Skema BM2.pdf2011

Document Sample
Skema BM2.pdf2011 Powered By Docstoc
					                                        1




SULIT


Bahasa
Melayu
Kertas 2
Peraturan
Pemarkahan
Mei
2011



                       JABATAN PELAJARAN MELAKA


                PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
                                 TINGKATAN 5




                               BAHASA MELAYU
                                     Kertas 2
                         PERATURAN PEMARKAHAN

                  UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA




   AMARAN

   Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Jabatan Pelajaran Melaka.
   Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang
   maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada
   sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua
   bentuk penulisan dan percetakan.




             Peraturan pemarkahan ini mengandungi 15 halaman bercetak
                                                       2




                                       Markah penuh: 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

           (a)       Isi             - 20 markah
           (b)       Bahasa          - 10 markah


(a)        Isi [20 markah]


           Nota:

           (i)       Panduan mengira perkataan.

                     Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

                     -     nama khas
                     -     perkataan berulang
                     -     penggunaan kata depan di dan ke
                     -     tarikh
                     -     angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
                     -     gelaran

           (ii)      Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
                     diperiksa.
           (iii)     Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
                     tidak perlu diperiksa.
           (iv)      Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.



                  Bahagian                                     Markah                      Markah

      (i) Pendahuluan                                                                        2

      (ii) Isi Tersurat                4      5    6       7     8      9   10   11   12
                                                                                             16
      (iii) Isi Tersirat               12     11   10      9     8      7   6    5    4

      (iv) Penutup/Kesimpulan                                                                2

                                           Jumlah markah                                     20
                                              3



                                     Soalan 1: Rumusan
                                          [30 markah]

Pendahuluan                                                                       Markah

Petikan membincangkan fungsi/tugas/tanggungjawab pusat sumber sekolah.                 2
Isi-isi tersurat [4 -12 markah] – [Peranan]
1.     menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan
       koleksi bahan                                                               2
2.     meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah 2
3.     mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program
       peningkatan akademik                                                            2
4.     meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.                2
5.     mewujudkan keadaan pelajar secara kendiri.                                      2
6.     membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara.                                2
7.     membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan.               2
8.     menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan                  2
9.     memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.                 2
Isi- isi tersirat (4 – 12 markah): [Sebab-sebab kurang dikunjungi]
1.     tidak sesuai dengan jadual waktu                                                2
2.     suasana tidak sesuai /kondusif                                                  2
3.     koleksi bahan tidak mencukupi /tidak menarik /                                  2
4.     ruang bacaan yang sempit                                                        2
5.     peraturan pusat sumber sekolah kurang mesra pelanggan                           2
6.     waktu untuk berkunjung ke pusat sumber yang sangat terhad /kekangan masa        2
7.     kurang promosi /tiada galakan /tiada penghargaan                                2
8.     kurang aktiviti di peringkat pusat sumber                                       2
Kesimpulan
Semua pihak haruslah memanfaatkan pusat sumber sekolah supaya dapat memupuk
budaya membaca                                                                         2
                                                  4




(a)          Bahasa [10 markah]

             Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
             jadual berikut:

                            Markah      Markah
               Peringkat                                       Huraian Bahasa
                              Isi       Bahasa
                                                      - Kesinambungan isi baik
                             18 – 20     9 – 10       - Struktur ayat/tatabahasa baik
              Baik
                             15 – 17      7–9         - Kosa kata luas
                                                      - Tanda baca/ejaan betul
                                                      - Kesinambungan isi masih baik
                                                      - Struktur ayat/tatabahasa masih
                             12 – 14      6–7
              Sederhana                                 memuaskan
                              8 – 11      4–6
                                                      - Kosa kata masih memuaskan
                                                      - Tanda baca/ejaan juga memuaskan
                                                      - Pada keseluruhannya dalam serba
              Lemah           1–7         1–4
                                                        kekurangan /tidak memuaskan

Nota:

      (i)       Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
      (ii)      Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
      (iii)     Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun
                jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.
      (iv)      Jika rumusan kurang 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

                                                      [Markah bahasa maksimum: 10 markah]
.
                                              5



                                     Soalan 2: Pemahaman

                         Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

                                     Soalan 2 (a) : 9 markah
                                     Soalan 2 (b) : 9 markah
                                     Soalan 2 (c) : 8 markah
                                     Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

       1.     Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
       2.     Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap
       3.     Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
              separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.




Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
   1. Soalan 2 markah:
                                   DESKRIPSI                                     MARKAH
        -   Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis              2
        -   Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup /gramatis & tidak gramatis       1
        -   Jawapan tidak tepat/salah                                              0
   2. Soalan 3 markah:
                                    DESKRIPSI                                    MARKAH
        -   Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis         3
        -   Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis
                                                                                   2
        -   Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
        -   Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis                            1
        -   Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis     0
   3. Soalan 4 markah:
                                    DESKRIPSI                                    MARKAH
        -   Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis         4
        -   Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis             3
        -   Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis             2
        -   Isi kurang lengkap /kurang relevan dan ayat kurang gramatis            1
        -   Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis     0
                                               6



Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i)     Maksud:
        -     tempat atau pusat untuk mendapatkan maklumat /pengetahuan
                                                                                       2
(ii)    Kelebihan
        -        menjadi pelajar yang berdedikasi                                1
        -        berfikiran matang                                               1
        -        berdisiplin                                                     1
        -        dapat mengembangkan bakat serta kebolehan berdasarkan minat
                 masing-masing.                                                  1
                                                                   Maksimum: 3 markah
(iii)   Cara-caranya:
        -        memperbanyak koleksi buku /pelbagai disiplin ilmu                      1
        -        mempelbagaikan bahan rujukan seperti buku, CD, video, carta, dll        1
        -        mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif /selesa                 1
        -        memudahkan proses pinjaman buku-buku rujukan                           1
        -        memanjangkan tempoh masa pinjaman buku                                 1
        -        menganjurkan pelbagai pertandingan /kempen/ ganjaran                  1
                                                                      Maksimum: 4 markah



2 (b) - Petikan Cerpen

(i)     Sebab:
        -        menjamu anak-anak Kampung Langat                                      1
        -        menjamu cucu cicitnya dari pusat-pusat pengajian tinggi yang datang
                 menemu ramahnya untuk menulis tesis                                   1
        -        menjamu cucu cicitnya yang datang menemu ramahnya untuk membuat
                 buku sama ada yang jauh atau yang dekat                               1

                                                                      Maksimum: 2 markah

(ii)    Wajar dikenang dan dihargai:
        -        meningkatkan semangat patriotik                                       1
        -        mengenang kembali perjuangan mereka                                   1
        -        sebagai penghargaan / membalas jasa /berterima kasih kepada mereka    1
        -        menjadi contoh atau teladan kepada rakyat /generasi muda              1

                                                                      Maksimum: 3 markah

(iii)   Satu pengajaran dalam petikan:
        -        Kita hendaklah mempunyai sikap menyayangi sesama manusia
                 Contoh: Pak Itam mengasihi anak cucunya dan penduduk kampung
                 menyebabkan dia mengadakan majlis khas untuk mereka.                  1+1
                                               7



       -        Kita haruslah mengamalkan sikap bijak menggunakan masa
                Contoh: Walaupun berusia 85 tahun, Pak Itam masih mempunyai masa
                untuk menternak ayam serta memelihara kucing.                             1+1
       -        Kita hendaklah bersikap saling menghargai antara satu sama lain
                Contoh: Pak Itam tidak pernah menghampakan permintaan orang yang
                ingin berjumpa dengannya.                                                 1+1
                                                                      Maksimum: 2 markah
       Satu pengajaran dalam cerpen:
       -        Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong.
                Contoh: Tuk Mat dan orang kampung menolong Pak Itam membuat
                persiapan majlis hari jadi Pak Itam.                                      1+1

       -        Kita haruslah tabah dalam mengharungi kehidupan.
                Contoh: Pak Itam tabah menghadapi situasi ditinggalkan isteri dan anak-
                anaknya kerana prinsip perjuangannya.                                     1+1

       -        Kita janganlah melupakan jasa tokoh yang banyak berjasa kepada negara
                Contoh: Wartawan yang diundang ke majlis hari jadi Pak Itam tidak
                hadir untuk membuat liputan.                                          1+1

