ALAT-ALAT ARTIKULASI

Document Sample
ALAT-ALAT ARTIKULASI Powered By Docstoc
					http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi


ALAT-ALAT ARTIKULASI


  Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi

dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut :


ALAT-ALAT ARTIKULAS
Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk
berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.




FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULAS

1. Lidah

  Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi
bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan
belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal,
iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang


Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan
lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya
pembahagian-pembahagian ini.

2. Gigi

  Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya
digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran
udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

3. Bibir Atas dan Bibir Bawah

  Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan,
dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w danv. Apabila
membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika
menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi
[ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

4. Gusi

  Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya
cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti
bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.

5. Lelangit

  Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit
keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga
mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut
dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke
rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi
menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila
lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan,
bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

6. Tulang rahang

    Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam
menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana
mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

7. Anak tekak

      Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak
berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau
diturunkan.

8. Rongga Hidung
        Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

9. Pita Suara

        Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali
sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan
tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu
dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi
luas.


        Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh
melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis
dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru- paru yang kuat menyebabkan
rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara.


  Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka
udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang
dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar,
bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].
BUNYI
Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru,
seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui
rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itu melalui rongga tekak dan rongga
mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau juga mungkin tidak.
Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya
didengar sebagai bunyi.


                                   Bunyi-bunyi
                                  bahasa Melayu



                Vokal                  Diftong                Konsonen

Vokal


  Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara
dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang
gangguan dan sekatan.
Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dalam
kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi
konsonan.

Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu:
Lambang fonetik               Contoh perkataan               Nota
[a]                           apa, nanah, ada
[è]                           ela, elak, sate
[i]                           syiling, pita, sari
[e]                           ketul, emak, emas              Tidak terdapat di hujung
                                                             perkataan
[o]                             orang, otak, logo
[u]                             ujar, hutan, la
 Bunyi Vokal


   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.


   Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2107
posted:4/15/2011
language:Malay
pages:7