Docstoc

pelaporan kajian tindakan haidah 2010 _baru_

Document Sample
pelaporan kajian tindakan haidah 2010 _baru_ Powered By Docstoc
					                                          TAJUK:

      PETA MINDA CEMERLANG (PMC) BAGI MENGATASI KELEMAHAN
        MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS KONSTRUK
                    MENGEKSPERIMEN SAINS SPM



                                            Oleh

                              Nurhaidah Binti Taj Mohamed
                          Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai
                               Wilayah Persekutuan Labuan
                                            2010




                                        ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan peta minda bagi meningkatkan
pencapaian mata pelajaran sains bagi pelajar tingkatan lima. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan
peta minda. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah SMK Pantai, Wilayah Persekutuan
Labuan. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian
terdiri daripada 20 orang pelajar. Kajian ini menggunakan Bahan Bantu Belajar dan Mengajar
(BBBM) peta minda sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik
sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk
ujian pra dan pasca, ujian kemahiran proses sains konstruk mengeksperimen untuk melihat
keberkesanan peta minda cemerlang dalam membina tahap keyakinan murid dan sebagai alat
motivasi untuk murid lulus dalam Kertas Sains SPM. Analisis data dilakukan dengan
menggunakan SPSS 16.0 secara analisis deskriptif dan korelasi.Dapatan kajian menunjukkan
wujudnya perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca.
Secara keseluruhan, peta minda memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran sains SPM.
1.0 PENGENALAN



1.1 PENDAHULUAN

Aspirasi Negara untuk menjadi negara perindustrian bergantung kepada sains dan teknologi.
Perealasasian ke arah matlamat ini akan hanya akan dikecapi dengan menyediakan pendidikan
sains yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia bermula pada peringkat awal untuk
melahirkan masyarakat berpengetahuan dan mampu bersaing diperingkat global. Ke arah ini,
sistem pendidikan di Malaysia menekankan pendidikan sains dan matematik.

        Demi mencapai matlamat tersebut, kurikulum sains yang dirancang oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bersifat pembelajaran
secara aktif. Untuk tujuan ini murid-murid diberi peluang untuk mempelajari kajian saintifik,
penyelidikan melalui aktiviti ‘hand-on’ dan mengeksperimen. Bagi memudahkan murid
belajar kriteria tersebut, kaedah inkuiri penemuan, kemahiran proses berfikir dan strategi
berfikir dan kemahiran proses sains perlu ditekankan dalam proses pengajran dan
pembelajaran.(Mahzan Bin Bakar SMP AMP, Pengarah Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia)

       Kurikulum sains menengah atas lebih menumpukan ke arah melahirkan murid yang
boleh berliterasi dalam sains, inovatif dan mampu mengaplikasikan pengetahuan saintifik
dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian mereka(Pusat
Perkembanagan Kurikulum). Oleh itu, kemahiran proses sains perlu dikuasai dengan kuat
oleh semua murid untuk mencapai objektif pendidikan dan matlamat Negara kita.



1.2 PERNYATAAN MASALAH

        Kemahiran Saintifik terdiri daripada dua bahagian iaitu Kemahiran Proses Sains dan
Kemahiran Manipulatif. Kemahiran Proses Sains (KPS) ialah kemahiran penyelesaian
masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran ini melibatkan proses
pemikiran secara kritikal, kreatif, analitikal dan bersistematik. Langkah –langkah yang terlibat
di dalam kemahiran ini adalah memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,
membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa,
mentafsirkan maklumat, mendefinisi secara opereasi, membuat hipotesis, mengawal
pembolehubah dan mengeksperimen. Kemahiran manipulatif ialah kemahiran psikomotor
seperti boleh mengendalikan dan melukis radas, bahan-bahan, spesimen dengan betul, boleh
membersihkan dan menyimpan radas dan peralatan dengan betul dan selamat.

       Kemahiran mengeksperimen ialah kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji
sesuatu hipotesis. Konstruk ini merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi dan
melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan
kemahiran manipulatif. Kemahiran mengeksperimen melibatkan beberapa langkah iaitu
mengenalpasti masalah, membuat hipotesis, merancang eksperimen, mengawal
pembolehubah, menentukan radas dan bahan yang diperlukan, menentukan kaedah atau
prosedur eksperimen dan menentukan kaedah mengumpul data dan analisis.

       Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kertas 2 Sains 1511/2, konstruk
kemahiran mengeksperimen diuji di dalam dua bahagian , iaitu bahagian A dan bahagian C.
Di dalam bahagian A, kemahiran proses sains yang diuji adalah memerhati, mengelas,
mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsirkan maklumat, mendefinisi secara
operasi, membuat hipotesis, dan mengawal pembolehubah. Di dalam bahagian C, kemahiran
mengeksperimen yang diuji ialah merancang eksperimen dan melibatkan langkah-langkah
mengenalpasti masalah, membuat hipotesis, merancang eksperimen, mengawal
pembolehubah, menentukan radas dan bahan yang diperlukan, menentukan kaedah atau
prosedur eksperimen dan kaedah mengumpul data dan analisis.


        Menurut Laporan Kupasan Mutu Jawapan soalan peperiksaan SPM yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, didapati bahawa kelemahan calon dalam menjawab
soalan kemahiran proses sains (KPS) yang utama adalah murid tidak dapat mengenal pasti
jenis-jenis pemboleh ubah dan tidak dapat membuat hipotesis. Calon juga gagal menyatakan
tujuan eksperimen, menyenaraikan radas eksperimen, kaedah eksperimen, membuat
penjadualan data dan membuat kesimpulan. Secara umumnya calon gagal memahami
kemahiran proses sains iaitu aspek mengeksperimen.




1.3 TUJUAN KAJIAN



Tujuan kajian ialah untuk mengatasi kelemahan murid untuk menguasai kemahiran
mengeksperimen dalam Kertas 2 Sains SPM dan hubungannya dengan pencapaian sains.
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:


i. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran konstruk mengeksperimen pelajar
   tingkatan 5 .
ii. Mengenalpasti tahap pencapaian sains pelajar tingkatan 5.
iii. Menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran
   mengeksperimen dengan tahap pencapaian sains pelajar tingkatan 5.
1. 4 BATASAN KAJIAN


Kajian ini kajian tindakan yang dijalankan oleh guru/pengkaji terhadap teknik menjawab
soalan dalam Kertas 2 Sains SPM kepada 20 orang murid Tingkatan 5 INTAN .Kajian ini
akan hanya menumpukan kepada konstruk kemahiran mengeksperimen yang melibatkan
semua topik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


1.5 KERANGKA KAJIAN




      Tiada kemahiran yang                                  Penguasaan teknik
       betul dalam teknik                                  menjawab soalan esei
        menjawab soalan                                  konstruk mengeksperimen



                                     BBBM

                                     Peta
                                    Minda
                                   Cemerlang

                          Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian




1.6 PETA MINDA CEMERLANG (PMC)


Pemerhatian kepada markah responden di dalam Peperiksaan Akhir Tahun di Tingkatan 4
memberikan idea kepada pengkaji untuk menghasilkan satu Bahan Bantu Belajar dan
Mengajar Peta Minda Cemerlang (BBBM PMC) untuk mengatasi kelemahan murid dalam
menjawab soalan konstruk mengeksperimen. Ilustrasi PMC ditunjukkan dalam Rajah 2.
BBBM PMC ini telah telah dicipta dan dipraktikkan dari tahun 2008 ini didapati memberi
kesan positif kepada perubahan tingkah laku murid dan akhirnya membawa impak kepada
keputusan murid dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.0 METODOLOGI KAJIAN



2. 1 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif, dengan menggunakan take-off value
(TOV), Ujian Pra, Ujian Proses Sains Konstruk Mengeksperimen (UPSKM) , Ujian Pos dan
Ujian Pencapaian (UP).


Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 di sekolah menengah bantuan penuh
kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang dipilih secara rawak telah dilibatkan dalam
kajian.


2.2 Instrumen Kajian

2.2.1 Pemerhatian

Sebelum kajian ini dilaksanakan ke atas responden, beberapa pemerhatian telah dijalankan.
Pemerhatian pertama diadakan dengan meneliti buku latihan murid semasa di Tingkatan 4.
Kekerapan latihan yang diberi oleh guru untuk konstruk mengeksperimen diperhatikan dan
dijadikan asas kepada kajian ini.


