Docstoc

SEKOLAH BERKESAN, PERANAN IBUBAPA DAN KAJIAN SUASANA KELAS

Document Sample
SEKOLAH BERKESAN, PERANAN IBUBAPA DAN  KAJIAN SUASANA KELAS Powered By Docstoc
					       UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

         GGGA 1123 PROFESION PERGURUAN
             SEMESTER 1 SESI 2008/2009

                  TAJUK TUTORIAL 10 :
     SEKOLAH BERKESAN, PERANAN IBUBAPA DAN
              KAJIAN SUASANA KELAS
                  PENSYARAH KURSUS:

           DR.HJ MOHAMED SANI BIN IBRAHIM



                  DISEDIAKAN OLEH:

NAMA                                     NO MATRIK

MOHD ABDULLAH B. MOHAMED YUSOFF             A124685

MOHD FARIDUDDIN B. SAHARI                   A122324

WONG XIAO JIONG                             A124613

                            1
AKTIVITI 1

Berdasarkan maklumat dari mana-mana sumber, huraikan tentang tahap sekolah
berkesan di mana anda merancang untuk mengajar.



DEFINISI SEKOLAH BERKESAN

Sekolah yang berkesan didefinisikan sebagai sebuah sekolah yang mementingkan
pencapaian yang cemerlang dalam akedemik,ko-kurikulum dan sahsiah diri pelajar.
Pencapaian yang cemerlang dalam akedemik pula akan diukur melalui sistem
peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain itu, sekolah yang
berkesan atau efisyen juga merupakan sekolah yang memenuhi kehendak serta
keperluan masyarakat sekeliling yang semestinya mahukan anak-anak mendapat input
yang maksimum di sekolah tersebut.

        Sekolah yang berkesan hanya akan dapat dicapai melalui sistem pengurusan
yang sempurna iaitu penglibatan yang kompleks antara pihak pentadbir,guru-guru,ibu
bapa dan juga kakitangan sekolah. Dalam erti kata lain, keberkesanan sekolah
bergantung kepada kepimpinan. Kajian tentang Teacher Perceptions of The Principal’s
Leadership Behavior As Related To School Effectiveness,Geltner(1981) mengenalpasti
bahawa peranan pengetua dikaitkan dengan keberkesanan sekolah.

        Pengetua perlu memainkan peranan yang fleksibel seperti sebagai penyokong
pendidikan, ahli falsafah pendidikan, seorang yang melakukan perubahan dalam
pendidikan dan seumpamanya bagi mewujudkan sekolah yang berkesan. Pengurusan
kelas yang cekap oleh guru-guru juga penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif kerana tanpa suasana yang sesuai dengan kehendak pelajar, ilmu yang
disampaikan akan menjadi sia-sia.

        Pelajar turut diberikan harapan dan galakan mengenai keupayaan mencapai
kecemerlangan. Proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) juga diberikan secara
berstruktur dan mengikut kemampuan penerimaan pelajar, bukan sahaja mementingkan
isi kandungan yang ingin dihabiskan mengikut masa sebelum tiba peperiksaan.


                                        2
Pembentukan disiplin yang kukuh turut wajar dititik beratkan kerana tanpa
disiplin,kecemerlangan tidak dapat diperolehi.

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN

Sesebuah sekolah yang berkesan mengikut Stoll dan Fink (1996)-asas menghasilkan
sekolah lebih berkesan perlu mempunyai           ciri-ciri seperti jangkaan guru,bentuk
kepimpinan,ganjaran dan pengiktirafan,pemantauan perkembangan sekolah dan
pelajar. Selain itu juga, pemimpin sekolah bertindak secara professional,mempunyai
wawasan dan matlamat yang dikongsi bersama serta wujud suasana dan persekitaran
yang menyokong pengajaran dan pembelajaran secara langsung mampu membentuk
sekolah berkesan. Ciri-ciri sekolah berkesan ini mengikut pendapat (Peter
Mortimore,1995).

