Docstoc

PAS_GANTI_UMNO

Document Sample
PAS_GANTI_UMNO Powered By Docstoc
					                      PAS Ganti Umno: Rasional Dan Tindakan1.
                                            Idris Haji Ahmad

                                     Ketua Penerangan Pas Pusat

Pas dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada
11 Mei 1946, manakala Pas ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang
Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. Pas sebagai sebuah parti
yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan umno berjuang atas perjuangan bangsa. Walaupun
amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka
sudah sampai masanya Pas menggantikan umno, ertinya orang melayu perlu menyertai Pas sebagai
wadah penyelamat di negara ini. Ini memandangkan umno semakin kehilangan arah. Umno telah
menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan.
Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi
tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa
sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan
anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar umno namun generasi yang terdedah dengan
maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu
mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah
Pas.



Rasional Kenapa Umno Perlu Diganti Dengan Pas



1.Islam Tidak Menjadi Dasar Umno

Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk
mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam
sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran,
pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk
mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam
perjuangan maka modal pembangunan akan lapok, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju
terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa
yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman
60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari
qiamat.




1
 Seminar Pas Sedia Ganti Umno 6 Zulhijah 1431H/13 hb Nov 2010 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam
Anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat

                                                   1
2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah
airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut
sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama
dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan
rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak
hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana
lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Datuk Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu
banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.



3. Islam hanya kuda tunggangan Umno

Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana
pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi
fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh
melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung
dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan
ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu
kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka
menjadikan Islam sebagai tunggangan.



4. Program Islam Sebagai Alat Politik

Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai
Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya
zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang
menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif.
Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan
seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khumaini. Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat
Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran
segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam
bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan
hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya
mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal
memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan,
mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti
ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi
matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk
mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr.
Mahathir dalam bukunya “The Malay Dilema” dalam halam 15, membuktikan dakwaan ini “Kerajaan
masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini


                                                  2
dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang
salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang”



5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi

Kononnya atas nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan
sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan
keluarga, akhirnya melayu terus merempat di bumi sendiri. Di mana tempat umno kuat disitu melayu
merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah
rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi
pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana
mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Pemimpin Umno hanya datang 5
tahun sekali untuk hendak menagih undi.


Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan untuk membantu
melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia
dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu
susah.

6. Sikap Individualistik

Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat
sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk
memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno
ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam
Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan.



7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.

Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita
Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan
yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli
Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah.

8.Umno Tidak Membela Agama.

Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam
membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 62 tahun kewujudan Umno kita tidak
dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap
agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan
orang Melayu Islam.

9. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga.

Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan
untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut.
Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

                                                  3
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco
pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon,
tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib
Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri
pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam
umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk
mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah
membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka
mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan
dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan
judi. Pendapatan judi 2009 2.3 bilion. Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10
tertinggi di dunia. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi,
antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir,
Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara
mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung
mereka membisu, tenangkah jiwa orang agama di dalam umno yang bergelomang dengan parti yang
menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai.

10.Dasar Umno putera bukan bumiputera.

Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa
merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas
kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus
kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.
Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang
ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah
layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat
Umno perkasa Melayu menjadi realiti?

11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera

Sepatutnya apabila negara sudah merdeka 53 tahun, pencapaian ekonomi semakin baik. Apa yang
berlaku sebaliknya. Rancangan Malaysia sudah mencecah RMK 10, perbelanjaan sudah dihabiskan
lebih daripada RM1 trilion, peningkatan ekonomi setara dengan bukan bumiputera tidak berlaku. Apa
sudah jadi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika tamat 1990 ekuiti Bumiputra ada 18% tetapi telah
merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Begitu juga dengan nilai saham RM54 bilion yang hanya
tinggal RM2 bilion sahaja. Sekiranya saham ini digunakan dengan betul ekuiti saham bumiputera akan
meningkat melebihi 40%. Kemana hilangnya ekuiti ini? Siapakah yang menjadi perompak disiang hari.
Pas terbukti berjaya mengangkat martabat rakyat Kelantan daripada nombor dua kepada nombor enam
termiskin di Malaysia. Sewaktu memerintah Trengganu daripada negeri kedua miskin menjadi nombor
empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak.