2.2.2 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan kemahiran mengeksperimen yang
dihadapi oleh responden. Instrumen yang digunakan ialah melibatkan topik di Tingkatan 5
iaitu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Item yang terlibat berbentuk
subjektif digunakan untuk mengukur penguasaan kemahiran mengeksperimen (melibatkan
mengenalpasti masalah, membuat hipotesis, merancang eksperimen, mengawal
pembolehubah, menentukan radas dan bahan yang diperlukan, menentukan kaedah atau
prosedur eksperimen dan kaedah mengumpul data dan analisis)


2.2.3 Ujian Proses Sains Konstruk Mengekperimen(UPSKM)

Ujian kemahiran mengeksperimen ini direka khas untuk mengetahui tahap kefahaman setiap
murid yang terlibat dalam sampel kajian untuk mengesahkan kelemahan mereka dalam
konstruk yang dikaji

2.2.4 Ujian- Pos

Sebanyak 2 ujian pos dilaksanakan dalam kajian ini iaitu Ujian Pos-1 dan Ujian Pos-2. Ujian
Pos 1 diambil daripada Ujian Pencapaian 1(UP1) Peperiksaan Dalaman Sekolah iaitu pada
Mac dan ujian Pos-2 diambil daripada Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei (UP
2). Di dalam UP 1, item yang dibina melibatkan gabungan tiga bahagian iaitu soalan
objektif, soalan berstruktur dan soalan esei (kemahiran konstruk mengeksperimen dan
menyelesaikan masalah).      18% daripada item UP 1 melibatkan wajaran konstruk
mengeksperimen sederhana dan tinggi. Di dalam UP 2, item yang diuji terdiri daripada dua
jenis iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Di dalam Kertas 1,jenis item ialah item objektif. Dalam
Kertas 2, soalan dibahagikan kepada tiga Bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Dalam Bahagian A dan B, item yang digunakan ialah item berstruktur,
manakalan di dalam Bahagian C item yang digunkan ialah item respons terhad dan respons
terbuka. Jumlah keseluruhan markah dalam UP 2 ialah sebanyak 70 markah dan 10 markah
(8%) markah adalah untuk konstruk mengeksperimen.



2.2.5 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
       ‘ Peta minda’ merupakan proses keseluruhan otak secara visual dan peralatan grafik
untuk menghasilkan kesan’ (Bobbi Deporter quantum Learning). "Peta minda merupakan
suatu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan perhubungan dan
kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi suatu penulisan’ (Noor Zurina
bt. Kassim, 2007).

       Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan
menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan
komputar . Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan
yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya. Dalam peta
minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan
struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan
maklumat. Otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea
penting . Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah
dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear

        Kebaikan peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk
yang lain dengan tersusun, isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat,
perkaitan antara isi dengan tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas,
pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh, menjimatkan
masa bagi mengolah sesuatu idea dan pemilihan dan penyusunan maklumat dapat dilakukan
secara teratur (Abd. Rashid B. Omar, 1999).

       Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting
diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar
idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, anak panah/kod, kreatif, bongkah
geometri, warna dan sebagainya . Ia digunakan kebanyakkan dalam pembuatan nota,
merancang, membuat synopsis, grafik persembahan dan sebagai bantuan mengingat.

     Dalam kajian ini, saya akan menggunakan konsep peta minda yang di ubah suai untuk
memberikan gambaran kepada teknik menjawab soalan kemahiran proses sains konstruk
mengeksperimen dalam Bahagian C Kertas 2 Sains SPM.
2.2.6 PENGGUNAAN PETA MINDA CEMERLANG (PMC)



BBBM PMC mula diperkenalkan kepada responden bermula awal Februari tahun yang dikaji
mempunyai beberapa langkah penggunaan. Urutan langkah penggunaan adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3 .



