Docstoc

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PIBG

Document Sample
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PIBG Powered By Docstoc
					                            TEKS PENGACARA
                MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia TUAN HJ. MISLAN BIN HJ. KARMANI
Pegawai Daerah Muar

                            Seiring madah pantun bersambut
                            Dalam senyum penghidang tamu
                              Mesra berdakap kasih terpaut
                             Persilakan tamu sambut dipintu

                         Lenggang bertapak seni memandang
                             Silat Sendeng menyusun jari
                            Salam sembah selamat datang
                               Sudi tuan ke majlis kami


Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berbahagia TUAN HJ. MISLAN BIN HJ. KARMANI
Pegawai Daerah Muar ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-37 Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar

Assalamualaikum wrt wbkt.

1. Yang berbahagia,
TUAN HJ. MISLAN BIN HJ. KARMANI
Pegawai Daerah Muar


2. Yang Berusaha ( Pegawai PPD )

  _______________________________________________________________________

3. Yang Dihormati
TUAN HJ KADIR BIN LAHAM
Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1 serta
Ahli Jawatankuasanya

4. Yang berusaha lagi dihormati
PUAN RAMLAH BINTI ABDUL RAHMAN
GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1

5. Yang Dimuliakan para ibu , bapa dan penjaga murid
6. Guru-guru serta hadirin sekelian

Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia.



                                                                                  1
KICAU BURUNG SAHUT-SAHUTAN,
BUNYINYA INDAH TIDAK TERKATA,
YANG DINANTI SUDAH DATANG
SAYA CUBA MEMBUKA KATA

SIRIH BERHIAS SEULAS PINANG,
INDAH BUDAYA WARISAN ZAMAN,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA KALAM

Bersyukur kita kehadrat illahi ya rabbi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya, dengan iradat
dan inayahNya, dipertemukan kita semua pada petang yang berbahagia ini, di majlis yang
permai, indah lagi gemilang iaitu

     MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE-37 PIBG
               SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU 1 MUAR

Pihak majlis berasa penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan di majlis ini. Terima kasih atas luangan masa, komitmen tenaga serta kesudian untuk
turut sama menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh
cemerlang dan membawa makna kepada kita semua.


Persembahan 1

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
MENYUSUN LANGKAH SEMERDU IRAMA
TARIAN INANG KIPAS KINI DIPERSEMBAH

Sebagai pembuka majlis dengan ini dipersilakan Kumpulan Tarian Inang Kipas untuk membuat
persembahan . Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Inang Kipas yang telah membuat persembahan tadi .
Untuk makluman hadirin sekelian kumpulan tarian itu tadi telah mendapat bimbingan dan tunjuk
ajar daripada Puan Siti Rohani bte Sheik Ibrahim




                                                                                                2
Persembahan 2

ACARA SETERUSNYA MEMANG ISTIMEWA
MURID KHAS KESAYANGAN SEMUA
RAMA-RAMA NAMA LAGUNYA
CHICKEN DANCE LENGGOK TARI

Dengan ini majlis mempersilakan murid-murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ) untuk membuat persembahan . Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ) yang telah membuat persembahan itu tadi.

Persembahan 3

TANJUNG EMAS SUDAH TERNAMA
ISTANA JOHOR DI KUALA DANGA
PERSEMBAHAN NASYID MENERUSKAN ACARA
SEBAGAI HALWA SANTAPAN TELINGA

Dipersilakan Kumpulan KHAIRUN NUR untuk menyampai dua buah nasyid yang bertajuk
GENARASI TERPUJI dan ..........................................................

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan KHAIRUN NUR yang telah mendapat bimbingan
dan tunjuk ajar daripada Ustazah Najiha bte Abd Kadir

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekelian ,
Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2010 sehingga kini . Marilah kita
saksikan bersama-sama




                                                                                            3
Untuk makluman hadirin sekelian, tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En
Tan Kiong Beng dengan kerjasama semua warga SK. Sultan Abu Bakar 1. Terima kasih dan
tahniah diucapkan.

DOA

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada persembahan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Hadirin yang dimuliakan
Bagi memuliakan lagi majlis ini , marilah sama-sama kita menadah tangan , memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat . Untuk itu majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz
Fadhil Bin Mohd Amin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan Ustaz

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Fadhil Bin Mohd Amin atas
pimpinan bacaan doa itu tadi


UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

TAMPAK CAHAYA JAUH DI KUALA,
KERDIPAN CAHAYA MENAWAN HATI,
YANG DI PERTUA KITA PERSILA,
UCAPAN DIBERI KITA HAYATI.

Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diiring”, maka majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang dihormati, Tuan Hj Kadir Bin Laham Yang DiPetua PIBG Sekolah
Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Demikianlah ucapan alu-aluan oleh Yang dihormati, Tuan Hj Kadir Bin Laham Yang DiPetua
PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1 . Majlis merakamkan setinggi-tingi penghargaan
terima kasih.




                                                                                              4
UCAPAN GURU BESAR

Bukan keris tanpa hulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya

Meneruskan acara, majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha lagi dihormati
PN. RAMLAH BTE ABDUL RAHMAN, Guru Besar SK. Sultan Abu Bakar 1 untuk
menyampaikan ucapan beliau
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


UCAPAN PERASMI MAJLIS

- Dipersilakan oleh Puan Guru Besar

Dengan berakhirnya ucapan persmian sebentar tadi, maka dengan ini rasmilah sudah Mesyuarat
Agong Tahunan PIBG kali ke-37 SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia TUAN HJ. MISLAN BIN HJ. KARMANI
PEGAWAI DAERAH MUAR kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan sekaligus
merasmikan majlis kita pada hari ini.


ANUGERAH GURU TAHUN 6

DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
TIDAK JEMU MENGALIRKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN KATANYA MENJADI HIKMAT

Hadirin hadirat yang budiman ,
Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus dan
bekerja keras tanpa mengira hari dan waktu demi meningkatkan prestasi UPSR 2010 pihak PIBG
SK. Sultan Abu Bakar 1 telah berbesar hati untuk memberi penghargaan khas kepada guru-guru
ini .
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Tn. Hj. Kadir bin
Laham Yang DiPertua PIBG untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Mislan Bin Karmani
Pegawai Daerah Muar naik ke pentas sekali lagi untuk menyampaikan penghargaan tersebut .
Dipersilakan

__________________________________________________________________________




                                                                                             5
Dipersilakan untuk naik ke pentas

   1. Yg berusaha lagi dihormati
      Pn. Ramlah bte Abdul Rahman – selaku Pentadbir yang sentiasa perihatin dan berusaha
      untuk meningkatkan prestasi sekolah . Beliau tidak putus-putus mencurahkan tenaga ,
      memberi buah fikiran dan mencari jalan untuk meningkatkan prestasi murid-murid
      sekolah ini

   2. Yang dikasihi – Pn. Kalthom Bte Mohd Salleh – Guru Penolong Kanan Pentadbiran
   3. Pn. Hjh Kamsinah binti Sarpin – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
   4. Pn. Sabariah bte Kadri – Guru Penolong Kanan Kokurikulum




   Terima kasih dan syabas diucapkan kepada gadingan guru-guru ini sehingga tercapainya
   target yang disasar.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan , majlis mempersilakan Yang Dihormati
Tn. Hj. Kadir bin Laham YDP PIBG untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Tn. Hj. Mislan Bin Karmani Pegawai Daerah Muar . Dipersilakan .

Terima Kasih Tuan .

Dalam diam tak diam, Kita telahpun berada penghujung acara




                                                                                            6
IKAN BERENANG DI DALAM LUBUK,
IKAN BELIDA DADANYA PANJANG,
ADAT PINANG PULANG KE TAMPUK,
ADAT SIREH PULANG KE GAGANG.

GUGUR MENGUNING BUAH KUINI,
MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA,
MAJLIS KITA BERAKHIR DISINI
SILAP DAN SALAH LUPAKAN SAJA
SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI
SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DIHATI

Untuk akhirnya pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tetima kasih kepada
tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin, hadirat dan semua yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam mengendalikan MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG
TAHUNAN KALI KE-37 PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU 1 MUAR

Sebelum Mesyuarat Agong diteruskan , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Ramlah Binti Abdul Rahman Guru Besar SK. Sultan Abu Bakar 1 menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Mislan Bin Karmani Pegawai Daerah Muar ke Bilik
Jamuan . Dipersilakan .

Dengan ini majlis saya serahkan kepada Yang dihormati Tuan Hj. Kadir bin Laham Yang
Dipertua PIBG SK. Sultan Abu Bakar 1 untuk meneruskan acara

Sekian, wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….




                                                                                           7

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:9532
posted:4/25/2011
language:Malay
pages:7