Umno perlu rasa malu selepas 53 tahun merdeka gagal melahirkan ramai usahawan jutawan. Sedangkan
yang menjadi anggota kabinet 2/3 adalah orang Melayu, exco majoriti Melayu, Pegawai Tadbir Diplomatik
Melayu. Kenapa ini berlaku, jawabnya ialah kerana sikap umno yang menyebabkan terjadinya demikian
rupa.




                                                  4
12. Khianat Bahasa Sendiri.

Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara dihabiskan
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan
memperkenalkan Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Memperkenalkan
pengajaran Sains dan metematik dalam Bahasa Inggeris satu lagi agenda virus pembunuh terhadap
pelajar melayu dan pelajar luar bandar. Pada waktu diperkenalkan dahulu merekalah yang bersorak dan
bersetuju kerana yang menjadi presiden Umno ialah orang yang telah mengkhianat pendidikan orang
melayu dengan memperkenalkan mathematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun usaha ini
ditentang oleh pemikir dan ahli akademik yang berwibawa seperti Prof Ainudin Wahid, Prof Zainal Abidin
Wahid, Prof Dr Abdullah Hasan dan Prof Dr. Shahril Mohd Zin anak Melayu pertama mendapat Phd
dalam metematik dan lain-lain tokoh yang banyak kalau hendak disebut. Akhirnya orang melihat apakah
ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu
bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.
13.Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan
bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah
mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Kenapa kerusi parlimen di Kelantan,
Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70 ribu,
keluasannya boleh buat jama’ qasar.

14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan.

Supaya sedap dengar maka jenamakan dengan politik wang. Amalan ini boleh memusnahkan Umno.
Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa
dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi
pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-
tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhidaudin mengatakan Umno diserang dengan
politik wang sejak 20 tahun yang silam. Apa tidaknya Datuk Seri Ali Rostam yang disabit kesalahan oleh
Jawatankuasa Disiplin Umno masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Melaka.

15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan” ertinya Umno sudah sampai umur
nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang.

16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak

Kelahiran anak haram seramai 17303 orang pada tahun 2009, bermakna setiap hari anak luar nikah 48
orang, setiap jam 2 orang. Dalam setahun tidak kurang 34,606 orang penzina. Ini bilangan rasmi, belum
lagi dicampur yang tidak rasmi. Maknanya apa akan terjadi kepada generasi akan datang dari segi nasab
dan keturunan. Apa jaminan bakal menantu masyarakat di negara ini tidak terlibat dengan gejala ini.
Wal’iyazubillah.   Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di
seluruh negara sepanjang tahun ini (ogos 2010), 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui
jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di
seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.
Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214
bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.(Utusan Malaysia 17/8/10)


17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot


                                                   5
Masalah jenayah meningkat sehingga ketenteraman dan keselesaan sudah tidak ada. Perasaan takut
dan risau sentiasa menyelebungi rakyat Malaysia. Sehingga ada kata-kata rakyat Malaysia hari ini,
miskin pun susah, kaya pun susah. Jika miskin, susah pula untuk membeli keperluan hidup kerana kos
sentiasa meningkat, kaya pula tidur tidak nyeyak kerana perompak sentiasa memerhati untuk ambil
kesempatan. Maknanya nikmat ketenangan Allah sudah diangkat, keberkatan sudah hilang. Dalam erti
kata yang lain kaya mangsa perompak, susah mangsa Umno. Banyak wang negara terpaksa
dibelanjakan bagi memerangi jenayah di negara ini. Contohnya 176 CCTV diletakkan di Putra Jaya
untuk mencegah jenayah. Kerajaan akan belanja wang negara sebanyak RM344 juta untuk memasang
CCTV seluruh negara. Alahai! alangkah eloknya kalau wang sebanyak ini didirikan rumah yang berharga
RM30,000 sebuah kepada rakyat yang tidak ada rumah, bermakna 1333 buah rumah untuk rakyat.
Seramai 1333 biasiswa percuma untuk pelajar IPTA selama empat tahun.




