Iklan dan maklumat Jawatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak tutup 15 April 2011

Document Sample
Iklan dan maklumat Jawatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak tutup 15 April 2011 Powered By Docstoc
					     LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SARAWAK
              (NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT BOARD SARAWAK)

                             IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi
kekosongan jawatan seperti berikut:

    1) Jawatan                       :   PEMBANTU AM RENDAH
                                     :   1 Kekosongan – Ibupejabat, Kuching

    2) Kumpulan Perkhidmatan         :   Sokongan

    3) Klasifikasi Perkhidmatan      :   Perkidmatan Pentadbiran dan Sokongan

    4) Jadual Gaji                   :   Gred N1

                                         P1T1   RM649.15 -      P1T22    RM1506.79
                                         P2T1   RM691.62 -      P2T22    RM1583.49
                                         P3T1   RM735.72 -      P3T22    RM1661.82

    5)   Syarat Lantikan

         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

         a)    Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau
               kelayakan yang diitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

         b)    Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
               memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)

    6)   Taraf Jawatan               :   Jawatan Berasaskan Caruman

    7)   Tempoh Percubaan            :   1 hingga 3 tahun

    8)   Pengesahan Dalam            :   Calon-calon yang dilantik adalah layak disahkan
         dalam Perkhidmatan              perkhidmatan apabila telah:

                                         i)   Memenuhi tempoh percubaan;
                                         ii)  Hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta lulus
                                              peperiksaan awam yang telah ditetapkan; dan
                                         iii) Diperakukan oleh ketua perkhidmatan.
9)   Penetapan Gaji Permulaan :      Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 boleh
                                     ditetapkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam
                                     Sekitar, Sarawak berasaskan kepada pengalaman
                                     kerja berkaitan.

10) Pergerakan Gaji Tahunan      :   Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan
                                     akan   ditetapkan     oleh   ketua   perkhidmatan
                                     berdasarkan prestasi perkhidmatan.

11) Penilaian Tahap Kecekapan:       Pegawai hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan
                                     yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk
                                     kenaikan pangkat.

12) Cara-cara Memohon

     a)   Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan
          NREB/PJK/F09 dalam dua salinan yang boleh didapati di alamat seperti berikut:

          Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
          Tingkat 20, Menara Pelita
          Petra Jaya, 93050 Kuching
          Sarawak

          Tel.: 082-319 500 / 082-447 488

     b)   Borang permohonan yang telah sempurna diisi berserta dengan salinan sijil-sijil
          persekolahan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan dua keping
          gambar berukuran pasport hendaklah dihantar kepada alamat seperti yang
          dinyatakan di bawah:

          Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
          Tingkat 20, Menara Pelita
          Petra Jaya, 93050 Kuching
          Sarawak

     c)   Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan,
          Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan
          permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan
          melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang kemaskini.

13) Tarikh Tutup     :   15 April 2011

14) Perhatian

     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
     Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh tiga bulan
     dari tarikh tutup permohonan maka permohonan anda adalah tidak berjaya.

				
DOCUMENT INFO
Description: Iklan dan maklumat Jawatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, ditutup 15 April 2011. Uploaded by VacancySarawak.blogspot.com