Docstoc

Bab 10_ semasa dan selepas

Document Sample
Bab 10_ semasa dan selepas Powered By Docstoc
					T o p ik                10                Peranan
                                          Semasa dan
                                          Selepas
                                          Kejohanan
                                          Olahraga
   HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.   Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutup
        dalam sesuatu kejohanan olahraga;
   2.   Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa
        teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga;
   3.   Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkah
        untuk membuat post-mortem; dan
   4.   Menyatakan kepentingan laporan dan sub tajuk yang perlu ada
        dalam laporan serta jenis-jenis laporan.



        PENGENALAN
Dalam menganjurkan kejohanan atau apa-apa majlis rasmi proses pelaksanaan
merupakan kayu pengukur kepada kegagalan dan kejayaan sesuatu kejohanan atau
majlis. Untuk melaksanakan majlis dengan jayanya pengalaman dan pengetahuan
perlu di gembeling. Semasa mengelola kejohanan keputusan harus dibuat secara
cepat dan kadang-kadang secara spontan. Oleh itu pihak pengurusan tertinggi
perlu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan
kejohanan sebelum dilantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.
196     TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



Dalam menganjurkan kejohanan atau apa-apa majlis rasmi proses pelaksanaan
merupakan kayu pengukur kepada kegagalan dan kejayaan sesuatu kejohanan atau
majlis. Untuk melaksanakan majlis dengan jayanya pengalaman dan pengetahuan
perlu di gembeling.


10.1 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS
     KEJOHANAN OLAHRAGA
Ada ketikanya semasa mengelola kejohanan olahraga pihak pengurusan harus
membuat keputusan dengan cepat dan kadang-kadang secara spontan. Oleh itu
pihak pengurusan tertinggi sesuatu kejohanan olahraga perlulah sekurang-
kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanan sebelum di
lantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.

Sedarkah anda semasa pengelolaan kejohanan olahraga terdapat dua majlis atau
acara yang agak penting iaitu pertandingan dan upacara perasmian dan penutup.
Jawatan kuasa teknikal merupakan jawatan kuasa yang berkaitan dengan teknikal
dalam pertandingan memainkan peranan yang penting ketika pertandingan di
padang dan balapan. Segala keputusan berkaitan dengan pertandingan menjadi
tanggungjawab pegawai teknikal.

Sementara dalam upacara perasmian dan penutup jawatan kuasa protokol dan
istiadat merupakan jawatan kuasa yang sibuk di astaka dibantu dengan jawatan
kuasa lain bagi memastikan perjalanan majlis perasmian dan penutup di
laksanakan mengikut protokol. Selain daripada jawatan kuasa protokol, jawatan
kuasa hadiah dan cenderahati serta jawatan kuasa jamuan juga turut sibuk dalam
mengendalikan upacara ini.

Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atau upacara.
Mesyuarat Post-mortem dilakukan bertujuan bagi mendapat input serta menilai
pencapaian ahli jawatan kuasa. Biasanya terdapat dua aras mesyuarat post-mortem
iaitu mesyuarat post-mortem bagi jawatan kuasa kecil dan mesyuarat post-mortem
bagi jawatan kuasa Induk.

Dalam post-mortem mesyuarat jawatan kuasa kecil perkara utama yang di
bincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu jawatan kuasa kecil
dalam sesuatu kejohanan. Hasil mesyuarat jawatan kuasa kecil ini akan membentuk
laporan jawatan kuasa kecil. Jawatan kuasa induk yang terdiri daripada pengerusi-
pengerusi jawatan kuasa kecil akan menjalankan mesyuarat post-mortem selepas
jawatan kuasa kecil selesai melaksanakan mesyuarat post-mortem. Dalam
mesyuarat post-mortem jawatan kuasa induk setiap pengerusi jawatan kuasa kecil
akan membentangkan dan membincangkan laporan post-mortem. Selain daripada
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA          197



itu mesyuarat ini akan mengkaji faktor kelemahan dan kelebihan peranan yang di
mainkan oleh jawatan kuasa induk.

Setiausaha bagi jawatan kuasa induk akan membuat laporan keseluruhan tentang
mesyuarat post-mortem. Namun begitu terdapat juga jawatan kuasa yang akan
mengeluarkan laporan sendiri berdasarkan peranan yang di mainkan contohnya
pengerusi teknik biasanya di beri penghormatan dengan jawatan kuasanya
membuat laporan perjalanan teknikal kejohanan begitu juga pengerusi
keselamatan. Laporan kewangan sesuatu kejohanan akan di keluarkan oleh
bendahari. Laporan ini akan disimpan dan menjadi bahan rujukan yang penting
dalam mengendalikan kejohanan yang akan datang.


10.2 PELAKSANAAN KEJOHANAN OLAHRAGA
Hari perlaksanaan kejohanan olahraga seolah-olah seperti hari peperiksaan, dengan
persediaan yang rapi berbulan-bulan lamanya tetapi sekiranya pada hari kejohanan
kita gagal menganjurkan kejohanan yang baik maka persediaan yang kita buat sia-
sia belaka. Dalam melaksanakan kejohanan olahraga terdapat beberapa perkara
yang harus difikirkan oleh pihak penganjur.


