Docstoc

Prosedur Operasi Standard di lapangan

Document Sample
Prosedur Operasi Standard di lapangan Powered By Docstoc
					I. Fungsi


   A.          Fungsi Piawaian Prosedur Operasi (SOP) ini adalah untuk menyediakan satu garis
               panduan ketika di operasi lapangan. Garis panduan ini mengandungi 5 komponen
               operasi mencari dan menyelamat iaitu:


                      1. Pra-perancangan
                      2. Pemberitahuan
                      3. Perancangan dan Strategi
                      4. Taktik dan Operasi
                      5. Pengantungan Dan kritik


   B.          SOP ini direkacipta dengan meletakan keselamatan adalah sebagai keutamaan.Ahli –
               ahli yang ingin kekal bersama pasukan ini mesti mematuhi garis panduan seperti yang
               termaktub didalam SOP ini. Dari masa ke semasa, ahli mungkin boleh kekeluarkan dari
               pada misi operasi tertentu oleh ketua pasukan/orang atasannya tanpa sebarang kompromi
               diatas sebab- sebab keselamatan.


   C. Semua ahli akan diberitahu jika terdapat sebarang perubahan didalam buku garis panduan
        ini.


II. Pra-Perancangan


   A. Sebagai Persedian bagi menghadapi SAR ahli perlu:


                      1. Secara mendalam memahami garis panduan SOP ini
                      2. Menyedia dan mengekalkan beg galas 24jam pada setiap masa dengan
                          keperluan - keperluan seperti yang tersenarai didalam senarai peralatan
                          kecemasan SSRT.
                      3. Memahami susun atur dan prosedur ICS
                      4. Semua ahli harus belajar,berlatih dan bersedia untuk operasi SAR.Gunakan
                          objektif SAR Technician III sebagai garis panduan SAR.
III.Pemberitahuan dan Perletakan untuk Permintaan Tindakbalas Kecemasan


   A. Penerimaan Tindakbalas


               1. Mengekalkan talian kecemasan pada setiap masa untuk menerima panggilan
                  kecemasan.Setiap ahli diminta memberi maklumbalas pada setiap respon
                  yang dihantar. Dan apabila telah menerima panggilan sebagai pengesahan
                  ahli harus menutup sebarang komunikasi luar bagi mengelakkan sebarang
                  spekulasi yang boleh mengancam mahupun menggangu operasi.


               2. Setelah menerima pemberitahuan, maka panggilan balas diperlukan bagi
                  mengetahui jenis keperluan kecemasan yang dihadapi dan agensi manakah
                  yang membuat permintaan kecemasan kepada SSRT. SSRT hanya akan
                  melayan ataupun bertindak jika terdapat panggilan daripada agensi yang sah
                  dan yang terlibat dengan operasi pengurusan kecemasan/bencana.
                  secara optimumnya, setiap panggilan balas harus dihantar ke ketua
                  pasukan tetapi jika terdapat sebarang kes luar jangka ianya boleh di hantar
                  kepada pegawai pemerintah SSRT.


                     Situasinya boleh dijelaskan seperti ini;


                             a)     Panggilan diterima


                             b)     Ketua pasukan menerima panggilan dan bersedia untuk
                                    memberikan tindakbalas.Tindak balas kemudian dihantar
                                    kepada hali pasukan. Namun jika tindakbalas gagal
                                    diberikan, maka pegawai lain akan diberi kuasa untuk
                                    membuat panggilan kecemasan tersebut kepada ahlinya.
            3. Maklumat berkaitan panggilan tersebut harus di kumpulkan. Borang harus
               disediakan dan mengandungi minimum maklumat berkaitan seperti berikut:


                         a)      Nama agensi yang membuat panggilan kecemasan
                         b)      No. telefon dan nama pemanggil
                         c)      Jenis penghantaran (kekuatan anggota)
                         d)      Bila dan Dimana ahli pasukan SSRT diperlukan (tunjuk
                                 arah dan penanda diperlukan)
                         e)      Bila, Dimana dan Kepada siapa ketua pasukan untuk
                                 melapor diri ketika tiba di lapangan
                         f)      Lokasi kebarangkalian pangkalan operasi SSRT
                         g)      Sebarang perincian ataupun permintaan
                         h)      Prosedur tamat operasi