                                 Memahami pernyataan masalah



                                   Mengenalpasti pembolehubah



                                  Mengenalpasti bahan dan radas



                   Menjawab soalan mengikut kriteria konstruk mengeksperimen

                               Rajah 3: Carta Alir Penggunaan PMC



Mengenalpasti pernyataan masalah merupakan langkah penting kepada penyelesaian soalan konstruk
mengeksperimen. Di dalam soalan, pernyataan masalah di letakkan di dalam kotak perkataan atau
text box. Pengenalpastian pernyataan masalah ini akan memberikan kefahaman kepada keseluruhan
eksperimen dan menentukan kejayaan perancangan eksperimen. Terdapat 4 kriteria perancangan
eksperimen boleh diperolehi daripada pernyataan masalah iaitu membuat hipotesis, menyatakan
tujuan eksperimen, mengawal pembolehubah dan mempamerkan jadual data. Dua kriteria lagi iaitu
menentukan senarai radas dan radas dan menyatakan atau mempamerkan jadual data diperolehi
daripada senarai bahan yang diberi di dalam soalan.



Contoh Soalan Konstruk Mengeksperimen dan Cara Menjawab Mengikut PMC



Kaji pernyataan berikut


             Asid dan alkali memberi kesan berbeza apabila bertindakbalas ke atas lateks



                                           Anda diberi,

              Lateks, asid etanoik, larutan ammonia, silinder penyukat, rod kaca
     a.      Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas

           Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di (a) berpandukan criteria
           berikut:


     b. (i) Tujuan eksperimen

          (ii) Mengenalpasti semua pemboleh ubah

       (iii) Senarai radas dan bahan

       (iv) Kaedah atau prosedur

          (v) Penjadualan data



Membuat Hipotesis




Membuat hipotesis boleh ditulis dengan menghubungkan dua pembolehubah iaitu pembolehubah di
manipulasikan (MV) dan pembolehubah bergerakbalas(RV). Responden dilatih untuk membulatkan
kedua- dua pembolehubah ini di dalam kotak pernyataan untuk memudahkan mereka merancang
eksperimen dengan baik. Contohnya, di dalam pernyataan di atas, asid dan alkali adalah
pembolehubah dimanipulasikan dan tindakbalas ke atas lateks ialah pembolehubah bergerakbalas.
Oleh itu responden perlu menyatakan hubungan antara asid dan alkali ke atas lateks iaitu asid akan
mengumpalkan lateks, manakala alkali tidak mengumpalkan lateks.
Menyatakan Tujuan Eksperimen




Bagi menyatakan tujuan eksperimen, responden hendaklah memulakan ayat wajib iaitu untuk
mengkaji dan dihubungkan dengan pembolehubah dimanipulasikan dan diakhiri dengan
pembolehubah bergerakbalas. Sebagai contoh, responden boleh menyatakan untuk mengkaji kesan
asid dan alkali ke atas lateks.



Mengenalpasti Pembolehubah




Mengenalpasti pembolehubah mengandungi tiga komponen iaitu pembolehubah dimanipulasikan,
pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan. Di dalam skema pemarkahan hanya dua
markah diberikan, maka sekiranya responden boleh menjawab dua pembolehubah dengan betul ,
mereka memperoleh markah penuh untuk bahagian ini. Pembolehubah dimanipulasikan boleh didapati
di bahagian hadapan ayat dan pembolehubah bergerakbalas dibahagian belakang ayat. Pembolehubah
dimalarkan diambil daripada bahan tetap yang digunakan dalam kedua-dua eksperimen ini. Contohnya
bahan yang sama digunakan ialah lateks, maka responden boleh menulis isipadu lateks sebagai
pembolehubah dimalarkan.
Senarai Bahan dan Radas




Responden boleh menyenaraikan bahan dan radas terus melalui data yang diberi dan hanya
menambah satu radas sahaja. Contohnya di dalam eksperimen ini, satu radas yang perlu ditambah
oleh responden ialah bikar.