18. Peranan Masjid Dimatikan




Sepatutnya sebagai sebuah parti Melayu, mestilah memakmurkan masjid, kerana ini adalah pengkalan

rang melayu untuk meningkatkan jati diri dan syaksiah, apa yang berlaku ialah mereka hanya membina

masjid (kerana masuk duit projek) , bukan mereka memakmurkan masjid. Kelas pengajian malap, kerana

ajaran Islam yang syumul akan memakan diri sendiri, akhirnya masjid di bawah pemerintahan umno mati

sebelum manusia mati. Melantik ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya. Guru-guru yang berwibawa

tidak dibenarkan mengajar dan hendak ditangkap. Contohnya Almarhum Datuk Ishak Baharum, Datuk Dr

Harun Din dan Datuk Ismail Kamus diburu macam pendatang tanpa izin sewaktu umno berkuasa di

Selangor. Sebaliknya negeri yang dipimpin oleh Pas di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang

menggalakkan umat Islam memakmurkan masjid dan memberi sokongan moral dan material.




19. Menyuburkan Industri Maksiat
Kerajaan Bn di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub
pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi
(ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup
memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea
yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan
di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis
hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh
mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan
mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang


                                                 6
hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan
membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan
negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP)
juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting
Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam
Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar
negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini. Langkah
itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900
pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan
impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.

Bukan menjadi satu kepelikan kepada umno Bn, sebagai sebuah parti yang tidak ada dasar agama
sehingga judi yang jelas haram secara qat’i umno boleh halal, maka tidak menjadi hal soal kelab malam.
Penting kepada mereka ialah wang, kerana inilah dasar mereka. Soal halal dan haram bukan
persoalannya. Samaada rakyat dan negara hancur ini bukan perhitungan hidup mereka. Apa yang
penting nafsu serakah mereka yang perlu dipenuhi. Rakyat tentu masih ingat ketika Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) mengemukakan garis panduan hiburan, maka pemimpin umno yang mengetuai
negara ini telah membakul sampahkan sahaja.



20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga Menjadi Barah

Sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak dalam Bn menyebabkan pembawaan di dalam parti terbawa-
bawa ke dalam pentadbiran negara. Sehingga masalah rasuah tidak ada pembaikan, walaupun nama
Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .
Selagi SPRM tidak bebas dan kuasa pendakwaan masih berada di bawah Peguam Negara selagi itulah
yang menjadi mangsa hanya bilis, ikan jerung sentiasa terlepas. Kesannya Indeks Persepsi Rasuah
(Corruption Perception Index) sentiasa merudum contohnya indeks 2010 (4.4/10) berbanding tahun
2003 (5.2/10). Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks


Persepsi Rasuah (CPI), tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi Tan Sri Ramon Navaratnam,
Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam,
terdapat tiga sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. Pertama, kerajaan tidak
mengekang politik wang. Kedua, tidak menjadikan urusan pembelian oleh kerajaan lebih telus; dan
ketiga, kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi.


Sebenarnya punca kerosakan besar dalam sebuah negara dan runtuh tamadun dalam sebuah negara
berpunca daripada rasuah sehingga melibatkan keselamatan negara terancam, kerana rasuah semuanya
boleh berlaku. Kes pemalsuan kad pengenalan, terbolosnya sempadan, maklumat negara terlepas
kepada tangan asing, masalah dadah, penjenayah terlepas dan berbagai jenayah yang lain.




                                                  7
Kesimpulannya rasuah dapat diminimakan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: Pertama,
pemisahan yang jelas(dikotomi) antara ‘politik’ dan ‘pentadbiran’; kedua, pembangunan ekonomi mesti
selari dengan pembangunan politik; ketiga, pimpinan yang berintegriti di peringkat nasional dan global.
Ketiga-tiga faktor penting ini tidak ada pada kerajaan Malaysia pimpinan BN umno



21. Mengkhianati Hak Orang Miskin

Umno tahu selagi rakyat miskin, selagi itulah rakyat akan menjadi abdi kepada umno. Kerana ada dua
senjata yang umno pegang iaitu ,miskin dan bodoh. Kes terbaru agensi untuk bela penderitaan rakyat
susah juga dikhianati seperti Felda. Wang Felda telah susut sebanyak RM2.75 bilion dalam masa 5
tahun. Pada tahun 2004 wang Felda ada RM4.08 bilion telah mengucup kepada RM1.35 bilion pada
tahun 2009. Kita pun tidak tahu macam mana kos tanam semula di Felda lebih tinggi berbanding dengan
ladang lain di negara ini. Sebagai contoh kos penanaman semula di Felda RM10,503 sehektar
berbanding dengan ladang IOI hanya RM1,988 sehektar (lebih murah daripada Felda RM8511) dan
ladang Sime Darby pula Rm3,120 sehektar (lebih murah daripada Felda RM7,383).