B. Pemberitahuan Ahli dan Penghantaran


         1. Pemberitahuan ahli


                         a)      Ahli akan di beritahu melalui panggilan telefon dan radio
                                 yang telah ditetapkan


                         b)      Ahli SSRT yang aktif akan diberikan makluman berikut
                                 ketika menerima panggilan;


                                 1)     Masa berlepas
                                 2)     Tempat pertemuan
                                 3)     Tunjuk arah ke pangakalan operasi
   IV. Perlepasan Ke Lokasi Operasi


      A. Ringkasan Senarai SSRT


                 1. Ringkasan senarai SSRT.
      Menyenaraikan peralatan dan keperluan operasi semasa. Disediakan bagi membantu ahli
pasukan memeriksa peralatan mereka dengan segera sebelum menerima panggilan.


      B. Kawasan Penempatan Setempat


                 1. Sebaik – baiknya di rumah pengakap ataupun pangkalan operasi. Semua ahli
                    yang menerima panggilan perlu menyediakan bek galas 24 jam mereka seperti
                    yang tersenarai didalam senarai peralatan termasuk minuman dan makanan.


                 2. Nota: kawasan penempatan setempat akan digunakan jika diperlukan. Jika
                    operasi memerlukan tindak balas cepat maka, satu pasukan akan dihantar terus
                    ke lokasi kejadian dengan segera tanpa sebarang perjumpaan awalan di kawasan
                    penempatan setempat.


      C. Bergerak Ke Lokasi


                 1. Sebagai tambahan didalam senarai peralatan SSRT. Pemandu SSRT haruslah
                    menyediakan peta lokasi ataupun GPS di dalam kenderannya.


                 2. SSRT tidak akan berkompromi kepada ahlinya yang melanggar peraturan
                    keselamatan jalan raya yang merangkumi ;


                           a. memandu dengan laju dan merbahaya
                           b. memandu dibawah pengaruh alkohol ataupun dadah


                 3. ahli perlu memahami akan keselamatan walaupun ketika didalam kecemasan.
4. Ahli mesti memandu terus ke lokasi operasi.


5. Lampu kecemasan/strobe tidak dibenarkan dipasang ketika didalam perjalanan
   luar operasi mahupun ketika balik daripada operasi. Kegagalan mamatuhi arahan
   boleh menyebabkan penggantungan keahlian secara automatik dan penyingkiran
   daripada pasukan boleh dilakukan.
V. Ketibaan Di Lokasi Operasi


   A. Pasukan Alpha Tiba Di Tempat Operasi


              1. Penamaan pengarah pasukan


                      a.      Pasukan (Alpha) yang pertama tiba harus terdiri daripada
                              seorang ketua pasukan
                      b.      Semua ahli pasukan mesti mencatat buku ketibaan dan
                              menandatanganinya dengan segera.
                      c.      Ketua pasukan harus dengan segera melapor diri kepada
                              pihak berkuasa di lokasi.Hanya ketua pasukan sahaja yang
                              boleh mendekati pusat arahan operasi ataupun pengarah
                              operasi.
                      d.      Kemudian ketua pasukan dan ahlinya perlulah mendirikan
                              pusat ICSnya dan sistem ini akan menjadi sistem arahan
                              kedua didalam sistem pengurusan ICS yang utama.


   B. Pengesahan Di Lokasi Operasi


            1. Semua ahli mesti menandatangani buku log ketibaan semasa tiba di lokasi
                operasi dengan segera.


            2. Mana mana ahli yang meninggalkan ICS kedua mesti menempatan sekurang
                kurangnya 2 ahli yang lain atau lebih di pusat ICS kedua mereka. Sebelum
                keluar meninggalkan ICS kedua untuk ke lokasi operasi, ahli perlu
                melengkapkan data – data di papan misi operasi termasuk;


                      a.      Nama
                      b.      Misi
                      c.      Masa, Jangkaan masa operasi
                      d.      Nama pegawai yang membenarkan misi dijalankan
             3. Setiap ahli yang telah kembali dari misi perlu mengesahkan ketibaan mereka di
                ICS kedua dengan;


                        a.     Menandatangani masa ketibaan


             4. Papan misi operasi yang berasingan mestilah dilengkapkan oleh ahli pada bila
                bila masa mereka bergerak keluar ataupun tiba.


