Docstoc

Cadangan Kajian Tindakan 2011 Matematik Tambahan

Document Sample
Cadangan Kajian Tindakan 2011 Matematik Tambahan Powered By Docstoc
					SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
        JALAN SEMENYIH 43000 KAJANG,
           SELANGOR DARUL EHSAN




              CADANGAN
            KAJIAN TINDAKAN
                  2011




            NAMA PENYELIDIK:

               NG KOK LYE




              TAJUK KAJIAN:

         DEPOSIT UNTUK DAPAT ’A’
    DALAM SPM MATEMATIK TAMBAHAN 2011
1.0   NAMA SEKOLAH
      Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,
      Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Negeri Selangor Darul Ehsan.
      (Tel: 03-87363044, Fax: 03-87341478, HP: 016-2876851)

2.0   PENYELIDIK
      Ng Kok Lye

3.0   TAJUK KAJIAN
      Deposit bayaran untuk dapat ’A’ dalam SPM Matematik Tambahan

4.0   REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU
      4.1     Sudah menjadi satu kebiasaan dan mungkin juga satu perkara yang
      menyakitkan hati bagi kalangan guru apabila mendengar rungutan terutamanya dari
      pihak guru sendiri bahawa ramai murid tidak hadir dalam berbagai jenis kelas
      tambahan atau program-program peningkatan prestasi akademik yang dianjurkan oleh
      pihak sekolah atau atas inisiatif guru-guru itu sendiri. Akibat dari kurangnya
      kehadiran murid-murid dalam program-program ini ialah keberkesanan untuk
      mencapai matlamat dan objektif bagi meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran
      tertentu atau keseluruhannya tidak kesampaian. Lantaran dari itu arahan melakukan
      bedah siasat pun dilakukan dan berbagai sebab pun dilontarkan dari kalangan guru
      dan murid-murid yang berkenaan berhubung hasil dari kelas-kelas tambahan atau
      program-program yang dilaksanakan.
      4.2    Satu alasan utama yang diberikan oleh murid-murid yang tidak hadir ke kelas-
      kelas tambahan anjuran guru-guru atau pihak sekolah ialah mereka terpaksa
      mengikuti kelas tusyen di luar sekolah yang berbayar yang dikatakan bertembung
      dengan waktu kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik yang
      dilaksanakan oleh pihak guru atau pihak sekolah.
      4.3    Selanjutnya, alasan-alasan remeh lain yang diberikan oleh murid-murid ini
      ialah mereka terpaksa menjaga adik, ibu bapa yang sakit, jauh, tiada penagkutan, ada
      urusan-urusan peribadi yang lain yang mana secara langsung atau tidak langsung
      menjurus kepada penglibatan dan peranan ibu bapa sebagai penggerak dan pemantau
      anak-anak jagaan mereka untuk maju dalam pembelajaran di sekolah.
      4.4      Dihalusi alasan-alasan tidak hadir dalam kelas tambahan atau program-
      program akademik sekolah yang diberikan oleh murid-murid dan juga ibu bapa,
      secara amnya saya menyimpulkan bahawa faktor utama murid-murid ini tidak hadir
      atau tidak mahu terlibat dalam kelas-kelas tambahan atau program-program akademik
      anjuran guru-guru atau pihak sekolah ialah kerana kelas-kelas tambahan atau
      program-program itu adalah percuma atau tidak dikenakan sebarang bayaran ke atas
      murid-murid. Selain itu, penglibataan murid-murid dalam program-program ini tidak
      boleh dipaksakan ke atas murid-murid berkenaan kerana ianya dilaksanakan di luar
      waktu persekolahan rasmi. Sebaliknya, makluman dan kebenaran dari ibu bapa atau
      penjaga perlu diperolehi bagi membolehkan anak-anak jagaan mereka hadir dan
      terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini.
      4.5      Persoalan yang timbul, kenapakah ramai murid tidak hadir atau tidak mahu
      terlibat dalam kelas-kelas tambahan atau program-program akademik anjuran guru-

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:1016
posted:4/17/2011
language:Malay
pages:2