Kaedah / Prosedur




Menerangkan kaedah eksperimen memerlukan kemahiran membuat urutan yang melibatkan empat
elemen. Elemen pertama ialah responden perlu menyatakan kaedah penyusunan radas dan bahan yang
melibatkan pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah dimalarkan. Elemen kedua, responden
perlu menyatakan bagaimana pembolehubah bergerakbalas dinilai. Elemen ketiga memerlukan
responden menyatakan pengulangan kaedah untuk menukarkan pembolehubah dimanipulasikan dan di
dalam elemen terakhir, responden perlu menyatakan bagaimana data atau keputusan eksperimen
direkodkan. (rujuk contoh jawapan)
Penjadualan Data




 Penjadualan data memerlukan kemahiran responden untuk mempamerkan data dalam bentuk jadual
dengan melengkapkan bahagian pembolehubah dimanipulasikan di lajur (column) sebelah kiri dan
pembolehubah bergerakbalas di lajur( column) sebelah kanan .



Contoh Jawapan



  a.   Hipotesis:
       Asid mengumpalkan lateks manakala alkali tidak mengumpalkan lateks

  b.    (i) Tujuan eksperimen
        Untuk mengkaji kesan asid dan alkali ke atas lateks

       (ii) Mengenalpasti semua pemboleh ubah
           Pembolehubah dimanipulasikan : Nilai pH
           Pembolehubah bergerakbalas: Pengumpalan lateks
           Pembolehubah dimalarkan: Isipadu lateks

       (iii) Senarai radas dan bahan
           Lateks, asid etanoik, larutan ammonia, silinder penyukat, rod kaca, bikar


       (iv) Kaedah / prosedur :



                            Lateks + asid etanoik                              Lateks + larutan
                                                                               ammonia

                                                                               Lateks

             Beaker A                                     Beaker B

              Bikar A                                     Bikar B
      1. Masukkan 10 cm3 lateks ke dalam dua bikar A dan bikar B.
      2. Tambahkan 5 cm3 asid etanoik ke dalam bikar A dan kacau dengan menggunakan rod
          kaca
      3. Perhatikan pengumpalan lateks.
      4.Tambahkan 5 cm3 larutan ammonia ke dalam bikar B dan kacau dengan menggunakan
          rod kaca.
      5. Perhatikan perubahan fizikal lateks dan catatkan pemerhatian di dalam jadual data.



(v)     Penjadualan data



                   Bahan                         Penggumpalan lateks

                   Bikar A

          Lateks + asid etanoik

                   Bikar B

            Lateks + larutan
               ammonia




3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Latar Belakang Responden

                                    Jadual 1 : Jantina Responden

                                              Profil Murid

         Jantina                      Kekerapan                    Peratus

         Lelaki                          7                         35
         Perempuan                      13                         65

         Jumlah                          20                      100


         Sebahagian besar daripada responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
         pelajar perempuan yang mewakili 65% dan pelajar lelaki terdiri daripada 7%.
                                       Jadual 2 : TOV


                                   TOV (Take-Off Value)

      Min Markah                                             37.3
      Gred                                                    E




Markah TOV (take-off values) responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam di
dalam Jadual 1. Min markah TOV responden adalah 37 iaitu gred E atau gagal .




3.2 Penguasaan Kemahiran Proses Sains Konstruk Mengeksperimen

Sebelum responden diberikan Ujian Pra, satu ujian untuk menguji tahap penguasaan proses
sains konstruk mengeksperimen telah dijalankan. Dapatan kelemahan responden daripada
kajian ini dirumuskan seperti di dalam Jadual 3.

Dapatan ujian ini mendapati, kelemahan responden adalah paling ketara bagi kriteria
membuat hipotesis, menyatakan tujuan eksperimen dan merancang kaedah atau prosedur
eksperimen. Contohnya, tiada responden yang boleh menyatakan hubungan antara dua
pembolehubah. Bagi kriteria menyatakan tujuan eksperimen, hanya 30% responden boleh
menyatakan dengan betul kriteria ini sementara 20% responden hanya boleh boleh melukis
gambarajah tanpa label dan boleh menyatakan 2 langkah eksperimen sahaja.

