil peralatan di
stor sukan dan kemudiannya menyuruh pelajar tersbut duduk di tepi padang melihat
rakan-rakannya yang lain bermain.

      Bagi mengatasi permasalahan yang berlaku, pihak sekolah boleh mengatasi
masalah kekurangan bilangan pemancar cahaya terus (LCD) dengan meminjam
daripada unit teknologi maklumat di jabatan pelajaran negeri. Disamping itu, pihak
sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan mencari penaja dari syarikat kerajaan
mahupun swasta yang sudi memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk
membeli kelengkapan yang diperlukan.

      Sikap yang ditunjukkan tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai seorang guru
kita tidak boleh membezakan pelajar dalam segenap hal bagi melaksanakan tugas
mahupun terlibat dalam sesuatu aktiviti. Hal ini bukan sahaja akan menyebabkan
pelajar tersebut menjadi rendah diri dan juga menngaggap dirinya tidak berguna
seterusnya boleh menyebabkan dia tidak hadir ke sekolah. Sepatutnya guru tersebut
perlu melibatkan semua pelajar dalam proses P&P yang dijalankan.


                                           v
      Terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah
tersebut seperti menyediakan jenis permainan yang berlainan mengikut tahap
kecerdasan para pelajar. Selain itu, guru tersebut perlu berfikiran matang bagi
mengatasi masalah seperti ini. Guru tersebut perlu memikirkan kesan yang akan
berlaku sekiranya beliau melayan pelajar tesebut dengan cara yang berbeza dengan
rakan-rakanya.

      Tuntasnya,    kekuataan   yang    berlaku   membolehkan   kita   belajar   untuk
mengekalkannya dan juga berusaha kearah yang lebih baik. Bagi kelemahan pula,
terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi permasalah ini dan juga mengajar
kita supaya lebih peka terhadap perubahan sekeliling.




                                          vi

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4048
posted:5/17/2011
language:Malay
pages:6