10.2.1 Perjalanan Majlis Perasmian dan Penutup
Jawatan kuasa atur cara, protokol dan sambutan memainkan peranan penting dan
bekerjasama untuk mengawasi perjalanan majlis perasmian dan penutup dari mula
hingga akhir. Latihan yang mencukupi perlu di lakukan sebelum majlis ini
berlangsung. Tahukah anda dalam satu kejohanan olahraga peringkat negara,
latihan majlis perasmian dan penutup akan memakan masa lebih daripada sebulan.
Di sekolah masa lebih kurang tiga hari di peruntukan untuk majlis perasmian dan
penutup.

Majlis perasmian dan penutup di sempurnakan oleh tetamu kehormat di samping
itu terdapat juga jemputan khas yang turut di jemput. Oleh itu perkara yang paling
utama yang perlu di ketahui oleh jawatan kuasa perasmian dan penutup ialah
jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang akan hadir. Ini adalah penting
kerana:
(a)   Bagi memudahkan jawatan kuasa protokol memutuskan jumlah kerusi yang
      perlu di susun di astaka.
(b)   Bagi memudahkan jawatan kuasa protokol memutuskan jumlah kerusi utama
      yang di peruntukan untuk tetamu kehormat.
(c)   Membentuk susunan atur kerusi utama dan seterusnya menentukan siapa
      yang patut duduk di kerusi.
198       TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



(d)    Dengan jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang hadir kita juga
       boleh memutuskan berapa roset yang di perlukan untuk majlis perasmian dan
       penutup kejohanan.
(e)    Jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas hadir perlu di ketahui oleh
       jawatan kuasa jamuan dalam penyusunan kerusi-meja dan hiasan meja.
       Terdapat juga keadaan jawatan kuasa jamuan mengasingkan bilik makan bagi
       tetamu kehormat dan jemputan khas dengan jemputan biasa. Dengan itu
       jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang hadir perlu di ketahui.

Sebagai jawatan kuasa protokol kita perlu memastikan susun atur kerusi untuk
tetamu kehormat dilakukan mengikut protokol yang betul. Berikut ialah susunan
Kerusi mengikut keutamaan dalam satu majlis rasmi.




            Rajah 10.1: Kaedah menyusun kerusi mengikut protokol sambutan


Jawatan kuasa sambutan yang terlibat dalam acara sambutan perlu merancang
majlis sambutan, dalam menyambut perarakan tetamu kehormat dan jemputan
khas. Di antara acara sambutan yang biasa terdapat dalam perarakan masuk tetamu
kehormat dan jemputan khas ialah:
(i)    Paluan kompang
(ii)   Menyemat roset
           TOPIK 10    PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA            199



(iii) Iringan bunga manggar
(iv) Pertunjukan kebudayaan
(v)   Sambutan dari barisan pegawai kejohanan

Dalam perarakan masuk jemputan perkara utama yang perlu di perhatikan ialah
keadaan keselesaan jemputan. Jarak perarakan yang terlalu jauh akan
menyebabkan jemputan tidak selesa untuk berjalan kaki terlalu jauh. Namun jarak
yang dekat menyebabkan ruang untuk kita membuat sambutan terlalu sempit yang
akan menyebabkan suasana terlalu padat. Jumlah bunga manggar perlulah
bersesuaian dengan jumlah tetamu yang hendak di iring. Pertunjukan budaya
bukan sesuatu perkara yang wajib ada, dalam menyambut tetamu. Pertunjukan
budaya sekiranya ingin di laksanakan perlulah bersesuaian dan tidak
menggunakan masa yang terlalu lama. Barisan staf akademik atau pegawai
kejohanan perlulah di pastikan tersusun dan bersedia bagi menyambut tetamu
kehormat. Pihak jawatan kuasa perlu memikirkan pelan konsistensi majlis
perarakan tetamu kehormat sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Peserta dan badan beruniform biasanya akan mengambil bahagian dalam majlis
perarakan masuk. Papan tanda pasukan dan pasukan beruniform perlulah di
selaraskan agar nampak lebih kemas. Peserta perbarisan, pembawa papan tanda
dan pembawa bendera dan mereka yang terlibat dalam perbarisan perlulah di latih
cara berjalan dan membuat tabik hormat ketika melalui pentas utama. Peserta
perbarisan juga perlu memakai pakaian yang kemas, seragam dan bersesuaian.
Penggunaan maskot untuk pasukan yang bertanding biasanya di benarkan tetapi
jangan keterlaluan dan membelakangi budaya.




