Format Akaun Kunci Kira Kira - DOC by cpt74056

VIEWS: 0 PAGES: 16

More Info
									                      ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA

                                   PENGENALAN


      Kawalan adalah fungsi utama yang kedua di dalam pengurusan. Sistem kawalan
di dalam perniagaan ladang adalah sama sebagaimana lain-lain industri. Ia
membolehkan pengurus memeriksa dan memerhati kemajuan, mengenalpasti masalah
yang memerlukan pengubahsuaian di dalam perancangan ladang, dan mengukur
sejauh mana keputusan sebenar menyimpang daripada matlamat dan objektif.
Kawalan boleh didefinisikan sebagai ukuran dan pembetulan keupayaan untuk
memastikan perancangan diikuti dan objektif boleh dicapai.


      Kawalan mengandungi dua tugas utama:


1.    merekod maklumat, dan
2.    menganalisis maklumat ini untuk mengenalpasti masalah dan tindakan
      pembetulan yang boleh diambil.


      Pemerhatian dan analisis bagi sesuatu ladang adalah proses yang berterusan,
oleh yang demikian masalah boleh dikenalpasti dan poembetulan boleh dilakukan
dengan segera. Biasanya, kebanyakan analisis didalam perniagaan ladang dibuat pada
akhir tahun apabila semua maklumat diperolehi daripada satu pusingan pengeluaran
dilengkapkan.


      Di dalam bahagian ini, kita akan membincangkan:-


1.    Kunci Kira-Kira dan analisisnya
2.    Penyata pendapatan dan analisisnya
3.    Analisis lengkap ladang
4.    Lain-lain rekod ladang yang berkaitan.




                                          1
                                 KUNCI KIRA-KIRA


      Kunci kira-kira adalah ringkasan keadaan kewangan bagi sesuatu perniagaan
pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana setiap pendapatan dan perbelanjaan
mempengaruhi keadaan kewangan, kunci kira-kira akan sentiasa berubah. Oleh sebab
itu, konsep masa mesti ditekankan didalam membincangkan kunci-kira-kira.
      Penyata kewangan biasanya memerlukan maklumat asas berkenaan jenis,
bilangan dan nilai harta yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan. Untuk mendapatkan
maklumat ini kita perlu menyediakan inventori.
      Inventori yang lengkap adalah senarai semua harta-harta kewangan dan fizikal
yang dimiliki oleh perniagaan. Ia melibatkan samada harta personel seperti ternakan,
jentera, padi, stok dan baki di bank dan juga hartanah seperti bangunan dan tanah.
Jika tiada rekod diperolehi, membuat inventori adalah langkah pertama didalam
menyediakan rekod ladang yang lengkap. Untuk menyiapkan sistem merekod yang
berguna, inventori mesti didalam nilai kewangan. Oleh itu, menyediakan inventori
mempunyai dua langkah; pengiraan fizikal dan penilaian.


Pengiraan Fizikal


      Bahagian fizikal bagi inventori mengandunmgi senarai dan penerangan bagi
setiap harta. Unit fizikal seperti mt, bilangan ternakan, hektar tanah adalah digunakan
untuk merekod kuantiti bagi setiap jenis harta. Oleh kerana objektif akhir inventori
adalah nilai kewangan bagi setiap harta yang dimiliki, pengiraan fizikal hendaklah
setepat yag boleh. Oleh itu pengalaman dan pertimbangan nilai yang baik adalah
penting.


Penilaian Inventori


      Kuantiti fizikal bagi harta yang dimiliki mestilah diubahkan kepada nilai
kewangan untuk melengkapkan kunci kira-kira dan penyata pendapatan. Proses
penilaian ini boleh dilakukan dengan beberapa kaedah untuk menggantikan nilai harta


                                           2
tersebut. Pemilihan kaedah penilaian adalah bergantung kepada jenis harta dan
kegunaan membuat inventori tesebut. Mana-mana kaedah yang dipilih hendaklah
mengikut kensep perakaunan "conservatism" dan "consistency" di dalam penilaian.
Conservatism menghalang penilaian yang terlalu tinggi terhadap harta, dan consistency
pula menekankan penggunaan kaedah yang sama disetiap masa. Kaedah-kaedah
penilaian yang boleh diambil adalah:-


1.    Harga pasaran bersih


      Kaedah penilaian ini meletakan nilai inventori sama dengan harga pasaran
semasa. Sebarang bayaran pemasaran seperti pengangkutan, komisyen jualan dan
yuran hendaklah ditolah untuk mencari nilai pasaran bersih. kaedah ini boleh
digunakan bagi semua jenis harta tetapi biasanya amat sesuai bagi harta yang
mempunyai tempoh masa pendek didalam aktiviti perniagaan yang normal dan harga
pasaran semasa mudah diperolehi. Contohnya padi, makanan ternakan, stok dan bon.


