Docstoc

PustaKa

Document Sample
PustaKa Powered By Docstoc
					Pujangga
Indah sungguh pantun diungkapkan
Ibarat luahan dari seorang pahlawan
Rebut dari kekasih tidak ku hiraukan
Tapi rebut dari suami orang itu jangan

Menajur joran mengumpan tokak
Isi nya lembut tulang nya hijau
Harap yang lain tidak lah pekak
Adakan mata mari meninjau

kelana
Kapal besar jangan dibelok
Kalau belok patah layarnya
Anak dara jangan dipeluk
Kalau dipeluk marah orangtuanya

Mulut Naga Haw Par Villa bole kau rebut
Orang tangan kodong bole kau sebut
Bermadah sayup ikut sedap mulut
Anjing gonggong kenapa chabut ?

hujan gerimis diseru jentayu
buat basahan tanah kontang
tidak mengemis kaseh lagi merayu
apakah kamu disebut SiLananG ?

mbah
Kelana hadir menyumbang wadah
Konon Naga dari Haw Par Villa
berindah khabar dari rupa
tapi mengapa Kelana bertopeng wajah ?

bukankah Kelana juga serupa
berlidah dihati sayup bersuara
memetik tali akoustik tiada nada
lidah kelu tapi mengerling mata

 LukeSifi
Hembusan angin mengigit tulang
terkedu lerai indra kecacatan
buat renongan dewi kalongan
semuga terhurai secupak kekalutan

Sejuk mentari embun bersugi
terkulai layu dinihari
instrument kesimpulan saudagar mimpi
ibarat lilin membakar diri

Terkena duri daun mengkuang
capai ragi dihujung ampaian
buat cintaku yang kergersangan
dapat puan jernihkan impian

Dakwat biru bertinta emas
tarian pena memenuhi koran
dalam hati yang sedang rimas
dilamun cinta tak kesampaian

Pujangga
Ku gunakan belaiyan angin daripada hembusan
Kelihatan lebih lembut dari segi penyampaiyan
Harap Teman hanya dilamun perasaan
Tidak terwujud yang ini di alam kenyataan

Rasa kehausan ayer ku teguk
Ku harap kau waras tetap waras
Mengapa mentari pasangan dengan sejuk
Panas nya iya tetap panas

Satu sepuloh enam dua
Ini tarikh kelahiran siapa ya
Dua tiga boleh kau cari
Tapi iya tetap tersembunyi

Perasaan terlahir tak dapat ditindak
Di jepit pula di antara dua nafas
Cinta nya kesampaian atau tidak
Sampai pun rimas tak sampai lagi rimas

mbah
apalah turun kebendang
padi diseberang takkan menjadi
apalah harapkan sayang
kasehnya orang;orang tak sudi
kalau padi katakan padi
jangan mbah tertampi tampi
kalau kopi katakan kopi
jangan mbah terminum todi

asal kapas jadi benang
dapat benang meneraju layang
barang lepas jangan dikenang
nanti disurup gila bayang

pucuk pauh pucuk ubi
pucuk paku pucuk pisang
pujuk pujuk bertubi-tubi
tapi tetap status yang dipandang

orang batak jual garam
tidak laku bawa balek
jika tak dapat usahlah geram
jadilah orang baik-baik

kelana
anak cina cakap cina
anak melayu cakap melayu
apa dah kena
payahkah nak merayu

dikanan gunung dikiri gunung
ditengah2 sipohon jati
disana bingung disini mengong
kan rugi bila tak menjadi

buat apa jadi lilin
kalau cuma membakar diri
cubalah cari kaseh lain
kaseh sempurna yang terperi

ahli nujum
Jangan pisau menikam dada
Mengenang nasib dalam hiba
Jangan risau gunda gulana
Mengenang kasih yang tak kunjung tiba

Lupakan saja cinta yang gagal
Tempatkan cinta pada yang Satu
Itulah sebaik baik bekal
Tempat nyata arah dituju.

Sesampai nanti akan terbela
Tempatnya indah tidak terkata
Ramai menanti dengan rela
Apa pun diminta pasti terkota.

Pujangga
Sesaat tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diriku
Kau buat ku terpaku

Mentari di ufuk kelihatan merah
Embun pagi sesejuk salju
Luka ditangan nampak berdarah
Luka di hati tak siapa yang tahu

Kalau ada biji selaseh
Jangan di simpan didalam peti
Dimana ada pantun kasih
Terpapar juga pantun patah hati

Gurindam duabelas karya Haji Ali
Alunan nasihat berbentuk kasih sayang
Inikah dipanggil tua tua keladi
Makin tua makin miang

 mbah
memang bijak tomahan pujangga
pantun kaseh bersifat hiba
corak kata tamsil jentayu dirimba
mengharap bulan jatuh keriba

sudah tua sedarlah tua
kornea dah rabun baca meraba
buat apa berkhayal didalam gulita
belanja member lagi bahagia
arak-arak kelapa tuan
tidak tuan kelapa bali
harap lupakan hajat tuan
hajat miang keladi

seliseh malaikat empatpuloh empat
jangan bertemu jangan mendapat
mungkin esok kita jalan bertongkat
biar disini pantun berkaseh tamat

Pujangga
Memang betul Mbah kalimat
Pantun kasih harus tamat
Mungkin ada yang tak sempat
Meluahkan hati yang tak dapat
Tak dapat menyumbang walaupun sekerat
Ingin menyusun kata kata agar cermat
Mungkin merasa agak berat
Jurang perkataan yang tak rapat
Bertema lain lain inti dihajat
Saperti terpesong arah kiblat
Mengyingkap teman tak mahu sebahat
Kita sudah pun jauh terlibat
Bimbang di iktirafkan gambaran jahat
Lebih baik cepat keluar dari dijerat
Banyak kata kata yang ingin di pahat
Sehingga habis semua dilipat
Bukan kata kata kasar aramjat
Berjela jela teman pun meluat
Indera Giri pasir nya lumat
Bagaikan Nabi kasihkan umat
Akhir kata biar ku sumbat
Mengunnakan perkataan yang tepat
Di eja kadepan TAMAT
Di eja terbalik tetap TAMAT

LukeSufi
Meredah hutan mencari Huda
akar dicari terjumpa belukar
mengapa cinta buat yang muda
hukum alam mengatakan cinta itu buta

Sedang mencangkul terbelah dua
kerana mengharap lampiran sisa
mengapa prespeksi haram buat yang tua
bukan kah itu melanggar naluri manusia

Gunung Banang gunung kerinci
Dingin segar angin dihirup
hidup ini ibarat pelangi
yang mewarni perjalanan hidup

Banjaran gunung air nya bersih
laluan air melalui alam penyita
jangan menyekat pilihan hitam atau putih
kerana perjalanan kehidupan ini pilihan kita

desiran ombak panggilan pulang
harus melalui sepanjang titi
Sandiwara dunia cerita berulang
cuma pemain yang bertukar ganti

Sampai pagi dirumah che Mat
pintu dibuka duduk tercegat
Sumbangan ini tak akan tamat
selagi masih ada kudrat

kelana
salam berkarya LukeSufi
kian lama bercuti diri
tiba muncul bertanya bingung
apa tuan dah berdengong ?

bunga sendudok disemak liar
berputik kuntum berwarna jingga
cinta itu tidak pernah berusia
cinta itu tidak pernah bermata

cinta itu selalu muda
diawet deria yang merasa
tapi cinta bole membutakan
tersilap langkah tersalah pilihan


C inta I tu N afsu T anpa A lasan
bole di pilih mana berkenan
kembang jarak kembang jagung
berani bawak berani lah tanggung

