Docstoc

Nota Masakan (Teras) Tkn 2

Document Sample
Nota Masakan (Teras) Tkn 2 Powered By Docstoc
					Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




1.9 MASAKAN
a. Perancangan menu


               Hasil Pembelajaran

          Menyenaraikan faktor penting dalam merancang
           menu




Pengenalan

Perancangan menu ialah satu cara merancang sajian yang seimbang dan
berkhasiat. Perancangan yang teliti dalam penyediaan hidangan dapat
menjimatkan masa dan tenaga.

Faktor penting dalam merancang menu
1. Umur
   Remaja memerlukan diet yang berbeza daripada kanak -kanak.

2. Jantina
   Remaja lelaki memerlukan lebih kalori daripada remaja perempuan kerana
   mereka lebih aktif.

3. Pekerjaan
   Seseorang yang melakukan kerja berat memerlukan lebih kalori daripada
   seseorang yang melakukan kerja ringan.

4. Ekonomi
   Perbelanjaan untuk penyediaan makanan bergantung kepada pendapatan
   keluarga.




   62
                         Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




5. Masa dan tenaga
   Jenis hidangan yang disediakan bergantung kepada masa dan tenaga
   yang diperuntukkan.

6. Kesihatan
   Seseorang pesakit atau sipulih memerlukan menu yang berbeza.




                                                                                    63
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Aktiviti

1. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan

     a) Kumpulan berbincang dan menyenaraikan beberapa faktor penting
          dalam merancang menu.
     b) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
     c) Guru dan pelajar menilai hasil pembentangan dan menyenaraikan
          faktor penting dalam merancang menu.

     2. Berdasarkan peta minda anda, tulis dan huraikan dengan ringkas faktor
          penting dalam merancang menu.

Latihan
A. Cari tujuh faktor penting dalam merancang menu yang tersembunyi di dalam
     petak di bawah.

 A         K      E     G       E      M       A      R         A   N   U   L

 N         O      K     I      A       D       P      U         A   T   K   G

 A         L     O      R       Y      L       I      A         U   T   A   M

 U         P      N     T       I      U       J      U         M   A   S   A

 L         K     O      N       T      R       A      K         U   H   T   K

 R         S     M      E       E      U       N      A         R   I   U   M

 E         T      I     K      N       S       T      R         G   H   P   E

 P         U      E     T      A       O       I       I        U   E   L   N

 E         P      L     U      G       A       N      T         I   K   B   U

 K         W      U     T      A       K       A      M         N   D   E   T




     64
                      Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




B. Lengkapkan peta minda di bawah




                                 Faktor penting
                                merancang menu




                                                                                 65
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




b.        Penyediaan dan penyajian hidangan




                                Hasil Pembelajaran
              Menerangkan maksud hidangan sepinggan lengkap
              Mengenal pasti hidangan sepinggan lengkap
              Mengenal pasti alatan dan kelengkapan dapur
              Menyedia, memasak, menghias, menyaji dan membuat
               pengiraan kos hidangan sepinggan lengkap cara timur,cara
               barat, minuman berkhasiat, minuman menyegarkandan
               hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat.




     66
                       Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Pengenalan

Kemahiran mengurus makanan boleh membantu dalam merancang, menyedia,
memasak, menghias dan menyaji makanan yang seimbang, berkhasiat dan
menarik.




                  Tahukan anda maksud hidangan
                  sepinggan lengkap ?




Hidangan sepinggan lengkap ialah hidangan seimbang yang mempunyai
kandungan nutrien yang lengkap.
Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan sebagai sajian utama dan snek.
Ia mudah disediakan, dimasak dan boleh disaji secara peranggu meja atau
secara berpek.




