Format Akaun Kunci Kira Kira - PowerPoint by mfg40392

VIEWS: 1,154 PAGES: 22

More Info
									           BAB 3
     KEMASUKAN PEKONGSI



Prosedur Kemasukan Pekongsi

Perkara yang dipertimbangkan semasa kemasukan
pekongsi baru:

Penilaian semula aset

Penilaian nilainama



Tujuan: Menjaga kepentingan pekongsi lama dari
segi usaha mereka menubuh dan menjalankan
perniagaan selama ini. Ia penting bagi memastikan
nilai sebenar perniagaan semasa kemasukan
pekongsi baru.
          Penilaian Semula Aset


Rasional Penilaian Semula Aset

 Aset perniagaan dinilai semula bagi menentukan nilai
  sebenar sebelum kemasukan pekongsi baru.
 Ia ditentukan daripada nilai semasa aset di tolak
  dengan liabiliti.
 Nilai ini akan diguna oleh pekongsi lama untuk
  menentukan berapa harga atau nilai yang perlu dibayar
  oleh pekongsi baru.
 Ini dapat mengelak pekongsi baru mendapat faedah
  dari kenaikan nilai aset perniagaan tanpa membayar
  premium tambahan. Sebaliknya, jika nilai semasa
  aset perniagaan jatuh sebelum kemasukan pekongsi
  baru dan penilaian semula tidak dilakukan, maka
  pekongsi baru akan menanggung kerugian tersebut.
Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 33)
Tatacara Merekod Penilaian Semula Aset

   Satu akaun sementara iaitu akaun penilaian
    semula aset dibuka apabila penilaian semula aset
    dilakukan. Tujuannya ialah merekod segala
    peningkatan dan penurunan nilai aset dan lain-
    lain pelarasan spt. catatan tidak lengkap, belanja
    penilaian semula serta segala belanja atau hasil
    yang tertinggal untuk dicatatkan dalam akaun
    untung rugi.
Catatan Urusniaga Penilaian Semula Aset

Bagi aset yang mengalami kenaikan nilai:

Debit Akaun aset
  Kredit      Akaun penilaian semula aset

Bagi aset yang mengalami penurunan nilai:

Debit Akaun penilaian semula aset
  Kredit     Akaun aset
Belanja yang belum direkod:

Debit Akaun penilaian semula aset
  Kredit     Akaun belum bayar (liabiliti)

Hasil yang belum direkod:

Debit Akaun belum terima (aset)
  Kredit     Akaun penilaian semula aset
Lebihan dalam penilaian semula aset (keuntungan):

Debit Akaun penilaian semula aset
  Kredit      Akaun modal/akaun semasa pekongsi lama
       (Mengikut nisbah agihan untungrugi yang lama)

Kurangan dalam penilaian semula aset (kerugian):

Debit   Akaun modal/akaun semasa pekongsi lama
        (Mengikut nisbah agihan untungrugi yang lama)
   Kredit      Akaun penilaian semula aset

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 35)
            Penilaian Nilainama


Pengenalan

   Nilainama merupakan aset tidak ketara tetapi boleh
    memberi keuntungan kepada perniagaan pada masa
    hadapan.
   Contoh: keupayaan atau kekuatan luar biasa dalam
    sesuatu kemahiran(expertise), pengalaman, penyelidikan,
    kuasa monopoli, mutu pengeluaran atau mutu pekerja
    yang baik dll.
   Didefinasikan sebagai perbezaan antara nilai perkongsian
    sebagai entiti berterusan dengan nilai keseluruhan aset
    perkongsian (selepas ditolak liabiliti).

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 40)
Kepentingan Nilainama

   Sebelum perubahan dibuat dalam perkongsian, nilainama
    yang wujud dan tidak tercatat di dalam akaun perkongsian
    perlu diiktiraf dan diagihkan kepada perkongsain lama
    terlebih dahulu.
   Tujuannya untuk mengelak hak atau kepentingan tidak
    tercatat kepunyaan setiap pekongsi lama dari berpindah
    kepada pekongsi baru tanpa sebarang premium.
   Maka, pengiktirafan nilainama perlu dibuat sebelum
    berlaku perbuahan di dalam perkongsian yang disebabkan
    oleh:
          Perubahan di dalam nisbah agihan untung dan rugi;
          atau
          Persaraan; atau
          Kemasukan pekongsi baru.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 41)
Definisi Nilainama

Beberapa definisi nilainama:

   Nilai keseluruhan firma ditolak dengan nilai saksama aset
    ketara. Nilai keseluruhan firma diperolehi melalui
    pelbagai cara antaranya melalui penilaian oleh penilai
    profesional.
   Persepsi masyarakat perniagaan terhadap sesebuah firma.
   Nilai disebabkan oleh keupayaan atau kekuatan luar biasa
    dalam sesuatu kemahiran(expertise), pengalaman,
    penyelidikan, kuasa monopoli, mutu pengeluaran atau
    mutu pekerja yang baik dll.
   Nilai disebabkan ciri atau keadaan yang baik bagi
    emebolehkannya mendapat keuntungan luar biasa.
Ciri-Ciri dan Sumber Nilainama

Ciri-ciri:

   Tidak boleh dilihat secara zahir.
   Tidak memiliki ciri fizikal.
   Tidak boleh dirasa dan dipindah secara zahir.
   Suatu kualiti yang abstrak dan sukar untuk meletakkan
    nilai ke atasnya.
Sumber-sumber:

   Nama baik pemilik seperti individu yang terkenal dan
    mempunyai reputasi yang baik.
   Kualiti barangniaga yang telah dikenali ramai.
   Lokasi perniagaan yang baik.
   Kuasa monopoli.
   Lesen perniagaan yang eksklusif spt. paten, jenama dan
    francais.
   Memiliki kontrak strategik spt. tender membekal makanan
    15 tahun lamanya.
Kaedah Pengiraan Nilainama

Purata Untung Bersih

   Kaedah ini menggunakan purata untung bersih dan
    didarabkan dengan satu pembolehubah yang dipanggil
    'nombor tahun belian'.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 47)
Purata Wajaran


   Kaedah ini menggunakan purata untung bersih iaitu
    membahagikan jumlah untung beberapa tahun dgn angka
    wajaran. Setelah purata untung diperolehi, ianya
    didarabkan dgn 'nombor tahun belian'.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 47)
Nilai Bersih Purata Untung Bersih

   Kaedah ini menggunakan purata untung bersih ditolak
    dgn jumlah gaji pekongsi dan hasilnya didarabkan dgn
    'nombor tahun belian'.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 48)
Untung Luarbiasa

   Kaedah ini mencadangkan nilainama dikira melalui
    formula berikut:

    Purata untungbersih            x
    Tolak: Gaji pekongsi           x
    Tolak: Pulangan atas modal     x
                                   y

    y merupakan untung luarbiasa

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 49)
Anggaran Keuntungan Masa Hadapan

   Kaedah ini mencadangkan nilainama dikira melalui
    menolakkan keuntungan yang dianggar setahun dgn gaji
    pekongsi dan nilai ini dipermodalkan pada kadar pulangan
    perniagaan (rujukan perniagaan sejenis) dan kemudian
    ditolak dgn jumlah harta bersih perniagaan.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 50)
Pembayaran Premium Untuk Nilainama

   Pekongsi baru yang menyertai perkongsian perlu
    membayar sejumlah wang iaitu sbg sumbangan modal dan
    premium. Premium adalah gantirugi kepada pekongsi
    lama kerana membenarkan pekongsi baru menyertai
    perkongsian dan berkongsi untung atau rugi perniagaan di
    masa hadapan.
Beberapa kaedah pembayaran premium, antaranya:

   Pembayaran premium dibuat secara persendirian tanpa
    melibatkan perkongsian. Tiada rekod dibuat di dalam
    akaun perkongsian. Wang dibayar terus kpd pekongsi
    lama.
   Pembayaran premium dibuat melalui perkongsian kpd
    pekongsi lama. Kesannya sama spt di (a).
   Pembayaran premium dibuat terus kpd perkongsian dan
    ianya tidak dikeluarkan.

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 51)
Catatan Perakaunan

Nilainama Tercatat.

   Kesan drpd catatan ini, akaun nilainama akan wujud
    dalam kunci kira-kira. Kaedah merekod adlh spt. di
    bawah:

Debit Akaun Nilainama
  Kredit      Akaun Modal Pekongsi
       (Mengikut nisbah agihan untungdan rugi lama)
Nilainama Tidak Tercatat.

   Kaedah ini sama spt kaedah nilainama tercatat tetapi
    terdapat catatan tambahan spt berikut:

Debit Akaun Nilainama
  Kredit      Akaun Modal Pekongsi
       (Mengikut nisbah agihan untungdan rugi lama)
   Utk menghapuskan nilainama, akaun modal pekongsi di
    debitkan semula (termasuk pekongsi baru) dan akaun
    nilainama di kreditkan.

Debit Akaun Modal Pekongsi
  (Semua akaun modal pekongsi termasuk pekongsi baru di
  debit mengikut nisbah agihan untungrugi yang baru)
  Kredit        Akaun Nilainama

Contoh (Perakaunan Perkongsian di Malaysia:m/s 53)

								
To top