Pujangga
Sampai pagi di rumah che Mat
Che Mat tergugat jatuh tertumbang
Jangan serah bulat bulat pada kudrat
Sedangkan Tuan tak pernah menyumbang

Saya mengambil tindakan tamat
Kerana respon nya agak kurang
Tak perlu memberikan kalimat
Tapi anda ingin terus bertandang

Mbah
Saudara Luke membuka gelanggang
bertanya hidup membawa petualang
tampak baris lama di ilhamkan
apakah berdalang satu impian

kata terukir macam tak asli
sepurnama lama mbah menanti
ayat bersusun kurang sihat
tiada apa nak di manfaat

saudara gatal saudara lah garuk
takut mbah terikut nyanyuk
usah menjadi penaka siponggok
duduk bertenggek sampai bongok

sumbangan saudara pantun terlewat
kata dah basi bermotif hajat
kami disini kurang minat
menjamu layan orang se riwayat

banyak lagi pantun lama
bisa kita bercanda seloka
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan


kelana
sedang mencangkul terbelah dua
kerana mengharap lampiran sisa
pembayang maksud tiada makna
penyampai rangkap seteruk kata

saudara Luke berpantun tak betul
rangkap disusun menunjuk tolol
setiap rangkap tiada kesinambungan
puisi kita diconteng jangan

tolong hayati lembaran kata
berbaris tegak mengikut susila
jangan meninta hantam kromoh
itu perlakuan professional bodoh

buah cempedak di luar pagar
buah dam diatas papan
dah lah benak tak mau belajar
tak nak bertanya dari kawan2

mari bermuzakarah dengan kami
banyak perkara boleh dikongsi
ramaikan kata berbantu diri
janji dibelanja minuman kopi

CT
Tiada yang lebih berharga dari keiklasan
Persahabatan yang baik memerlukan kejujuran
Semoga kita semua dalam kerahmatan
Semoga jalinan persahabatan mendapat keberkatan

Selamat tahun baru buat semua
Syukurlah padaNya kerana dipanjangkan usia
Semoga tahun ini lebih bermakna
Buka buku baru tutup buku lama

Pujangga
Baris pertama mencatukan nilai
Baris kedua menggambarkan perangai
Seterusnya Puan sudah pun sesuai
Berpantun seloka melepasi tirai cindai
Ucapan indah mesra kata
Terimakasih mendoa kan kita
Buku baru boleh di buka
Tapi jangan hanya baru, intinya lama sama aje

Terbuka hendaklah pintu segala azam
Jalinan persahabatan telapun disingkapkan
Agar dirahmati apa yang terpendam
Memberi pedoman membuka jalan laluan

kelana
kelana merantau jauh bermarhala
sentiasa membawa buku tiga lima(555)
tak kan kelana biarkan unggas berterbangan
dalam buku ku sangkarkan tulisan

buku lama tetap kelana bawa
akan jadikan satu ensaiklopedia
biar rapuh menguning daun kertas
nota tulis sebagai pengeras

jarak2 kata ditulis
kadangkala berbau sinis
sudah di titik hukum karma
masin dan manis satu perisa

dihujung tanduk ada telur
telur cicak tinggal sebutir
tidak dibiarkan nasi jadi bubur
kelana beringat sebelum meluap kata bibir

2011 menjenguk wajah
2010 mengakhir kalendar
yang lama kita yang baru pun kita
semoga perjalanan hidup dipermudah


mbah
rostram rostrung
sido waras orak sido buntung
ibu mampir menyemprot banyu
waduh pedih waduh waduh

banyu ibu ayer bacaaan
kaku kami baru perasan
doa ibu kita aminkan
bonda pertama dalam kalangan

mbah minta yang ada ditingkap
berilah kata susunlah rangkap
kita semua bernama dan bersikap
adat bertanya adalah jawab

tahun 2010 areb minggat
tahun 2011 mohon berkat
buku lama orak modar
buku baru orak biar

bocha iki kuwe ayu temen
merene mampir kita mangen
etah eteh bole meteh
mbah mantun asal bole

LukeSufi
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang mati tertangkap
Tahun 2010 sudah berlaku
Tahun 2011 sudah menghadap

Arak arak kelapa puan
tidak puan kelapa bali
Harap harap pada tuan dan puan
segan malu diketepi kegelanggang forum ini

Kalau roboh kota Melaka
papan diJawa hamba dirikan
Kalau kekurang nahu bahasa
Bolih teman teman bisa perkasakan

Hisap rokok tembakau Jawa
asap keluar berkepul kepul
tidak siapa akan tertawa
tidak juga dikatakan "fool"

mbah
sembah maaf ampuni mbah
mbah pikir ada perterjemah
tika memantun maseh dilembah
tapi kini mbah berlibur dikota

kenapa roboh kota Melaka ?
apa kah berlaku satu bencana ?
kenapa diJawa dinaikkan papan ?
ada kah simen sudah kehabisan ?

bahasa kamu bahasa kita
bahasa kesatuan kita sebuana
siapa kita dan kemana kita
jati diri terperi harus dibawa

tahun baru dan tahun sesudah
adalah detik perjalanan masa
moga nota bahasa kita pelihara
kita gilap bersinar maya

kepingin hisap rokok tembakau Jawa
sayang mbah tiada penggores api nya
marah ? gembira ? terhibur ketawa ?
muatan kami dipantun bahasa


kelana
wah ! Tuan Luke membuka jendela
langsir baru berseri warna
nampak seperti berkata keras
jaga emosi jangan Frust

orang Melaka merobohkan kota ?
dibawa papan pergi keJawa ?
apa yang ada pada kita
agama ? budaya ? bahasa ?

bahasa kita bahasa fabrik
nun jauh hingga kelautan Pasifik
pelbagai bawaan pelbagai sebutan
ibunda kata maseh miripan

tak tumbuh tak melata
tak sungguh tak dikata
biar pupus orang Melayu kiranya
takkan hilang bahasa dunia

bahasa Inggeris bahasa kerja
bahasa tionghua dipasar saja
bahasa mamak kelana geleng kepala
bahasa Melayu pengantar kata

ayuh kita oleh-olehkan
menggembur diri buat titipan
berkongsi perbendaharaan kata
kuno , lama dan sewaktu denganya

tamsil peribahasa orangtua lampau
benih baik dilontar kelaut kan jadi pulau
tepuk dada tanyalah selera
jangan eksyen batuk saja

kelana
mbah ini pun satu
biar pantun berbunyi Melayu
cakap Jawa mbah saja yang tahu
entah betul entah tipu ?

dah cuci kain batek ?
dah ikat blangkon ?
bahasa Melayu maseh cantek
enak lagi ditumiskan pantun

mari mbah kita caturkan
kata berbalas kita dombakan
bukan mahu merebut piala
cuma menilai sejauh mana

ahli nujum
Sopan santun adab Melayu
Budi bahasa tertib Jawa
Memang pantun adat Melayu
Rasanya tak salah berbimbit Jawa

Jawa ke, Melayu ke, kita serumpun
Semua nya indah bila berpantun
Mengatur ayat dan nada tersusun
Untuk penghayat terus terpegun

mbah

tenk kiu my fren mbah love you
mbah sebel diminta ngomong Melayu
mbah dulu kan no skuul
my Malay a bit baldi full

mbah nyekolah jenis sengkek
kurang nulis tapi banyak berkecek
karna tak mampu ke menara gading
cakap dan dengar tunjuk pengiring

nasib baik nujum berkak
kita disini serumpun lagak
elok di jiwa berkambi pesan
bahasa Melayu ampuh galaan

ada sejoli burung dara
terbang keliling semendarasa
kita berpantun selitar raya
asalkan kita tidak murca

jawab;kelana

jenoh ku fikir bahasa mbah
nahu terkial-kial berligar dengar
kata mbah tak sekolah
tapi menulis tamsil mahasiswa

memang ada sebegini rupa
siti kepit bukan lulusannya
inilah ia dikatakan anugerah
kata tersusun bahasa selia

kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana asapnya
kelana meradok kelana mencari
apa kah rahsia bahasa ibunda ?