2.    Kos


      Kaedah ini amat berguna bagi barangan yang baru dibeli dimana rekod kos
masih bolih didapati. Makanan ternakan, baja, bekalan boleh dinilaikan berdasarkan
kepada kos asal dan tanah boleh juga dinilaikan dengan cara ini. Haera seperti
bangunan dan jentera yang bialanya kehilangan nilai atau susut nilai tidak boleh
menggunakan cara ini, kerana tiada harga belian untuk digunakan.


3.    Kos atau pasaran terendah


      Kaedah ini memerlukan penilaian harta mengikut kedua-dua harga pasaran
bersih dan kos dan menilai manakah yang paling rendah. Ini merupakan kaedah yang
konservatif, dimana ia meminimumkan peluang penilaian yang terlalu tinggi.
Menggunakan kaedah ini, harta yang nilainya mungkin meningkat disebabkan oleh
inflasi akan dinilaikan mengikut kos asal. Penilaian harta mengikut kos seperti ini akan
menghapuskan sebarang peningkatan nilai inventori mengikut masa disebabkan oleh


                                           3
inflasi atau peningkatan didalam harga. Apabila harga berkurangan sejak ia dibeli,
kaedah ini menghasilkan penilaian diperingkat nilai pasaran bersih.


4.        Kos Pengeluaran Ladang


          Keluaran yang dikeluarkan oleh ladang dan masih didalam pegangan apabila
inventori dibuat boleh dinilaikan pada kos pengeluaran. Kos ini adalah sama dengan
kos sebenar mengeluarkan keluaran tersebut tetapi tidak boleh dimasukkan
keuntungan atau sebarang kos lepas berkaitan dengan kos pengeluaran. Padi, kelapa
sawit dan ternakan boleh dinilaikan dengan kaedah ini jika rekod kos pengeluaran yang
baik diperolehi. Tanaman yang belum matang diladang pada masa inventori diambil
boleh menggunakan kaedah ini, dengan nilainya ditetapkan sama dengan perbelanjaan
sebenar pada masa tersebut. Adalah tidak bersesuaian menilaikan tanaman yang
sedang ditanam menggunakan hasil dan harga terjangka disebabkan oleh cuaca yang
tidak elok atau harga yang rendah sebelum dituai dan jualan akhir.


5.        Kos ditolak susutnilai


          Harta-harta yang memberikan perkhidmatan kepada perniagaan disepanjang
tahun tetapi kehilangan nilai mengikut masa disebabkan oleh usia, penggunaan atau
lapok sepatutnya dinilaikan pada kos tolak susutnilai. Contohnya, jentera, bangunan,
pagar dan lain-lain. Setiap tahun nilai harta akan dikurangkan dengan jumlah susutnilai
bagi tahun tersebut. Oleh itu, nilai pada tahun semasa adalah sama dengan kos asal
tolak jumlah terkumpul susutnilai dari tarikh pembelian hingga ke tarikh inventori. Nilai
ini dinamakan nilai buku.
          Susutnilai juga merupakan perbelanjaan bagi perniagaan dan boleh dilihat dari
sudut yang berbeza:-


     1.      Ia mewakili kehilangan nilai disebabkan aset digunakan didalam perniagaan
             untuk menghasilkan pendapatan.
     2.      Ia adalah tatacara perakaunan untuk mengagihkan kos asal disepanjang usia
             aset tersebut. Adalah tidak sesuai untuk menolak harga pembelian


                                            4
           sepenuhnya pada tahun aset dibeli oleh kerana aset tersebut akan
           digunakan untuk menghasilkan pendapatan untuk beberapa tahun.


     Sebelum membincangkan kaedah susutnilai beberapa istilah perlu difahamkan:-


1.      Usia guna - jangkaan bilangan tahun aset tersebut akan digunakan didalam
        perniagaan.
2.      Nilai baki atau nilai terminal - nilai aset pada akhir usia guna.