                                                                                  67
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                      Contoh hidangan sepinggan lengkap


                                 Masakan Cara Timur




               Nasi Goreng                                      Kuetiau Goreng




                                    Masakan Cara Barat




           Roti Kebab Burger                                     Burger




   68
                      Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Alatan Dapur

Alatan untuk penyediaan memasak




1.   Mangkuk adunan         5.   Landas cincang            9.    Garpu

2.   Mangkuk cina           6.   Camca besar               10.   Tapis

3.   Jag penyukat           7.   Camca sedang              11.   Pisau roti

4.   Pisau                  8.   Camca teh                 12.   Pinggan




                                                                                 69
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Alatan untuk memasak




  1.    Penunu                   5.   Pengukus                  8.    Senduk kayu

  2.    Periuk                   6.   Senduk                    9.    Peti tin

  3.    Kuali                    7.   Sudip                     10.   Loyang

  4.    Pan penggoreng




   70
                      Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Alatan untuk menghidang dan menyediakan peranggu meja




1.   Pinggan hidang           7.    Teko kopi                13.   Pisau meja

2.   Mangkuk hidang           8.    Jag susu                 14.   Pisau mentega

3.   Rak roti                 9.    Mangkuk gula             15.   Camca teh

4.   Bekas mentega            10.   Pinggan                  16.   Cawan dan piring

5.   Bekas jem                11.   Camca sedang             17.   Gelas

6.   Teko teh                 12.   Garpu sedang             18.   Mangkuk telur




                                                                                   71
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Kelengkapan dapur


a. Jenis kain dapur

  Jenis kain dapur                  Kegunaan                       Penjagaan

Kain pengelap             Mengeringkan pinggan              Sidai selepas
pinggan mangkuk            mangkuk dan kutleri yang           digunakan jika ia
                           bersih.                            masih bersih.
Biasanya dibuat
daripada kain kapas       Mengeringkan sayur-sayuran        Cuci setiap hari dalam
atau kain linen yang       selepas dicuci                     air panas bersabun
menyerap air                                                  selepas digunakan.
                          Mengesat pinggan mangkuk
                           sebelum digunakan untuk           Bilas hingga bersih
                           menghidang makanan                 dan jemur di bawah
                                                              cahaya matahari.
                          Menutup makanan yang
                           belum dimasak                     Anginkan dan lipat
                                                                dengan kemas sebelum
                                                                disimpan.

Kain pencuci              Membasuh pinggan mangkuk          Cuci dalam air panas
                           dan perkakas dapur.                bersabun sebaik sahaja
Ia diperbuat daripada                                         selepas digunakan.
                          Mengelap meja, dapur dan
kain kapas lembut          bod pengetus.                     Bilas hingga bersih dan
yang menyerap air                                             jemur di bawah cahaya
seperti kain net atau     Mengeringkan perkakas yang
                                                              matahari.
kain tuala                 diperbuat daripada timah,
                           aluminium dan kayu.               Rebuskan kain
                                                              pencuci seminggu
                                                              sekali untuk
                                                              memutihkannya dan
                                                              membunuh kuman.




   72
                           Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




  Jenis kain dapur                 Kegunaan                         Penjagaan

Kain tuala tangan
Ia diperbuat dari pada    Mengesat dan mengeringkan         Gantung atau sidai di
kain kapas yang            tangan yang basah dan              tempat berangin
menyerap air seperti       bersih.                            selepas digunakan jika
kain tuala atau kain                                          masih bersih
linen
                                                             Cuci setiap kali selepas
                                                              digunakan dalam air
                                                              panas bersabun
                                                             Bilas bersih dan jemur
                                                              di bawah cahaya
                                                              matahari.
                                                             Rebus seminggu sekali
                                                                untuk membunuh
                                                                kuman.

Kain muslin
                          Menutup makanan yang telah        Rendam dalam air
Ia diperbuat daripada
                           atau belum dimasak.                panas sebaik sahaja
kain kapas halus yang
                                                              selesai digunakan
bertenun                  Menapis cecair seperti sirap,
                                                              supaya kesan tanda
longgar.Biasanya           santan, jus buah-buahan dan
                                                              mudah dibersihkan.
berwarna putih.            agar-agar cair.
                                                             Cuci dalam air panas
                                                              bersabun setiap kali
                                                              selepas digunakan.
                                                             Bilas hingga bersih dan
                                                              jemur di bawah cahaya
                                                              matahari.
                                                             Rebus kain muslin bila
                                                              perlu.




                                                                                      73
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




  Jenis kain dapur                  Kegunaan                      Penjagaan

Kain lapik periuk
dan sarung tangan
ketuhar                   Mengangkat atau                Pastikan ia selalu
Ia diperbuat daripada      mengalihkan alat yang panas     kering dan gantungkan
kain kapas tebal atau      dari atas dapur atau ketuhar.   di tempat yang mudah
daripada beberapa                                          dicapai.
                          Memegang atau membuka
lapis kain kapas yang      pintu ketuhar yang panas.      Apabila kotor cuci
dijahit .                                                  dalam air sabun panas
                                                           dan rebus bila perlu.
                                                             Bilas dan jemur di
                                                              bawah cahaya matahari.