Pujangga

Kelip kelip memang nya api
Ini api memang tiada asap nya
Ini rumah api zaman kini
Tak pakai kompor tapi dengan electric sahaja

Kelip kelip bintang di langit
Kelip kelip kunang kunang
Kelip kelip lampu trafik
Kelip kelip mata memandang

Kelip kelip juga clip
Boleh ditonton dan pakai di kepala
Rahsia bahasa harus di kacip
Agar lali kata dimainkan dan diguna

Klip kertas Klip rambut
Dengan pantas gua cabut

mbah

kelip-kelip bukan bintang
kelip-kelip bukan kekunang
kelip-kelip mata itu miang
terkebil-kebil tengok anak orang

ke lip ke lip itu bibir ke bibir
bawa cerita ke hulu-hilir
kadang berapi kadang berasap
merah pipi jika tersilap

manakan sama si anak ketam
jalan membuntut ibu berjalan
manakan sama jika tak faham
reti baca maseh serong andaian

berandai-andai kurang menilai
setiap kata tunjuk pelbagai
bahasa kami bertauk santai
diluah beri terpemanai

pejam celik pejam celik
takut pejam tapi tak celik
baca baik tulis pun baik
cuba kami sediakan yang termolek


kelana
seronok terhibur tika membaca
banyak memberi perbendaharaan kata
ada yang pelik membuat lena
ada yang tak faham terpinga-pinga

bapak Jawa Emak Cina
dapat anak disebut Jana
sebutan lama banyak berguna
cantek bahasa persil mempersona

tapi hairan orang sekarang
bersuara lantang bahasa sembarang
genggaman lidi sengaja dibuang ikat
terburai gugur bersepah tempat

menepuk ayer di dulang
terpercik muka sendiri
salah kita bukan salah orang
kata lama ditolak tepi

ambil janur buat ketupat
ambil lidi jadikan penyapu
cakap kita cakap bertempat
bukan cakap berangin lalu

pujangga
Kelip-kelip bukan kenyit
Kenyit-kenyit nampak kenit
Kenit-kenit masuk kampit
Kampit-kampit boleh di kepit

Menepuk ayer didulang, terpercik muka sendiri
Tepuk dulang paku serpih lain makna nya
Lain pula bertepuk sebelah tangan tak berbunyi
Tepuk lah dada tanya selera

Kelana
tepuk amai lah amai
belalang sikupu-kupu
jenguk beramai-ramai
gelak sorang tersipu-sipu

jenguk beramai-ramai
gelak sorang tersipu-sipu
banyak penahap kelak mamai
bila mamai jadi jalu

susu silemak manis
santan kelapa muda
diluar hujan gerimis
nanti dapat sakit kepala

buai laju-laju
sampai ke pokok sena
dah cegat di muka pintu
maseh lagi terpinga-pinga

apa ada dalam baju
sekuntum bunga melor
jangan tepuk dada selalu
nanti pendek umur

mbah
kenapa kelana berdendang anak
lantas berpantun macam ayam berkak
tepuk sini tepuk sana
tepuk bantal lagi lena

mengata dulang paku serpih
perli pujangga masak boleh
tepuk sebelah tangan tak berbunyi
cubalah tepuk sebelah kaki

dari bertepuk baik memopok
kloni orang disuroh bobok
jika tak bobok lakukan pujok
tak lut juga buat lah bongok

kah kah kah

pujangga
ayer pasang pagi
surut pukul lima
kemana kau pergi
boleh kah kita jumpa

ikan parang parang
masak asam cuka
jumpa dijalan lapang
boleh kita belanja

ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai
biarkan kami menghibur
jangan sampai menjadi lalai

lancang kuning belayar malam
haluan menuju ka lautan dalam
kalau ada yang kurang faham
boleh cuba boleh hentam

burung kakak tua
hinggap dijendela
cakap senang saja
tapi harus cuba

lompat si katak lompat
lompat lah tinggi tinggi
perkataan katak dan tamat
dieja terbalik pun sama bunyi


kelana
ini pula pantun haiwan
dah tak ada lain tulisan ?
ada ikan, burung dan katak
ku baca tersentak-sentak

penat menulis pantun nasihat
biar mudah beroleh fadhilat
apa kata bertanya hajat
pasti ramai yang minat

kalau tunggang sembesi
usah lupa perut diisi
nasi ku tanak tiba2 basi
apa kah silap beras vashmati ?

pujangga
nasi yang kau tak nak
di taruk tepi hari2 pasti basi
melainkan nasi yang kau nak
dimakan perut mu pasti terisi

bukan silap pada beras
bukan salah cara masak
perkara yang tak ber-asas
sengaja memeningkan kepala otak

mbah
ngenapa kelana ini hairan
pantun haiwan kan alam kejadian
buat selera andaman panorama
nyaman dikongsi bersama

yang kelana ini goblok
nasi ditanak diwajan atau periok
macamana tak basi
mungkin basah kayu api

apa kelana tak pernah kedapur
kelam kabut bila kebulur
ini pasti geng nasi bungkus
hingga diri tak terurus

pujangga
mungkin kelana tak suka pada haiwan
pantun hamba di permainkan
mengapa baca tersentak-sentak
mengiat hamba dengan tidak tidak

mbah ni pun se-leng
nasi belum mateng
tanak tak ada api
masa kan nasi jadi basi

sebaliknya mbah ni memang bagus
mengiat kelana geng nasi bungkus
kalau jiwa dia terasa, itu harus
apa, dia ingat dia saja yang bagus

Siti Marshitah
Jgn bimbang jgn ragu
Datanglah keBBQ dibangalow puan Salamah
pasti tiada orang yg makan nasi basi
Atau nasi bungkus

Mbah
tentu bimbang dan ragu
karna belum ada menu
aturcara diantara bonda
kami disini tumpang dengar

apa yang akan dipanggang
apa yang akan dihidang
apa saja kami tak cerewet
janji makan tak mencerit

ibu CT ada guarantee ?
di BBQ nanti
nasi bungkus tak ada
atau santapi makanan order



Siti Marshitah

Sebelum membuat keputusan meluru
kami perlu mensurvey jumlah tamu
baru boleh membuat menu

mbah
menu ibu mbah turut
kami cuma bawa perut
batu besi kayu kami bedal
janji berasa tak mual

ulu pandan disimpang clementi
kaki bukit tak lagi berkaki
kenapa Nujum cakap pasal budi
apa ada udang disebalik mi ?

usah disebut pasal kelana
dia tiada kena mengena
orangnya sering berjauhan
maklumlah kaki berjalan

Pujangga
ada kaki boleh jalan
gasak kelana kemana tujuan
banyak kaki yang tak berjalan
cuba lah hurai cuba bentangkan

kelana

kelana tersedak nama disebut
entah tak faham apa maksud

kemana saja akan berjalan
dibawah panas ataupun hujan

kira pujangga mau dilanggan
mempersada satu soalan

antara banyak kaki yang tak berjalan
ada kah kaki tidur yang dimaksudkan ?