Kaedah Susutnilai


a.      Kaedah garis lurus/potongan tetap


                                                     Kos - Nilai baki
                            Susutnilai tahunan 
                                                       Usia guna
dan nilai baki pada tahun t


                                                   t(M0 - S)
                                     m t  M0 -
                                                      T
dimana,
        mt = nilai kini aset pada tahun t
        Mo = harga belian asal
        T = Usia guna
        S = nilai baki


Contoh:
        Harga asal = RM10,000
        Usia guna = 10 tahun
        Nilai baki = RM2,000




                                               5
                 Tahun          Susut nilai Tahunan         Nilai baki
                   0                      -                  10000
                   1                    800                   9200
                   2                    800                   8400
                   3                    800                   7600
                   4                    800                   6800
                   5                    800                   6000
                   6                    800                   5200
                   7                    800                   4400
                   8                    800                   3600
                   9                    800                   2800
                  10                    800                   2000


                         5 (10000 - 2000)
               m 5  1000 -
                                5
                   RM6000


b.      Susutnilai atas baki


        Kaedah ini ini mencerminkan dengan lebih tepat kejatuhan nilai sesuatu aset
menurut harga pasaran. Susutnilai tahunan adalah suatu peratus tertentu daripada
baki.


Contoh:
        Harga asal = RM10,000
        Usia guna = 10 tahun
        Faedah = 10%
                Tahun           Susut nilai Tahunan         Nilai baki
                   0                      -                 10000.00
                   1                 1000.00                9000.00
                   2                  900.00                8100.00
                   3                  810.00                7290.00
                   4                  729.00                6561.00
                   5                  656.10                5904.90
                   6                  590.49                5314.41
                   7                  531.44                4782.97
                   8                  478.30                4304.67
                   9                  430.47                3874.20
                  10                  387.42                3486.78
                Jumlah               6513.22                     -


                                            6
Nilai baki pada akhir tahun t


       mt =    M0 (1 – r)t
       m5 = 10000 (1 – 0.10)5
          = RM6561


c.     Jumlah angka tahunan


       Sesuai untuk melebihkan susutnilai sesuatu aset pada tahun awal digunakan.


Contoh:


       Kos asal = RM10,000
       Usia guna = 10 tahun
       Nilai baki = RM2,000


Jumlah angka tahunan = 1 + 2 + 3 + ...... + 10 = 55


       Tahun                  Kadar     Susutnilai Tahunan          Baki bersih
                             Tahunan
           0                     -           - 10000.00
           1                   9/55    9/55 X 8000 = 1309.09         7236.36
           3                   8/55    8/55 X 8000 = 1163.64         6072.73
           4                   7/55    7/55 X 8000 = 1018.18         5054.55
           5                   6/55    6/55 X 8000 = 872.73          4181.82
           6                   5/55    5/55 X 8000 = 727.27          3454.55
           7                   4/55    4/55 X 8000 = 581.82          2872.73
           8                   3/55    3/55 X 8000 = 436.36          2436.36
           9                   2/55    2/55 X 8000 = 290.91          2145.45
          10                   1/55    1/55 X 8000 = 145.45          2000.00




                                          7
                           KUNCI KIRA-KIRA DAN ANALISIS


        Setelah inventori dan penilaian aset dilengkapkan maka kunci kira-kira boleh
disediakan. Kunci kira-kira adalah penyusunan secara sistematik setiap yang dimiliki
dan ditanggung oleh sesuatu perniagaan atau individu pada sesuatu masa tertentu.
Sebarang nilai yang dimiliki oleh perniagaan atau induvidu adalah dipanggil sebagai
aset, dan sebarang obligasi atau hutang yang ditanggung dari orang lain adalah
dipanggil sebagai liabiliti. Oleh itu, perakaunan merujuk kunci kira-kira sebagai suatu
aset dan liabiliti termasuklah keuntungan bersih dan ekuiti pemilik yang merupakan
perbezaan diantara jumlah aset dan jumlah liabiliti.
        Kunci kira-kira boleh disiapkan pada sebarang masa didalam tempoh setahun,
tetapi masa yang biasa dilakukan adalah pada akhir tempoh perakaunan iaitu 31/12.
Untuk tujuan perbandingan, adalah perlu mempunyai kunci kira-kira pada awal dan
akhir tahun setiap tahun kerana keuntungan ladang biasanya dikira pada akhir tahun.
        Kegunaan utama kunci kira-kira ialah untuk mengukur kekuatan dan kedudukan
kewangan bagi sesuatu perniagaan. beberapa ukuran kekuatan dan kedudukan
kewangan boleh diperolehi dari kunci kira- kira, diantaranya ialah:-


   1.      Kemampuan bayar (Solvency) - Mengukur sama ada jumlah aset lebih besar
           daripada jumlah liabiliti. Jika tidak perniagaan tidak berkemampuan
           membayar atau muflis.
   2.      Kecairan (liquidity) - mengukur kebolehan untuk menghasilkan keperluan
           tunai untuk memenuhi obligasi tunai tanpa menghalang aktiviti pengeluaran
           perniagaan.
   3.      Ekuiti pemilik - merupakan jumlah wang yang ytinggal bagi pemilik
           perniagaan selepas kecairan dan membayar semua liabiliti.