             5. Ahli yang tiba awal ataupun lewat ke ICS kedua mesti mengekalkan kedudukan
                mereka di ICS kedua sehingga diberi arahan selanjutnya.




IV. Tingkahlaku Di Lokasi Operasi


   A. Profesionalisma


             1. Ahli mestilah mengekalkan sikap dan tingkahlaku yang professional semasa
                di lokasi operasi.


             2. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan tahap piawaian kemahiran ahli ahli
                SSRT seperti yang dilatih dan demi keselamatan mereka sendiri.


   B. Kesinambungan Arahan


             1. jika terdapat sebarang perubahan arahan, termasuk pertukaran posisi/jawatan
                ianya mestilah diterangkan kepada semua yang terlibat.


                        a.     semua ahli mestilah mengambil perhatian terhadap perubahan ini
                               bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
                        b.     semua rantaian pasukan mestilah diberitahu akan perubahan ini.
VII. Merancang, Strategi, Taktik dan Operasi


  A. Rantaian Arahan


                1. keseluruhan perancangan operasi adalah bergantung kepada penguatkuasa
                   operasi semasa. Jika diminta memberikan tindakbalas pantas, maka ahli
                   perlulah memahami fungsi dan kaedah mencari dan menyelamat secara
                   menyeluruh.




                2. ICS akan digunapakai semasa operasi dan semua ahli mestilah memahami
                   bentuk dan vokabulari di dalam setiap arahan ICS bagi memudahkan operasi
                   berjalan dengan lancar ketika berkomunikasi dengan semua agensi terlibat.
                   Ahli perlu merujuk kepada Objektif SAR technician III untuk penerangan
                   yang lebih lanjut. Sebagai tambahan, nota asas SSRT, glosari terma ICS
                   adalah dicadangkan untuk dibaca kerana ianya adalah satu rujukan yang
                   penting.mengetahui setiap pengarah operasi yang bertugas adalah keperluan
                   dan sikap yang terpuji bagi mengelakkan tingkahlaku yang tidak selamat.


  B. Pengetahuan dan Kemahiran SAR


                Secara umumnya ahli ahli perlulah membiasakan diri dengan tanggungjawab dan
         bertanggungjawab dengan mencapai setiap objektif yang tersenarai didalam objektif
         SAR Technician III . Dan harus merujuk kepada dokumen yang lebih komprehensif
         yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang digunakan untuk merancang dan
         membuat fasa mencari dan menyelamat.semua ahli perlulah sekurang – kurangnya mahir
         dengan;
                           1. Keselamatan diri
                           2. Navigasi darat (peta, kompas dan GPS)
                           3. Teknik asas mencari (jenis I-III, penentuan tugasan, konsep
                              mencari aktif dan pasif)
                           4. Asas pembunguksan pesakit dan mengangkut
                           5. CPR dan perubatan kecemasan
   C. komunikasi dengan media


             Adalah menjadi polisi SSRT untuk tidak berkomunikasi dengan media ketika di
      operasi lapangan. Sebarang komunikasi perlulah dirujuk kepada pengarah operasi,
      pegawai perhubungan awam ataupun ketua pasukan.


   D. Keselamatan


             Keselamatan ahli dan pasukan adalah keutamaan yang paling penting didalam
      setiap fasa operasi mencari dan menyelamat. ahli yang merasa tidak selesa dengan
      tugasan ataupun situasi yang diberikan yang mana boleh mengarah kepada soal
      keselamatannya perlulah merujuk kepada semua rantaian pengarahan. Secara
      normalnya, rantaian itu boleh terdiri daripada pegawai keselamatan, pengarah operasi
      mahupun ketua pasukannya sendiri.