Wang Felda yang sepatutnya di manfaatkan dengan lebih baik untuk peneroka dan anak-anak peneroka
telah digunakan antaranya mendirikan bangunan di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur RM662 juta.
Menggunakan wang Felda untuk projek basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Sedangkan
Felda banyak di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu, kenapa pula Sabah sahaja yang dapat manfaat.
Kemana pula hasil minyak dan balak di Sabah, sehingga terpaksa mengemis dengan Felda. Tepuk dada,
kocak pokok kelapa sawit.

Sebelumnya wang PPRT lesap RM32 juta, kalau wang untuk orang susah pun dikebas begitu sahaja,
apa hendak diharap untuk menjaga kepentingan rakyat marhain di negara ini.Kalau pemimpin memahami
derita rakyat, mereka tidak akan mencari jalan mudah untuk dapatkan wang dengan menaikkan harga
minyak, tepung, gula, menghapuskan subsidi, mengenakan saman ekor dan GST. Sebenarnya apabila
kapal hendak karam baru pemimpin sedar siapakah diri mereka.

22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel

Ketika rakyat Palestin dibunuh setiap hari oleh Israel Yahudi, tiba-tiba pemimpin umno boleh mengambil
APCO Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Sikap talam dua muka
yang berpura-pura menentang yahudi tetapi tangan belakang menggamit yahudi. Kita tidak dengar
penentangan secara ageresif oleh umno terhadap langkah kerajaan mengambil APCO sebagai penasihat
negara.

23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing

Hanya Allah yang tahu, tindakan pemimpin umno yang menyerahkan telaga minyak blok L dan M pada
Brunai, bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700
tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB) diserah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI). Maknanya kedaulatan dan khazanah negara tergadai hasil



                                                  8
pengkhianatan pemimpin umno.




Kenapa Pas Perlu Mengganti Umno

Usia Pas sudah menjangkau 59 tahun, mengambarkan kematangan Pas yang terbukti dan teruji.
Keunggulan Pas sebagai sebuah harakah Islamiah di negara ini dan tonggak kepada kekuatan gerakan
Islam dan siasah di Asia Tenggara. Walaupun menempuh dengan berbagai cabaran dan dugaan dan
liku-liku yang pahit. Namun Pas telah berjaya meletakkan dirinya dalam krangka politik yang berjaya
menyaingi Umno di negara ini. Sebab itu ia menjadi kajian kes di kalangan penganalisa politik Malaysia
samaada dari kalangan sarjana barat atau timur. Kerana parti yang seangkatan degannya sudah
menyembah bumi dan hilang dalam lipatan sejarah, namun Pas tetap unggul dan segar.



1. Islam Sebagai Dasar Perjuangan.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam

Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,

“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan
kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil
munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara
samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan
mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya,
Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam yang diperjuangkan hanya berhubung dengan
sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada
hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya
semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada
pemisahan hidup dengan akhirat.

Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam
pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak
beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak
ayat mengenai pengharaman arak.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada
apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang
disampaikan kepada manusia. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu
apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan
Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-
mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita



                                                  9
memperalatkan Islam untuk mencari sokongan.2 Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka
kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita
tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan
tamaddun Islam sahaja

Dalam hal ini Dr. Shafie Ibrahim berpendapat,

“Bahawa Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan
Islam. Jika Islam yang ditafsirkan seperti yang dilakukan oleh Pas maka ia adalah lebih daripada sebuah
parti agama. Dan Islam adalah ideologi partinya maka ia mempunyai kefahaman dan tafsirannya yang
tersendiri yang mempunyai istilah agama. Parti itu melihat Islam secara keseluruhannya. Ini bermakna
bahawa Pas percaya dengan semua ajaran Islam dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Ia
tidak percaya kepada sebahagiannya sahaja, tetapi pada keseluruhannya iaitu semua espek ajaran Islam
seperti politik, ekonomi, nilai-nilai sosial dan lain-lain lagi. Dari sudut pandangan ini Pas berbeza
daripada Umno. Sekiranya pemimpin Umno mendakwa mereka orang Islam, ini bermakna mereka
berjuang untuk melaksanakan ajaran Islam bukan sahaja dalam bidang ibadah, juga dalam bidang politik
dan lain-lain lagi. (Shafie Ibrahim, 1986: 79)