      Selain itu, pendapat ini juga menyatakan bahawa sekolah berkesan guru-gurunya
mengamalkan pengajaran yang mementingkan matlamat dan meletakkan harapan
yang tinggi terhadap pelajar. Para pelajar perlu diberi perhatian yang sistematik
terhadap hasil pembelajaran mereka tanpa tanggungjawab yang membebankan seperti
kerja sekolah yang terlalu banyak. Di samping itu, perkongsian antara sekolah dan
rumah perlu juga diambil perhatian.

      Menurut Abdul Syukor(1995) pula, sekolah yang berkesan memerlukan
kepimpinan kepengetuaan yang mantap, iklim pembelajaran yang kondusif bagi
keselesaan pelajar, kualiti disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kukuh, pentadbir dan
guru-guru yang berupaya mengesan kemajuan serta keupayaan pelajar dan sistem yang
mengutamakan pengajaran dan pembelajaran.




                                           3
Terangkan bagaimana pertubuhan mempengaruhi kehidupan anda sebagai guru.

Sesebuah sekolah dengan pertubuhan yang berkesan ternyata amat mempengaruhi tugas
dan peranan seorang guru terutamanya guru novis (Mohamed Sni Ibrahim,2004).
Pertubuhan akan menjadikan seorang guru lebih bersikap professional dan matang
dalam setiap tindakannya lebih-lebih lagi dalam urusan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru juga dilihat akan lebih cenderung kepada etika dan tatasusila
dalam perlaksaan tugasnya di samping penambahan ilmu pengetahuan.


       Melalui persatuan juga, guru-guru akan berusaha mempamerkan kebolehan dan
kekuatan cirri-ciri berdasarkan prinsip-prinsip pendidikan. Guru-guru menjadi semakin
menjadi insan kamil dalam menguruskan tanggungjawabnya kerana amat penting dalam
profesion keguruan untuk seseorang guru sentiasa meningkatkan mutu dan hasil
pengajaran supaya pelajar yang berkualiti dapat dihasilkan.


       Sesebuah sekolah dan seorang guru yang berkesan akan berkebolehan menilai
dan mengkaji kekuatan, kelemahan dan keperluan semasa pelajar ditambah dengan
pemupikan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Keadaan ini hanya dapat diwujudkan
apabila wujud suasana efektif pengajaran guru dan pembelajaran murid yang setara
semasa didalam kelas. Namun begitu, dalam bahasa dan terjemahan yang mudah,
matlamat sesebuah sekolah dan guru adalah tetap sama iaitu berjaya membina dan
membentuk minda dan sahsiah pelajar yang cemerlang.

AKTIVITI 2

Jelaskan falsafah anda tentang penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak-anak.
Huraikan minimum empat cadangan tersebut.


FALSAFAH TENTANG PENGLIBATAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti tidak dapat dihasilkan jika
hanya guru sahaja yang memainkan peranan dalam proses tersebut. Akan tetapi, proses
ini memerlukan penglibatan ibubapa yang efisyen. Ibubapa dilihat menjadi pembantu
dan pelengkap kepada proses pembelajaran anak-anak. Pemantauan pembelajaran oleh

                                           4
pihak sekolah sahaja tidak mencukupi, tetapi ibubapa sebagai guru-guru dirumah perlu
memantau kerja-kerja sekolah,keputusan peperiksaan dan masalah anak-anak di sekolah.

        Ibubapa juga dilihat sebagai pendorong dan sumber inspirasi kepada anak-anak
untuk cemerlang dalam pelajaran seterusnya dalam peperiksaan. Motivasi dan nasihat
ibubapa dapat menaikkan semangat dan keinginan anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Terdapat juga sesetengah ibubapa yang menjadikan kejayaan mereka sebagai pembakar
semangat anak-anak iaitu anak-anak akan mencotohi ibubapa mereka.