E. Penyediaan Rawatan Perubatan Di Lokasi Operasi


      Ahli pasukan di jangkankan untuk menyediakan;


                 1. Tahap kemahiran mereka
                 2. Berhkidmat dengan had berdasarkan undang – undang berkaitan ketika
                    menyediakan rawatan perubatan ketika operasi.


F. Persediaan individual


             Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk melakukan persediaan yang
      betul untuk operasi SAR. Ahli – ahli yang tidak bersedia mungkin diminta untuk tidak
      menyertai misi operasi dan mungkin tidak dibenarkan tiba di lokasi ICS.
   G. Tingkahlaku
                Ahli yang dipanggil ketika operasi lapangan adalah mewakili SSRT.
         Sebagai wakil SSRT maka mereka haruslah mejaga tingkahlaku mereka dan
         mestilah menunjukkan sikap profesionalsima mereka sepanjang masa.sabarang
         tingkahlaku yang disifatkan boleh mencalarkan imej SSRT dan
         tanggungjawabnya semasa operasi maka ahli – ahli tersebut boleh dikenakan
         tindakan disiplin. Sebarang komen dan kritik oleh ahli tidak dibenarkan ketika
         operasi lapangan.


   H. penyingkiran
                ketua pasukan boleh menyingkirkan ahlinya ketika dilapangan pada bila – bila
         masa tanpa sebarang perbincangan dan ahli tersebut mestilah bersedia untuk menerima
         arahan tersebut. Ini dilakukan semata – mata untuk mengekalkan integriti dan
         menyelamatkan pasukan daripada bahaya yang bakal dihadapi. Inilah keadaan yang
         harus difahami oleh setiap ahli.


VIII. Ketika Melengkapkan Operasi Kecemasan


   A. ketua pasukan mestilah mengesahkan buku log ketibaan.


   B. Penyediaan laporan
                Ini adalah tanggungjawab ketua pasukan untuk menyediakan laporan bagi
         mengumpul semua data – data yang berkaitan sebagai rujukan semasa latihan
         mahupun operasi selanjutnya.


   C. Critical Incident Stress Debriefing
                Setiap ahli perlulah menggunakan setiap sumber yang tersedia bagi
         merawat masalah tekanan psikologi ketika operasi bagi mengurangkan trauma
         yang dihadapi.
IX. Tanggungjawab peribadi dan Liabiliti


          SSRT tidak menyediakan jaminan insuran peribadi. Semua ahli mesti faham akan
   keadaan persekitaran merbahaya yang dihadapi ketika bertugas di lapangan dimana
   terdapat sebarang kebarangkalian terhadap kematian, kecederaan, kecacatan dan/atau
   kehilangan harta benda dan ahli harus mengenalpasti dan menerima akan risiko dan
   melepaskan SSRT dan ahlinya daripada semua liabiliti. Ahli – ahli di jangkakan telah
   memiliki pelan kesihatan yang lengkap dan di lengkapi insuran mereka sendiri.


          Ahli tidak seharusnya menjangkakan SSRT akan menyediakan pegawai khas yang
   akan membantunya jika terdapat sebarang kes kemalangan, sakit dan penyediaan pelan
   perundangan terhadapnya oleh SSRT. Dan lagi, semua ahli adalah bertanggungjawab keatas
   tindakannya ketika menjadi ahli SSRT.


          Ahli perlula menunjukkan sikap bertanggungjawab dan profesional pada setiap masa.
   Dedikasi yang mencukupi perlulah ada ketika mesyuarat, perjumpaan, sesi latihan mahupun
   ketika di lapangan operasi.


          Jangan mengharapkan SSRT untuk menyediakan peralatan,makanan,pakaian,dan
   sebagainya secara percuma. Ahli sepatutnya bersedia menyumbang didalam usaha untuk
   meningkatkan juma dana pasukan. Belanjawan SSRT adalah terbuka untuk di kaji dan di nilai
   oleh semua ahli SSRT tetapi belanjawan ini adalah terhad bergantung kepada keperluan semasa.
   Nota; semua ahli adalah dijangkakan untuk menyediakan, perbelanjaan sendiri, termasuk tetapi
   tidak terhad kepada peralatan,makanan,latihan, pengangkutan dan insuran peribadi.