       -        Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Tuhan dengan meningkatkan amal
                ibadah
                Contoh: Pak Itam sentiasa menunaikan ibadah tepat pada waktunya sehingga
                dia meninggal dunia ketika menunaikan solat.                          1+1
                                                                     Maksimum: 2 markah


2(c) - Prosa Klasik
(i)    Maksud:
       -        Mahu melaksanakan tugas tersebut tanpa berlengah-lengah
                                                                      Maksimum: 2 markah
(ii)   Tindakan:
       -        bermesyuarat sesama mereka                                                1
       -        menghadap / berjumpa ke bawah Duli Raja Bahrum Dewa                       1
       -        memaklumkan kepada ke bawah Duli Raja Bahrum Dewa                         1
                                                                      Maksimum: 3 markah
(ii)   Bukti:
       -        menyumbangkan tenaga /sanggup berkorban                                   1
       -        tidak memburuk-burukkan pemerintah / pemimpin                             1
       -        mematuhi undang-undang negara                                             1
       -        memberikan kerjasama / sokongan padu tanpa berbelah bagi                  1
                                                                      Maksimum: 3 markah
                                             8



2 (d) - Petikan Puisi

(i)     Gambaran:
        -    remaja amat mahal /bernilai                                            1
        -    tiada terbeli oleh perjanjian                                         1
        -    berpendirian                                                          1
        -    berani                                                                 1
-       -    berilmu                                                               1

                                                                   Maksimum: 2 markah
(ii)    Cara-cara:
        -      tidak terlibat dalam gejala sosial                                  1
        -      berjaya /lulus dalam pelajaran/ peperiksaan                         1
        -      sentiasa mengikut peraturan /norma yang terdapat dalam masyarakat   1
        -      tidak melanggar undang-undang negara                                1
        -      menghormati ibu bapa /orang yang lebih tua /pemimpin                1
        -      mempunyai penampilan /sahsiah diri yang terpuji                     1
        -      dapat memberi sumbangan kepada keluarga /masyarakat /negara         1
                                                                   Maksimum: 3 markah
(iii)   Tiga persoalan:
        -      persoalan jati diri remaja                                          1
        -      persoalan kehidupan remaja yang penuh cabaran dan dugaan            1
        -      persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan      1
        -      persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja                         1
                                                                   Maksimum: 4 markah
                                                    9




                            Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                              Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
                                           Soalan 3 (a) : 6 markah
                                           Soalan 3 (b) : 6 markah
                                           Soalan 3 (c) : 6 markah
                                           Soalan 3 (d) : 6 markah
                                           Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi Soalan 3 (a)

       1.        Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
       2.        Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
                 keseluruhan soalan.
       3.        Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
       4.        Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
       5.        Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
       6.        Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
                 setiap ayat.
       7.        Jika semua perkataan dipakai dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
                 ayat.
       8.        Boleh menggunakan cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
       9.        Isi tidak jelas tolak ½ markah.
       10.       Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.


3 (a)

(i)          dekat:
             -      (tidak jauh) antara satu dengan yang lain, rapat-rapat
             dekad:
             -        jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901
                      hingga tahun 1910.
(ii)         teman:
             -        1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-
                      sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan,
                      dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan
                      orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau
                      isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga
                      jiran.
             reman:
             -        tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas
                      mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas
                      tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas
                      mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan.
                                                 10



(iii)   dokumen:
        -     keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (spt surat beranak, surat
              nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti.
        rekomen:
        -       1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan
                akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan:
                Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2
                memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~
                kamu supaya memakan pil ini?
                                                                    Maksimum: 6 markah
3 (b)
        (i)     Amir mengingatkan adiknya supaya belajar dengan tekun agar lulus
                cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah.
        (ii)    Pembangunan negara perlu dirancang dengan teliti bagi menjamin
                pembangunan yang seimbang.
        (iii)   Masalah pembuangan bayi perlu ditangani oleh semua pihak secara berkesan
                supaya tidak menjadi barah dalam masyarakat.
                                                                 Maksimum: 6 markah
3 (c)

        (i)     sihat            -    kesihatan
                miniral          -    mineral

        (ii)    ke 15            -    ke-15
                penyedaran       -    kesedaran