mbah
walau mbah wesh tua
mbah baca bikin ketawa
kok pintar ada yang nanya
cerita kaki dibawa-bawa

ada kebetulan kata kelana
tapi jawapan lain juga ada
kalau mengikut fahaman mbah
ini soalan berunsur mathematika

12 inchi bersamaan satu kaki
tak bertapak tak berjari
cuma pengukur antara jarak
ini jawapan anak-anak

juga hairan ukuran kaki
buat kiraan pendek dan panjang
tapi bila jauh tak bisa diukur lagi
batu pula disebut orang

3 kaki bersamaan 1 ela
seluar khaki sawo berwarna
car key itu kunci kereta
kaki bukit dah hilang busungnya




Pujangga
ghairah sungguh mbah ni
bermain dengan kata kaki
filem spy who love me
apa mbah ada pasang kaki...

kita juga apa kurang nya
dah termasuk menjadi kaki
kalau tahu apa maksud nya
kaki apakah kita di kategori

satu orang dua kaki
tapi ada suka sekaki
dua kaki takkan tambah lagi
tapi sekaki banyak dapat dikali

jagalah kedua dua kaki
jangan ada tapi tak berjalan
sweet urine penyakit kini
kaki dipotong tak kasi chan


mbah
waduh waduh pak pujangga
geletek-geletek mbah ketawa
apa perlu pasang kaki spy
cuma-cuma dikeroyok gigi berderai

ada orang suka numpang se kaki
kalau tak kanan pasti yang kiri
jika yang baik di agung diri
jika yang buruk loh..cabut lari

kaki ayam yang tidak berkaus
kaki minum takkan pupus
kaki judi jadi keberantakan
kaki ngomel persis kesurupan

kaki tangan dalam perut
sering berdiam bukan takut
adakala diri ada semput
komat-kamit bermain mulut

tangan pula dijadikan buah
kado diberi tanda suka
tangan sangkau usah di lagak
takut di kata orang kita bertokak

panjang tangan suka menyolong
ringan tangan suka menolong
sarung tangan jaga kebersihan
hulur tangan beri bantuan

angkat tangan tunjuk serah
tunjuk tangan berpati marah
penat tangan mbah mengolah
tersimpul belikat sebelah

pujangga
Lempar batu sorok tangan
Enjit-enjit semut cubit tangan
Tangan atas tangan mengikut giliran
Juga menjadi transaksi jualan

Tangan panjang bukan erti pendek
Gatal digaru tangan kanan
Miang di terlapak mungkin tanda baik
Menyelok pengkasam biar sampai ke lengan

Berjabat tangan banyak erti
Memupuk talian siratul rahmi
Lain pula dengan tok kadi
Dikelilingi para saksi

Mengapa pula pantun kesini
Awal nya tangan dan kaki
Beralih ka panca indera
Guna kan mata untuk membaca

Mbah
merepek meraban anak pujangga
nulis nulis berbunyi sang gila
tangan sono kaki sini
kayak orang tertanggal body

mata nenas hujungnya tajam
awas jari silap tertikam
mata hati dipojok sanubari
jujur ikhlas pembawa diri

mata-mata kerja rahsia
mata wang harta negara
mata kotak selalu tak nampak
mata ayer jangan di tolak

kaca mata bantu melihat
cendra mata pemberian tersemat
kiraan mata untuk pertandingan
klinik mata tempat rawatan

celik mata buta hati
adalah orang kehilangan deria diri
buta mata celik hati
itulah anugerah yang tinggi terperi

kelana
dari kaki lantas ke tangan
dari tangan lantas ke mata
kau orang berkata seolah bikinan
apakah ini rangkap bercerita

dari mana datang nya lintah
dari sawah turun ke kali
dari mana datang nya cinta
dari mata turun ke hati

cahaya mata menunjuk baka
sakit mata menunjuk tak suka
mata keranjang berkehendak semua
mata duitan sifat haloba

pada mata ada ' Cornea '
asal bahasa berbunyi Kurnia
kurnia berarti Anu Gerah
anugerah bermaksud sejenis percuma

dari itu jagalah pandang
pandang keliling buat bidalan
pejam celik pejam celik
takut pejam terus tak celik2

pujangga
mata kucing sejenis buah
mata angin menunjuk arah
matakail mencangkuk umpan
tangsi dihulur menangkap ikan


mata pencarian kiraan rezeki
habis topik mata, tak ada lagi
dah ku kumpul tak sempat memberi
tahu tahu sampaiyan yang mendulu lagi

sama dengan lain di pasiban
mengumpul kata2 untuk disumbangkan
belum sempat susun perkataan
tak ada chan, sampaiyan dah duluan

memang juga ku jangka begini
dari mata turun ka hati
sudah ku siapkan belum sempat memberi
terlihat sumbangan mu, terpaksa ku perbaiki

dari mata berleretan ka hati
ini juga dah ku antisipasi
sampaiyan berdadu monopoli
habis lagi kata2 berkenaan hati

kelana
merantau jauh kelana lelah
berjalan dekat lagi lemah
jauh memandang banyak cerita
dekat ; sekadar kangkang kera

dari mata turun ke hati
nyanyian lagu R.Azmi
ia memang satu lumrah
orang buta mata pun punya

hati hati di jalan raya
takut nanti di langgar Rusa
makan hati bukan santapan
kurus kering melampai badan

curi hati pandai memikat
iri hati memburukkan sifat
besar hati kembang terangkat
kecil hati tersangkak hajat

buah hati kekaseh orang
sakit hati bila terpandang
mata hati aura pembawa
buta hati jiwa yang leka

hati tidak duduk dijantung
hati ibarat sekeping kantung
tempat keyakinan balai berhajat
segala isi perangai berpadat

pernah hati naik ke mata
itu lah pandangan yang buta
pernah hati naik ke mulut
walau terkatup kata disebut

mbah
ucapan kelana menetas nikmat
jika direnung banyak hikmat
buruk baik dari hati bersurat
bisa menulis menyiar sifat

mbah ini kok terasa hairan
ponjen hati kado Tuhan
kadang tegap kadang lemah
meredah ujian hidup alam buana

hati gajah sama di lapah
hati kuman sama di cecah
anak sungai lagikan berubah
ini kan hati pula hati manusia

oleh itu jagalah hati
jauhilah segala penyakit kronik
ikut hati mendekati mati
jika sakit pergi lah klinik

berhati muda memupuk iktibar
berhati tua merendah diri
tak berhati perut jenis durjana
beraja di mata bersultan di hati




pujangga
ada hati hendak sekaki
tak terjangkau, patah hati
jangan menyerah cuba lagi
lain pula dengan luka di hati

geli hati ku tak terkira
melihat telatah mbah, nujum dan kelana
ibarat satu hati tiga jiwa
tak hati kaldu dengan sesiapa

busuk hati tak ada bau nya
menunjuk perangai orang yang punya
hasrat dengki dibawa bersama
menjadi teruk tak akan kemana

kecil hati tanda merajuk
baik hati datang memujuk
ku pohon ampun sepuloh jari
harap kalian jangan ambil hati

abjad H jadi hati
abjad J jadi jati
abjad K jadi kati
abjad W jadi ......
abjad Y jadi.....
abjad M jadi ..... innallilahi

kelana
pakanira usah melarut
abjad M.... ber makna Maut
awas berkata tak sayang mulut
cuma-cuma gigi masuk perut

di laman ini kita berseloka
buat bilasan minda berdomba
mulut di jejari perlu disusun
agar berhikmah lataan ditonton

mulut tempayan ditutup panai
mulut orang ditutup selendang
usah menuruti si mulut murai
selebar dua jari cakap sembarang

banyak mulut banyak bercerita
pembuka mulut permulaan juadah
berat mulut mesyuarat di tingkap
buah mulut cerita hangat di cakap

usah menjadi seperti lebah
mulut membawa madu sejumlah
tapi di hujung pantat
ada sebilah sengat

mbah
cakap pujangga kayak wong edan
cakap kelana tiada bersegan
ini bukan bersenggol medan
ini hanya selembar laman

bisa mbah menggulung kata
cuba elak dari bernista
ayam tambat dilepaskan
tapi tahi di tapak tangan

mulut satu lidah bertopang
mulut sungai tempat berdagang
mulut rampus saking melolong
mulut besar saking menyombong

pembasuh mulut mbah bermula
buruk mulut maaf di pinta
buka mulut mohon bantuan
tutup mulut rahsia disimpan

sebab pulut santan binasa
sebab mulut habis pulut nya
diam-diam ubi berisi
diam lagi orang bisu sendiri