Pas hanya menyampaikan apa yang Allah SWT arahkan untuk disampaikan kepada manusia. Pas
mengajak manusia untuk mengenal Allah SWT dan mengabdikan diri kepada Allah, bukan
memperhambakan diri kepada pemimpin PAS.

Justeru itu Islam yang hendak diperjuangkan oleh Pas ia bukan hanya bersifat dogmatik tetapi perlu
dilaksanakan berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas. Ini diakur sendiri oleh seorang penulis John
Funston, Universiti Monash Australia yang membuat kajian mengenai PAS dan UMNO

“….Dengan perjuangan yang berlandaskan politik Islam ia dianggap oleh semua penulis sebagai parti
yang mempunyai ideologi yang jelas..” (John Funston, 1980: 161)


Di dalam Perlembagaan Pas fasa 5. Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT.

(2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6. Usaha-Usaha Pas ialah:

        1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara
           lisan, tulisan dan amalan
        2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan
           berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha
           menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan
           pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
        3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di


2
 Walaupun ada tuduhan Pas merasuah akhirat untuk menarik sokongan kepada perjuangannya. Seperti yang disebut
oleh Dr. Mahathir ketika menjadi PM “bagaimanapun orang-orang Umno tak tergamak nak gunakan agama untuk
sogokan. Jadi dia guna wang. Kalau Pas, dia sogok syurga kerana tidak ada siapa yang tahu samaada benar atau tida
(masuk syurga)… sebab yang pergi ke sana tak balik cerita” Berita Harian 24/7/01: 3. “Rasuah akhirat sukar
dibendung:Mahathir”.

                                                       10
              kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan
              berkebajikan.
        4.    Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang
              perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan
              pandangan hidup Islam.
        5.    Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta intitusi-
              institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela
              kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
        6.    Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan persatuan-persatuan atau pertubuhan-
              pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan Pas bilamana dan selama ianya
              mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.
        7.    Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara yang tunggal dalam
              amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
        8.    Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah
              dengan ajaran-ajaran Islam.
        9.    Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan
              tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan
              tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam Negara ini.
        10.    Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang
              sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak               asasi manusia serta
              menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di
              kalangan umat manusia.
        11.    Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-
              undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan Pas ke dalam dan ke luar.


Daripada apa yang tertulis dan yang dilaksanakan jelas, bahawa dasar Pas ialah Islam, tidak pernah
berganjak walaupun daripada dahulu sampai sekarang.



2. Memimpin PAS Satu Tanggungjawab.

Menjadi pemimpin dalam Pas hanya hendak mencari keredaan Allah SWT bagi memastikan risalah Islam
ditegakkan di atas muka bumi ini. Tidak lebih dari itu. Ia berprinsip “Fastabiqul khairat” berlumba untuk
membuat kebaikan. Menjadi pemimpin Pas bererti membayar dengan harga yang cukup mahal kerana
terpaksa mengorbankan kepentingan dunia, Seperti risiko di buang kerja, tukar tempat kerja, turun
pangkat, tidak dapat kontrak dan sebagainya. Ini berlainan dalam Umno, orang sanggup melabur
sehingga berjuta ringgit untuk mendapat tempat dalam kepimpinan Umno. Tulisan Nakhaei haji Ahmad
dalam Berita Harian satu ketika dahulu yang menyebut banyak broker-broker politik digunakan untuk
mendapat tempat dalam hiraki kepimpinan dari atas sehingga ke bawah. Teguran sinis Tun Ghafar Baba
kepada Umno supaya Umno melelong jawatan ketua Bahagian dengan harga RM 50,000 dan Naib
Presiden 5 juta ringgit, itulah kayu ukur kepimpinan dalam Umno.