          Rajah 10.2: Pasukan badan beruniform juga terlibat dalam menjayakan
                          perbarisan di hari kejohanan olahraga
200     TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



Biasanya jawatan kuasa protokol menyediakan teks ucapan perasmian dan
penutup. Teks ucapan yang di sediakan perlulah ringkas dan berkisar kepada
kejohanan olahraga dan perkembangan sukan. Bacaan Ikrar biasanya di ketuai oleh
pelajar atau peserta yang mempunyai disiplin, semangat kesukanan yang tinggi
dan pencapaian yang baik. Bacaan ikrar ini perlu di baca oleh semua peserta yang
mengambil bahagian. Contoh ikrar kejohanan adalah seperti berikut:


                    Kami Berikrar bahawa kami akan mengambil
                        Bahagian dalam Kejohanan Olahraga
                   Majlis Sukan sekolah-Sekolah Daerah Mersing
              Dengan Ikhlas, Patuh Kepada segala Undang-undangnya
              Dan Akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan
                            Bagi meninggikan nama baik
                   Majlis Sukan sekolah-Sekolah Daerah Mersing


        Rajah 10.3: Pembacaan Ikrar Kejohanan merupakan majlis yang penting
                              dalam sesuatu Kejohanan

Kita perlu menyusun bendera mengikut protokol sebelum acara menaikkan
bendera kejohanan atau membawa bendera. Sekiranya majlis kejohanan olahraga di
anjurkan oleh negeri contohnya kejohanan olahraga antara daerah negeri Johor,
anjuran Kerajaan Negeri Johor bendera perlu di susun mengikut seperti Rajah 10.4
ini.




           Rajah 10.4: Contohnya susunan bendera bagi kejohanan olahraga
              antara daerah negeri Johor, anjuran Kerajaan negeri Johor

Protokolnya sekiranya majlis kejohanan olahraga di peringkat persekutuan dan
dianjurkan dalam negeri contohnya kejohanan olahraga kebangsaan dianjurkan di
negeri Johor. Bendera perlu di susun mengikut Rajah 10.5.
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA              201




            Rajah 10.5: Contohnya susunan bendera bagi kejohanan olahraga
                         kebangsaan dianjurkan di negeri Johor

Begitu juga jika kita membawa bendera ketika perasmian dan penutup kejohanan
kita perlu membawanya mengikut protokol.

Sekiranya kita membawa bendera dibawa sebaris ke hadapan bendera yang di
hadapan ialah bendera Malaysia di ikuti bendera negeri dan seterusnya bendera
kejohanan.




Rajah 10.6: Contohnya bendera dibawa sebaris ke hadapan bendera yang di hadapan ialah
       bendera Malaysia di ikuti bendera negeri dan seterusnya bendera kejohanan

Sekiranya kita membawa bendera dibawa sederet ke hadapan bendera Malaysia di
letakan di tengah di apit sebelah kiri bendera negeri dan sebelah kanan bendera
kejohanan.




Rajah 10.7: Contohnya bendera dibawa sederet ke hadapan bendera Malaysia di letakan di
     tengah di apit sebelah kiri bendera negeri dan sebelah kanan bendera kejohanan
202        TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



Sekiranya bendera di bawa secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah
di bawa mendahului perarakan. Upacara menaikkan bendera dan menurunkan
bendera perlu dilakukan dengan penuh istiadat. Upacara ini menjadi perhatian dan
fokus utama ketika upacara perasmian atau penutup. Bagi mengelakkan kesilapan
dalam upacara yang menjadi tumpuan ini biasanya latihan untuk menaikkan
bendera dan menurunkan bendera kerap di lakukan sebelum kejohanan. dan
seorang pegawai protokol khas akan di beri tanggungjawab untuk melatih acara
ini.

Dalam upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun berjumpa dengan
pegawai dan peserta pasukan yang bertanding. Oleh itu pengelola pertandingan
sepatutnya menyediakan cenderahati kepada pengurus-pengurus pasukan.
Cenderahati juga biasanya di sediakan untuk tetamu ke hormat yang merasmikan
kejohanan olahraga.


           SEMAK KENDIRI 10.1

      1.    Lakarkan susunan atur empat dan lima kerusi mengikut protokol dan
            keutamaan tetamu kehormat.
      2.    Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol sekiranya majlis
            kejohanan olahraga peringkat kebangsaan dianjurkan di negeri Johor.
      3.    Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol ketika kita
            membawa bendera dibawa sederet ke hadapan.




            Rajah 10.8: Upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun
             berjumpa dengan pegawai atau peserta pasukan yang bertanding
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA         203



10.2.2      Perjalanan Acara yang Dipertandingkan
Mengelola kejohanan olahraga bukan sesuatu yang mudah malah bagi saya pesta
permainan lain lebih mudah berbanding dengan olahraga. Fakta berikut mungkin
boleh kita renung, olahraga mempunyai acara akhir dan pertandingan yang banyak
berbanding dengan sukan lain. Contohnya dalam beberapa hari kejohanan olahraga
terdapat hampir seratus acara akhir (tidak termasuk pertandingan saringan, suku
akhir dan separuh akhir) berbanding dengan permainan lain contohnya permain
bola sepak, dalam beberapa hari pertandingan cuma ada satu perlawanan akhir dan
pertandingan yang tidak mencapai angka satu ratus. Oleh itu untuk mengelola
kejohanan olahraga memerlukan komitmen yang tinggi dan kerja sepasukan.

Pegawai yang di perlukan untuk bertugas dalam satu kejohanan olahraga lebih
ramai berbanding dengan permainan yang lain. Contohnya permainan bola sepak
hanya memerlukan empat orang pegawai pertandingan dalam permainan yang
memakan masa 90 minit. Oleh kerana itu pengelola kejohanan olahraga perlu
memandang serius keperluan pegawai.