Walau bagaimanapun, didapati responden dapat menguasai 2 kemahiran mengekperimen
iaitu mengawal pembolehubah(100%) dan menentukan radas dan bahan kajian(100%).
Kesimpulannya, kelemahan murid untuk menguasai kemahiran mengeksperimen masih
lemah sebagaimana yang diperolehi dalam kajian Germann et al. (1996); Roadrangka et al.
(1996) dan Rohani (1996).
                                      Jadual 3
Kemahiran Proses                    Penerangan                        Frekuensi   Peratus
 Sains Konstruk                   Jawapan murid
                                                                                  (95%)
Mengeksperimen


Membuat hipotesis     a. Ada pernyataan yang menghubungkait              0          0
                          2 pembolehubah
                      b. Ada kedua-dua pembolehubah                       7         35
                      c. Tidak dapat menyatakan hubungan antara          13         65
                         kedua-dua pembolehubah
Tujuan eksperimen     a. Boleh menyatakan tujuan eksperimen              6          30
                            dengan betul
                      b. Pernyataan tujuan eksperimen tidak lengkap       0          0
                      c. Tidak boleh menyatakan tujuan eksperimen        14         70
Mengawal              a. Boleh menyatakan dengan betul 2                  9         45
pembolehubah               pembolehubah
                      b. Boleh menyatakan dengan betul 1                 11         55
                         pembolehubah
                      c. Tidak boleh menyatakan                          0          0
                         pembolehubah
Menentukan radas      a. Menyatakan radas dengan                         0          0
dan bahan yang           lengkap
diperlukan            b. Menyatakan radas kurang
                         lengkap                                         20        100
                      c. tidak boleh menyatakan
                         sebarang pembolehubah                           0          0

Menentukan            a. Boleh melukis gambarajah dengan lengkap/        0          0
kaedah         atau         boleh menyatkan langkah kaedah dengan
prosedur                   lengkap
eksperimen     dan    b. Boleh melukis gambarajah tanpa label/           4          20
kaedah                      boleh menyatakan 2 langkah
                      c. Tidak boleh melukis dan menyatakan              16         80
                         Kaedah
Penjadualan Data      a. Boleh melukis jadual data dengan                 0          0
                         lengkap                                          4         20
                      b. Tidak melengkapkan jadual data                  16         80
                      c. Tidak boleh mempamerkan jadual
                         data
3.3 Analisis Ujian- Pra dan Ujian-Pos

                                        Jadual 4

Instrumen                    Kekerapan               Peratus (%)

Ujian Pra                         1                      20

                                  2                      55

                                  3                     20

                                  4                       5

Ujian Pos-1                       4                      30

                                  5                      45

                                  6                      25

Ujian Pos-2                       5                      10

                                  6                      45

                                  7                      25

                                  8                      20



Daripada jadual 4, didapati berlaku perubahan markah sebelum dan selepas PMC digunakan
oleh responden. Contohnya, di dalam ujian Pra, min markah minimum ialah 1 dan meningkat
kepada 4 dan 5 dalam Ujian Pos-1 dan Pos-2. Min markah maksimum juga mengalami
peningkatan iaitu daripada 4 dalam Ujian Pra kepada 6 dan 8 dalam Ujian Pos-1 dan Pos-2.
Peratus kekerapan responden mendapat min markah juga meningkat daripada 2 markah
(55%) dalam Ujian Pra kepada 5(45%) dan 6 markah(45%) dalam Ujian Pos-1 dan Pos-2.
Dengan ini disimpulkan PMC Berjaya membawa perubahan kepada peningkatan markah
dalam menjawab soalan konstruk mengeksperimen.
                     Rajah 5: Graf Peningkatan Markah Responden



Daripada Rajah 5, didapati markah setiap responden meningkat secara seragam setelah PMC
digunakan. Selepas Ujian Pos-2 didapati semua responden boleh mendapat sekurang-
kurangnya 5 markah(50%) daripada keseluruhan markah konstruk mengeksperimen.


Analisa korelasi dalam Rajah 6 juga bernilai positif iaitu 0.05, menunjukkan semakin
meningkat min markah, semakin meningkat markah keseluruhannya dalam soalan konstruk
mengeksperimen.
Pra     Pearson Correlation                        1                  .273              .488*

        Sig. (2-tailed)                                               .245              .029

        N                                         20                   20                20

pos-1   Pearson Correlation                      .273                   1               .554*

        Sig. (2-tailed)                          .245                                   .011

        N                                         20                   20                20

pos-2   Pearson Correlation                      .488*               .554*               1

