Nota Elektronik (teras) Tkn 2 by sharifahsmkbbd

VIEWS: 5,756 PAGES: 10

									               Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




1.5 ELEKTRONIK

a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik
Hasil Pembelajaran
      Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
      Mengenal pasti jenis perintang, suis, kapasitor dan transistor.
      Menyatakan unit asas komponen.
      Membaca nilai perintang tetap.
      Membanding beza antara komponen aktif dan komponen pasif.



Perintang Boleh Ubah atau
Perintang Boleh Laras

Sejenis komponen elektronik yang
digunakan untuk mengawal arus dan
voltan yang boleh dilaras di antara
sifar hingga nilai maksimum.
Biasanya digunakan pada radio untuk
mengawal suara dan televisyen untuk
mengawal suara, warna dan
kecerahan.

Contohnya meter
upaya(potentiometer) yang
mempunyai tiga tamatan dan                            Pre-set dan Simbol
digunakan untuk mengawal voltan
dalam litar. Versi yang lebih kecil
dikenali sebagai pre-set.



                                      Meter
                                      Upaya
                                       dan
                                      Simbol




                                                                                39
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Buzer

Buzer menghasilkan bunyi apabila
disambungkan ke punca bekalan dan
digunakan sebagai penggera. Wayar
penghubung pada buzer biasanya
dalam kod warna hitam (negatif) dan
merah (positif). Jika sambungannya
salah, ia tidak akan berfungsi.
                                                        Buzer dan simbol




Komponen Aktif dan Pasif

Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan
komponen pasif.
Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor ( bahan separa pengalir)
seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh membentuk, mengawal
dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen aktif ialah transistor dan
diod.
Komponen pasif ialah peranti sokongan yang dapat membantu operasi
komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor.




40
                   Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




b.       Membaca dan menterjemah lukisan skematik


Hasil Pembelajaran


         Membaca      dan    menterjemah     lukisan    skematik    kepada    lukisan
          bergambar
         Menterjemah lukisan skematik atau lukisan bergambar untuk membuat
          projek


Litar Elektronik
Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik seperti yang
terdapat pada radio dan televisyen. Litar ini terdiri daripada litar skematik dan
litar bergambar.


Litar Skematik
Litar skematik mengandungi susunan komponen-komponen elektronik dalam
bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan untuk membuat pemilihan
komponen yang betul




                                                                      Contoh Litar
                                                                      Skematik




                                                                                     41
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Litar Bergambar
Litar yang diterjemahkan daripada litar skematik dalam bentuk gambar komponen
bagi membantu kerja pemasangan komponen elektronik dengan lebih mudah dan
tepat.




               Contoh litar bergambar menggunakan bod litar


c.   Penghasilan Projek


i.   Alatan Tangan


Hasil Pembelajaran
        Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
        Menyenggara alatan tangan
Set Alat Kepersisan
(Precision Screw Driver)                            Set Alat Kepersisan

Permutar skru jenis ini biasanya
dijual dalam set. Kegunaannya
adalah khusus untuk menanggal
dan mengetatkan skru-skru yang
bersaiz kecil.




42
              Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Alat Penanggal Pateri
(Desoldering Tool)

      Digunakan untuk membuang
       pateri bagi menanggalkan
       komponen           elektronik
       daripada papan litar..




Peletak Alat Pemateri
(Soldering Holder)

Digunakan untuk alat pemateri
apabila tidak digunakan sewaktu
kerja pematerian dilakukan.




Pemegang Papan Litar
(Soldering Aid)

Digunakan untuk mengapit papan
litar dengan kemas sewaktu kerja
pematerian dilakukan. Papan litar
perlu dipegang supaya tidak
bergerak    untuk   menghasilkan
pematerian yang sempurna




                                                                               43
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




ii.   Memateri


Hasil Pembelajaran


         Mengenal pasti kelengkapan dan bahan pematerian
         Mengenal pasti komposisi bahan pateri
         Memateri dengan tepat, kemas, kukuh dan selamat