Dalam Pas ahlinya telah dididik bahawa kepimpinan adalah amanah bukan kebanggaan. Memimpin Pas
dengan keyakinan bahawa ini adalah amanah Allah. Ia bukan teori semata-mata, kadang-kadang
terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Gagasan yang dikemukakan untuk memimpin Pas bukan
hanya teori semata-mata tetapi mengotakan apa yang ia kata. Ada yang memimpin Pas terpaksa
terkorban angkara fitnah jahat musuh seperti yang berlaku kepada Dr Burhanuddun Alhilmi (di ISA kan
kerana dituduh berkomplot dengan Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia). Ustaz Samad
Gol mati dikapak, Cikgu Tahrim Pesuruhjaya PAS Perlis yang ditembak mati di rumahnya, Osman Talib
yang mati dipukul oleh pasukan samseng dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang terap 1984. Ustaz



                                                   11
Ibrahim Libya dan anak muridnya terkorban syahid di Memali Nov 1985 membuktikan bahawa memimpin
Pas terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Firman Allah SWT

“Di antara orang yang beriman itu ada yang bersikap benar dan menunaikan apa yang telah dijanjikan
kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai
menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang nenunggu giliran dan mereka pula
tidak mengubah (apa yang merek a janjikan itu) sedikit pun” ( al-Ahzab 33:23)

Kalau ada di kalangan pemimpim Pas yang tidak jujur dan ada agenda yang tertentu, maka dengan
sendiri ia terkeluar daripada saf kepimpinan tanpa dihalau. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat
yang layak untuk memimpin Pas tidak tahan lama, akirnya menghilangkan diri dari arena perjuangan.
Begitu juga dengan mereka yang berniat buruk kepada Pas , mereka juga akan tersingkir kerana ahli Pas
yang ikhlas tidak boleh menerima kepimpinan seperti ini.



3. Ulama’ Teras Tunggak Kepimpinan Pas

Walaupaun Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang pesat di negeri pantai timur, kerana
disana terdapat pondok dan sekolah agama. Perjuangan ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran
mereka yang syumul dengan menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu
Ustaz Amaludin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha mendekati Tok-Tok guru
pondok untuk memimpin Pas.

Ulama’ telah menjadi perantaraan untuk menyebarkan pengaruh dan fikrah perjuangan yang dibawa oleh
Pas. Kebetulan mereka adalah orang yang rapat dengan masyarakat dalam menyampaikan Islam.
Penghormatan masyarakat kepada golongan agama ini telah memberi peluang yang baik kepada Pas
untuk menyebarkan pengaruhnya. Golongan ulama’ ialah mereka yang rapat dengan masyarakat melalui
kelas pengajian mereka yang menerangkan Islam yang tepat. Pembawaan ulama’ telah menjadi ikutan di
kalangan anak muridnya. Kedudukan mereka sebagai orang yang berpengaruh dalam masyarakat
menjadi esset yang berharga kepada Pas. Justeru itu apabila mereka yang benar-benar memahami
Islam yang syumul pasti akan memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Sebab itu kita melihat
jika ahli Umno yang berpendidikan agama dan hendak mengahayati Islam yang sebenar kebanyakan
mereka tidak lama bersama dengan Umno sebaliknya mereka akan berhijrah untuk memperjuangkan
Islam melalui wadah Pas.



4. Ahli Yang Ikhlas Dan Istiqamah Dengan Perjuangan

Di antara barang yang paling berharga dimiliki oleh Pas ialah keikhlasan ahli bawah yang tidak menuntut
upah dan habuan. Mereka menyertai Pas atas kefahaman wajib mereka bersama dengan perjuangan
Pas. Penyertaan mereka bukan kerana taksub kepada mana-mana pemimpin.

Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas
seperti berikut,

“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas,
mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan




                                                  12
Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam kepada ahli-
ahlinya. Inilah kejayaan tarbiyyah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang
pemimpin tertinggi Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur
walaupun setapak, malahan sebahagian daripada tarbiyyah untuk melihat sejauhmanakan mereka yang
telah tahan diuji semasa dalam perjuangan. Pemimpin Pas yang keluar daripada Pas hidup menderita
apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka Pas semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini
yang menambahkan barah mental di dalam diri mereka.