                              FORMAT KUNCI KIRA-KIRA


        Format kunci kira-kira adalah sebagaimana ditunjukkan didalam jadual dibawah.
Aset ditunjukkan dibahagian kiri dan liabiliti ditunjukkan


                                             8
dibahagian sebelah kanan.


 ASET                           -      LIABILITI
 Aset Semasa                   XXX     Liabiliti semasa                    XXX
 Aset jangka sederhana         XXX     Liabiliti jangka sederhana          XXX
 Aset Tetap                    XXX     Liabiliti jangka panjang            XXX
 .                              -      Jumlah liabiliti                    XXX
 .                              -      Keuntungan bersih                   XXX
 Jumlah Aset bersih            XXX     Jumlah liabiliti dan untung         XXX



Aset


Aset mempunyai nilai disebabkan oleh dua faktor:
   1.      Ia boleh dijual untuk menghasilkan tunai, dan
   2.      Ia boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan lain dan seterusnya boleh
           dijual untuk menghasilkan tunai untuk masa akan datang


        Barangan yang telah dikeluarkan seperti padi, getah dan kelapa sawit, boleh
dijual dengan cepat dan mudah tanpa menganggu aktiviti keluaran akan datang
dipanggil sebagai aset cair. Aset seperti jentera, baka ternakan dan bangunan yang
dimiliki untuk mengeluarkan komoditi lain yang kemudiannya boleh dijual untuk
menghasilkan pendapatan tunai. menjualkannya untuk menghasilkan tunai yang
diperlukan akan memberi kesan terhadap kebolehan firma untuk menghasilkan
pendapatan akan datang dipanggil aset tidak cair. Aset jenis ini juga sukar dijual
dengan cepat pada nilai pasaran.


Aset Semasa


        Prinsip perakaunan memerlukan aset semasa diasingkan daripada lain-lain jenis
aset didalam kunci kira-kira. Aset semasa adalah lebih cair samada untuk digunakan
atau dijual didalam jangka pendek. Tunai ditangan dan baki akaun bank merupakan
aset semasa adalah aset yang amat cair. Lain-lain jenis aset termasuklah stok dan bon
yang sedia boleh dipasrkan, akaun dan nota belum terima, dan inventori bijirin, bekalan


                                           9
dan makanan ternakan.


Aset Tetap


       Mana-mana aset yang tidak dikelaskan didalam aset semasa. Bagi ladang, ia
termasuklah jentera dan peralatan, baka ternakan, bangunan dan tanah.


Liabiliti


       Liabiliti adalah obligasi atau hutang terhadap orang lain. Ia mewakili tuntutan
luaran terhadap satu atau lebih aset perniagaan.


Liabiliti Jangka Pendek


       Liabiliti semasa mesti diasingkan daripada lain-lain jenis liabiliti menurut prinsip
perakaunan. Ini merupakan obligasi kewangan yang matang dalam tempoh satu tahun
tarikh kunci kira-kira dan oleh itu memerlukan tunai untuk tahun berikutnya. Contoh
liabiliti jangka pendek termasuklah akaun belum bayar, perkhidmatan yang diterima
tetapi belum dibayar serta jumlah penuh bayaran pokok dan faedah terkumpul bagi
sebarang pinjaman jangka pendek dan nota-nota belum bayar. Pinjaman jangka
pendek yang perlu dibayar didalam tempoh 1 tahun atau kurang. Ini merupakan
pinjaman yang digunakan untuk membeli input pengeluaran tanaman dan ternakan.