        (iii)   jenerasi         -    generasi
                persekitaran     -    sekitar
                                                                      Maksimum: 6 markah
3 (d)
        (i)     inspirasi          -         aspirasi
                pelbagai kaum-kaum -         pelbagai kaum
        (ii)    kata alu-aluan        -      kata laluan
                dia                   -      mereka
        (iii)   baru                  -      baharu
                pembelian             -      pemilikan
                                                                      Maksimum: 6 markah
3 (e)   Panduan maksud peribahasa:
        (i)     Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
        (ii)    Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
        (iii)   Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya
                dan tidak dapat diajar lagi.
                                                                       Maksimum: 6 markah
                                            11



                                     Soalan 4: Novel

                                 Markah penuh 15 markah

Perhatian bagi Soalan 4

   1.      Jawapan bagi 4 (a) mestilah berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.
   2.      Jawapan bagi 4 (b) mestilah berdasarkan mana-mana dua novel yang dipelajari.
   3.      Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.
   4.      Pemberian markah bahasa berdasarkan impression.
   5.      Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.


Perhatian bagi (a)

   (i)     Jawapan tepat dan merujuk peristiwa benar berdasarkan teks yang dipelajari.
   (ii)    Markah maksimum 7 markah:
              Isi 4 markah:
              Nota:
                     4m -          Baik
                     3m -          Sederhana atas
                     2m -          Sederhana bawah
                     1m -          Lemah
              Bahasa 3 markah:
              Nota:
                     3m -          Baik
                     2m -          Sederhana
                     1m -          Lemah
   (iii)   Jawapan dalam bentuk poin, beri 2 markah maksimum untuk bahasa.

Perhatian bagi (b)

   (i)     Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan.
   (ii)    Berikan 2 markah bagi huraian atau contoh.
   (iii)   Huraian atau contoh tanpa pernyataan, berikan 0 markah.
   (iv)    Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2
           markah.
                                           12



4 (a)   Sinopsis
Sinopsis Novel Renyah
       Novel ini mengisahkan Datuk Dolhi, seorang usahawan berjaya tetapi bingung, sedih
dan menyesal apabila mengenangkan kelima-lima orang anaknya yang tidak berminat untuk
menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri,
iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak-anaknya ialah
Hasnol, Amira, Ilham, Mukhlis dan Dani. Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
Amera seorang guru. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan
pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan
seorang artis.

       Akibat terlalu kecewa dengan sikap anaknya, Ilham, yang menghasut orang-orang
Penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakan di Sarawak, Datuk
Dolhi pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun beliau ditemani oleh anaknya Wahi, iaitu
anaknya dengan Mastura. Setelah kembali ke tanah air, Datuk Dolhi menghadapi masalah
dengan anak-anaknya. Misalnya, Hasnol didakwa menerima rasuah, Dani terlibat dengan
dadah, Ilham melarikan diri ke Perancis kerana diburu oleh pihak berkuasa dan Mukhlis
hidup merempat dan menjadi tidak siuman. Hanya Amera yang menceriakan Datuk Dolhi.

       Masalah yang menimpa anak-anak Datuk Dolhi telah dapat diselesaikan. Datuk Dolhi
telah menjamin Dani dan akan menghantar Dani ke pusat pemulihan. Datuk Dolhi juga telah
berjaya menemui Mukhlis yang terlantar di hospital dan akan dihantar ke pusat rawatan
mental. Hasnol juga telah dibebaskan daripada tahanan apabila dijamin oleh Datuk Dolhi.
Ilham tidak mahu pulang ke tanah air kerana takut ditangkap pihak berkuasa. Amera pula
berkahwin dengan Yang Berhormat Wahab.

        Wahi telah kembali ke tanah air dan disambut oleh Datuk Dolhi dan keluarga. Datin
Tominah menerima Wahi dan isterinya, Yuka, warga Jepun dengan seadanya. Pada
penghujung cerita ini, Datuk Dolhi telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di
Dolhi-Albert Holding. Setelah semua masalah yang membelenggu keluarganya selesai, Datuk
Dolhi bercadang ke Mekkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama-sama dengan
isterinya, Datin Tominah.