          Ahli juga perlu bertanggungjawab memahami dan memenuhi keperluan undang –
   undang daerah, negeri dan persekutuan yang mungkin digunapakai secara individu/pasukan
   ataupun aktivitinya.
SOP APPENDIX – KOMUNIKASI v1.1
     A. Net Komunikasi
           1. SSRT sedang membangunkan net komunikasi sebagai latihan koordinasi
           2. Ahli SSRT dijangka memahami dan boleh mengikuti prosedur komunikasi seperti
              yang digariskan dibawah.
           3. Jika komunikasi disediakan oleh agensi lain, maka SSRT perlu merekodkan
              frekuensi yang digunakan, termasuk nombor telefon yang digunakan untuk
              menghubung pusat kawalan


     B. Prosedur Komunikasi secara umum
              1. Sentiasa memeriksa fungsi dan keadaan radio yang akan digunakan dalam
                 keadaan baik. Semua peralatan komunikasi mestilah bersesuaian dengan
                 peralatan yang digunakan di pusat kawalan
              2. Jika mesej yang di hantar tidak jelas ataupun sukar dibaca, menerima harus
                 mengulang baca mesej yang di terima sehingga perkataan yang sukar diterima
                 olehnya.
              3. Tiada mana – mana unit pun harus beranggapan bahawa semua unit menerima
                 mesej yang sama.
              4. Keselamat ketika ke udara di radio adalah penting
                     a. Jangan guna apa – apa nama dan JANGAN nama subjek sebaliknya
                         sebutkan sahaja “SUBJEK”
                     b. Jika subjek telah ditemui,serta merta tukar ke frekuensi kedua dan
                         hubungi pusat kawalan.
                     c. Jika subjek telah mati, JANGAN nyatakan di radio. Katakan sahaja
                         bahawa “subjek telah ditemui”.
                     d. Gunakan Kod Status Tambahan untuk merujuk keadaan subjek


                                STATUS I - Hidup dan dalam sihat, boleh keluar dengan
                                              sendiriya
                                STATUS II - Sakit ataupun cedera, memerlukan pengeluaran
                                              segera dan/atau rawatan perubatan
                                STATUS III - Mati
          5. Semua mesej yang dihantar haruslah profesional, padat, terperinci,tidak panjang
              dan tidak berkisar mengenai kemalangan jiwa. Jika isu sensitif hendak
              disampaikan, maka gunakanlah kod yang sesuai.
          6. Mesej yang dihantar perlulah ringkas dan padat
          7. Jangan menggangu ataupun mencelah sebarang siaran di frekuensi
          8. Gunakan kod waktu 24jam apabila ingin merujuk kepada masa.


C. Perihal Pengunaan Poket Radio


          1. Tekan butang transmisi selama beberapa saat sebelum bercakap dan lepaskannya
              1 saat selepas tamat perbualan
          2. Antenna mestilah dalam keadaan menegak
          3. Cakaplah dengan tenang dan jelas
          4. Jangan berteriak ataupun bercakap terlalu perlahan.
          5. Jika terdapat masalah perhubungan;
                     a.      Gerakkan radio ke lokasi yang sesuai sehingga perhubungan
                             menjadi jelas
                     b.      Sentuh antenna ke bingkai besi bagi menguatkan sistem grounding
                     c.      Periksa betri


D. Wisel Dan Siren
      Wisel adalah peralatan sokongan dan boleh didengari berbatu – batu jauhnya


      Standart isyarat signal adalah seperti berikut:


SEKALI TIUP                  - Saya OK; saya disini; maju kehadapan; atau signal bagi subjek
DUA KALI TIUP                - Berhenti! Dan tunggu arahan selanjutnya
TIGA KALI TIUP               - KECEMASAN!
EMPAT KALI TIUP              - Jumpa sesuatu, perlu bantuan, Berhenti
LIMA KALI TIUP               - Berkumpul
ENAM KALI TIUP               - Kembali ke pangkalan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:435
posted:4/16/2011
language:Malay
pages:13
Description: Standard Operation Procedure (Filed) in Malay Version