pentaksiran

Document Sample
pentaksiran Powered By Docstoc
					4.0    HASIL KAJIAN

Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat beberapa maklumat yang dapat
dijadikan sebagai panduan di masa hadapan.

4.1    DAPATAN KAJIAN

Melalui kajian ini saya dapat menganalisis beberapa maklumat penting yang patut
diketahui oleh seorang guru pemulihan seperti ciri-ciri murid pemulihan, aspek
kelemahan dan juga cara mengatasi masalah mereka berdasarkan sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Oleh itu, dapat saya simpulkan disini tentang responden saya Muhd Hanif
merupakan seorang murid Tahun 2. Dia merupakan salah seorang murid pemulihan
yang sedang menjalani pembelajaran di bawah seliaan guru pemulihan bagi subjek
Bahasa Melayu dan Matematik.

Muhd Hanif mempunyai kelemahan yang agak kritikal dalam kemahiran matematik.
Oleh itu, sebagai bakal guru saya harus mengkaji kemahiran-kemahiran matematik
yang telah dikenalpasti sebagai kawasan kelemahannya.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh Muhd Hanif ialah tidak dapat
menguasai kemahiran 4M iaitu kemahiran menulis, membaca, menaakul dan
mengira. Oleh itu, guru harus menekankan aspek-aspek 4M kepada dia agar dia
dapat pulih dari masalah matemati yang dihadapinya.

Apabila melakukan pengujian terhadap dia, saya dapati komponen-komponen
kemahiran matematik yang menjadi kelemahannya ialah dia tidak mengenal bentuk-
bentuk asas seperti segi empat, bulat dan segit tiga.

Selain itu, dia juga tidak dapat menguasai konsep masa seperti waktu dan jam, hari,
minggu, bulan dan tahun. Dari konsep wang , dia juga masih tidak dapat
mengenalpasti not wang yang digunakan melainkan not RM 1 dan RM5.

Dari segi mengenal angka dia hanya dapat mengenal angka 0 hingga 9 namun dia
tidap dapat menyusun angka-angka ini secara turutan menaik dan menurun dengan
tertib dan betul. Justeru, dia tidak dapat membezakan kuantiti yang banyak atau
sedikit.
4.2         CARA MENGATASI

Berdasarkan permasalahan-permasalahan yang timbul, guru harus merancang
strategi P&P dengan rapi dan sistematik. Ketika merancang p&p guru hendaklah
menilai minat dan kecenderungan murid terlebih dahulu kerana hal ini sangat
penting untuk menjamin keseronokkan murid dan dapat membantu mereka dalam
menumpukan perhatian lebih lama kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung.

Guru juga boleh mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
seperti menggunakan teknik permainan nombor seperti Permainan Domino Nombor.

Contohnya:




Aktiviti Permainan Domino Nombor

Bahan : kad domino dan kad 1 hingga 9 (3set)

Pemain : 3orang

Peraturan :

      1. Kocokkan kad angka dan edarkan sama rata kepada pemain.
      2. Kocokkan kad domino dan telangkupkan di atas meja.
      3. Pemain pertama dikehendaki membuka satu kad domino dan memadankan
            kad ini dengan kad angka yang dipegangnya. Jika terdapat kad angka yang
            sepadan , pemain menyimpan kedua-duanya secara berasingan.
      4. Pemain pertama membuka kad domino yang kedua pula. Jika tiada kad
            angka yang sepadan dengannya, kad domino ini diletakkan semula di bawah
            kad domino, dan giliran membuka kad domino beralih kepada pemain kedua.
      5. Pemain pertama yang berjaya memadankan semua kad angkanya dengan
            kad domino adalah pemenang.




      5.0      KESIMPULAN
Secara tuntasnya, sebagai seorang bakal guru kita mestilah peka dengan setiap
anak murid kita kerana setiap dari mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan
yang berbeza. Oleh itu, setelah mengenal pasti kelemahan mereka secara spesifik
guru hendaklah merancang cara untuk membantu memulihkan mereka dari
masalah yang dihadapi.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:83
posted:4/25/2011
language:Malay
pages:3