Format Terkini Resume - PDF

Document Sample
Format Terkini Resume - PDF Powered By Docstoc
					  PERHATIAN KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR UKM



                                      HARI KERJAYA UKM 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri akan menganjurkan Hari       Kerjaya UKM 2008 yang
ke 26 pada 12-15 Februari 2008 di DECTAR. Bersempena dengan itu, pihak kami dalam proses untuk
mengumpul resume-resume pelajar tahun akhir .

Sila serahkan resume anda kepada wahidah@ukm.my       selewat-lewatnya pada 31 Januari 2008.
Sila “save” maklumat resume anda dengan memberi nama, fakulti dan program (secara ringkas) untuk
memudahkan pihak kami mengasingkan resume anda mengikut program. Contoh :-



Nama                                 : Ila Nur Maisara Binti Ahmad Johari

Fakulti                              : Sains dan Teknologi

Program & pengkhususan              : Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Oleokimia)

PNGK (CGPA) terkini                 : 4.00

Sila “save attachment resume” anda dengan format berikut     :        Ila FST Oleokimia 4.00




                                      SEMINAR KERJAYA UKM
Kepada pelajar-pelajar yang telah menghadiri Seminar Kerjaya UKM 2008 yang dijalankan pada 5-6 Januari 2008
yang lalu, sijil penyertaan akan dikeluarkan hanya pada peserta yang menghadiri pada kedua-dua hari semasa
seminar berlangsung. Tarikh untuk pengambilan sijil akan diberitahu kemudian . Sila semak
e-pelajar dengan kerap kerana sebarang pengumuman akan di paparkan di dalam e-pelajar.
                               TAKLIMAT KERJAYA OLEH SYARIKAT
Taklimat kerjaya adalah salah satu program yang dijalankan bersempena dengan Hari Kerjaya. Bagi pelajar tahun
                                                                                            hari
akhir yang berminat untuk mengikuti sesi taklimat kerjaya, sila sahkan kehadiran anda sekurang-kurangnya 2
sebelum program dijalankan kerana tempat adalah terhad ( 200 pendaftaran pertama
sahaja ). Sila sahkan kehadiran anda dengan memberi maklumat berikut kepada mazlinda@ukm.my


Nama :

No.Matrik :

Fakulti :

Sesi taklimat yang ingin dihadiri (nama syarikat, masa dan tarikh) :

No. Telefon :



Kesemua taklimat ini akan dijalankan di   Auditorium Siswa HEP, Aras 2, Bangunan Pusanika,
UKM pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Januari – Mac 2008 (sila lihat jadual yang
diberikan).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Wahidah / Pn. Mazlinda 03-89214604 di Pejabat Hubungan Industri,
Bangunan Canselori, UKM. Sebarang perubahan untuk taklimat kerjaya akan diumumkan dari masa ke semasa di
e-pelajar. Diharap para pelajar dapat menyemak e-pelajar dengan kerap untuk mendapat maklumat terkini
berhubung dengan aktiviti Hari Kerjaya UKM 2008.

Harap maklum. Terima kasih 

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:199
posted:4/20/2011
language:Malay
pages:2
Description: Format Terkini Resume document sample