   74
    Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




b                         c




              d




         b.       Gubahan bunga
         c.       Kad menu
         d.       Alas meja




                                                               75
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




 CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA TIMUR



                                    Nasi Goreng

                Bahan
                200 gm nasi (gebu dan berderai)
                4 ulas bawang merah (dihiris)
                2 ulas bawang putih (dicincang)
                2 camb udang kering (direndam dan ditumbuk)
                150 gm udang segar
                50 gm sayur campuran dingin beku
                1 keping tauhu (di potong dadu)
                2 camb minyak masak
                1 camb kicap cair
                1 camt kicap pekat
                Garam dan lada sulah

                Hiasan
                1 biji telur (dadar)
                2 tangkai daun bawang (dihiris)
                1 biji cili merah (dimayang)




Peraturan memasak

1. Telur dadar digulung dan dihiris halus.

2. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan angkat.

3. Goreng tauhu yang telah dipotong dadu.

4. Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan sayur campur dingin
   beku.

5. Masukkan nasi, kicap cair, kicap pekat, garam dan lada sulah. Kacau rata.

6. Angkat dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan telur dadar.




   76
                         Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                             Kuetiau / Mee Goreng


                Bahan
                200 gm kuetiau / mee kuning (basuh dan toskan)
                150 gm tauge (dibuang ekor)
                2 camt kicap pekat (untuk perap udang)
                75 gm udang hidup (buang kulit dan perap dengan kicap pekat)
                50 gm daging / isi ayam (hiris nipis)
                50 gm isi kerang
                1 biji telur (pukul sedikit)
                2 biji cili merah
                3 ulas bawang merah           tumbuk halus
                2 ulas bawang putih
                1 pokok sawi
                4 pokok kucai          potong 2 cm panjang
                Garam dan serbuk perasa

                Hiasan
                1 biji cili merah
                2 helai daun bawang         dimayang
                2 camb cili jeruk




Peraturan memasak

1. Tumis bahan tumbuk. Goreng hingga wangi. Masukkan batang sawi.
2. Masukkan udang, daging / ayam dan kerang. Goreng hingga masak.
3. Masukkan kuetiau / mee kuning, garam dan kacau rata.
4. Masukkan tauge, daun sawi, kucai dan gaul rata.
5. Masukkan telur dan kicap. Gaul lagi hingga rata.
6. Hidangkan semasa panas dan hias dengan cili, daun bawang dan cili jeruk.




                                                                                    77
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Minuman Berkhasiat
Minuman berkhasiat adalah minuman bersusu atau bercoklat. Susu segar atau
susu tepung sangat baik untuk kesihatan terutama bagi bayi, kanak-kanak yang
sedang membesar dan pesakit.



                    Bancuhan susu tepung


              Bahan
              2 camb penuh susu tepung
              500 ml air masak yang telah disejukkan




Peraturan memasak

1.    Masukkan susu tepung ke dalam air.
2.    Bancuh susu dan air dengan garpu atau pengenjut hingga susu larut.
3.    Tuang ke dalam jag susu.




     78
                          Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                  Minuman koko


                   Bahan
                   4 camt penuh koko
                   1 liter susu (100 ml untuk membancuh koko)
                   1 mangkuk gula halus


Peraturan memasak

1. Bancuh koko dengan 100 ml susu.

2. Didihkan susu yang selebihnya. Tuangkan ke dalam bancuhan koko dan
   kacau.

3. Masukkan bancuhan koko tersebut ke dalam periuk dan jerang semula.

4. Apabila mendidih, perlahankan api dan renihkan di antara 1 – 2 minit.

5. Tuang bancuhan koko ke dalam jag tembikar yang telah dipanaskan dan
   hidang bersama gula halus dalam bekas berasingan.

                                 Vanila Milk Shake


                        Bahan
                        300 ml susu UHT
                        1 camb gula pasir
                        ¼ camt esen vanilla



Peraturan memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam jag dan pukul hingga gula hancur dan
   susu berbuih.
2. Hidangkan sejuk dalam gelas yang sesuai.