Liabiliti Jangka Panjang


       Ini termasuklah semua obligasi yang tidak perlu dibayar penuh dalam tempoh
satu tahun. Sebagaimana dibincangkan, mana-mana bayaran pokok yang matang
dalam tahun berikutnya ditunjukkan sebagai liabiliti semasa., dan baki yang masih
tinggal ditunjukkan didalam liabiliti jangka panjang. Perhatian patut diberikan tuntuk
mempastikan bahagian semasa bagi liabiliti ini mestilah ditolak dan hanya jumlah yang
tinggal untuk dibayar selepas tahun berikutnya direkodkan didalam liabiliti jangka
panjang.


                                            10
Ekuiti Pemilik


       Ekuiti    pemilik   mewakili    jumlah    wang   yang   tinggal   kepada   pemilik
perniagaanyang sepatutnya dijual dan semua liabiliti yang patut dibayar pada tarikh
kunci kira-kira. Ia juga dipanggil sebagai keuntungan bersih. Ekuiti boleh didapati
dengan menolak jumlah liabiliti dari jumlah aset dan oleh itu i adalah jumlah baki, yang
menyebabkan jumlah aset sama dengan jumlah liabiliti dicampur ekuiti pemilik. Ekuiti
pemilik adalah pelaboran semasa pemilik atau ekuiti didalam perniagaan.
       Ekuiti pemilik boleh berubah disebabkan oleh beberapa faktor. Perubahan yang
biasa datangnya dari penggunaan aset untuk menghasilkan tanaman dan ternakan,
dan keuntungan daripada aktiviti pengeluaran kemudiannya digunakan untuk membeli
tambahan aset atau mengurangkan liabiliti. Proses pengeluaran ini mengambil masa,
dan satu daripada sebab untuk membandingkan kunci kira-kira diawal tahun dan
diakhir tahun ialah untuk mengetahui kesan pengeluaran tahunan keatas ekuiti pemilik
dan bahagian aset dan liabiliti. Ekuiti pemilik juga berubah jika terdapat perubahan
didalam nilai aset.


                                      ANALISIS NISBAH


       Memberikan ukuran yang piawai dan membolehkan perbandingan dibuat
mengikut masa dan diantara fima yang mempunyai saiz yang berbeza. Berikut ialah
Kunci Kira-kira I.M. farmer pada 31.12.19xx.




                                            11
                                       Jadual 1:
                    Kunci Kira-Kira I.M. Farmer pada 31.12.19XX

 ASET
   Aset semasa
     Tunai ditangan                                         400
     Tunai dibank                                         9,100
     Padi                                                27,000
     Makanan ternakan                                    48,000
     Bekalan lain                                         2,000
   Jumlah aset semasa                                              86,500
   Aset jangka sederhana
     Jentera dan peralatan                               72,000
     Lembu                                               20,000
   Jumlah aset jangka sederhana                                    92,000
   Aset tetap
     Tanah                                              384,000
     Bangunan                                            40,000
  Jumlah aset tetap                                               424,000
Jumlah aset tetap                                                 60,2500

LIABILITI
  Liabiliti semasa
    Akaun belum bayar                                     1,400
    Cukai terakru                                           800
    Pinjaman operasi                                     26,000
    Faedah terakru dari pinjaman:
        Pinjaman operasi                                    700
        Pinjaman jangka sederhana                         1,600
        Pinjaman jangka panjang                          10,000
        Bayaran pokok bagi pinjaman jangka
        sederhana dan jangka panjang yang berakhir
        dalam masa 12 bulan                              12,000
        Jangka panjang                                   20,000
  Jumlah liabiliti semasa                                          72,500
  Liabiliti jangka sederhana
     Pinjaman belian jentera                             22,000
     Pinjaman pembelian lembu                            20,000
     Jumlah liabiliti jangka sederhana                             32,000
  Liabiliti jangka panjang
     Mortgage ladang                                    180,000
  Jumlah liabiliti jangka panjang                                 180,000
  Jumlah liabiliti                                                284,500
  Keuntungan besih                                                318,000
 Jumlah liabiliti dan keuntungan                                  602,500




                                           12
Analisis Kecairan


      Analisis kecairan menumpukan keatas aset semasa dan liabiliti semasa.


a.    Nisbah semasa


      Mengukur kecairan perniagaan dan menunjukkan perhubungan diantara aset
semasa dan liabiliti semasa.


                                              Aset semasa
                          Nisbah semasa 
                                            Liabiliti semasa
                                              86,500
                                           
                                              72,500
                                            1.19


      Nisbah semasa mengukur kebolehan untuk menghasilkan tunai disepanjang
tahun untuk memenuhi pembayaran tunai hutang atau liabilitis semasa. Nisbah semasa
yang tinggi yang dikehendaki, Nisbah semasa kurang daripada 1.0 menunjukkan
masalah kecairan.


