Docstoc

hbhe2203 BAHAGIAN A

Document Sample
hbhe2203 BAHAGIAN A Powered By Docstoc
					BAHAGIAN A
1. Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada
didalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut.




2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi
mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu
disimpan.


(a) Makanan Kering
Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan
tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.


(b) Makanan Basah
Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria.
Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan
mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan
mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.




3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat.
1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi


4. Jelaskan kitaran haid.
Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi.Haid dicirikan
dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga
35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini
berbeza antara individu.
Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesterone akan
merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus.
Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran
Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan
dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan
terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya
ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku
kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan
sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau
tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan.
5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh
kehamilan.


1. Pemeriksaan Kesihatan Berkala
2. Amalan Senaman dan Makanan Seimbang
3. Rehat, Istirehat dan Sokongan Emosi


6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja
semasa berlakunya perubahan sosial mereka.


Sebagai produk sosial (hasil proses sosialisasi), konsep kendiri dipelajari dari pengalaman yang
berulang dan berterusan. Kita tidak dilahirkan dengan konsep kendiri. Kita mempelajari
kemahiran sosial sama seperti kita belajar kemahiran menggunakan anggota fizikal kita.
Pembelajaran sosial kita bermula di rumah. Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan
dengan masyarakat umum, dia akan mula belajar perlakuan sosial yang baru atau sekadar
memperkukuhkan pembelajaran sosial yang dipelajari dalam keluarga. Contohnya, bersalam
dengan orang yang lebih tua.


7. Berikan definisi delekuen juvanil.
Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan
undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur.


8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan?


Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang
iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping
melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas
(disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd.
Rahman, 1993).


9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.




10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga.


Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam
perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan
mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin
terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting.


Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan
kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk
membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah
agama


BAHAGIAN B


1. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia.


Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan
anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.
Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan
seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adikberadik mereka.
Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami.


(b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti.
Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan
anak mereka.
Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.




(c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga.


(a) Kebaikan Keluarga Nuklear
(i) Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa
campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau
perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk
keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah.
(ii) Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan
mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan
seperti mana di dalam keluarga extended.


(b) Keburukan Keluarga Nuklear
(i) Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan
sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku
konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yanglebih dewasa untuk
menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah.
(ii) Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan
ibu bapa.
(iii) Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah
secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan
fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.


2. (a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan
baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen
keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga.


1. Mengamalkan nilai moral dan agama
2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti
senaman atau fizikal
3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan
kesinambungan keluarga
4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
5. Berkongsi masa lapang
6. Memupuk sokongan sosial
7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi
8. Mempunyai keselamatan emosi




(b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga.


Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah
mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak
sihat.


Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah
negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.


Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input
berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak
badan bukan kerajaan (NGOs).


Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu
keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan
memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka
menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki
(Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).
(c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat
dilaksanakan.


Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan
Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli
keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih
amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, seseorang pelajar mempunyai
peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. Di rumah, mereka
mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana
rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan
kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah
dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya melalui peranan
persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan
warga sekolah yang sihat.




3. (a) Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan


(a) Peringkat Awal
Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio
sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang
melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan
dikeluarkan melalui tali pusat.
Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta
lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ
dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan
mula membesar dengan cepat.


(b) Peringkat Pertengahan
Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila
kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.
Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya
kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga
telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau
pergerakan bayinya.


(c) Peringkat Akhir
Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan
ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin
aktif.
Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk
dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen
bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat
bayi yang dilahirkan lebih awal.


(b) Jelaskan ketiga-TIGA peringkat kehamilan tersebut.


Perubahan buah dada Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar.
Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar
menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang
bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah
berubah.


Pening dan mabuk Mabuk atau „morning sickness‰ boleh berlaku di sekitar bulan ketiga
kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang
melampau akan menyebabkan si ibu muntah.


Kerap kencing Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana
kandungan menekan pada pundi kencing.