Kelengkapan dan bahan pematerian


Alat pemateri elektrik digunakan untuk membuat pematerian kaki komponen,
tamatan komponen dan wayar pada bod litar dengan kemas dan kukuh.
Kadar kuasa alat pamateri elektrik yang biasa digunakan ialah 15 watt atau
25 watt.
Dawai pateri yang biasa digunakan untuk kerja elektronik ialah jenis
campuran timah dan plumbum. Komposisi campuran ialah 60/40 yang
bermaksud 60 % timah dan 40 % plumbum.
Semasa memateri pastikan :
         Alat pemateri cukup panas dan bitnya bersih
         Bod litar dan kaki komponen juga mesti bersih dan bebas daripada
          lapisan oksida
      * Perhatian: Fluks ( bahan lakur ) boleh digunakan untuk membersihkan
      atau mengasingkan lapisan oksida daripada permukaan bod litar atau kaki
      komponen.




44
                    Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




iii.       Membuat projek


Hasil Pembelajaran


           Membentuk kaki komponen
           Memasang komponen seperti pada lukisan skematik atau lukisan
            bergambar
           Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik
            atau bergambar
           Memateri kaki atau tamatan komponen
           Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan kemas
           Menguji projek yang telah siap dan membuat kerja pembaikan jika
            perlu




                             Betul                        Salah




                       Contoh membentuk kaki komponen elektronik




                                                                                     45
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




Menguji kefungsian projek yang telah siap dan membuat pembaikan
( trouble shooting ) jika perlu.


Garis panduan untuk mengenal pasti masalah projek yang tidak berfungsi
sepenuhnya adalah seperti berikut :
      Pastikan tiada komponen yang tertinggal dengan merujuk litar
        skematik atau bergambar yang disediakan
      Pastikan bateri dalam keadaan baik atau berkuasa
      Perhatikan sambungan bateri- penyambung bateri disambungkan
        dengan betul pada punca positif atau punca negatif bateri.
      Jika menggunakan suis, periksa sambungan pada tamatan ( buat
        bypassing )
      Memeriksa sambungan pematerian antara bod dan komponen
      Pastikan tiada pateri yang melimpah antara balapan
      Memastikan tiada berlaku litar pintas antara kaki- kaki komponen
      Memeriksa keterusan balapan – tiada balapan yang terputus
      Pastikan komponen yang mempunyai kekutuban dipasang dengan
        betul
      Jika menggunakan komponen seperti transistor, semak kedudukan
        pemasangan kaki c, b, e berpandukan litar skematik
      Jika menggunakan IC, pastikan ia dimasukkan ke dalam soket IC
        mengikut nombor pin yang betul
      Periksa nilai perintang dan kapasitor mengikut litar skematik atau
        bergambar




46
           Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




     Contoh Satu Litar Skematik Projek Kawalan Lampu / Motor
                          Menggunakan Sensor




Latihan
1. Komponen elektronik yang boleh dilaras kepada nilai yang
   dikehendaki seperti mengawal suara, warna dan kecerahan.
   A transistor                         C perintang boleh laras
   B kapasitor elektrolitik             D perintang tetap


2. Komponen yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk
  mengawal voltan dalam litar
   Kenyataan di atas adalah merujuk kepada…….
   A kapasitor                        C reostat
   B meter upaya                      D transistor




                                                                            47
Buku Sumber KHB Tingkatan 2 Bahagian Teras Reka Bentuk dan Teknologi




     3. Apakah alatan yang digunakan untuk membuang timah pateri bagi
        menanggalkan kaki komponen elektronik daripada papan litar?
        A Alat penanggal pateri            C Alat pemateri
        B Playar muncung tirus             D Penjalur wayar


     4. Komponen elektronik yang boleh memproses isyarat elektrik ialah
        A kapasitor                        C reostat
        B perintang                        D transistor


     5. Apakah komponen elektronik yang boleh menukarkan tenaga elektrik
        kepada tenaga bunyi ?
        A buzer                            C kapasitor
        B transistor                       D perintang


     6. Apakah alat yang digunakan untuk meletakkan alat pemateri sewaktu
         sedang dipanaskan ?
        A Alat penanggal pateri            C Pemegang papan litar
        B Pemegang alat pemateri           D Set alat persisian




48

								
To top