CT
Pulau pandan jauh noon disana
bukit timah tak setinggi mana
Pujangga , kelana,mbah bijak bermain kata2
Sampai CT tak tahu apanak kata

Buah cempedak masak didahan
boleh dijolok dgn galah rotan
Ct ini baru nak kongsi bahan
Harap kawan beri gelakan dan jgn di ketawakan

Kelana
biar kelana perbaiki kata
elok semak sebelum mengeja
bercakap petah menulis beza
karna ramai yang akan membaca

buah cempedak ranum di dahan
bukan ' masak ' silap penyampaian
harap kawan beri galak kan
silap tulis beri ' gelakan '

silap mendayung boleh berpatah balik
silap langkah kata tak gerek

cuba pantau anyaman kami
perbendaharaan dan nada berbunyi
bukan karna bijak bermain kata
tapi memang itu percakapan kita

tidak menanam tebu di bibir
tidak di daun keladi di curah ayer
baik-baik menanam ubi kentang
nenas juga ditanam orang

dah di kata laman ini terbuka
bukan laman kongsi gelap
dah di duga ramai bercindai mata
terjongkok-jongkok di tingkap

semakin hari semakin senja
elok belut balik ke luboknya
molek segarkan bahasa kita
takut malaikat tak tahu bertanya

malu bertanya sesat jalan
malu kucing kurang harapan
tak tahu malu tidak bersopan
malu-malu sejenis daun tumbuhan

mbah
podoeh wa eh sami ma woen
kok enak kelana menyusun
ngetam ajarin dolan lurus
kelana sendiri ngurang mulus

silap banyak yang maseh berdiam
asyik menonton mata mengernyam
kan elok meninta-ninta
buat fitrah nyuci minda

jadi orang jangan lah lokek
ketahuan yang lain kan jelek
mbah sendiri orak pintar
tapi tetap sudi menghantar

tidak apa2 ada pada kami
duduk berendah berdiri tak tinggi

tidak kami seperti ayam
telor sebiji rioh sekampung
mulut di minda tak reti diam
takut berdiam akal membolong

jika tidak menebok ruyong
masa kan dapat sagonya
jika tidak bergotong-royong
semua di hajat hampa hasil nya

ketek menek ondoeh
wong nye kek orak towoeh
monyet naik tangga
dapat makan tak pelawa


ahli nujum
Bukanlah kami bijak pandai
Hanya suka bershabat handai
Setiap perjalanan ada mulanya
Setiap percubaan ada silapnya

Belakang parang kalau diasah
Lama lama akan tajam jadinya
Apa pun barang kalau susah
Dicuba dengan azam akan ada jayanya.

Kelana
ai say man kawan ku Nujum
sedap nya cakap naik senyum
berbuih mulut dah di cakap
kenapa maseh juga slow pick-up ?

kelana menduga bukan tak boleh
kelana berfirasat karna tak mahu
biar hingga melekit hingus meleleh
tetap bersifat lihat dan tunggu

belakang parang boleh diasah
belakang kepala membingit susah
kalau mahu seribu gerak
kalau enggan seribu borak

sana sini mencari sara
lebih elok dari meninta
bahasa sinis naikkan darah ?
kepala mereng jadi gila

kata kita kata berungkap
tidak kata membawa kayap
kata kelana kata sendirian
seperti baju kering di badan

mbah
opo iki ngomel seng kelana
cakapnya persis orang merana
ada dayoh malah tak endah
sikit perkara dah angkat mata

dayoh mampir angkatlah muka
jangan kelana cuba angkat suara
usah di amal perangai angkat diri
jesteru dayoh nya angkat kaki

kata-kata kelana tidak berkayap
baju kelana kering dibadan
laman ini laman belajar ucap
siapa kepingin monggo silakan

bikin apa kelentang-kelentong
nanti kita dikata berakal kosong
perut masuk angin jadi busung
angin terlepas menusuk ambung

loh kok mbah enak berleter
belolok mata lidah terjueh
mbah pamit membawa tempurung
di pojokan sono ada warung

pujangga
Lama sudah tak ke ladang
Tinggi rumput dari lalang
Lama juga tak ku pandang
Kornea mata semakin terang

Tutup sudah jaja'an warung
Kelana dan Mbah masih nongkrong
Jangan ngomong sama cingkarung
Ada yang ngomong pasal rumah burung

Kedengaran tertangga kepingin belut
Ka Melaka pun mereka sanggup turut
Cindai terlerai tak lagi bersalut
Perasaan tak takut tak juga kalut

Berwajah diri persis di cermin
Refleksi jati diri asli, tulen
Menggaya kan apa yang diri ingin
Sesuaikan perangai yang mana saja mungkin


Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Orang tak sudi kita tak paksa
Orang memaksa “I” tak rela….you

kelana
bertanya ;
               rumput oh rumput kenapa kau panjang
macamana aku tak panjang ; kerbau tak makan aku

kelana bertanya ;
                 kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput
macamana aku nak makan ; perut aku sakit

lagu anak contoh diborak
borak temurun dijadikan lagak
lagak bersimpul tunjuk tak agak
nasi kurang melebihkan kerak

sepekan lalu kelana ketemu mbah
membawa tempurung tidak menadah
beborak kita berdagang seloka
dalam diam menyiang rasa

kata mbah ;

biar rumput meninggi lalang
biar bersarang semua jembalang
biar penyah unggas belalang
guratan api menghanguskan padang

kenapa mengikut tukul dan pahat
rela berpeluk tunggu dan lihat
asyik leka dikerak jarang
kuku habis perut tak kenyang

bagai burung terbang dipipiskan lada
tamsil sipekak mengata sibuta
itek menyudu ayam berpatuk
tidak jatuh garam di air telok

kurang memberi banyak merasa
tak merasa karna tak diberi
berdiam diri menyelubung rahsia
bagai serkam di makan api

tetap mbah bawa tempurung
tak terjawab berdiam cenderung
terlukis wajah teka terperok
cubalah tanya pada pokok.