Satu jawatan kuasa teknikal kepegawaian di wujudkan bagi menjaga kehadiran dan
kebajikan pegawai. Kehadiran pegawai yang bertugas dalam satu acara amat perlu
di beri perhatian. Seorang pegawai seharusnya hadir 20 minit sebelum acara
bermula, sekiranya pegawai tidak hadir jawatan kuasa kepegawaian perlu
menghubungi pegawai tersebut untuk mengetahui masalahnya. Andainya pegawai
teknikal tidak dapat hadir disebabkan masalah tertentu pegawai ganti akan dicari.
Oleh itu nombor telefon bimbit dan telefon rumah setiap pegawai kejohanan
olahraga perlu di simpan oleh jawatan kuasa teknikal kepegawaian. Jawatan kuasa
teknikal kepegawaian mesti menyediakan dan mempunyai senarai pegawai
simpanan yang boleh di panggil bertugas sekiranya terdapat kekurangan pegawai
di sebabkan masalah tertentu. Pegawai simpanan ini biasanya terdiri daripada ahli-
ahli jawatan kuasa kecil dan induk atau guru-guru bertugas di sekitar.

Jawatan kuasa teknikal kepegawaian bertindak menjaga kebajikan pegawai yang
bertugas, jawatan kuasa tersebut perlu menyediakan makan dan minuman pegawai
yang bertugas di sepanjang hari kejohanan. Bagi pegawai yang tinggal di luar dan
memerlukan tempat penginapan, jawatan kuasa teknikal kepegawaian dikehendaki
menyediakan, tempat penginapan. Lokasi tempat penginapan yang disediakan
perlulah berhampiran dengan tempat pertandingan. Terdapat juga pegawai yang tidak
mempunyai pengangkutan atau memerlukan pengangkutan. Dalam keadaan ini ahli
jawatan kuasa pengangkutan akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi
melicinkan lagi perjalanan pegawai yang bertugas dan bagi memastikan pegawai
kejohanan tiba tepat pada masanya. Pegawai yang bertugas juga hendaklah di beri
jadual bertugas yang lengkap dengan masa ketika mendaftar diri.
204     TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



Ketua hakim akan mengadakan taklimat kepada hakim-hakim kejohanan, oleh itu
ahli jawatan kuasa teknikal ke pegawai akan menyediakan tempat khas sekiranya
berkemampuan untuk mengadakan taklimat ini. Untuk melicinkan perjalanan,
kejohanan borang-borang teknikal yang kemas dan mempunyai maklumat yang
lengkap perlulah disediakan oleh jawatan kuasa teknik dan pertandingan yang
dibantu oleh jawatan kuasa pendaftaran Bagi menambah keselesaan pegawai
bertugas jawatan kuasa teknik dan peralatan di kehendaki menyediakan payung-
payung besar serta meja yang mencukupi di tempat yang sesuai. Topi dan alat tulis
juga perlu di sediakan kepada pegawai oleh jawatan kuasa teknik dan peralatan
sekiranya berkemampuan.

Kehadiran peserta dari pasukan yang bertanding pada masa yang tepat juga perlu
diberi perhatian bagi menjaga imej kejohanan. Ingatan perlu diberikan kepada
pengurus-pengurus pasukan ketika taklimat pengurus-pengurus pasukan.
Pengurus-pengurus pasukan perlu diberi jadual yang lengkap dengan masa ketika
taklimat ini, sekiranya terdapat perubahan jadual pengurus pasukan perlu
diberitahu dengan segera. Sekiranya pihak penganjur diberi kuasa untuk
menetapkan penginapan peserta pertandingan. Pihak penganjur melalui jawatan
kuasa penginapan perlu menyediakan penginapan yang berdekatan dengan
gelanggang kejohanan bagi mengelak masalah pengangkutan peserta terhalang
akibat kesesakan lalu lintas. Nombor telefon bimbit pengurus-pengurus pasukan
perlulah di simpan oleh urus setia bagi memudahkan perhubungan. Sistem
panggilan yang menggunakan papan elektronik, pengumuman suara perlu di
fikirkan penggunaan secara efektif supaya tiada alasan pengurus pasukan
tertinggal maklumat. Masa acara yang di peruntukan dalam jadual atur cara
perlulah di patuhi sebolehnya bagi mengelak kekeliruan.

