Docstoc

Ulasan -Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorortan Dari Perspektif Linguistik

Document Sample
Ulasan -Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid  Pekak: Suatu Sorortan Dari Perspektif Linguistik Powered By Docstoc
					LATAR BELAKANG ARTIKEL


Penulis artikel                   : Abdullah bin Yusoff dan Che Rabiaah binti Mohamed



Tahun artikel terbit              : Disember 2004



Judul artikel                     : Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid
                                  Pekak: Suatu Sorortan Dari Perspektif Linguistik



Nama Jurnal                       : Jurnal Bahasa



Bilangan dan nombor journal       : Jilid 4 Bilangan 4



Muka surat artikel dalam jurnal   : 639 hingga 680



Penerbit                          : Dewan Bahasa Dan Pustaka



ISSN                              : 1511-9084




                                                                                        1
KANDUNGAN ARTIKEL


Kumpulan Sasaran                          : Murid pekak

Jenis Masalah bahasa atau komunikasi      : Kurang pendengaran (lebih daripada 40 dB)

                                            sehingga bermasalah untuk memahami pertuturan

                                            biasa.

Kaedah me ngumpul data                    : Melalui wawancara, mendapat laporan daripada

                                            rujukan lain

Hasil kajian:

1) Dari perspektif linguistik, saluran komunikasi dapat dilakukan melalui tiga saluran, iaitu
   lisan, isyarat dan tulisan (Harris & Hodges, 1995). Ketiga-tiga saluran tersebut digunakan
   oleh murid pekak (di Malaysia) dalam komunikasi (Abdullah, 1995a; Goh & Teh, 1993).
   Mereka menggunakan:
       i.   Lisan bag pertuturan Bahasa Melayu (BM);
      ii.   Isyarat bagi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan ‘Kod Tangan Bahasa Melayu
            (KTBM); dan
     iii.   Tulisan bagi BM dan BIM.



2) Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada kesukaran murid pekak mempelajari BM
   termasuk:
    Tidak mengalami proses ‘memperoleh BM’ tetapi ‘mempelajari BM’. Hal ini sama
       dengan penutur bahasa asing yang mempelajari BM. Bahasa pertama murid pekak ialah
       BIM, dan bahasa pertama murid India ialah Tamil, Cina-Hokien atau Kantonis yang
       mengalami kesukaran dalam BM (Goh & Teh, 1993; Raman, 1993; Woo, 1989).
    Tidak mendapat pendedahan awal, iaitu sejak lahir sehingga bersekolah. Kebanyakan
       daripada mereka datang ke sekolah dengan kosa kata yang terhad dan sukar memahami
       BM (Goh & Teh, 1993).
    Kelemahan dari aspek praktikal/penggunaan KTBM sebagai medium/modus/saluran
       komunikasi berkesan di sekolah. KTBM dicampuradukkan dengan BIM dan hal ini
       sangat mengelirukan (Goh & Teh, 1993).
    Sifat BM yang agak kompleks untuk dipelajari (Goh & Teh, 1993).
    Pengaruh BIM ke atas BM (Goh & Teh, 1993; Abdullah, 1993, 1996; Izani 1995).



                                                                                            2
     Kelemahan dari aspek pedagogi, iaitu tidak ada kaedah khas untuk mengajar BM kepada
      murid pekak (Goh & Teh, 1993;Izani 1995).
3) Cadangan-cadanan juga dikemukakan untuk membantu murid pekak mempertingkatkan
   penguasaan BM.
    Pendedahan awal kepada BM (lisan, pemahaman, tulisan).
    Mendapatkan perkhidmatan bercorak perubatan dan kesihatan supaya pendengaran dapat
      dipulihkan.
    Mendapatkan latihan berbahasa secara sistematik dan berterusan daripada profesional
      yang berkaitan, iaitu audiologis bagi menguji darjah kecacatan pendengaran, dan
      jurupulih pertuturan bagi mendapatkan latihan pertuturan yang betul, sistematik dan
      berkesan.
    Sikap ibu bapa dan murid pekak terhadap BM hendaklah positif, iaitu dengan memahami
      hakikat bahawa penguasaa BM adalah penting bagi kejayaan mereka.
    Pendekatan pengajaran BM yang sesuai dengan kepelbagaian ciri murid pekak.
    Menggunakan pedagogi Bm yang sesuai dengan murid pekak.
    Guru juga harus bersikap positif terhadap kebolehan murid pekak.




                                                                                        3
ULASAN ARTIKEL


       Untuk membantu murid-murid pekak menguasai BM, sebagai guru, kita hendaklah
menguasai KTBM dengan betul dan dapat membezakan antara BIM. Kita juga harus memahami
perbezaan antara bahasa isyarat dan bahasa pertuturan. Jika kita sebagai guru mereka tidak
mampu menguasai bahasa mereka, tentu susah untuk berkomunikasi dengan mereka serta
melahirkan murid pekak yang menguasai bahasa kedua.

       Guru juga harus memainkan peranan sebagai seorang kaunselor dengan sentiasa
berkomunikasi dengan murid pekak agar dapat memahami latar belakang keluarga dan emosi
mereka. Minat dan bakat murid pekak harus dicungkil dengan menggalakkan mereka. Nasihat
dan sokongan moral guru amat penting bagi murid pekak supaya berjaya dalam hidup mereka.

       Selain itu, guru hendaklah bersikap positif terhadap murid pekak dan menyedari bahawa
mereka adalah kumpulan berkeperluan khas. Walaupun sesetengah mereka sukar diajar, tetapi
ada yang terbukti berjaya. Kita wajar memahami bahawa murid pekak juga manusia. Kita tidak
harus mudah putus asa terhadap mereka.

        Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas harus dirangcang dengan teliti.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran BM yang sesuai hendaklah dikenal pasti supaya
pengajaran BM kepada murid pekak dapat berkesan. Aktiviti yang merangsang pembelajaran
juga harus digalakkan seperti aktiviti melawat Museum Ne gara, Zoo Negara dan sebagainya.
Kelas tambahan harus dijalankan kepada murid pekak yang lemah dalam menguasai BM.




                                                                                          4
LAMPIRAN
 ARTIKEL



           5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:505
posted:4/19/2011
language:Indonesian
pages:5