Pujangga
tak meminta tempurung di isi
seniman jalanan yang beraksi
lebih mementingkan pada seni
mempunyai tinggi jati diri

mbah tidak dibawah tempurung
tidak halnya seperti katak
pandangan mbah pandangan burung
terbang tinggi semua nya nampak

jelas kelihatan akan keadaan
meramalkan setiap kejadian
memang dapat mentafsirkan
tak perlu bernujum, dah pun dapat jawapan

pokok bergoyang manusia berjoget
pokok berdiam manusia berkamit
pokok berselindung manusia bercindai
pokok melambai manusia pun bai bai

ketagihan, senang cakap - gian
keluar masuk, senang cakap - bosan
cakap senang, senang cakap - senang
sepi, senang cakap - tak ada orang

dasar awal dari bahan
boleh menjadi satu ciptaan
di topok tambah jadi gubahan (value added)
hanya minda harus mengayakan




kelama
dibarat renyai ditimur gerimis
diutara bah diselatan banjir
bersarat pokai menjemur gamis
konon mengharap panas akan hadir

pohon kapuk dibikin titi
titi rapuh bergebeh sudah
sifat lapuk maseh bersemi diri
tiada dicari;muncul tak endah

biarkan seorang berpergian jauh
tinggalkan kita bertaji jagoh
kelana hadir mohon tolong
usah diberi kembang pada lotong

elok di tebas rerumput liar
agar serata padang terbiar
kata Pujangga memang benar
usah mengemis di seni layar

biar ramai yang menyimpan momok
biar kolestrol lemak menggemok
airmata buaya usah disogok
seloka kita menghijaukan kadok

kata kita melenggang kangkong
kangkong kita tidak di paya
personakan minda tuju cenderung
tidak mengemis tapi kaya

pokok bergoyang manusia berjoget
bayu berhembus melonglai lalang
dahan patah digoncang monyet
monyet kasarung jelmaan dalang

orang bersedih diselimut kadut
orang bergirang dikelambu sutera
buat apa ditepian gantang harus melukut
benih seloka kita candu bersama

lontarkan batu agar air beriak
dapat nila membiru susu sebelanga
bertelinga kuali kita tegak bersegak
pedulikan seni kita menjana

laksamakna
melangkah diri masuk gelanggang
langkah tersusun lama dan baru
kehadiran hamba melanggar pantang
tidak hamba melangkah seribu

buah kemiri tidak bergetah
daun sireh dilumat lumat
tujuan hanya menyubang warkah
tampil hadir salam hormat

tak ada angin
takkan pokok bergoyang
ada angin
pokok pula tak nak bergoyang
tetapi mengapa pula ia bergoyang
apakah ini perbuatan siamang

kabut kepolan angin dingin
jerebu kepolan asap panas
forum ini kurang semakin
apakah sudah hilang asas

medan ini menjadi sepi
ada yang sedang kemas kini
apakah anda sedang di audit
atau tender hendak di submit

angin kencang laut bergelora
badai gelombang menghempas pantai
dimana hilang mulut suara
apakah berlabuh betali rantai

pedang sejahtera ku hunus kan
tapi tak dapat melembutkan
memang sudah sedemikian
mengguna kata kata lebih menyakinkan


kelana
Laksa Makna ?
     Bukan Laksmana ?
           dari mana ?
               banyak nya tanya

sila masuk orang di ambang
tikar ku bentang duduk bersembang
usah mata mu kebil meliar-liar
tempat ini dah lama bil tak bayar

usah hairankan bergoyangnya pokok
bodohkan diri kan tak elok
apa kata kita berkongsi semangkok
benda kurang kita tokok

hajat Laksamakna usah diperok
sumbangan tulus biar menjerok
tertera dilayar orang kan tengok
bertahun hingga tua membongkok

bongkok tua jangan bongkok tiga
siang mengantuk malam menjaga
mencari suara dimana ada
suara berada disanubari persada

dengar saja suara mulut
memang benar lidah tak bertulang
biduk berlalu kiambang bertaut
gong ku palu masuk gelanggang

kalam bentara
kalam Bentara nama kita
salam Sejahtera chek ucapkan
chek ingin cuba cuba
harap boleh beri sumbangan

memang lidah tak bertulang
kalau bertulang terbegik tenggorokan
maaf kalau chek berlaku kurang
sekadar hanya gurauwan

teman di ambang dah pun masuk
salam hormat kalam berikan
jangan hanya menjengok
ayuh sama sama ra'i kan

terima kasih dari kalam
chek pergi menggundur diri
dengan hormat memberi salam
di lain masa ketemu lagi



kelana
syabas Bentara sila berhajat
tiada ku kenal rupa tersirat
chek sana chek sini
adakah chek si Mami Chombi ?

Kelmarin muncul Laksa Makna
Kini pula Kalam Bentara
dari mana datang kamu berdua ?
adakah nama seGagah pena ?

Laksa Johor Laksa Palau Pinang
Laksa Makna tak pernah dijuadah
Kalam Bentara persis tak calang
tapi loghat berbunyi orang utara

tepikan kata ber chek-chek
disini kita mulai berkecek
jangan hangat2 tahi ayam
biar bara kita genggam

jika bole mamak bentara
teguhkan bahasa Melayu mulia
banyak copotan di Kota Singa
bahasa Melayu kurang di selia

usah yang dikejar tak dapat
yang digendong keciciran
kera dihutan diberi makan berzat
anak sebumbung kurus ketulangan

ada yang bodoh bertambah bodoh
ada yang bodoh inginkan pandai
ada yang pandai menjadi bodoh
ada yang pandai memandai-mandai

kelana
orang sesak Nujum gelak
orang sebak Nujum lawak
sakit otak Nujum tunjuk
konon minta di rujuk

ini Nujum banyak temberang
alasan beri buat menghilang
cakaplah nak minta tolong
Nujum ada hutang dengan ALong ?

buah betek buah papaya
dua nama tapi sejenis buah
biar disini kelana duduk bersila
Kelana tak pergi kemana-mana

biar hadir semua teman
tidak gusar diri kempunan
biar berseh meja jamuan
semoga sukses majlis anjuran

hujan emas dinegeri orang
hujan batu dinegeri sendiri
berdiri tinggi tak dipandang
apatah lagi menyila kaki

dimana kamu Kalam Bentara
kemana kamu Laksa Makna
jangan dah melintas jembatan
tongkat kamu buangkan

asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain
usah persis anjing dengan bayang2
harap tak turuti Mat Jenin

kalam bentara
tak boleh ber chek kita ber chik
kalam boleh loghat selatan
salam hormat macik pacik
kalam tetap dalam sempadan

tersasa bangga nujum bersuara
kira nya sudah meninggalkan kita
rupa rupa nya pergi bertapa
mengabdikan diri suci kan jiwa

terjawab sudah pertanyaan kelana
nyebrang sungai tak lewat jembatan
kalam berenang sungai tak berbuaya
genggam tongkat tetap ditangan

mengapa harus bernama mat jenin
apakah kerna mat jenin sedemikian
tidak kah boleh guna nama yang lain
ada juga hal ini pada perempuan

begini lah kejadian AALAM
KALAM sambut dengan SALAM
KALAM jemput masuk ke DALAM
KALAM hidang kuih TALAM
sila berambus hari dah MALAM