Pihak urus setia teknikal gelanggang dan padang juga perlu bijak menyusun
kawasan gelanggang pertandingan supaya penggunaan gelanggang dan padang
dapat digunakan secara optima. Dalam menyusun gelanggang pertandingan faktor
utama yang harus difikirkan ialah faktor keselamatan. Rajah 10.9 menunjukkan
contoh bentuk penyusunan gelanggang dan padang yang selalu di gunakan bagi
trek 400 meter.
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA              205




                                                   Petunjuk:
                                                   1. Permulaan acara 110 meter lari
                                                       berpagar
                                                   2. Permulaan acara 100 meter
                                                   3. Permulaan acara 200 meter
                                                   4. Permulaan acara 400 meter
                                                   5. Permulaan acara 800 meter
                                                   6. Permulaan acara 1500 meter
                                                   7. Permulaan acara 3000 meter
                                                   8. Permulaan acara 5000 meter
                                                   9. Permulaan acara 10000 meter
                                                   10. Gelanggang lompat bergalah
                                                   11. Gelanggang lontar tukul besi
                                                   12. Gelanggang lontar cakera
                                                   13. Gelanggang lontar peluru
                                                   14. Gelanggang lompat tinggi
                                                   15. Gelanggang lontar lembing
                                                   16. Gelanggang lompat kijang
                                                       dan jauh




       Rajah 10.9: Contoh susunan gelanggang pertandingan dalam trek 400 meter

Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semua
individu kecuali sekiranya ada urusan. Dalam apa keadaan sekali pun sekiranya
peserta bergerak di kawasan gelanggang sama ada untuk ke tempat pertandingan,
balik dari tempat pertandingan, ke tempat penerimaan hadiah dan balik mestilah
diiringi oleh pembantu marsyal. Dalam erti kata lain peserta adalah di larang sama
sekali masuk ke dalam gelanggang tanpa kebenaran marsyal tindakan boleh
diambil kepada peserta yang mengingkari arahan. Pegawai yang tidak bertugas
juga dilarang memasuki ke gelanggang pertandingan, pegawai yang bertugas dan
peserta perlu memasuki gelanggang pertandingan dengan berbaris dan teratur.

Keselamatan di kawasan balingan dan lontaran yang berisiko tinggi seperti
kawasan lontar lembing, lontar peluru dan tukul besi perlu di ketatkan bagi
mengelak kecederaan yang serius. Pembantu padang perlulah di latih dan
dikehendaki sentiasa mempraktikkan cara membawa alatan pertandingan dengan
betul bagi mengelak risiko kecederaan. Dalam keadaan tertentu seperti keadaan
206     TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



cuaca yang tidak mengizinkan pihak pengurusan boleh berbincang dengan semua
pengurus pasukan untuk meminda jadual kejohanan.

Peralatan adalah perkara yang penting selain dari faktor pegawai bagi memastikan
kejohanan olahraga berjalan dengan licin. Peralatan yang tidak berfungsi dengan
baik boleh menyebabkan kecederaan atau kegagalan peserta untuk mencapai tahap
maksima. Sebelum memulakan pertandingan adalah menjadi tanggungjawab
pegawai teknikal untuk memeriksa kebolehan gunaan alat. Hakim dan ketua hakim
juga boleh membantu pegawai teknik untuk memeriksa alatan. Alatan yang di
gunakan dalam setiap kejohanan mungkin berbeza oleh itu cara penggunaannya
juga berbeza. Oleh itu pegawai pertandingan perlu di beri latihan prosedur
menggunakan alatan oleh pegawai teknikal sebelum bertugas. Kerosakan alatan
memang kadang-kadang tidak dapat di jangkakan. Oleh itu pihak penganjur perlu
menyediakan alatan gantian bagi menggantikan alatan yang rosak atau tidak boleh
berfungsi dengan baik. Langkah ini bagi mengelakkan sesuatu acara terpaksa di
tangguhkan akibat kegagalan alatan berfungsi.




            Rajah 10.10: Dalam upacara penyampaian hadiah pakaian yang
                 di pakai oleh penerima hadiah perlulah bersesuaian
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA         207



Dalam penyampaian hadiah ada kalanya pakaian yang di pakai oleh penerima
hadiah tidak sesuai contohnya memakai selipar ketika menerima hadiah. Masalah
ini walaupun nampak kecil tetapi boleh menyebabkan imej pengelola tercemar.
Pengelola peserta perlu memastikan peserta yang menerima hadiah berdisiplin dari
segi pakaian. Pengurus pasukan juga perlu di ingatkan tentang disiplin yang patut
di patuhi ketika menerima hadiah. Terdapat juga keadaan proses penyampaian
hadiah tertangguh kerana kegagalan pengurus pasukan menghantar peserta yang
terlibat atau wakilnya untuk menerima hadiah. Kegagalan ini akan mengganggu
urusan penyampaian hadiah dan boleh mengganggu masa atur cara. Pengurus
pasukan harus di ingatkan tentang kecuaian ini yang akan menyebabkan banyak
sistem terganggu.

Juru acara perlu bijak memilih masa untuk membuat pengumuman. Pengumuman
yang banyak akan membosankan penonton begitu juga pengumuman yang kurang
akan menjadikan kejohanan senyap sunyi. Antara masa pengumuman yang harus
di buat ialah:
(a)   Permulaan acara utama atau akhir;
(b)   Percubaan untuk memecah rekod contohnya dalam acara lompat tinggi;
(c)   Rekod yang di pecahkan contohnya dalam acara balingan; dan
(d)   Kehadiran tetamu kehormatan atau jemputan;


        SEMAK KENDIRI 10.2

      Perkara yang paling utama yang perlu di ketahui oleh jawatan kuasa
      perasmian dan penutup ialah jumlah tetamu kehormat dan jemputan
      khas yang akan hadir. Mengapakah begitu?



