Docstoc

Kertas BM 2.pdf2011

Document Sample
Kertas BM 2.pdf2011 Powered By Docstoc
					SULIT                                                                                1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2011
2 ½ jam




                           JABATAN PELAJARAN MELAKA
                     PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
                                      TINGKATAN 5


                                    BAHASA MELAYU
                                          Kertas 2
                                 Dua jam tiga puluh minit




           JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


   1.      Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
   2.      Jawab semua soalan.
   3.      Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan
           teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
   4.      Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




__________________________________________________________________________________
                       Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
                                                                              [Lihat sebelah

                                              1
                                    Soalan 1 : Rumusan
                                        [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat
sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

      Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu
perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal
ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak
dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang
kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.

        Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan,
mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik
darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar
dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah,
khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu
daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan
kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik.

       Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan
untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat
sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan
keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan
kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang
tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti
pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat
berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan
pengajaran yang berkesan.

       Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan
kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan
proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan
keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu
menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi,
pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi
kegunaan guru dan pelajar.

        Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di
samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila
pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang
berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan
mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.

   (Dipetik dan diubah suai daripada „Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu‟
                                    oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)


                                              2
                                   Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)     Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu.                                    [2 markah]
(ii)    Nyatakan kelebihan-kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan
        membuat penyelidikan di pusat sumber sekolah?
                                                                                  [3 markah]
(iii)   Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat pelajar
        menggunakan pusat sumber sekolah?
                                                                        [4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

        Esok pasti meriah, semua yang datang pasti puas, semua akan bercakap. Esok genaplah
85 tahun usia Pak Itam sebagai penghuni dunia ini. Ini cita-citanya, inilah harapannya, tersemai
cambah, berbunga dan berbuah di dalam hatinya, duit yang ada, baki sekembalinya dari Makkah
akan dibelanjakan untuk kenduri menyambut hari lahirnya. Bukan meniup lilin yang menyala di
atas kek, bukan menyanyi lagu Happy Birthday to You, tidak! Hari ulang tahun yang pertama
kali disambut semenjak dia lahir ke dunia ini ialah hari untuk menjamu anak-anak Kampung
Langat, cucu cicitnya di pusat-pusat pengajian tinggi yang datang dan pergi menemu ramah
untuk menulis tesis, menemu ramah untuk membuat buku, jauh dan dekat. Datanglah, Pak Itam
tidak pernah menolak, kalau dia tidur, kejutlah, dia akan bangun. Kalau dia bergelumang dengan
tahi ayam di reban, menunduk memberi makan kucing-kucingnya di kandang, panggillah!
Jeritlah! Pak Itam tidak pernah menghampakan sesiapa. Semenjak dari zaman remaja hingga
berusia 85 tahun, dia tidak pernah menghampakan harapan orang, apatah lagi menghina dan
mengecilkan hati orang. Kalau tidak, untuk apa dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya,
masuk penjara keluar penjara? Zaman Inggeris, dia masuk penjara, zaman Jepun pun dia masuk
penjara. Di Singapura, di Pudu, di Melaka dan di Johor. Buat apa dia menyusahkan diri?
Bukankah dia anak Melayu yang pertama menjadi majistret di Malaya ini?
                            (Dipetik daripada cerpen „Memori Seorang Tua‟ oleh Zahari Affandi
                                     dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)     Apakah tujuan Pak Itam mengadakan sambutan hari lahirnya?                   [2 markah]
(ii)    Pada pendapat anda, mengapakah jasa tokoh pejuang seperti Pak Itam wajar dikenang
        dan dihargai?
                                                                              [3 markah]
(iii)   Huraikan satu pengajaran dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain daripada
        keseluruhan cerpen.
                                                                             [4 markah]
                                               3
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

        Sebermula pada tiap-tiap hari siang dan malam, orang berkawal di bawah mahligai Tuan
Puteri Mandu Ratna Dewi itu. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang
senjata dan berbaju rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. Setelah didengar oleh
hulubalang suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya, “Apalah bicara
tuan hamba sekalian?” maka kata seorang lagi, “Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan
ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertuan kita kerjakan.” Setelah sudah ia
mesyuarat itu maka menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka
katanya kepada biduanda itu, “Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan,
pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki
ketawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami
persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.”
        Setelah demkian kata menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum
Dewa itu serta dipersembahkannya perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai
itu.

