ketaksamaan peluang pendidikan

Document Sample
ketaksamaan peluang pendidikan Powered By Docstoc
					                          Ketaksamaan Peluang Pendidikan




“ … merapatkan juran pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar
dengan luar Bandar; jurang antara yang msikin dengan yang kaya; jurang
digital dan jurang antara merek a yang berkeperluan khas; agar tidak ada
sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

                                                     YB Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein
Perutusan Tahun Baru 2006

4.1 Kelas Sosial

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.Dalam
kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai
kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Antara contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada dua golongan
iaitu :

    -     Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
        pertukaran
    -     Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja
        sahaja

Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan.Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu
pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi
sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-
lain.

Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan
sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat
dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti
sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak
tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku .
Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok etnik yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka
yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip
dalam sesbuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan
mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau
percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang
pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas
sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan pembesar
dan istana menerima system pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan
dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar
disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan
kecerdikkan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus
ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-bahan
rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan konsep kelas sosial kita
tidak terlepas daripada kejadian ‘sosial inequaliti’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada
ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza
akibat system stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli
korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan
pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik
di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang
menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana
mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar
biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri
daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui
pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara
pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau
mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini
membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap
ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian
akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap
ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang
pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi
faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan
persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai
jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar
terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas
social dalam masyarakat.

Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-
ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak
terhadappencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak
jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara
penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-
30, dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan
dalam system pendidikan negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag pendidikan,
masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk
menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT).

Terdapat juag sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu sekolah
yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam
keadaandaif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru
terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada
perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya
berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan
pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri
daripada pelbagai tahun persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan,
perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar
yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.

Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar
dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-
sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di
luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan
- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin
- Bantuan Makanan Asrama
- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
- Jaket Keselamatan
- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Skim Baucer Tuisyen
- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan

Unifrsiti
- Asrama Harian

Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai
keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira
kelas social murid berkenaan,

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya
lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu’ maklumat daripada menerimanya
secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus
meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung
dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan
pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja
yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak
yangsama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.


4.2 Jantina

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata
pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Pemilihan ini secara langsung
menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan
lelaki.Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk
secara social dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status,
cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.

Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses
pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan
status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan
yang samaantara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat
dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita
hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid
perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat
menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi,
khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya
dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati
wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh
yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran
dalam kelas.


4.3 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi
kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah
kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan
sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau
warisan daripada ibubapa mereka.

Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka
ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan
lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu
menggugat keharmonian sekolah.

Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari
maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.

Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus
pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus
mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan
suasana pembelajaran di sekolah.

4.4 Murid Keperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi
intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka itu
normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu
kategori masalah dan kategori masalah khusus.

Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan
kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan
program sekolah biasa.

Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
majority kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah
menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih
tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan
sepenuhnya system pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan
motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih
maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru
harus memberi focus terhadap masalah sosio-emosi mereka.
Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar
cerdas.Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang
luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.

Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan
oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada
pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral,
keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah
mengembangkan potensi.

Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,
maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system persekitaran dan
pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada
semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar
pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003).

Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan
Khas iaitu;

   -   kerencatan mental
   -   bermasalah pembelajaran
   -   kecelaruan tingkah laku
   -   cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
   -   cacat penglihatan
   -   cacat fizikal
   -   pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku
terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi
peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-
kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifa
pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitive, pasif,
tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan.

Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang agak
ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering
berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai
tingkahlaku antisocial.

Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
memeras ugut, mencuri dan ponteng.

Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi
mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi
interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid
berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas
dan berbakat.

Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit
Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian
lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-
tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan
sering menggangu orang lain.

Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak
tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan
dalam masyarakat.

Modifikasi environmental dan behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk
menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang
menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku
negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid
bergerak di suatu kawasantertentu sahaja.

Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas; mengurangkan
kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan
ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan
kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negative.
Guru perlumenyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat
terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk
menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan
yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam
tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah
pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.

Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4 tahun
lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

   -   Orang Asli

   Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir
   hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu
yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan
ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan
cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada
kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu
Asli.Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005
, jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi
berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli
beragama Animisme. Dari segi pendidikan, epncapaian orang Asli amatlah rendah dan
jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan
prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti
bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan
kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang
Asli.Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik
darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat
persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang
Asli.Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana
membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman pula
terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak rendah,
penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-
benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.

Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa
Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih
berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998
adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %). Bagi
golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan
menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian
kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga
menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba
kekurangan.

-   Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah
dan Sarawak .Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum,
mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan
budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau,
Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,
Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal
jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka
masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari
dulu lagi.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana
system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system
belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai
budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious
masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih
berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar
seseorangakan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu
cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung
dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung
melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami
adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam
system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai
budaya.

-   Pendalaman

Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah
kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan
pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan
berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang
memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada
kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan
guru.Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan
pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi
menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian
akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi
dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran
murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang
yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha
menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia
Ketiga (RMK-3):

“..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan
yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-
sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”


Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu
halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-
murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka
sendiri.Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan
diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.


http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm

				
DOCUMENT INFO
Tags:
Stats:
views:808
posted:5/10/2011
language:Malay
pages:10