10.3 SELEPAS KEJOHANAN
Penutup kejohanan bukan berakhirnya kerja bagi semua jawatan kuasa, masih
banyak lagi perkara yang harus di lakukan oleh ahli jawatan kuasa selepas
kejohanan olahraga. Urusan mengemas balik gelanggang kepada kedudukan asal
bukan sesuatu perkara yang mudah. Jawatan kuasa kebersihan, perlu bertungkus
lumus membersihkan gelanggang dalam keadaan yang bersih dan berfungsi seperti
kedudukan asal. Jawatan kuasa teknikal pula bertanggung jawab menyediakan
laporan teknikal iaitu keputusan keseluruhan kejohanan dan statistik pertandingan
kepada pengurus-pengurus pasukan yang terbabit.
208      TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



Jawatan kuasa alatan perlu bekerjasama dengan jawatan kuasa pengangkutan dan
pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang di pinjamkan.
Sementara alat yang di ambil dari tempat tertentu perlu di pulangkan ke tempat
asalnya contohnya selepas berakhirnya kejohanan. Jawatan kuasa ini juga perlu
memastikan barang yang di terima dan di pulangkan dalam kuantiti yang
mencukupi dan dalam keadaan yang baik.

Jawatan kuasa hadiah dan cenderamata perlu memastikan hadiah, sijil dan
cenderahati telah disampaikan kepada peserta-peserta dan pegawai yang terlibat.
Jawatan kuasa ini juga perlu menyimpan rekod simpanan piala pusingan bagi
memudahkan proses mengesan piala pusingan untuk kejohanan akan datang.
Jawatan kuasa teknikal kepegawaian dan jawatan kuasa yang berkenaan perlu
memastikan semua surat penghargaan di edarkan kepada mereka yang memberi
sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan olahraga.

Pihak bendahari dan jawatan kuasa kewangan perlu memastikan semua bil atau
perbelanjaan bagi kejohanan ini di bayar bagi memudahkan proses membuat
penyata kewangan. Sementara setiausaha jawatan kuasa induk dan setiausaha
jawatan kuasa kecil perlu merangka tarikh, masa dan tempat untuk membuat post
mortem.


10.3.1       Mesyuarat Post-Mortem
Mesyuarat post-mortem di definisikan sebagai satu mesyuarat yang di lakukan
selepas satu-satu aktiviti (kejohanan olahraga) bagi mengenal pasti masalah,
kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tujuan mesyuarat post-mortem:
(a)   Membentang dapatan dan permasalahan dari unit-unit yang bertugas
      sebelum, semasa dan selepas kejohanan;
(b)   Mengenal pasti kekuatan majlis yang boleh di jadikan pertunjuk di masa akan
      datang;
(c)   Mengenal pasti kelemahan majlis yang boleh di jadikan sempadan di masa
      akan datang;
(d)   Membincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah;
(e)   Membincangkan prestasi atlet sepanjang kejohanan; dan
(f)   Cadangan penambahbaikan dalam kejohanan yang akan datang.

Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peringkat mesyuarat post-mortem
iaitu peringkat jawatan kuasa kecil dan di peringkat ahli jawatan kuasa induk.
Mesyuarat post-mortem peringkat jawatan kuasa kecil perlu kita lakukan sebelum
           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA          209



mesyuarat post-mortem ahli jawatan kuasa induk program. Mesyuarat post-
mortem ini perlu dilakukan dengan segera selepas sesuatu program di laksanakan
bagi mengelak kehilangan atau kecairan maklumat.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post-mortem iaitu
peringkat jawatan kuasa kecil ialah perjalanan program serta tugas dan
tanggungjawab jawatan kuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuarat ini
biasanya kita lebih memfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yang di
hadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat peserta sama ada bertulis atau secara
lisan dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang di jalankan. Di
akhir mesyuarat setiap jawatan kuasa kecil di minta menyediakan laporan jawatan
kuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dan cadangan mesyuarat post-
mortem.

Keputusan mesyuarat post-mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil perlu
disediakan secara laporan bertulis dan perlu di bentangkan dalam mesyuarat ahli
jawatan kuasa program. Mesyuarat jawatan kuasa program akan membincangkan
keputusan mesyuarat post-mortem peringkat jawatan kuasa kecil dan laporan
jawatan kuasa kecil. Laporan ini di bincangkan dengan teliti bagi menyelesaikan
masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi menambah baikkan aktiviti
program yang akan datang. Setiausaha perlu mencatatkan pandangan, kritikan,
cadangan dan sebagainya dari jawatan kuasa yang hadir serta menyediakan
laporan keseluruhan. Tujuan mengadakan mesyuarat post-mortem adalah sebagai
reflek kepada kita bagi mengatasi masalah yang di hadapi, meneruskan kekuatan
yang ada serta memurnikan aktiviti demi kepentingan bersama.