                                                                                     79
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




    CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA BARAT




                                 Roti Kebab Burger


                     Bahan
                     4 buku roti (hot dog)
                     2 keping daging burger (digoreng / dibakar)
                     100 gm sayur campur
                     1 biji bawang besar (dipotong dadu)
                     3 camb sos cili
                     2 camb majerin
                     3 camb mayonis




Peraturan memasak

1. Goreng atau bakar daging burger. Angkat dan potong dadu.
2. Sediakan inti. Panaskan kuali, masukkan majerin dan tumis bawang besar
   hingga layu.
3. Masukkan sos cili dan 1 camb mayonis. Kacau rata dan biarkan sekejap.
4. Masukkan sayur campur, daging burger yang telah digoreng dan kacau
   hingga sebati sebelum diangkat.
5. Belah dua roti memanjang (jangan putus), sapu majerin dan bakar sekejap.
6. Masukkan inti ke dalam roti dan paipkan mayonis di atasnya.




   80
                          Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                      Burger


                        Bahan


                        4 buku roti burger (belah dua)
                        4 keping daging atau ayam burger
                        50 gm kobis (mayang)
                        1 biji bawang besar (mayang bulat)
                        2 camb majerin
                        2 camb cili sos
                        2 camb mayonis
                        4 keping kertas pembungkus burger




Peraturan memasak

1. Mayang bawang dan sayur kobis.
2. Goreng daging atau ayam burger dan toskan dengan kertas penyerap
   minyak.
3. Belah roti dan sapu majerin. Panaskan di antara 1 hingga 2 minit.
4. Sapu mayonis pada permukaan roti yang telah dibelah. Letakkan sayur-
   sayuran dan daging burger. Paipkan sos cili di atas daging dan tangkupkan
   sebelah lagi roti di atasnya.
5. Bungkus burger dengan kertas pembungkus.




                                                                                     81
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Minuman Yang Menyegarkan
Minuman yang menyegarkan adalah minuman yang dapat melegakan atau
menyegarkan badan ketika berasa dahaga. Minuman ini hendaklah dihidang
sejuk.

                               Jus Belimbing

                          Bahan
                          1 biji buah belimbing
                          30 gm gula pasir
                          250 ml air
                          4 ketul ais kiub
                          1 tangkai daun pudina
                          1 biji ceri merah




Peraturan menyedia
1. Cuci belimbing dan potong kecil.
2. Kisar belimbing bersama gula pasir dan air.
3. Tuang jus belimbing ke dalam gelas yang berisi ketulan ais.
4. Hias dengan buah ceri merah dan daun pudina.




   82
                          Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                    Air Tembikai

                     Bahan
                     ¼ biji buah tembikai yang sederhana besar
                     100 gm gula pasir
                     250 ml air panas mendidih
                     1 biji limau nipis
                     1 liter air sejuk
                     Hiasan
                     1 tangkai daun pudina
                     100 gm isi tembikai (dipotong kiub)
                     2 biji ceri merah
                     Ketulan ais




Peraturan menyedia
1. Sediakan sirap dan sejukkan.
2. Kisar isi tembikai yang telah dibuang biji dengan 1 liter air sejuk .
3. Perah air limau dan masukkan sirap ke dalam jus tembikai. Kacau rata.
4. Hidang dan hias dengan kiub tembikai, daun pudina, ceri merah dan
   ketulan ais.




                                                                                     83
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                 Air Karot Bersusu


                            Bahan
                            30 gm lobak merah
                            1 liter air masak sejuk
                            100 gm gula pasir
                            100 ml susu segar
                            150 gm ketulan ais


                            Hiasan
                            1 tangkai daun pudina
                            4 biji ceri merah
                            4 batang straw




Peraturan menyedia
1. Basuh, kikis kulit lobak merah dan potong kecil.
2. Kisar lobak merah bersama 1 liter air, gula pasir dan ketulan ais.
3. Masukkan susu dan jus lobak merah ke dalam jag. Kacau rata.
4. Hidang dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina dan ceri merah.