2.    Modal Kerja


      Modal kerja ialah perbezaan diantara aset semasa dan liabiliti semasa.


                     Modal kerja = Aset semasa - liabiliti semasa


      Persamaan ini mengira nilai kewangan dan meninggal baki selepas menjual
semua aset semasa dan membayar semua liabiliti semasa. Ia merupakan petunjuk
margin keselamatan bagi kecairan. didalam contoh diatas modal kerja ialah


                               86,500 - 72,500 = 14,000.




                                          13
3.     Nisbah hutang/Ekuiti


       Mengukur kemampuan bayar, atau nisbah leverage, yang menunjukkan
perhubungan modal yang dimiliki untuk meminjam modal.


                           Jumlah liabiliti
Nisbah hutang/ekuiti 
                         Keuntunganbersih
                           248,500
                         
                           318,000
                        0.89




       Nisbah ini ditafsirkan berbeza daripada yang lain dan nilai yang kecil
menunjukkan kekuatan kedudukan kewangan. Semankin rendah nilainya semankin
tinggi keuntungan. Nisbah hutang/liabiliti = 1 menunjukkan pemilik memberikan 50%
modal dan 50% adalah modal dari pinjaman dan ia manyamai NMB = 2


3.     Struktur Hutang
       Ukuran ini mengira liabiliti semasa sebagai peratus jumlah liabiliti, da diukur
sebagaimana berikut:


                           Liabiliti semasa
       Struktur hutang                      X 100
                           Jumlah liabiliti
                            72,500
                                      X 100
                           284,500
                          25.48%
Nilai yang tinggi menunjukkan sebahagian besar jumlah liabiliti matang disekitar tahun
hadapan, yang akan menggambarkan masalah kecarian.             Walau bagaimanapun,
peratus struktur hutang mestilah dinilai hanya selepas memeriksa jumlah liabiliti
semasa dan aset semasa. Adalah mungkin untuk struktur hutang mempunyai nilai yang
tinggi dan masih lagi selamat jika kebanyakan daripada aset adalah juga aset semasa
atau jumlah liabiliti adalah amat kecil.




                                              14
Analisis Solvency


       Ukuran solvency melibatkan perhubungan diantara aset, liabiliti dan ekuiti. Ia
merupakan cara untuk menganalisis hutang dan untuk melihat jika semua liabiliti boleh
dibayar jika menjual semua aset.


1.     Nisbah Hutang/Aset


       Mengukur apakah bahagian jumlah aset yang dimiliki oleh pemberi pinjaman. Ia
dikira sebagai


                                                     Jumlah liabiliti
                            Nisbah hutang/ase t 
                                                      Jumlah aset
                                                      248,000
                                                    
                                                       602,500
                                                     0.47


       Nisbah ini hendaklah mempunyai nilai kurang dari 1. Jika nisbah hutang/aset
sama dengan 1 bermakna hutang atau liabiliti sama dengan aset, oleh itu ekuiti adalah
0. Nisbah lebih besar dari 1 menunjukkan perniagaan tidak solvent.


2.     Nisbah Ekuiti/Aset


       Ia dikira dengan menggunakan persamaan


                                                    Jumlah ekuiti
                             Nisbah ekuiti/aset 
                                                    Jumlah aset


dan mengukur apakah bahagian aset yang dibiayai oleh modal ekuiti pemilik. Nilai
nisbah ekuiti/aset yang beasr adalah dikehendaki tetapi janganlah melebehi dari 1.
Nilai 1 diperolehi apabila jumlah ekuiti sama dengan jumlah aset, bermakna liabiliti
adalah sifar.    Perniagaanh yang tidak solvent mempunyai nisbah ekuiti/aset yang
negatif.


                                             15
3.    Nisbah Hutang/Ekuiti


      Nisbah hutang/ekuiti juga dipanggil sebagai nisbah leverage dan dikira
sebagaimana
                                                   Jumlah liabiliti
                          Nisbah hutang/ekuiti 
                                                   Jumlah ekuiti


Nisbah ini membandingkan bahagian pembiayaan yang diberi oleh pemberi pinjaman
dengan ekuiti yang dimiliki oleh pemilik. Apabila nisbah hutang/ekuiti sama dengan 1,
pemberi pinjaman dan pemilik memberikan bahagian yang sama didalam pembiayaan.
Nilai yang kecil adalah diperlukan.




                                           16

								
To top