10.3.2 Menyediakan Laporan
Setiap jawatan kuasa kecil perlu menyediakan laporan jawatan kuasa kecil, laporan
ini amat penting sebagai bahan rujukan untuk kejohanan yang akan datang.
Biasanya laporan setiap jawatan kuasa kecil akan di sunting oleh setiausaha dan di
masukkan ke dalam laporan keseluruhan. Namun sekiranya perlu atau ada
kepentingan terdapat beberapa laporan yang akan diterbitkan oleh jawatan kuasa
kecil itu sendiri sebagai contohnya laporan aktiviti yang dibuat oleh jawatan kuasa
teknik dan juga laporan keselamatan oleh jawatan kuasa keselamatan.

(a)   Laporan Teknik
      Jawatan kuasa teknikal bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal.
      Jawatan kuasa teknikal merupakan jawatan kuasa yang bertanggungjawab
      penuh terhadap keseluruhan sistem pertandingan dan acara kejohanan
      olahraga. Dalam kejohanan olahraga laporan teknik merupakan laporan yang
      di tunggu kerana laporan teknik merupakan laporan yang dapat
      menggambarkan secara keseluruhan keupayaan dari sistem pertandingan dan
      acara dalam kejohanan olahraga. Laporan teknikal juga merupakan rujukan
210           TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



      utama kepada jawatan kuasa teknikal bagi kejohanan olahraga yang akan
      datang. Kandungan laporan teknikal keseluruhan terdiri daripada:
      (i)      Pandangan dan komen terhadap pengelolaan pertandingan
               •   Keupayaan gelanggang
               •   Keupayaan alatan dan
               •   Keupayaan pegawai (nama pegawai dan jawatan)
               •   Keputusan juri dan bantahan
      (ii)     Bilangan penyertaan
      (iii)    Keputusan keseluruhan kejohanan rekod-rekod baru dan statistik
               pertandingan

(b)   Laporan Aktiviti
      Selain daripada laporan mesyuarat post-mortem setiap jawatan kuasa kecil
      juga perlu menyediakan laporan aktiviti yang menggabungkan hasil laporan
      bertulis jawatan kuasa kecil dan pemerhatian pengerusi dan ahli jawatan
      kuasa lain. Laporan aktiviti dibina bagi melihat kekuatan dan kelemahan
      aktiviti yang melibatkan sesuatu jawatan kuasa. Laporan aktiviti turut
      mengandungi laporan tentang aktiviti yang dapat di jalankan dengan baik,
      gagal dan tidak dapat dilaksanakan. Dengan kata lain Laporan aktiviti akan
      mendedahkan kekuatan dan kelemahan peranan yang dimainkan oleh
      sesuatu jawatan kuasa dalam mengendalikan tanggungjawab.

      Laporan aktiviti juga menyediakan cadangan-cadangan bagi penambah
      baikkan peranan jawatan kuasa yang berperanan pada kejohanan olahraga
      pada masa hadapan. Laporan aktiviti di gunakan untuk menilai dan memberi
      cadangkan untuk menambah jumlah jawatan kuasa atau pelantikan jawatan
      kuasa baru dengan jawatan kuasa yang tidak berkesan.

(c)   Laporan Kewangan
      Laporan kewangan akan dibina dan disediakan oleh bendahari program yang
      bertanggungjawab secara keseluruhan tentang kewangan program. Laporan
      kewangan adalah laporan yang merekodkan segala sumber pendapatan dan
      perbelanjaan sebelum, sewaktu dan selepas program. Laporan kewangan
      biasanya di sediakan dalam bentuk penyata kewangan. Penyata kewangan
      merupakan penyata pendapatan dan penyata perbelanjaan dalam satu
      tempoh. Sebelum mengemukakan laporan kewangan pegawai yang terlibat
      dalam perbelanjaan perlulah menyelesaikan atau mengutip tanggungan
      kewangan supaya penyata kewangan ini akan dapat di tutup dengan
      sempurna. Antara perkara yang terdapat dalam laporan kewangan ialah
      (rujuk Rajah 10.4):
             TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA        211




                Rajah 10.11: Perkara yang terdapat dalam laporan kewangan

(d)   Laporan Keselamatan
      Laporan keselamatan dibuat oleh jawatan kuasa kecil disiplin dan
      keselamatan. Laporan ini kita bina berdasarkan hasil daripada mesyuarat
      post-mortem peringkat jawatan kuasa kecil disiplin dan keselamatan serta
      laporan jawatan kuasa kecil lain. Laporan keselamatan adalah laporan yang di
      sediakan bagi mengkaji dan menilai faktor keselamatan secara keseluruhan.
      Laporan keselamatan terhadap satu kes yang memerlukan perincian juga
      amat perlu dibuat contohnya sekiranya terdapat kemalangan yang berlaku
      ketika aktiviti sedang di jalankan. Laporan ini akan membolehkan kita
      mengenal pasti punca berlaku kemalangan serta faktor pencegahan yang
      patut di ambil.