Fanatiknya ahli-ahli Pas kerana perjuangan dan dasar yang tidak pernah luntur daripada Islam. Selain
daripada itu keikhlasan yang ada di kalangan ahli-ahli Pas jugalah merupakan sebab Allah mengekalkan
Pas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli
Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia,

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan.
Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada
pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai,
kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita
ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya
lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal
kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini,
kita tanam, kita pupuk pada diri kita”.

Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai hajat yang lain orang ini tidak kekal lama
dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga
penggerak Pas. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang
berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi
kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa
seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan, ditukar tempat
kerja. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran
mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja
berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan
menderma kepada perjuangan walau hidup mereka kais pagi makan pagi. Keadaan inilah yang
memeningkan kepala pemimpin Umno sebagaimana ceramah yang dianjurkan oleh mereka tidak
mendapat sambutan walaupun disediakan dengan berbagai kemudahan. Ini tidak lain dan tidak bukan
kerana perjuangan Pas serasi dengan tabiat Islam yang ada pada setiap insan.

Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi
boleh dibeli oleh Umno dengan harga yang murah. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiyyah yang jelas
mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang
hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang
berunsur maksiat.



5. Kepimpinan Yang Menggabungkan Ulama’, Profesional Dan Aktivis




                                                   13
Sebagai sebuah harakatul ummah (gerakan massa) yang mewakili suara rakyat keseluruhannya, maka
Pas juga dipimpin oleh ulama’, professional dan aktivis parti. Ketiga-tiga kelompok ini memainkan
peranan masing-masing bagi mengukuhkan Pas di semua peringkat. Gabungan antara ketiga-tiga
kelompok inilah maka melahirkan satu saf pimpinan yang jitu untuk merangka strategi bagi meraih
sokongan rakyat.

Selain daripada mendapat undi sokongan teras golongan agama, Pas juga mendapat tempat di hati
golongan profesioanal dan masyarakat awam. Kalau dilihat di peringkat awal Pas pernah dipimpin oleh
Dr. Abas Alias yang menjadi Presiden Pas kedua setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad meninggalkan
Pas. Dr Haji Abbas Alias ialah seorang doktor perubatan iaitu seorang professional. Begitu juga aktivis
parti walaupun mereka ini tidak bergelar ulama’ atau mempunyai kelayakan profesioanal tetapi telah
memberi sumbangan yang begitu berharga dalam perjuangan Pas contohnya Almarhum Amaludin
Darus yang membawa Pas ke Kelantan, beliau hanya sebagai seorang anggota bomba.

Gabungan ketiga-tiga kelompok ini amat penting dalam memantapkan kepimpinan Pas kerana
kekurangan dan kelemahan akan dapat ditampung antara satu sama lain. Ulama’ bertugas sebagai
orang yang membuat saringan mengenai tektik dan strategi politik, samaada ia bertepatan dengan
Islam atau tidak. Golongan professional memberikan idea-idea dan membuat penerokaan-penerokaan
yang baru untuk merangka strategi. Manakala aktivis parti mereka bergerak di tengah-tengah masyarakat
dan melaksanakan beberapa polisi yang diputuskan oleh parti.

Gabungan daripada ketiga-tiga kelompok dalam Pas untuk memimpin Pas telah menjadikan Pas boleh
diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kerana juru jualnya yang berbagai latar belakang telah berjaya
meyakinkan orang kepada perjuangan Pas sebagai wadah yang perlu disokong.

Asas perjuangan Pas yang kukuh iaitu al-Quran dan al-Hadis telah menjadi Pas sebagai wadah
perjuangan Islam yang paling unggul di negara ini. Penubuhannya bukan atas dasar tidak puas hati atau
ego dengan jamaah yang sedia ada, tetapi ia muncul untuk menyahut seruan Allah dan Rasul yang
terdahulu. Pemimpinnya ulama’ yang bertindak berdasarkan ilmu bukan nafsu. Ahli Pas ditarbiyyah
bukan untuk taksub kepada pemimpin , tetapi kepada Islam yang diperjuangkan. Kemungkaran tetap
ditentang, maruah Islam mesti dibela. Bagi kita yang menjadi ahli Pas bangga dapat menyertai sebuah
gerakan Islam dan sebuah parti politik melayu yang paling tua di tanah air kita (sekarang Umno 1988,
Umno asal