Bengkak kaki Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat
ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.


(c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.


4. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri.
(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh
(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian
(c) Pengurusan Pemakanan yang Sihat
(d) Pengurusan Tahap Kesihatan
(e) Pengurusan Berat Badan
(f) Pengurusan Tekanan (stress)


(b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.




(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab
menjaga tubuh badan dapat diterapkan.


Dalaman
Penjagaan dalaman iaitu pengambilan pemakanan yang sihat memainkan peranan penting
dalam penjagaan atau pemulihan tubuh. Makanan yang seimbang akan membekalkan zat
untuk setiap organ. Setiap Organ memerlukan zat yang berlainan untuk kesihatannya.


Luaran
Penjagaan luaran anggota tubuh lebih khursus kpd kaedah penjagaan kebersihan. Jika kita
tidak membersihkan tubuh badan, kita membenarkan kuman atau hama berumah dalam tubuh
kita. Keadaaan ini akan menyebabkan kita dijangkiti penyakit dan menjangkiti orang lain.


5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga.


Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada
keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai
daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak.
Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undang-
undang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin
telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk
kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi.


(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.


Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Kemiskinan


(c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk
setiap faktor.


Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan
Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai,
hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua
tanggungjawab.


Konflik Peranan dan Tanggungjawab
Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan
rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika
masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan
sebuah keluarga.


Kemiskinan
Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat
walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir
berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan (di negara
kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar
bandar).
TOPIK 1 PENGENALANKESIHATAN DIRI


- Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. - Tubuh
manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: kepala-leher, dada, tangan, abdomen dan
kaki.
- Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ contohnya otak, jantung dan
paru-paru.
- Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk menghargai dan
menjaganya.
- Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran. Pengurusan
kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian,
pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan
serta pengurusan tekanan.
- Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga, di klinik kesihatan atau
hospital dan juga di sekolah.
- Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan
kita.


TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI
! Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.
! Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi
komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera.
! Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah
berpandukan prinsip piramid makanan.
! Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk
dimakan.
! Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan
makanan.
! Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting. Kita perlu mengetahui jenis-jenis pemeriksaan
fizikal dan klinikal serta tujuannya.


TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
- Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam
lingkungan individu dan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke
peringkat optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
- Pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan:pendekatan
integrasi dan pendekatan bersepadu.
- Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga ialah penerokaan, lawatan dan
projek.
- Kandungan pendidikan kesihatan keluarga merangkumi tubuh badan manusia, kesihatan diri
dan keluarga serta nilai moral dan agama.
- Tubuh badan manusia mempunyai sepuluh sistem utama iaitu: sistem rangka, sistem
penghadaman, sistem otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem
kardiovaskular, sistem reproduktif, sistem perkumuhan dan sistem respiratori.
- Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada kebersihan tubuh badan,amalan pemakanan
sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yang baik tidak
merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan juga isu-isu berkaitan
institusi perkahwinan.
- Nilai moral dan agama berkait rapat dengan masalah kesihatan seksualiti dan gender.
- Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat dan memupuk
sikap positif terhadap sesuatu perkara berkaitan kesihatan.
- Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk berubah kepada
suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang dikehendaki untuk menjaga
kesihatan.
- Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan peranan dan
tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.


TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA


- Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada zakar, testis, kelenjar prostat dan urethra.
- Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada ovari, saluran Fallopian,uterus, lapisan dinding
uterus, servik dan faraj.
- Kedatangan haid adalah petunjuk utama akil baligh seseorang perempuan dan organ
reproduktif telah berfungsi.
- Ihtilam atau mimpi basah adalah petanda seseorang kanak-kanak lelaki telah akil baligh.


TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA
! Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang untuk lebih bersedia
untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat.
! Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu: pergerakan sperma, pergerakan
persenyawaan dan pembahagian sel.
! Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal (first trimester), peringkat
pertengahan (second trimester) dan peringkat akhir (third trimester).
! Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal yang mendadak
seperti perubahan saiz buah dada, pening dan mabuk, kerap kencing dan bengkak kaki.
! Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala, senaman ibu hamil,
memakan makanan seimbang.
! Ibu hamil perlu berehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental daripada keluarga
juga amat penting.


TOPIK 6 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


- Topik ini telah membincangkan perubahan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja.
- Sebagai ibu bapa, mungkin ramai daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk mendidik
anak.
- Mungkin cara yang kita gunakan itu sama atau diubahsuai daripada cara ibu bapa kita
mendidik kita dahulu. Perkara utama yang harus kita ingat dalam aspek mendidik anak ialah
perubahan semasa dalam bidang teknologi maklumat, sosiobudaya, ekonomi dan sebagainya
yang menuntut kita mengurus perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial
seseorang kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.
- Terdapat banyak teori berkaitan perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial
manusia.
- Teori dan praktikal atau aplikasi adalah perkara yang saling berkaitan atau mungkin tidak
berkaitan.
- Andaian yang terdapat dalam teori mungkin praktikal atau tidak praktikal apabila dilaksanakan.
- Kita perlu ingat bahawa teori memberi panduan kepada kita sebagai seorang pendidik atau ibu
bapa dalam memahami dengan lebih jelas persoalan atau isu-isu perkembangan seseorang
kanak-kanak hingga ke tahap dewasa.


TOPIK 7 TINGKAH LAKU SOSIAL
- Imej kendiri yang positif dipelajari melalui proses sosialisasi oleh keluarga dan masyarakat.
- Harga diri, konsep kendiri yang positif serta hidup berkasih sayang membantu seseorang
berkembang sebagai orang yang berjaya.
- Harga diri dan konsep kendiri yang rendah menyebabkan seseorang cenderung untuk tidak
menjaga kehormatan diri dan mudah terdedah kepada perlakuan delekuen juvenil.
- Perubahan psikologi semasa remaja banyak mempengaruhi perlakuan remaja khasnya yang
berkaitan dengan perkembangan sosial.
- Kekurangan kemahiran menjaga kehormatan diri boleh menyebabkan masalah kehamilan
remaja.
- Masalah kehamilan remaja boleh membawa pelbagai implikasi kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan rohani.


TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN


- Perkahwinan adalah pra-syarat untuk menubuhkan sebuah keluarga baru.
- Keluarga ialah unit paling asas dalam pembentukan sebuah masyarakat.
- Terdapat tiga jenis keluarga iaitu keluarga nuklear, keluarga extended dan keluarga poligami.
- Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga meliputi kerukunan rumahtangga, meluangkan masa
bersama keluarga dan menjaga kebajikan keluarga.
- Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani atau
pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. Perkahwinan Islam
pula memerlukan proses merisik atau meminang, bertunang dan seterusnya bernikah.




TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA


- Keluarga adalah unit asas kepada sesebuah masyarakat.
- Kebahagiaan keluarga adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat.
- Amalan sembahyang bersama, makan bersama keluarga serta rekreasi bersama keluarga
memperkukuhkan jalinan sesama ahli keluarga.
- Jika institusi keluarga kukuh dari segi keperluan ekonomi, ilmu dan rohani maka kukuhlah
sesebuah masyarakat itu.
- Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain serta
keluarga.
TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN


- Keruntuhan rumahtangga boleh berpunca daripada kurang penghayatan terhadap konsep
kekeluargaan, konflik peranan dan tanggungjawab serta kemiskinan.
- Penderaan seperti gangguan seksual, keganasan terhadap pasangan serta penderaan kanak-
kanak menjadi isu yang perlu diberi perhatian.
- Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk membantu dan memulihkan keluarga dan
mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga.
- Undang-undang kekeluargaan seperti akta, enakmen dan ordinan berbeza antara negeri dan
juga di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:84
posted:4/21/2011
language:Malay
pages:14