   84
                         Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                 CONTOH RESEPI
    HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP MENGIKUT BUDAYA SETEMPAT



                                     Lontong

                Bahan
                1 paket nasi impit segera (direbus)
                1 keping tauhu           dipotong dadu
                1 keping tempe
                1 keping pucuk                 rendam dan potong
                1 paket kecil soo hoon
                1 batang serai (dititik)
                2 helai daun kobis (dipotong)
                ½ batang lobak merah (dipotong dadu)
                2 batang kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
                4 ulas bawang merah (dikisar)
                2 biji cili merah (dihiris)
                400 ml santan
                ½ camt garam
                ½ camt serbuk kunyit
                1 camb. udang kering (rendam dan tumbuk)
                3 camb. minyak




Peraturan memasak

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar dan serai.
2. Masukkan serbuk kunyit, santan , pucuk dan udang. Biarkan merenih.
3. Masukkan lobak merah dan tauhu . Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, soo hoon dan santan pekat. Renihkan
   sekejap dan angkat.
5. Potong nasi impit 2.5 cm persegi.
6. Hidang lontong bersama sambal bilis atau kuah kacang.




                                                                                    85
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                     Nasi Kerabu


                     Bahan

                     4 cawan nasi
                     2 camb kerisik (kelapa yang digoreng dan di tumbuk)
                     4 batang kacang panjang
                     2 biji cili merah (ditumbuk)
                     ¼ biji timun
                     1 biji limau nipis atau 4 biji limau kasturi
                     3 ulas bawang merah
                     1 camb udang kering (ditumbuk)
                      Serbuk lada sulah dan garam


                     Hiasan
                     ¼ biji timun
                     ½ biji cili merah
                     1 biji telur rebus




Peraturan memasak

1. Kupas dan hiris bawang merah.
2. Basuh kacang panjang dan hiris nipis.
3. Basuh timun, buang biji dan dimayang halus.
4. Perah limau nipis atau limau kasturi.
5. Masukkan nasi, kerisik, bawang, udang kering, cili tumbuk, kacang panjang,
   jus limau dan timun ke dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga rata.
6. Sesuaikan rasa.

Cara menghidang
Hidang nasi kerabu dalam pinggan bujur. Hias dengan hirisan timun, telur dan
cili. Nasi kerabu juga boleh disaji berasingan dengan semua ramuan dan sayur -
sayuran.




   86
                        Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                Bubur Nasi


                       Bahan
                       ½ cawan beras
                       1 liter air
                       ½ batang lobak merah
                       2 camb minyak masak
                       2 camb ikan bilis
                       ½ cm halia
                       2 batang kacang panjang
                       ½ camt serbuk lada sulah
                       ½ camt garam

                       Hiasan
                       2 batang daun saderi       dimayang
                       2 helai daun bawang
                       2 camb bawang goreng



Peraturan memasak

1.   Basuh dan rebus beras bersama halia.
2.   Potong dadu lobak merah dan kacang panjang.
3.   Basuh dan toskan ikan bilis.
4.   Goreng ikan bilis hingga garing.
5.   Masukkan lobak merah dan kacang panjang ke dalam bubur pekat.
     Kacau dan tambahkan air sekiranya bubur terlalu pekat. Masukkan
     serbuk lada sulah dan garam.
                                                                        Perhatian
                                                          Ikan bilis boleh digantikan dengan
Cara Menghidang                                           udang hidup, ikan, telur atau daging.
                                                          Kacang panjang boleh digantikan
Hidangkan bubur nasi ke dalam mangkuk cina.               dengan kacang pis atau sayur-

Taburkan bawang goreng, ikan bilis, daun saderi           sayuran lain. Bubur ini boleh dimakan
                                                          dengan telur masin, lobak asin,
dan daun bawang .
                                                          minyak bijan dan kicap.




                                                                                        87
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                Makaroni Bakar

                             Bahan

                             60 gm makaroni siku
                             100 gm daging rebus
                             250 ml stok daging
                             100 gm sayur campur
                             30 gm majerin
                             30 gm bawang besar
                             2 biji telur ayam
                             2 helai daun sup
                             2 helai daun bawang
                             50 gm keju parut
                             ½ camt garam
                             ½ camt serbuk lada sulah

                             Hiasan
                             2 hiris tomato


Peraturan memasak

1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang bercampur dengan sedikit
   minyak. Toskan.
2. Panaskan ketuhar kepada 150 º C.
3. Gris mangkuk pai atau kaserol.
4. Siatkan daging yang telah direbus.
5. Mayang daun bawang dan daun sup.
6. Panaskan sedikit majerin dan saute bawang besar.
7. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam mangkuk adunan,
   campurkan majerin dan bawang yang telah di saute.
8. Masukkan daging yang telah disiat, lebihan majerin, sayur campur, stok
    daging, separuh daripada keju parut, daun sup, daun bawang dan telur.
9. Masukkan campuran makaroni ke dalam mangkuk pai atau kaserol dan
   taburkan lebihan keju. Bakar 30 - 40 minit atau hingga masak.