6. Keahlian Pas Tidak Diwarnai Dengan Batas Kaum Dan Keturunan Semata-Mata.

Pas disertai oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Oleh itu peyertaannya tidak terhad kepada
bangsa Melayu. Syarat hendak menjadi ahli Pas hanya Islam dan akil baligh. Nabi Muhammad SAW
yang menjadi contoh teladan berdakwah tanpa memilih kaum atau bangsa. Di antara yang menjadi
pengikut nabi Muhammad SAW seperti Bilal Bin Rabah daripada Habshah, Salman al-Farisi daripada
Parsi dan Sohib al-Rumi dari Rom.



Tedapat di dalam pimpinan Pas dan aktivis orang yang berbangsa Tionghua. Beberapa aktivis Pas
seperti Dato’ Anuar Tan, almarhum Faizal Tan, Kamal Koh, Mohamad Teang dan lain-lain lagi. Oleh itu
membuktikan bahawa Pas bukan sebuah parti perkauman seperti yang digembar gemburkan oleh Umno




                                                  14
dan BN.

Dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas membuktikan bahawa Pas adalah relevan dengan
tuntutan semasa dalam masyarakat majmuk di negara ini. Beberapa tokoh Dewan Himpunan
Penyokong Pas yang menjadi penggerak kepada dewan ini seperti Cikgu Hu Phan Chaw, Saudara
Richard Wong, Saudara Balasubramaniam, Saudara Vinson dan lain-lain lagi

7. Perjuangan Pas Menegakkan Keadilan Dan Menentang Kezaliman

Perjuangan yang dibawa oleh Pas ialah perjuangan meneruskan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-
orang yang terdahulu dalam usaha untuk memastikan bumi ini tertegak kebenaran dan menentang
kezaliman. Kerana unsur kezaliman adalah masalah yang paling besar, boleh menyekat minda dan
kehidupan insan daripada memperolehi kebahagiaan. Pas istiqamah menentang bentuk pencabulan hak
terhadap rakyat seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AUKU (Akta Universiti Kolej), OSA (Akta
Rahsia Rasmi), Akta Mesin Cetak, Akta Pertubuhan, penindasan terhadap boroh, terhadap peneroka
bandar (setinggan). Pas menganggotai Gerakan Mansuh ISA (GMI), Pas juga menubuhkan Lajnah Buruh
dan Setinggan untuk mengendalikan masalah penindasan yang berlaku tehadap mereka



Agenda Tindakan



-Pertegaskan kepada rakyat bahawa Pas mampu mengganti umno dan menawarkan lebih baik daripada
umno.

- Menjelaskan kepada rakyat segala fitnah yang dilemparkan oleh umno bahawa kedudukan Islam, hak
Melayu dan Kedudukan Raja-Raja Melayu tentap terpelihara. Buktinya Konvensyen Pakatan Rakyat
Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat

      Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan
       agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

      Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah
       dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

      Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

      Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan
       memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum




-Memaparkan Islam sebagai dasar yang membawa rahmat.

-Ulamak Pas mesti bekerja dengan lebih agresif untuk menarik sokongan, kerana mereka ialah golongan
yang cukup dihormati dan mudah untuk mempengaruhi.

-Merangka agenda yang meyakinkan rakyat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial




                                                15
-Menunjukan Lisanul hal supaya masyarakat tertarik dengan Pas

-Menunjukkan semangat pengorbanan di kalangan pimpinan

-Kerajaan Kelantan dan Kedah mesti menjadi role model, bagaimana Islam boleh menguruskan
masyarakat majmuk.

-Exco Pas di Selangor mesti menunjukan prestasi yang baik untuk membawa emej parti

-Meyakinkan pegawai kerajaan, swasta dan peniaga tentang kemampuan Pas.

-Imej perpaduan dalam tahaluf siasi

-Parti yang membela rakyat di negara ini

-Parti yang mengambil berat terhadap kesusahan rakyat.

-Bekerja dengan serius untuk pendaftaran pemilih

-Meramaikan ahli Pas.

-Membanyakkan cawangan




                                                   16

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:18
posted:5/11/2011
language:Malay
pages:16