               Dipetik daripada „Hikayat Langlang Buana‟ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
                                                                  Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)     Apakah maksud rangkai kata hendak disegerakan pekerjaan itu.
                                                                                 [2 markah]

(ii)    Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh menteri dan hulubalang setelah mereka
        mendengar suara orang ketawa di atas mahligai tuan puteri itu?
                                                                          [3 markah]

(iii)   Pada pendapat anda, bagaimanakah rakyat dapat membuktikan kesetiaannya kepada
        pemerintah?
        Berikan tiga cara membuktikannya.
                                                                            [3 markah]




                                             4
(d)     Baca sajak di bawah teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
        menggunakan ayat anda sendiri.

                            Harga Remaja
                     Berapakah sebenarnya harga remaja
                     yang bersih
                     dari gelodak kecewa
                     bagai kehijauan daun
                     bagai kesegaran pohon
                     di pinggir perjalanan ini?

                     dengan apakah akan kaupenuhi
                     piala remajamu
                     adakah cuka kesangsian
                     dari cinta murah
                     atau madu ajaran
                     dari ilmu susah?

                     Remaja amat mahal
                             sesungguhnya
                     tiada terbeli oleh perjanjian
                     harga remaja adalah
                             pendirian
                     keberanian dan ilmu.

                     Penuhilah remajamu
                     dengan ketentuan tuju .
                                                                         Rahman Shaari
                                                                   Antologi Harga Remaja
                                                                 Dewan Bahasa dan Pustaka


(i)     Nyatakan gambaran tentang remaja dalam rangkap ketiga?
                                                                                [2 markah]

(ii)    Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh remaja agar dihargai
        oleh masyarakat?
                                                                                [3 markah]
(iii)   Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
                                                                                [4 markah]




                                                5
                            Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

                                       [ 30 markah ]

                                    Jawab semua soalan.

(a)   Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
      akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
      menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
      khas.

      (i)     dekat         -      dekad

      (ii)    teman         -      reman

      (iii)   dokumen       -      rekomen
                                                                                  [6 markah]

(b)   Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini kepada ayat susunan biasa.

      (i)     Mengingatkan adiknya Amir supaya belajar dengan tekun agar lulus cemerlang
              dalam Penilaian Menengah Rendah.

      (ii)    Bagi menjamin pembangunan yang seimbang pembangunan negara perlu
              dirancang dengan teliti.

      (iii)   Supaya tidak menjadi barah dalam masyarakat masalah pembuangan bayi perlu
              ditangani oleh semua pihak secara berkesan.
                                                                            [6 markah]

(c)   Dalam setiap ayar di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
      penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
      ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
      kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

      (i)     Sejak beberapa tahun yang lalu, beras perang sering dianggap makanan sihat
              kerana kandungan nutrisi, vitamin dan miniralnya yang lebih baik daripada beras
              putih.

      (ii)    Mesyuarat dan seminar inisiatif Antirasuah Bagi Rantau Asia dan Pasifik ke 15
              boleh disimpulkan memberi penyedaran yang mendalam dalam kalangan negara
              anggota.

      (iii)   Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah menerbitkan Era Hijau bertujuan untuk
              mendekatkan jenerasi muda dengan pengurusan alam persekitaran.
                                             6
                                                                                [6 markah]

(d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
      dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
      setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
      kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
      semula

      (i)     Tempat rekreasi merupakan lokasi pertemuan penduduk pelbagai kaum-kaum di
              kawasan itu sewaktu beriadah sekali gus menepati inspirasi gagasan Satu
              Malaysia.

      (ii)    Kebanyakan orang tidak sedar dia terdedah kepada ancaman siber termasuk
              digodam, ancaman virus, serta kata alu-aluan dicuri ketika melayari Internet.

      (iii)   Bank Negara Malaysia telah mengumumkan syarat-syarat baru lebih ketat dan
              berkuat kuasa serta-merta bagi pembelian kad kredit.
                                                                             [6 markah]

(e)   Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
      maksud dan penggunaannya.

      (i)     Sediakan payung sebelum hujan
      (ii)    Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
      (iii)   Melentur buluh biarlah waktu rebung
                                                                                [6 markah]




                                              7
                                      Soalan 4 : Novel

                                         [15 markah]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

             (i)      Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
             (ii)     Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
             (iii)    Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
             (iv)     Renyah karya Gunawan Mahmood
             (v)      Interlok karya Abdullah Hussain
             (vi)     Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
             (vii)    Kembara Amira karya Amer Hamzah B. L. Kadir
             (viii)   Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah


4     (a)     Sinopsis sebenarnya ialah ringkasan cerita atau kisah yang menggambarkan
              keseluruhan karya.
              Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.
                                                                                  [7 markah]

     (b)      Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu perwatakan
              watak utama dalam setiap novel itu.
                                                                             [8 markah]


                             KERTAS SOALAN TAMAT




                                              8

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:791
posted:5/14/2011
language:Malay
pages:8