       Selain itu, ibubapa seharusnya lebih peka terhadap usaha pengukuhan untuk
mengukuhkan sistem dan keperluan anak-anak disekolah.Berdasarkan kajian, 85 peratus
daripada pelajar mahukan ibubapa mereka terlibat dalam persekolahan mereka dan
ibubapa tahu tentang keperluan mereka di sekolah (Epstein,1995).Dengan penglibatan
ibubapa dalam keputusan sekolah turut menyumbang kepada kejayaan pelajaran anak-
anak (Henderson & Berla,1994).

       Dalam erti kata yang sebenar, penglibatan ibubapa seperti dalam Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) dapat membantu meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak
sekaligus meletakkan sekolah dalam kedudukan yang bertaraf dunia (world class) seperti
yang dinyatakan dalam mukaddimah (preamble) Akta Pendidikan 1996 yang telah
digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan sebenar ibubapa dapat
dilihat dengan lebih jelas dalam peranan asas ibubapa.

TANGGUNGJAWAB ASAS IBUBAPA

Ibubapa merupakan guru sepanjang hayat kepada anak-anak bermula dari anak-anak
dilahirkan hinggalah ke akhir hayat. Terutamanya dalam hal pembelajaran dan kesihatan
anak-anak. Menurut Teori Keperluan Maslow, 1954 menyatakan bahawa ibubapa bukan
sahaja bertanggungjawab mengasuh dan mendidik, malahan menjaga dan melihat
keperluan ank-anak termasuk keperluan fisiologi mereka.

           Namun begitu, terdapat segelintir ibubapa yang kurang sedar dan terlupa
akan tanggungjawab mereka kepada anak-anak. Oleh itu, pihak sekolah boleh
memberikan bimbingan dan menyedarkan ibubapa tentang kepentingan perlaksanaan


                                           5
tanggungjawab tersebut. Antaranya, pihak sekolah boleh membantu dengan member
latihan dan ilmu pendidikan anak-anak termasuk keperluan menyediakan suasana positif
dirumah (Epstein, 1992). Daripada kesedaran ini, ibubapa akan menitikberatkan
keperluan sekolah anak-anak samaada aktiviti akademik mahupun bukan akademik.




CADANGAN PENGLIBATAN IBUBAPA

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melibatkan diri dalam
sekolah dan sererusnya dalam pendidikan anaak-anak. Antaranya ialah:

           Penglibatan yang proaktif dalam Persatuan Ibubapa dan Guru
           Menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
           Pemantauan bersama hasil pembelajaran anak-anak
           Kerjasama dan hubungan antara keluarga.



Penglibatan Yang Proaktif Dalam Persatuan Ibubapa dan Guru

Melalui langkah ini, ibubapa perlu menunjukan respon terhadap aktiviti dalam persatuan
terutamanya dalam mesyuarat tahunan yang diadakan iaitu dengan mengemukakan
cadangan dan idea supaya boleh diambil tindakan oleh pihak sekolah. Setiap keputusan
dan cadangan yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diberi pandangan dan
penilaian ibubapa bagi mengelakkan ketidakpuasan hati dibelakang hari. Sebagai
contoh, tindakan membanteras masalah disiplin pelajar, jika ibubapa tidak melibatkan
diri, sudah pasti tindakan tersebut tidak akan berjalan dengan jayanya.

      Dalam persatuan ini juga, ibubapa boleh memberikan sumbangan berbentuk
kewangan yang bakal digunakan oleh pihak sekolah dalam pengurusan sekolah dan
pembelajaran anak-anak.Sumbangan berbentuk barangan juga boleh diberikan seperti
kain langsir,peralatan belajar dan sebagainya yang dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa didalam kelas. Selain itu, ibubapa juga perlu mengetahui
tentative dan program sekolah serta tanggungjawab seorang guru disekolah supaya
situasi saling faham-memahami dapat diwujudkan.

