AKAUN KAWALAN

Document Sample
AKAUN KAWALAN Powered By Docstoc
					AKAUN KAWALAN
OLEH CIKGU SAIDI
APAKAH AKAUN KAWALAN?
   Akaun kawalan ialah ringkasan daripada semua
    akaun dalam lejar/akaun penghutang dan
    pemiutang. Maksudnya disini ialah akan wujud satu
    akaun untuk semua penghutang dan satu akaun
    untuk semua pemiutang.
BAGAIMANA IA DISATUKAN?

 LEJAR PENGHUTANG   AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

 Akaun Ahmad        Merangkumi
 Akaun Abu
                    semua akaun
 Akaun Ali
 Akaun Lim          penghutang


 LEJAR PEMIUTANG    AKAUN KAWALAN PEMIUTANG
 Akaun Hashim       Merangkumi
 Akaun Abuya
                    semua akaun
 Akaun Alisa
 Akaun Lim G        pemiutang
APAKAH KEPENTINGANNYA?
   Menyemak catatan dalam lejar penghutang dan
    pemiutang adalah tepat dan betul
   Memastikan tiada penyelewengan catatan berlaku
    kerana akaun kawalan disediakan oleh orang yang
    berlainan daripada orang yang menyediakan
    akaun penghutang dan pemiutang
AKAUN KAWALAN PENGHUTANG
   Akaun kawalan penghutang bertindak sebagai
    wakil kepada semua akaun penghutang.
    Kedudukan debit dan kredit adalah sama seperti
    akaun penghutang. Proses catatan bermula
    daripada akaun penghutang secara individu dan
    kemudian akan direkod ke dalam akaun kawalan
    penghutang pada akhir setiap bulan
FORMAT
               AKAUN KAWALAN PENGHUTANG
Baki b/b                    1000 Pulangan Jualan/masuk                100
Jualan                      2000 Bank                                1000
Faedah                       200 Diskaun diberi                       150
Cek tak Layan                500 Hutang Lapuk                         100
Diskaun diberi (dibatalkan)  150 Kontra                               300
Angkutan                     250 Baki h/b                            2550
                            4100                                     4100


*Jualan tunai, Peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk terpulih tidak boleh
direkod dalam akaun kawalan penghutang
AKAUN KAWALAN PEMIUTANG
   Akaun kawalan pemiutang pula bertindak sebagai
    wakil kepada semua akaun pemiutang. Rekod untuk
    debit dan kredit adalah sama seperti merekod
    catatan dalam akaun pemiutang. Proses catatan
    bermula dengan akaun pemiutang secara individu
    dan seterusnya catatab dibuat pada akaun
    kawalan pemiutang pada akhir setiap bulan.
FORMAT
                 AKAUN KAWALAN PEMIUTANG
Pulangan belian/keluar      100 Baki b/b                           1000
Bank                        700 Belian                             1500
Diskaun diterima            200 Faedah                              150
Kontra                      500 Cek tak layan                       100
Diskaun diberi(dibatalkan) 150 Diskaun diterima (dibatalkan)        300
Baki h/b                        Angkutan                            250
                           1650
                           3300                                    3300

 *Belian tunai tidak boleh direkod dalam akaun kawalan pemiutang
CATATAN KONTRA
   Apabila berlaku transaksi membeli dan menjual
    dengan orang yang sama, maka kontra akan wujud
    pada akaun kawalan.
   Contohnya perniagaan kita membeli barang
    dengan Perniagaan Abu dan pada masa sama
    perniagaan kita turut menjual dengan Perniagaan
    Abu.
    CARA MEREKOD TRANSAKSI KONTRA
    Urusniaga pertama: Perniagaan Ali (rujuk sebagai
     perniagaan kita) membeli barang secara kredit sebanyak
     RM500 dengan Perniagaan Mutu dan pada masa sama
     menjualnya secara kredit sebanyak RM1000.
    DI LEJAR PENGHUTANG
                          PERNIAGAAN MUTU

                                   Kontra               500

     DI LEJAR PEMIUTANG
                          PERNIAGAAN MUTU



    Kontra                   500
*REKODKAN JUMLAH PERBEZAAN IAITU 1000-500=500
   Urusniaga kedua: Ali turut melakukan urusniaga yang sama
    dengan Perniagaan Chong iaitu membeli sebanyak RM800 dan
    menjual sebanyak RM400 secara kredit.
    DI LEJAR PENGHUTANG
                          PERNIAGAAN CHONG

                                     Kontra          400

    DI LEJAR PEMIUTANG

                          PERNIAGAAN CHONG

    Kontra                    400

    *REKODKAN JUMLAH PERBEZAAN IAITU 800-400=400
…KEMUDIAN REKODKAN KE AKAUN
KAWALAN

                 AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

                                  Kontra    900



                  AKAUNKAWALAN PEMIUTANG

Kontra                      900




*REKODKAN JUMLAH KONTRA IAITU 400+500=900
RUMUSANNYA…
   Apabila berlaku banyak urusniaga, kemungkinan
    menyebabkan berlaku kesilapan dan penipuan oleh
    pihak tertentu dalam perniagaan. Dengan
    wujudnya akaun kawalan penghutang dan akaun
    kawalan pemiutang ini, kesilapan dan penipuan
    dapat dikesan melalui perbezaan pada jumlah
    penghutang dan pemiutang.