A-alam
D-alam
K-alam
M-alam
S-alam
T-alam

Kelana
ha lam alif lam
Salam menda lam
mendalam Se lam
Junam tengge lam

tahniah duhai bentara
menyeberang sungai tidak berbuaya
setakat sungai road renang tak payah
disana banyak buaya berkaki dua
sila berurus bahasa selatan
senang sebut hafal ingatan
tak terbegek tak terbelit lidah
senang tulis baca dipermudah

kueh talam hidang di loyang
kueh pau kukus di angloh
datang malam selepas siang
sebelum siang menjengok suboh

bentara datang kelana pergi
kelana datang bentara pergi
kenapa tak datang bersama
kenapa tak pergi bersama

mbah
dari Jawa ke Tasek Cini
minggir-minggir mbah datang ini

salam waras sampiyan semua
mbah cuti hampir sepurnama
mbelayu merene merono dewek
siang malam areb melek

mbah syukur ada geng baru
mana datang tiada tahu
tapi itu tak perlu
yang penting tak pilih bulu

yang satu Kalam Bentara
mungkin berdarjat bahasa Pena
yang satu lagi Laksa Makna
mungkin bernobat Laksa MakNyah

selamat hadir sampiyan berdua
harap terhimpun menjana seloka
biar disini kita menyalakan lilin
kita terangi bagi orang lain

tiada lagi pokok bergoyang
karna pokok dah dipolat tebang
tiada tupai atau kera bergayut
tiada lagi kasarung yang berpaut

biar dilaman ini turunnya hujan
selagi ada rahmat Tuhan
agar hujan mewarna kehijauan
seloka kita Pantun Berteman

kelana
kelana senang mbah datang
kita disini dapat berdalang
bertanya khabar 'mbah sihat ?'
hope U feel Orait ...

dikanan gunung dikiri gunung
ditengah2 sipohon jati
usah mbah banyak bingung
laman kita kan bersemarak lagi

loceng dan botol dah diketuk
kentong dan bedok dah dipalu
seloka kita maseh dijengok
sedikit banyak ramai dah tahu

tidak mana jatuhnya kuah
sudah tentu kenasi jua
tuah ayam tampak ditaji
tuah laman ini bertuah lagi

mohon kelana berkat mbah
kita sambung budibicara
ayuh kita permaikan seloka
seloka jiwa berpati minda




mbah
kuswon kelana mbah ucapkan
Mbah teruja sedemikian
Mbah akur perimbun jalan
Mbah mampir siap jajan

Tiada apa pada kita
Kita bicara kita baca
Alang kita seluk pekasam
Alang bara kita genggam

Orang kata kita bermain kata
Orang berandai siapa berkata
Orang tak fikir bertanya
Leretan bicara bidalan pemuka

Sudah mbah sajenkan bekal
Berkoyan obrol mencanai akal
Kata tanya jawab setimpal
Persis orang berbual

Rambut sesama hitam
Tapi hati lain lain
Banyakkan lah menyumbang sumbang
Asal tak jaga tepi kain

Pujangga
kabare mbah bahasa jawa
bahasa batak berbunyi "horas"
sudah sepurnama tidak bersua
ku kira mbah dah tak bernafas

mengapa pekasam mbah seluk
macam tak ada lain kerja
mbah genggam bara dah sejuk
lain orang tahu padan muka

memang kita bermain kata
membuat mereka tertanya tanya
mungkin ada yang terlena
dibuai dengan alunan mesra

jangan marah wahai mbah
jangan juga ambil hati
ku merasa sangat meriah
dapat ketemu mbah lagi

sajenkan bekal yang terkumpul
kelihatan berat mbah memikul
bentangankan apa saja yang ada
biar semua dapat merasa




mbah
khabare waras sampiyan Pujangga
kok nanya mbah sebegitu rupa
amit amit jabang bayi
mbah maseh bernafas lagi

pintar kamu membezakan kata
bijak kamu menyeli bahasa
gagal dikelentong di mana sudut
buka mata terkatup mulut

mbah menghilang bukan kepalang
mbah tuturi ligatnya orang
banyak meniru sifat bebawang
tiada berisi kulit dihidang

kenapa tak rawat sebiji kelapa
seluroh biji boleh diguna
walau pintar tak bijak mengoleh
akal panjang jiwa berbueh

mengapa lena tika menatap
tak mahu faham berjiwa gagap
memburok rasa menyorok sikap
usah berandai-andai cakap

mungkin ada yang terhibur goda
biar benci biar suka
tamsil diri serupa boneka
kaku membeku berbunyi swara

buat apa bertanya siapa berkata
tapi tanyalah apa yang dikata
tak tahu tanya usahlah berkata
siapa itu ? ini siapa gerangan nya

laman ini harap dipimpin
usah biarkan sayup mendingin
takut dikata laman kabungan
lobok hiba mengawet kematian

disana ada tanah terbiar
tanamkan pokok bebunga kemboja
biar rendang meredup mata
biar mekar pantun seloka

kelana
salam hadir saudara Pujangga
lama menghilang tanpa berita
tersentak resah kamu muncul
kelana fikir kamu dah ko... jo...

nampak betul kata berelok
mbah genggam bara sejuk
mana pekasam dia seluk
cakap keras jalan membongkok

usah peduli orang didapur
jerang nasi menjadi bubur
ada masa untuk membelek
tiada berjiwa untuk mengetek

sebiji bawang manis pedas dirasa
dikupas-kupas isi tiada
begitu juga sejenis sifat manusia
penampilan berupa ; kosong auranya

lain pula sebiji kelapa
susah mendapat ; dapat semua berguna
semua bahgian ada fadhilat
luar dan dalam memantul rahmat

jadikan sini mekarnya mawar
jadikan sini harumnya seroja
jangan sini nisan dipasak
jangan sini menadah isak

salam hadir mereka-mereka
salam hadir qalam mergastua
salam hadir meninggalkan tanda
tanda tulisan berbaris kata

pujangga
sudah terang tak payah suloh
terlerai sudah apa yang tersimpan
rangkap nya sembilan hampir sepuloh
ku tabik mbah, lu memang champian

tak aku merendahkan kelana
menyumbang pantun tujuh berangkap
banyak yang terfikir bagai mana
boleh tersusun rapi dan terungkap

ku hanya ingin memuji
dengan hanya tiga rangkap
waktu memepet ku harus pergi
takut terlambat, nanti tak dapat



mbah
muji mbah apa yang ada
juara jagoh tiada berpiala
mbah cuba mana sempurna
pelerak pelerok mainan mata

kita menutur bahasa dengar
orang menutur bahasa baca
kadang sebut berbingar-bingar
silap bunyi menyahut unga

Kelana hadir berangkap tujoh
Pujangga sembah berangkap tiga
susun kata usah gelojoh
senang dibaca mudah diterima

dalam madu ada manis
manis dirasa tiada berupa
bergolek dadu hajat terbilis
nota hidup berpasangan adanya

jika kepuk kita ratakan
jika berderai kita satukan ikat
orang tak tepuk kita teruskan
orang menghilai telinga disumbat

sampan kolek mudek kehulu
motorbot laju menderas kehilir
ada sekarang kerana dahulu
bukan dahulu berarti tercicir

mbah sajenkan tujoh rangkap
nanti benci banyak nah cakap
dalam sifat belum lengkap
urusan hidup maseh diturap

kelana
mbah lanang terangkat puja
laluan diberi pada yang tua
tidak kira sebanyak rangkap
asal ada yang terjawab

teringin kelana bertanya-tanya
harap terjawab berian mulia
ada gunung yang tak dibasahi hujan
kesana sini dia berjalan

sila jawab duhai teman
jangan jawab sebelum makan
ini bukan suatu larangan
tapi gerak kesayangan...

kalam bentara
kalam ingin memeberi jawapan
setelah kelana mengetuk kentung
gunung yang tidak dibasahi hujan
itu dipanggil "Gunung Payung"

dari lima kedai ka pedas
berhenti seketika dipasar raya
mungkin kelana nampak perkataan ini di bas
waktu memandu di lebuhraya

dalam banyak banyak buah
buah yang mana berdeguppan
walau buruk pun dikatakan lawa
kalau dah suka, jiwa sanggup berkorban

mbah
aduh waduh kalam bentara
sampiyan menjawab yakin merasa
mungkin kalam orang ilmuwan
tak kasi chan dengan kawan-kawan

orang berkelana sering kembara
tak tahu pula naik kereta
belum habis mbah nak jawab
bentara hidang soalan berangkap

jika mengikut firasat mbah
gunung berapi pun basah
tapi gunung ini bisa berjalan
rasa pelik bin hairan

ini pula sejenis buah
buah yang bisa mendegup rasa
dah suka bisa buta mata ?
dah suka rela berkorban jiwa ?