      Menyediakan Laporan Keseluruhan
      Setiausaha akan membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah
      dilaksanakan berdasarkan mesyuarat post-mortem dan laporan aktiviti dari
      setiap jawatan kuasa kecil. Antara perkara yang perlu dimasukkan ke dalam
      laporan keseluruhan ialah:
      (i)    Pendahuluan
      (ii)   Tarikh dan Masa
      (iii) Tempat
      (iv) Senarai Jawatan kuasa perancang
      (v)    Senarai Pegawai
      (vi) Bilangan dan nama peserta
      (vii) VIP yang hadir
      (viii) VVIP yang merasmikan program
212         TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



      (ix) Senarai Jawatan kuasa Pelaksana
      (x)    Laporan aktiviti
      (xi) Laporan kewangan
      (xii) Laporan keselamatan
      (xiii) Laporan jawatan kuasa kecil
      (xiv) Penilaian keseluruhan
      (xv) Masalah yang timbul
      (xvi) Cadangan Penambah baikkan
      (xvii) Penutup

        SEMAK KENDIRI 10.3

        1.     Tuliskan nota ringkas berkaitan dengan langkah yang perlu diambil
               di dalam mesyuarat post-mortem.
        2.     Terdapat dua peringkat mesyuarat post-mortem,           nyatakan
               peringkat mesyuarat post-mortem tersebut.
        3.     Penutup kejohanan bukan pengakhir kerja bagi jawatan kuasa,
               huraikan kerja yang harus dilakukan oleh jawatan kuasa kecil
               selepas majlis penutup.
        4.     Huraikan tujuan mesyuarat post-mortem diadakan?




  Ada ketikanya semasa mengelola kejohanan olahraga kadang-kadang pihak
  pengurusan harus membuat keputusan dengan cepat.

  Pihak pengurusan tertinggi sesuatu kejohanan olahraga perlulah sekurang-
  kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanan sebelum
  di lantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.

  Dalam menganjurkan kejohanan olahraga terdapat dua majlis atau acara yang
  agak penting iaitu pertandingan dan upacara perasmian dan penutup.

  Jawatan kuasa teknikal merupakan jawatan kuasa yang berkaitan dengan
  teknikal dalam pertandingan.
       TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA        213



Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atau
upacara.

Mesyuarat post-mortem adalah bertujuan bagi mendapat input serta menilai
pencapaian ahli jawatan kuasa.

Biasanya terdapat dua aras mesyuarat post-mortem iaitu mesyuarat post-
mortem bagi jawatan kuasa kecil dan mesyuarat post-mortem bagi jawatan
kuasa Induk.

Dalam post-mortem mesyuarat jawatan kuasa kecil perkara utama yang di
bincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu jawatan kuasa kecil.

Dalam mesyuarat post-mortem jawatan kuasa induk setiap pengerusi jawatan
kuasa kecil akan membentangkan dan membincangkan laporan post mortem.

Mesyuarat bertujuan untuk mengkaji faktor kelemahan dan kelebihan peranan
yang di mainkan oleh jawatan kuasa induk.

Jawatan kuasa atur cara, protokol dan sambutan memainkan peranan penting
dan bekerjasama untuk mengawasi perjalanan majlis perasmian dan penutup
dari mula hingga akhir.

Majlis perasmian dan penutup biasanya akan di sempurnakan oleh tetamu
kehormat di samping itu terdapat juga jemputan khas yang turut di jemput.

Satu jawatan kuasa teknikal kepegawaian di wujudkan bagi menjaga kehadiran
dan kebajikan pegawai.

Jawatan kuasa teknik dan pertandingan yang dibantu oleh jawatan kuasa
pendaftaran bertanggungjawab menyediakan borang-borang teknikal
kejohanan.

Pengurus-pengurus pasukan perlu di beri jadual yang lengkap dengan masa
ketika taklimat pengurus-pengurus pasukan.

Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semua
individu kecuali sekiranya ada urusan.

Penutup kejohanan bukan berakhirnya kerja bagi semua jawatan kuasa, masih
banyak lagi perkara yang harus di lakukan oleh ahli jawatan kuasa selepas
kejohanan olahraga.

Jawatan kuasa kebersihan, perlu bertungkus lumus membersihkan gelanggang
dalam keadaan yang bersih dan berfungsi seperti kedudukan asal.
214      TOPIK 10   PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA



   Jawatan kuasa teknikal pula bertanggung jawab menyediakan laporan teknikal
   iaitu keputusan keseluruhan kejohanan dan statistik pertandingan kepada
   pengurus-pengurus pasukan yang terbabit.

   Jawatan kuasa alatan perlu bekerjasama dengan jawatan kuasa pengangkutan
   dan pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang dipinjamkan.




Ahli jawatan kuasa induk                   Paluan kompang
Bacaan ikrar                               Pasukan pengurusan tertinggi
Bendera mengikut protokol                  kejohanan
Iringan bunga manggar                      Pertunjukan kebudayaan
Jawatan kuasa jamuan                       Peserta perbarisan
Jawatan kuasa kecil                        Sambutan dari barisan pegawai
Jawatan kuasa protokol                     kejohanan
Laporan post-mortem                        Upacara perasmian dan penutup
Laporan teknikal
Maskot
Menyemat roset




Clarke, R. & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam
     C. Brown.

Darren Bennet (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn.
     Bhd.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga
     3.

Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam:
    Penerbitan Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan
    Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1671
posted:5/12/2011
language:Malay
pages:20