                                            6
Penyertaan Aktiviti Yang Dianjurkan

Dalam setahun, sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti yang seharusnya melibatkan
ibubapa seperti sukan tahunan,gotong-royong perdana,majlis sambutan hari-hari penting
dan program kerohanian termasuklah majlis berbuka puasa,solat hajat dan sebagainya
yang bertujuan meningkatkan kecemerlangan anak-anak.

     Dengan penyertaan ibubapa dalam segala aktiviti yang dianjurkan, anak-anak
dapat melihat dan menilai sokongan ibubapa terhadap sesuatu yang mereka lakukan,
umpama ibubapa bersorak sama menyokong anak-anak yang bersukan akan menaikkan
semangat pelajar terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Selain itu, penglibatan ini
juga menjadi cermin penghargaan ibubapa terhadap usaha yang dirancang dan
dilaksanakan pihak sekolah di samping mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru.

Pemantauan Bersama Hasil Pembelajaran Anak-Anak

Ibubapa semestinya mempunyai satu prinsip yang tetap iaitu menghantar anak-anak
mereka ke sekolah dengan satu tujuan untuk memastikan anak-anak mereka Berjaya
dalam pelajaran dan seterusnya masa depan yang cerah. Oleh itu, ibubapa perlulah
bertindak sebagai guru dirumah iaitu dengan menyemak segala kerja yang diamanahkan
oleh guru kepada anak-anak supaya disiapkan.

      Keputusan peperiksaan anak-anak juga perlu ditinjau samaada menunjukkan
peningkatan ataupun sebaliknya.Tingkah laku dan sahsiah anak-anak turut menjadi
tanggungjawab bersama kerana tempoh antara 6 atau 7 jam berada di sekolah tidak
cukup bagi guru-guru mengubah disiplin pelajar jika dibandingkan dengan ibubapa di
rumah.

Ikatan Dan Kerjasam Antara Keluarga

Persefahaman dan persaingan sihat antara keluarga penting dalam menghasilkan pelajar
yang berkualiti. Ibubapa boleh berbincang sesame mereka bagaimana memantapkan
penbelajaran anak-anak mereka seperti berpakat mengadakan kelas tuisyen, membakar
semangat anak-anak supaya sentiasa bersaing dan menggunakan bahan belajar yang
sama agar anak-anak selesa berkongsi pengetahuan.

                                         7
        Ibubapa boleh mengerahkan sesetengah keluarga yang bersikap sambil lewa
dalam pelajaran anak-anak supaya bersama memajukan anak mereka.Penglibatan
bersama antara ibubapa dalam menjayakan visi dan misi sekolh juga penting dalam
melahirkan sebuah sekolah yang di dalamnya dihuni oleh golongan pelajar yabg
bermatlamat.

Aktiviti 3:Kajian soal selidik keadaan dalam kelas
Soal selidik ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunuong,Bachok
Kelantan.
Bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam soal selidik ini seramai 90 orang,iaitu
pelajar tingkatan 4,5,6.Masa soal selidik dilakukan sekitar pukul 9 pagi hingga 11pagi
Soalan soal selidik
1)Keadaan dalam kelas yang bersama dengan guru yang sama mempunyai:
  A.        Semua perkara baik
  B.     Kebanyakan perkara baik
  C.        Perkara baik lebih banyak dari perkara yang buruk
  D.        Sama banyak perkara baik dan buruk
  E.    Banyak perkara buruk dari baik
  F.        Semua buruk
2)Adakah anda selalu mengulang kaji pelajaran yang telah di ajar sebelum ini?
   A.       Sangat selalu
   B.       Selalu
   C.       Tidak selalu
   D.       Tidak pernah
3)Apabila anda belajar dalam kelas,anda akan:
       A.     Sangat berminat untuk belajar
       B.     Berminat untuk belajar
       C.     Tidak berminat
       D.     Sangat tidak berminat dan rasa
              bosan
4)Berapakah tahap kerajinan anda menyiapkan kerja sekolah berbanding dengan rakan-
rakan