nanti-nanti mbah pikir
banyak tenung otak cair
mana pergi teman semua
it's your turn lah..


kelana
ku tepuk bijak untuk bentara
memang tepat jawapan tuan hamba
usah ikut mbah yang bodoh
berhelah kata otaknya slow

Gunung Payung barang kesayangan
bukan payung di kilang Jalan Sayang
pantang kelibat diburu rindu
jadi marah jika diganggu

dari Lima Kedai ke Pedas
berlari anak pakai terompah
bentara soal ada klass
takut kelana jawab menyampah

buah ini tak dijual selonggok ?
buah ini tak dijual dimana-mana ?
apakah buah ini berupa elok ?
apakah buah ini enak dirasa ?

kalau ada buah berdegupan
bukan buah dam duduk dipapan
tampak lawah perlu korbanan
mungkin ku jawab buah tangan

dari Serom henti diBemban
mengesat peluh menghilangkan lelah
apa benar ku sorak jawapan
mungkin betul mengkin salah.

Kalam bentara
bukan hanya gunung payung
ada juga intan payung
ada lagu C T payung
mat bond juga berpayung

kelana memang bersikap mulya
kura kura dalam perahu
dah tahu eskyen pula
pura pura tak nak beritahu

buah tangan diberi jawapan
sengaja kelana mempesongkan
supaya yang lain memberi teka'an
hanya satu organ saja berdeguppan

kepingan lamnik jadi buah dam
muka kemik kelihatan masam
jawapan yang ini memang semacam
membuat sesaorang jadi mengidam

banyak lagi pasal buah
sehingga diberi buah fikiran
jangan anda jangan reda
sila mohon beri jawapan

mbah
celupar benar mulut mu kelana
cakap tak beralas menunjuk terrer
tak tahu jawab bukannya bodoh
lambat balas bukannya slow

mbah ini orangnya prihatin
mau cakap biar yang yakin
orang tak suka cakap sembronoh
nang kene i don no

pintar juga kalam bentara
menjawab tanya dengan segera
pandai berpayung senantiasa
tidak kira hujan atau panas cuaca

biar mbah mencuba kata
kisah buah berdegupan rasa
ku fikir-fikir sampai tua
Buah Hati ku beri nama

buah hati menggoda mata
buah hati memikat jiwa
buah hati tak berpohon
buah hati tak berdaun



kalam bentara
siapa pulak mamat ini
tanya cik Abdullah hingga pening kepala
lagi seminit pukul empat pagi
pening tak tidur kerna berjaga

Anyway, welcome onboard
tapi tidak menaiki boat
trimakasih memberi kata kata sambut
budi pekerti tinggi membawa maksud

jawapan mbah benar belaka
buah hati berulam jantung
ada yang ini pun tak guna
sakit hati terkatong katong

kelana tidak kurang juga
tahu maksud apa yang ditanya
buah tangan untuk si dia
buah hati yang di puja

trimakasih daun pakau
jangan resah jangan risau
tidak akan dipukau
ataupun disantau

kelana
jangan mbah cepat marah
colet sikit dah menggelabah
ini zaman detik ekspress
segala perkara diharap beres

pandai pun jawab walau tua
bikin malu diketawa
siap serangkap makan sehari
dulu kurang makan nasi ?

buah hati berulam jantung
jantung pisang masak gulai
kelana disini maseh beruntung
jawapan kelana tidak tersidai

daun pakau memang memukau
dikocok-kocok ditebar-tebar
jangan dekati nanti tersantau
takut tergadai harta maruah

ari gato tak kasi marah
sayo nara sayo bayam
berangkap lima jadi sembah
sembah jawab untuk kalam
mbah
kelana jenis orak punya hormat
pada mbah tak henti menyakat
mbah ini maseh waras
cuma kadang terasa kebas-kebas

buah hati memang mendegup
kadang lihat tersurup-surup
kita lambat orang lain choop
pada bayang kita kucup

orang Melayu tak sedar dijajah
banyak barang yang digemar
barang sendiri jarang diheboh
takut kuno nampak bodoh

baju kurung bercekak musang
berselipar Jepun berlagak garang
roti Perancis katanya garing
mi Siam bertauchu kelat kuning

tapi Melayu ada berjiwa
jiwa alam menunduk perintah
susunan Karma ketika senja
dedaun pohon membongkok sembah

kita hidup diaturan jagad
kita berkongsi bermuafakat
jangan engkar susunan susila
kelak diri mencari murka

disana sini sibuk jaga bahasa
banyak telah silap disengaja
nasib baik disini siaga
laman ini Pantun Berbahasa

bahasa disini mungkin tak senilai
bahasa disini mungkin tak sepandai
bahasa disini tak akan terkulai
bahasa disini akan dipermai

ayuh di sini kita rakam
ayuh di sini kita keram
ayuh di sini kita semayam
tapi jangan di sini kita bermakam
kelana
mbah Jawa berteloh Melayu
jangan hembus berfikirlah dulu
ada perkataan asing Melayu angkat
diMelayukan kata berkongsi catat

' ball ' disebut jadi bola
' camp ' disebut jadi khemah
' book ' disebut jadi buku
' lamp ' disebut jadi lampu

kuno kita banyak berubah
banyak perkara tertinggal lupa
dari budaya,bahasa hingga ke agama
mungkin dijajah pemangkin suasana

gerobok baju Sepanyol kata almari
tempat tidur katil bahasa India
bahasa baku ramai yang tak sudi
lir Melayu kurang berbendahara kata

ada juga perkataan kita seantero
mat salleh gagal mengubah teloh
terpaksa sebut durian dan rambutan
tidak lupa juga ' orang hutan '

bahasa kita banyak turas nya
setiap kata ada talib nya
cuma berbeda ia bersemayam
tapi berkembar kata menepas faham

bahasa TaGalog arti TakElok
*kung ang puno siya ang bunga *
Filipina bercakap mirip secocok
orang Melayu dengar terpinga

*pokok epal menghasilkan buah epal*

kalam bentara
ada kata mengguna arab
pantun anda berdua tak terjawab
banyak sekali rangkap diungkap
tak dapat sembilan jawab serangkap

kelana
memang begitulah orang berniaga
kadang untung dan rugi semasa
kadang saham timbul tenggelam
kadang berlengan bantal tanpa tilam

panjang lebar orang menyampah
pendek sejengkal orang menyumpah
kadang menjual naik letih
tak ada langsung orang ketageh

rasa tak hampa tidak pun rugi
kita fidyahkan aura diri
disebalik cermin ada wajah
siapa kita dan apa kah kita

mbah
terimakaseh bentara sudi mengetuk
mungkin ramai yang bertugas sibuk
atau letih naik kantuk
mungkin diri berkocak amuk

bila tiada diminta ada
dah ada berpura jiwa
memang begitu lumrah manusia
peri berbunyi rambang mata

makan maseh pingin disuap
ditanya baru menjawab
rela diri duduk dalam gelap
membisu seolah belo bengap

ada kata mengguna Arab
tahi unta tumfuk-tumfuk
ada tanya tiada terjawab
ada terjawab tanpa diharuk

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:167
posted:4/26/2011
language:Indonesian
pages:28