   88
                           Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                  Jus Oren


                      Bahan

                      500 ml air
                      2 biji oren
                      30 gm gula pasir
                      250 ml air mendidih

                      Hiasan
                      2 biji ceri
                      2 hirisan oren
                      2 batang straw
                      1 pucuk daun pudina




Peraturan memasak

1.   Larutkan gula dalam air mendidih dan sejukkan.
2.   Belah dua oren. Ketepikan dua hirisan untuk hiasan. Perah untuk
     dapatkan jus limau.
3.   Masukkan jus oren, sirap sejuk dan air ke dalam jag.
4.   Sejukkan di dalam peti sejuk.
5.   Hias dan hidang jus oren dengan hirisan oren, ceri dan daun pudina.




                                                                                      89
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




PENGIRAAN KOS

Makaroni Bakar dan Jus oren

Kos bahan

Bil.                 Bahan               Kuantiti                RM         Jumlah kos
                                                            Kos Seunit           RM
1.      Makaroni siku                      60 gm                5.00/ kg       0.30
2.      Daging                           100 gm              14.00/ kg         1.40
3.      Telur                                2 biji             0.30 /kg       0.60
4.      Bawang besar                       30 gm                1.20/ kg       0.04
5.      Majerin                            30 gm                4.00/ kg       0.12
6.      Keju                               50 gm              40.00/ kg        2.00
7.      Tomato kecil                        1 biji             3.00 / kg       0.30
8.      Sayur campur                    100 gm               12.00 / kg        1.20
9.      Buah oren                           2 biji            0.50/ biji       1.00
10.     Ceri merah                          2 biji            0.15 / biji      0.30
11.     Gula pasir                        30 gm                1.50 / kg       0.05
12.     Daun pudina                      1 pucuk             0.50 / ikat       0.02
                                                      Jumlah                   7.33


Kos upah
1 orang      x       1 jam   x   RM 2.00 = RM 2.00


Kos overhed
Bahan api (gas) RM 0.50
Air                0.15
Elektrik           0.10

Jumlah                  RM 0.75


Kos projek
Kos bahan +           kos upah     +   kos overhed
RM 7.33          +     RM 2.00     +   RM 0.75
Jumlah = RM 10.08




       90
                     Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Aktiviti A

1. a) Kumpulkan pelbagai jenis gambar hidangan sepinggan lengkap.
     b) Sediakan carta hidangan sepinggan lengkap berpandukan koleksi
        gambar.
        Murid kumpulan A - Menyediakan carta hidangan Cara Timur
        Murid kumpulan B - Menyediakan carta hidangan Cara Barat


2.

          Aktiviti             Persediaan guru                  Tugasan murid


 Permainan kad           Menyediakan dua set kad          Memadankan kad
 imbasan mengenal        imbasan berikut :                imbasan yang diberi
 pasti kain              A. Nama kain kelengkapan dalam tempoh masa
 kelengkapan dapur           dapur.                       yang ditetapkan.
 dan fungsi.             B. Fungsi.                       ( Kumpulan A dan B)




Aktiviti B
1. Murid diagihkan kepada 4 kumpulan . Setiap kumpulan dikehendaki
     menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan
     kos sepinggan hidangan lengkap mengikut budaya setempat.