                                               8
  anda yang lain?
   A.    Sangat rajin
   B.    Rajin
   C.    Sama rajin
   D.    Malas
   E.    Sangat malas
5)Berapa ramaikah pelajar dalam kelas ini
  melakukan apa yang dicadangkan oleh
  guru
    A.       Semua pelajar
    B.       Lebih dari separuh pelajar kelas ini
    C.       Kurang dari separuh pelajar kelas ini
    D.       Sebilangan kecil sahaja
6)Adakah guru anda akan suka jika anda saling
  tolong menolong dalam pembelajaran dalam
  kelas?
        A.    Sangat suka
        B.    Suka
        C.    Tidak suka
        D.    Langsung tidak suka
7)Kekerapan pelajar dalam kelas ini membantu dalam menyiapkan kerja rumah?
    A.       Kerap kali
    B.       Kadang-kadang
    C.       Jarang-jarang
    D.       Tidak pernah
8)Apakah kekerapan anda berinteraksi secara mesra antara satu sama lain dalam kelas?
   A. Kerap kali
   B. Selalu
   C. Kadang-kadang
   D. Tidak pernah



                                               9
                             Analisis data secara jadual

No Soalan     A             B           C             D    E   F


1             9             16          45            19   1   0


2             7             37          44            2    -   -


3             26            51          13            0    -   -


4             3             16          53            17   1   -


5             19            48          18            5


6             76            14          0             0    -   -


7             35            55          0             0    -   -


8             68            22          0             0    -   -



Analisis secara saintifik
Soalan 1




                                         10
Keadaan dalam kelas yang bersama dengan guru yang sama mempunyai banyak perkara
yang   lebih   baik   daripada   perkara        yang   buruk.   Daripada   data   yang


                                           11
diperolehi,pelajarpelajar memilih C sebagai jawapan,iaitu sebanyak 50% dan mewakili
sebanyak 45 daripada 90 orang pelajar


Soalan 2




Bagi soalan number 2, Adakah anda selalu mengulang kaji pelajaran yang telah di ajar
sebelum ini?kebanyakan pelajar dengan peratusan sebanyak 49% memilih C iaitu tidak

                                        12
selalu,ini kerana mungkin p[ara pelajar kurang motivasi untuk belajar.Namun pilihan
bagi jawapan B juga turut menjadi pilihan yang tinggi bagi pelajar-pelajar iaitu sebanyak
41% mengatakan selalu mengulang kaji pelajaran.Mungkin pilihan bagi jawapan B ini
mendapat pilihan skor yang ke2 paling tinggi kerana boring soal selidik ini di agihkan
kepada pelajar tingkatan yang akan mengambil peperiksaan penting.


Soalan 3




                                           13
Bagi soalan ke3 ini,apabila anda belajar dalam kelas,anda akan:57% memilih jawapan
B,iaitu Berminat untuk belajar.Daripada ini kita dapat melihat bahawasanya
kebanyakan para pelajar mempunyai minat yang tinggi untuk belajar tetapi ini semua
tidak membawa sebarang keuntungan jika tidak dimanfaatkan oleh guru-guru melalui
motivasi berterusan kepada pelajar-pelajar untuk terus minat dan beri galakan yang
sepatutnya untuk mereka belajar

Soalan 4




                                       14
Tahap kerajinan para pelajar menyiapkan kerja sekolah,kebanyakan mereka memilih
jawapan C,Iaitu Sama rajin dengan pelajar-pelajar lain.Ini menunjukkan mereka
mempu tahap motivasi yanghampir sama dikalangan meraka.

Soalan 5




                                      15
Soalan ke5 ialah pelajar dalam melakukan apa yang dicadangkan oleh guru,kebanyakan
mereka memilih B iaitu sebanyak 53%, Lebih dari separuh pelajar melakukan apa
yang dicadangkan oleh guru.dan kurang dari separuh pelajar yang tidak melakukan apa
yang dicadangkan oleh guru.Mungkin inilah sebahagian kecil kelompok pelajar yang
tercicir dari kelompok besar dalam proses pembelajaran.Mereka melakukan sedemikian
kerana mereka menunjukkan pemberontakan mereka terhadap keadaan yang sedemikian.