* Nota: Yang penting ada peringkat permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.
                                           13



4 (a) Sinopsis Novel

Sinopsis Novel Sutera dalam Lukisan

        Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat
kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan
Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering
menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung
malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya, malah telah cuba mengambil peluang
untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Hidupnya
keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran
Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun
banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan
bersama-sama Adila.

       Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam
terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki
Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias
malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana dia pernah menuntut di luar
negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk
mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias
yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei
untuk mengharapkan simpati daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.

        Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama
dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri
Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat
Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan
isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila
akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di
salah sebuah universiti swasta.



4 (b)   Perbandingan watak utama

Novel Renyah
Watak utama - Datuk Dolhi

1.      Usahawan yang berjaya
        –     Datuk Dolhi mempunyai empayar perniagaan secara usaha sama dengan
              Albert Lee dalam perniagaan Dolhi-Albert Holding.
2.      Bertanggungjawab
        –     Beliau masih memberi nafkah kepada anaknya, Wahi melalui ibu mentuanya
              walaupun isterinya, Mastura telah meninggal dunia.
                                             14



3.      Penyayang
        -      Datuk Dolhi tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu
               banyak menimbulkan masalah kepadanya kerana mencemarkan nama baiknya.
4.      Penyabar
        -      Datuk Dolhi tetap bersabar dengan pelbagai kerenah anak-anaknya yang
               bermasalah.
5.      Berani
        -      Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya
               dalam Dolhi Albert Holding walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin
               menguasai syarikat tersebut.
6.      Rajin
        -      Beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku-buku yang
               berkaitan dengan motivasi.

7.      Berwawasan jauh

        -     Sebagai usahawan yang berwawasan jauh, beliau sentiasa mencari rakan
              kongsi baharu sambil melihat peluang niaga.
        -     Beliau merancang untuk menubuhkan kolej swasta sendiri yang
              berorientasikan keusahawanan.

8.      Mempunyai daya ingatan yang kuat

        -     Datuk Dolhi masih mengingati             lagu-lagu    Jepun   semasa   zaman
              persekolahannya dahulu.

Nota:
Watak secara fizikal /luaran sahaja beri 1 markah (tanpa huraian)
Contoh:

1.      Suami kepada Datin Tominah
2.      Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
3.      Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis, Dani dan Wahi
4.      Rakan niaga Albert Lee
                                              15



Novel Sutera Dalam Lukisan

1.     Bertanggungjawab
       -        Bujei mencuba untuk menyelamatkan ibunya daripada kebakaran di
                rumahnya, tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dihalang
                oleh orang ramai.
2.     Berani
       -        Bujei dengan berani menerkam bapa tirinya, Harun kerana ingin membela
                ibunya, Fatimah yang diterajang sehingga pengsan.
3.     Suka berangan-angan
       -        Bujei suka berangan-angan agar dia berubah suatu hari nanti, hidup senang,
                bekerja, dan bergaji besar
4.     Rajin
       -        Biasanya pagi-pagi Bujei akan menunggu sesiapa sahaja yang pergi menoreh
                getah dan berharap mereka akan mempelawanya untuk menolong di kebun
                semata-mata untuk mendapat upah


5.     Mempunyai harga diri
       -        Ketika Bujei berada di kedai Pak Sulong, Bujei tidak suka meminta-minta
                daripada pelanggan yang minum di situ kerana dia masih mempunyai harga
                diri.
6.     Merendah diri
       -        Bujei keberatan untuk berjumpa Adila apabila disuruh oleh Mak Lamah
                kerana dia merasakan dirinya bodoh, tetapi akhirnya dia memberanikan diri
                untuk bersemuka dengan Adila
7.     Pandai berjimat
       -        Bujei tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya
                malah disimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
8.     Berbakat dalam bidang nyanyian
       -        Bujei mendendangkan lagu Bahtera Merdeka semasa majlis perkahwinan
                Same’ah sehingga memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

Nota:
Watak secara fizikal / luaran sahaja beri 1 markah (tanpa huraian)

1.     Berumur 27 tahun.
2      Bodoh, dungu
3.     Pemuda tidak berakal



                              PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:373
posted:5/14/2011
language:Malay
pages:15