                                                                                91
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Latihan
Menyediakan pengiraan kos Burger dan Jus Belimbing (Rujuk       resepi yang disediakan)



Kos bahan

Bil             Bahan                  Kuantiti        Kos Seunit      Jumlah kos




Kos upah
Bilangan pekerja        x    masa          x    kadar upah sejam
                        x                  x    RM
Jumlah RM

Kos overhed
i. Elektrik = RM
ii. Gas      = RM
iii. Air     = RM
    Jumlah = RM


Kos projek
Kos bahan          +        kos upah       +      kos overhed
RM                  + RM                   +      RM
Jumlah RM




    92
                        Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




   c. Etika makan


                      Hasil Pembelajaran

           Menerangkan pengertian etika makan
           Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
           Mengamalkan etika makan yang sopan




Pengenalan

Semua perbuatan yang dilakukan mestilah dengan sopan- santun. Begitu juga
kita harus beradab semasa makan, sama ada bersama keluarga atau di
khalayak ramai.



                           Tahukah anda maksud etika
                           makan?




Etika makan adalah adab dan sopan semasa makan.




                                                                                   93
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Adab dan sopan semasa makan




           Semasa makan bersopan santun
           Halusnya budaya turun temurun.




Adab semasa di meja makan

1.         Duduk dengan postur yang         betul semasa di meja makan.
2.         Rapatkan kaki.
3.         Letakkan napkin di atas riba.
4.         Tunggu sehingga semua orang berada di meja sebelum mula makan.
5.         Bongkokkan badan sedikit semasa menyuap makanan.
6.         Gunakan sudu-garpu atau pisau-garpu dengan betul dan senyap.


     7.




          Cara menggunakan sudu -garpu              Cara menggunakan pisau-garpu
          dengan betul                              dengan betul




     94
                      Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




7. Ambil sajian dengan cermat.

8. Suap makanan sedikit demi
   sedikit ke dalam mulut.
9. Kunyah makanan dengan
   perlahan dan senyap tanpa
   membuka mulut.
10. Minum dengan perlahan
   tanpa berbunyi.
11. Berbual perkara yang baik
   sahaja semasa makan.




                                                   12. Biarkan makanan sejuk
                                                       dahulu sebelum dimakan dan
                                                       jangan tiup makanan di
                                                       hadapan orang.
                                                   13. Ambil makanan secukupnya
                                                       sahaja supaya orang lain
                                                       juga boleh merasainya.


                                                   .




                                                                                 95
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




 14.    Minta orang yang      berhampiran menghulurkan makanan jika
        makanan itu jauh daripada kita




                                                         15. Kumpulkan sisa
                                                                makanan di tepi
                                                                pinggan atau piring
                                                                layan.
                                                         16. Rapatkan kutleri
                                                                setelah selesai
                                                                makan.




 17. Kacau kopi dengan senyap dan letakkan
        camca di piring.
 18. Beredar bersama dari meja setelah
        selesai makan. Minta izin sekiranya perlu
        meninggalkan meja makan lebih awal.




   96
                          Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Adab semasa makan bersimpuh atau bersila
Duduk bersimpuh atau bersila ketika makan sudah menjadi kebiasaan
beberapa bangsa di negara kita. Wanita bersimpuh sementara lelaki bersila
ketika makan.
Berikut adalah adab yang perlu diikuti semasa duduk bersimpuh atau
bersila.



1.     Duduk dalam keadaan yang selesa.
2.     Basuh tangan sebelum makan.
3.     Gaul nasi dan lauk dengan cermat menggunakan
       hujung jari. Jangan mengetuk hujung jari ke pinggan.




               Jangan bercakap semasa mulut penuh.
               Jangan sendawa di meja makan.
               Jangan mencungkil gigi di hadapan orang.
               Jangan meletakkan siku di atas meja.




                                                                                     97
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Aktiviti
1. Buat satu lawatan ke kantin sekolah anda. Perhatikan tingkah - laku rakan
   anda ketika makan di waktu rehat.


Laporan hasil lawatan                             Tarikh :
                                                  Masa :
                                                  Nama Kumpulan :


Amalan                        Pelakuan beretika              Perlakuan - tidak
                                                             beretika

a) Kedudukan postur


b) Tatasusila ketika
   makan

c) Kebersihan sebelum
   dan selepas makan




Hasil daripada pemerhatian anda, sarankan beberapa amalan yang lebih baik
dan harus dipatuhi semasa makan.




   98
                        Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Latihan
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

           senyap, secukupnya, piring layan, dikunyah, sendawa,
           postur, mencungkil gigi, bongkokkan, pinggan, rapatkan



   1. Duduk dengan _________________ yang betul semasa di meja makan.
   2. Makanlah dengan _______________ dan ________________ badan
      sedikit semasa menyuap makanan.
   3. Elakkan daripada _______________ atau _______________ semasa
      makan.
   4. Amalkan mengambil makanan ________________                sahaja.
   5. Makanan hendaklah ______________________               dengan senyap tanpa
      membuka mulut.