Soalan 6




                                        16
84% daripada 90 pelajar memilih A, Sangat suka jika pelajar-pelajar saling tolong-
menolong dalam pembelajaran dalam kelas.Ini membuktikan kaedah pembelajaran
secara kumpulan sangat praktikal untuk dilaksanakan samada dalam atau diluar bilik
darjah ataupun selepas waktu pembelajaran akademik tamat.

Soalan 7




                                        17
Dapatan menunjukkan B,61% iaitu memilih Kadang-kadang bagi kekerapan pelajar
dalam kelas ini membantu dalam menyiapkan kerja rumah.Ini menunjukkan para pelajar
masih tidak begitu memahami konsep pelaksanaan belajar secara kumpulan.Lantaran
itu,perlu bagi guru-guru mendedahkan pelajaran secara berkumpulan kepada pelajar-
pelajar.

Soalan 8




                                       18
Soalan terakhir berkaitan dengan, kekerapan pelajar berinteraksi secara mesra antara
satu sama lain dalam kelas,76% menyatakan A,iaitu Kerap kali.




KEADAAN DALAM KELAS

Ketika pemerhatian dibuat,iaitu sebelum guru masuk kekelas,secara amnya keadaan
dalam kelas agak bising dan tidak teratur.Walau bagaimanapun,bagi pelajar-pelajar
tingkatan enam,tidaklah terlalu bising ketika tiada guru.Pemerhati lebih tertumpu kepada
kelas tingkatan enam atas.Secara keseluruhan kelas ini boleh dikatakan mempunyai
kerjasama yang baik ketika proses pembelajaran berlaku.Selain itu,kekuatan kelas ini
juga ialah begitu aktif dalam kelas dan banyak komunikasi dua hala yang
berlaku,samada antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar .Tambahan
lagi,pelajar-pelajar tingkatan enam ini lebih matang bila menjawab persoalan yang di
ajukan.Makna kata,sudah ada persiapan pembelajaran yang dilakukan sebelum kelas
permula.Walau bagaimanapun,kekurangan pada pelajar-pelajar kelas ini ialah,bilangan
lelaki terlalu jurang dengan bilangan perempuan.Secara tidak langsung,pelajar-pelajar
perempuan lebih banyak bertanya dan aktif dalam kelas.Ini menjadikan pelajar lelaki

                                          19
lebih banyak berdiam.Selain itu,gurunya lebih banyak menumpukan kepada pelajar-
pelajar perempuan

Cadangan Penambahbaikan

Pembelajaran melalui kumpulan adalah perlu dilaksanakan dalam kelas tersebut .Bagi
setiap kumpulan ini pelaksaan mentor mentee perlu digunapakai,yakni pelajar yang
lebih pandai membantu yang lemah manakala guru sebagai fasilitator jika mentor tidak
dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh mentee.Perbincangan akedemik bagi
setiap subjek perlu dijalankan bagi setiap kali sebelum kelas berakhir,rasionalnya,guru
boleh melihat setakat mana kefahaman dan objektifnya tercapai.Perlu bagi guru
memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk berfikir secara logikal dan menekankan
setiap konsep-konsep bagi setiap benda yang diajar .Memberi peneguhan kepada
pelajar-pelajar lelaki untuk turut aktif dalam perbincangan akademik.Secara langsung
pelajar lelaki akan rasa tidak disisihkan

KESIMPULAN

Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai kesan atau pengaruh positif
terhadap pembelajaran pelajar kearah kecermerlangan akademik .Ibubapa memainkan
peranan penting dalam kejayaan anak-anak .Semua pihak yang terlibat harusbergabung
tenaga dalam memainkankan peranan masing-masing denganberkesan bersemangat
positif dan




                                            20
SENARAI RUJUKAN




                  21

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:817
posted:4/18/2011
language:Malay
pages:21