        Sig. (2-tailed)                          .029                 .011

        N                                         20                   20                20

                          *. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

              Rajah 6 : Analisa korelasi Ujian Pra, Ujian Pos-1 dan Ujian Pos-2



3.4 Analisis Pencapaian Murid




                              Rajah 7: Graf Pencapaian Responden
Rajah 7 menunjukkan graf pencapaian responden dalam ujian pencapaian iaitu TOV dan UP
2. Min markah TOV responden sebanyak 37 markah meningkat kepada 46 markah (Rajah 8).
Peratus peningkatan min ini ialah sebanyak 9 markah. Peningkatan markah responden dalam
ujian pencapaian (UP2) terbukti disumbangkan daripada peningkatan markah dalam soalan
konstruk mengeksperimen dalam Ujian Pos- 2. Dalam analisis kolerasi SPSS 16, didapati
bernilai positif iaitu 0.05 dan ini menunjukkan semakin meningkat markah murid dalam
konstruk mengeksperimen semakin bertambah markah dalam ujian pencapaian. Jadual 4
merumuskan hubungan antara ujian pos-2 dan Ujian Pencapaian.


                                       Jadual 5 :Analisis Deskritif

                         N           Minimum         Maksimum               Min           Sisihan Piawai

TOV                             20            22                       49         37.30                    8.105

UP2                             20            25                       57         46.15                    8.190




               Jadual 4: Jadual Hubungan Antara POS-2 dan Ujian Pencapaian 2



                                                   pos-2                           UP2

                                                                                                      **
       pos-2 Pearson Correlation                              1                                .735


              Sig. (2-tailed)                                                                   .000


              N                                              20                                   20

                                                                  **
       UP2    Pearson Correlation                          .735                                    1


              Sig. (2-tailed)                               .000


              N                                              20                                   20


       **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
3.5 Dapatan Pemerhatian


Murid telah yakin menjawab soalan bahagian konstruk mengeksperimen walaupun hanya
mendapat markah minimum 4. Ini telah mengubah persepsi murid agar tidak meninggalkan
soalan ini dalam peperiksaan sebenar. Dengan ini menjamin murid akan berpeluang untuk
lulus dalam Kertas Sains SPM.


Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam Ujian-Pra dan Ujian-Pos bagi sampel kajian menunjukkan
peningkatan ketara selepas menggunakan BBBM PMC. Pencapaian murid dalam Ujian
Pencapaian Sekolah juga telah meningkat berikutan peningkatan dalam konstruk
mengeksperimen.


Ini dibuktikan dengan peningkatan peratus lulus dalam subjek sains sekolah di peringkat
SPM iaitu 91.54% (2007) meningkat kepada 94.59% (2008) dan 100% (2009). Hasil dapatan
kajian mendapati bahawa penggunaan PMC ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid
untuk menjawab soalan esei konstruk mengeksperimen yang sebelum ini menjadi soalan yang
tidak digemari dan tidak dijawab oleh mereka. Dengan ini diharapkan semua murid lemah
akan berpeluang untuk sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran ini dalam peringkat
SPM.


4.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.


Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
   1. Mejuwudkan Bahan Bantu Belajar kemahiran proses sains di Bahagian A Kertas 2
       SPM
   2. Menambah baik ‘Peta Minda Cemerlang’ untuk meningkatkan kefahaman dalam
       menjawab soalan konstruk mengeksperimen dalam Kertas 2 Sains SPM.


Hasil daripada kajian saya ini diharapkan dapat membantu guru dan murid di Wilayah
Persekutuan Labuan khasnya dan di seluruh Negara amnya untuk membantu murid lebih
berkeyakinan dalam menjawab soalan konstruk mengeksperimen di dalam Kertas 2 Sains
SPM.
5.0 Bibliografi


   1. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan (2008/2009). Jurnal Penyelidikan
       Pendidikan Jilid 1. W.P Labuan: JPNWPL


   2. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan (2009). Jurnal Penyelidikan
       Pendidikan Jilid 2. W.P Labuan: JPNWPL


   3. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan (2009). Prosiding Seminar
       Penyelidikan Pendidiakan Kali-2/2009. W.P Labuan: JPNWPL

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:855
posted:5/11/2011
language:Malay
pages:21