B. Tandakan (  ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang
   salah

   1. Kumpulkan sisa makanan di tengah
      pinggan atau dipiring layan.                                (        )
   2. Kacau kopi dengan senyap dan letakkan
      camca di dalam cawan.                                      (         )
   3. Perlahankan bercakap semasa mengunyah
      makanan.                                                    (        )
   4. Rapatkan kutleri setelah selesai makan.                     (            )
   5. Ambil sajian dengan cermat.                                 (            )
   6. Suap makanan sedikit demi sedikit sambil
      minum air.                                                     (         )




                                                                                   99
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Latihan Pengukuhan

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan yang berikut.


1. Di antara berikut yang manakah maksud hidangan sepinggan lengkap ?
   A. Hidangan yang beraneka rasa dan jenis
   B. Hidangan yang seimbang dan berkhasiat
   C. Hidangan yang istimewa, lazat dan berzat
   D. Hidangan yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap



2. Hidangan sepinggan lengkap yang manakah sesuai untuk makan tengahari.
    A. Epok-epok
    B. Sandwic
    C. Lontong
    D. Popia



3. Di antara berikut yang manakah pisau dapur ?


    A.

    B.

    C.


    D.




   100
                               Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




     4. Selain daripada menapis cecair, kain muslin juga digunakan untuk
        A. menutup makanan
        B. memerah kelapa parut
        C. membungkus makanan
        D. mengesat pinggan mangkuk

     5. Suhaidah hendak mengangkat periuk bubur nasi dari dapur. Di antara berikut
        kain dapur yang manakah sesuai digunakan ?
        A. Lapik periuk
        B. Kain pengesat
        C. Kain pemegang periuk
        D. Sarung tangan ketuhar


     6. Apakah yang dimaksudkan dengan etika makan ?
        A. Makan dengan beradab dan bersopan
        B. Makan dengan cermat dan bersopan
        C. Makan dengan berselera dan banyak
        D. Makan dengan tertib dan cermat


7.      Antara berikut yang manakah faktor penting dalam merancang menu ?
        I   Umur
        II Budaya
        III Jantina
        IV Pekerjaan
        A. I dan II
        B. I dan III
        C. I, III dan IV
        D. I, II, III dan IV




                                                                                          101
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




8.       Di antara berikut yang manakah kain kelengkapan dapur ?
         I Kain pengelap
     II Kain alas meja
     III Kain langsir
     IV Kain cadar
     A. I dan II
     B. I dan III
     C. II dan III
     D. II dan IV
9. Di antara penyataan berikut yang manakah bukan menunjukkan tatasusila
     semasa makan ?
         I Letakkan siku di atas meja semasa makan
         II Bercakap semasa mulut penuh dengan makanan
     III Minum dengan perlahan-lahan tanpa bunyi
     IV Cungkil gigi di hadapan orang
     A. I, II dan III
     B. I, II dan IV
     C. II , III dan IV
     D. I, II, III dan IV
10. Apakah yang perlu di elakkan semasa makan ?
     I     Layan tetamu dahulu.
     II Kacau kopi dengan senyap.
     III Bercakap sambil mengunyah.
     IV Meniup makanan yang panas.
     A. I dan IV sahaja.
     B. I dan III sahaja.
     C. II dan IV sahaja.
     D. III dan IV sahaja.




     102
                 Buku Sumber KHB Tingkatan 2 : Teras Reka Bentuk dan Teknologi




                                                         LAMPIRAN GURU

CONTOH BORANG PENILAIAN


Aktiviti : ……………………………………………

Penilaian : ………………………………………………

Nama Murid / kumpulan : …………………………………………………….

Tingkatan : ………………………………………………………………………


       Aspek        Kriteria           Markah penuh       Markah diperolehi

Tekstur                                       5

Rasa                                          5

Rupa                                          5

Warna                                         5


                           Jumlah



Ulasan Guru

Tanda tangan

Tarikh




                                                                            103

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:4825
posted:5/1/2011
language:Malay
pages:42