Format Pentaksiran Kerja Kursus Geografi Pmr - PDF
Description
Format Pentaksiran Kerja Kursus Geografi Pmr document sample
Document Sample


PENATARAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
( PBS )
MULAI 2007
KANDUNGAN
• PRAKATA
• PENGENALAN
• JADUAL PENATARAN PBS
• CARTA ALIR PENATARAN PBS
• KIT INPUT 1 - DASAR DAN KONSEP PBS
• KIT INPUT 2 - PENGOPERASIAN PBS
• KIT RUMUSAN
2
PRAKATA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan izin
dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dapat menerbitkan
Manual Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR. Usaha ini merupakan
satu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya. Justeru, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tugas
yang murni ini.
Penghasilan manual ini ialah satu usaha, aktiviti dan proses untuk
memastikan petugas-petugas pentaksiran PBS mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan sikap positif yang terselaras semasa menjalankan tugas. Manual
ini boleh membantu semua petugas pentaksiran yang terlibat dengan tugas-
tugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pegawai-pegawai yang akan
menjalankan penataran terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga
Peperiksaan Malaysia dan guru-guru yang dilantik sebagai Pentaksir
Kebangsaan (PK), Pentaksir Negeri (PN) dan Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada
kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Ianya amat
diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap fenomena
kerja ini berterusan demi merealisasikan moto LPM iaitu adil, sahih dan amanah.
Terima kasih
Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
3
PENGENALAN
MATLAMAT
Modul ini bertujuan untuk membantu petugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) membuat penataran dengan berkesan. Dengan adanya modul ini, fokus
penataran PBS akan lebih jelas dan seterusnya membantu petugas pentaksiran
PBS melaksanakan tugas dengan lebih berkesan
OBJEKTIF
Objektif modul ini adalah untuk membantu petugas-petugas pentaksiran PBS :
• Mengetahui konsep, prinsip dan prosedur PBS
• Memahami dengan jelas konsep, prinsip dan prosedur PBS
• Melaksana PBS secara terselaras
• Merancang dan melaksanakan PBS di peringkat negeri dan sekolah dengan
jayanya
ORGANISASI KANDUNGAN
Modul ini mengandungi Manual PBS, Manual Pemantauan PBS dan Manual
Penyelarasan PBS
4
DASAR DAN KONSEP
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
PENGENALAN
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).
• PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh
pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan
pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan
kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
• PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk
iaitu:
• Projek
• Kerja Kursus
• Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
• Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
• Modul
5
PENYATAAN DASAR
• Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek,
modul dan ujian lisan.
• Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup Bersepadu,
PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus
atau tiada markah kerja kursus.
• Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah
tamat tempoh pelaksanaan.
• PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
• Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian Tilawah & Hafazan dan
PAFA.
• Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut
buku Panduan PLBS.
• Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan
sekolah perlu ditubuhkan.
• Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak
sekolah.
• Terdapat empat kumpulan personel dalam pelaksanaan PBS:
• Kumpulan Pentaksir
• Kumpulan Pemantau
• Kumpulan Penyelaras
• Kumpulan Pengesanan
• Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak
sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut
kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.
• Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperingkatkan sulit, perlu disimpan
dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
6
• Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus dan ujian Tilawah &
Hafazan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran
Negeri.
7
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian
yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbir secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PBS terbahagi kepada lima (5) bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Projek
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil
2. Kerja kursus / PEKA
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya
oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
3. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil
4. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
• Sekolah mengeluarkan sijil
8
5. Modul
• Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
• LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil
9
KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
• Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran,
siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen
pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah
dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
• Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat
pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam
pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada
perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
• Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru
pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan
dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan
penggredan yang telah dibina.
• Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
• Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid
ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan
pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
• Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat
menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara
yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara
yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat
dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan
melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
• Pelaporan positif
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh
diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
10
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
1. Perancangan
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.
2. Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program
PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir
sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang
pelaksanaan PBS.
3. Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS
mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku format
pentaksiran yang dibekalkan oleh LPM.
4. Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS
dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman
peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
5. Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan
program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
6. Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program
itu.
7. Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pelajaran Negeri akan membuat laporan
mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.
11
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Jadual Pelaksanaan
MATA PELAJARAN TINGKATAN TARIKH PELAKSANAAN
Sejarah (21/2) Tingkatan 3 Februari - Julai
Geografi (23/2) Tingkatan 3 Februari - Julai
Bahasa Arab Komunikasi (31/2) Tingkatan 3 Februari - Julai
Pendidikan Islam (45/2)
- Tilawah & Hafazan dan Tingkatan 3 Februari – Julai
Pemerhatian Adab & Akhlak
Islamiah
PAFA Tingkatan 1 & 2 Januari – November
Tingkatan 3 Februari – Julai
PEKA Sains (55/3) Tingkatan 1 & 2 Mac - Julai
Tingkatan 3
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 & 2 Januari – Oktober
(76/2,77/2,78/2,79/2)
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 Januari - Julai
(76/2,77/2,78/2,79/2)
Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS) Tingkatan 1, 2 & 3 Januari - November
Bahasa Melayu
Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS)
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 & 3 Januari - November
12
PETUGAS PENTAKSIRAN
Terdiri daripada :
• Pentaksir Kebangsaan
• Pentaksir Negeri
• Pentaksir Kawasan
• Pentaksir Sekolah
Pentaksir Kebangsaan (PK)
• Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
• Guru terlatih
• Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
• Disahkan dalam jawatan
• Berpengalaman
Pentaksir Negeri (PN)
• Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
• Guru terlatih
• Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
• Disahkan dalam jawatan
• Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan
Pentaksir Kawasan (PKw)
• Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
• Pengetua / ketua bidang / guru cemerlang / guru terlatih
• Opsyen berkaitan mata pelajaran
• Berpengalaman
• Disahkan dalam jawatan
Pentaksir Sekolah (PS)
• Dilantik oleh Pengetua / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas
• Guru terlatih
• Opsyen mata pelajaran berkaitan
• Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar
mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah dilantik dalam
jawatan
13
Tugas Pentaksir Kebangsaan (PK)
Sebelum pentaksiran:
• Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran LPM
• Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN)
• Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan
• Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan
Semasa Pentaksiran:
• Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke
sekolah.
• Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah
Selepas Pentaksiran:
• Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN
• Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM
Tugas Pentaksir Negeri (PN)
Sebelum Pentaksiran:
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan
• Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw)
• Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
Semasa Pentaksiran:
• Melawat sekolah
• Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri
Selepas Pentaksiran:
• Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah
• Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw
dan menghantar kepada PK
Tugas Pentaksir Kawasan (PKw)
Sebelum Pentaksiran:
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri
• Memberi taklimat kepada PKw dan PS
Semasa Pentaksiran:
• Menyelaras pentaksiran oleh PS
• Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran
yang lengkap
• Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah
14
Selepas Pentaksiran:
• Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN
• Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas Pentaksir Sekolah (PS)
Sebelum Pentaksiran:
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
• Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon
Semasa Pentaksiran:
• Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
• Mentaksir calon
• Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan.
• Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan
penyelarasan
Selepas Pentaksiran:
• Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh
PN/PKw
• Menyerahkan skor kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP)
• Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas
keputusan diumumkan
• Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
• Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke
sekolah baru
• Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
• Menyelesaikan kes-kes khas
15
GRED SEMPADAN SKOR PBS
Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred
dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa.
Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:
1. Peringkat sekolah
• Pelaporan skor
• Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / Induk
• Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus / Ujian Lisan
2. Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
• Slip keputusan
• Penyataan keputusan
Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip keputusan dan
penyataan adalah seperti berikut:
KOD CAPAIAN TAHAP PENCAPAIAN
1 CEMERLANG
2 KEPUJIAN
3 MEMUASKAN
4 MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP PENGUASAAN
MINIMUM
5 TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS
6 DIKECUALIKAN
16
JADUAL KERJA PENGURUSAN DAN PENGUMPULAN SKOR PBS
BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN
1 Pelaksanaan PBS Februari – 31 Julai SEKOLAH
2 Kemasukan Markah ke dalam 1 – 5 Ogos SEKOLAH
Aplikasi
3 Serahan Disket dan Cetakan 9 – 11 Ogos SEKOLAH
Markah Kepada PPD / PPG
4 Serahan Disket dan Cetakan 12 – 21 Ogos PPD/PPG
Markah ke JPN
5 Serahan Disket dan Salinan 22 – 24 Ogos JPN
Cetakan Markah ke LPM
17
PENGOPERASIAN PBS
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN
• PERINGKAT KEBANGSAAN
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pengendalian PBS
Penasihat : Pengarah Peperiksaan
Pengerusi : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi)
Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan
Menengah Rendah & Rendah
Setiausaha : Ketua Unit PMR
Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Unit PMR
Pentaksir Kebangsaan
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat
Kebangsaan
Sebelum Pentaksiran
• Mengedar surat pekeliling ke JPN
• Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual Pengurusan
• Menyediakan bahan taklimat penataran dan melaksanakan penataran
• Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD / PPG
• Memberi taklimat kepada pegawai meja JPN
• Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah
• Melantik Pentaksir Kebangsaan
Semasa Pentaksiran
• Memantau pelaksanaan PBS di peringkat JPN
Selepas Pentaksiran
• Menerima skor calon daripada JPN
• Menyediakan laporan pemantauan PBS
18
Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Kebangsaan
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh
Pelaksanaan
1 Mengedarkan pekeliling Pengarah Ketua Sektor Jan
ke JPN Peperiksaan SPPMRR
2 Menyediakan dokumen Pengarah Ketua Unit Jan-Mac
dan bahan taklimat Peperiksaan PMR
penataran
3 Menyediakan surat Pengarah Ketua Unit Mac
arahan hadir taklimat Peperiksaan PMR
kepada PPD / PPG
4 Melaksanakan penataran Pengarah Pegawai April
dan menyerahkan bahan Peperiksaan mata
taklimat penataran pelajaran
berkenaan
5 Memantau pelaksanaan Pengarah Pegawai PMR Mei-Julai
di peringkat JPN Peperiksaan
6 Menyediakan laporan Pengarah Pegawai Ogos-Sept
pemantauan PBS Peperiksaan mata
pelajaran
berkenaan
7 Menghadiri mesyuarat Pengarah JK Jan
JK pusat Peperiksaan
8 Menyampaikan Pengarah JK - Pentaksir Jan
maklumat berkenaan Peperiksaan Kebangsaan
pelaksanaan PBS di
peringkat JK Negeri
19
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN
• PERINGKAT NEGERI
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Negeri
Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Setiausaha 1 : Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan (UPP)
Setiausaha 2 : Ketua Unit Pengurusan Akademik (UPA)
Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri
Ketua Sektor / KPP Pendidikan Islam dan Moral
Pegawai Meja Penilaian dan Peperiksaan
Penolong Pengarah Sains & Matematik
Penolong Pengarah Teknik & Vokasional
Penolong Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan
Penolong Pengarah Bahasa
Semua Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
Pentaksir Kebangsaan
Pentaksir Negeri
Pengarah Pelajaran Negeri dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik
bertanggungjawab sepenuhnya memastikan PBS dilaksanakan.
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat
Negeri
Sebelum Pentaksiran
• Menerima surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia
• Menerima dokumen pengurusan PBS daripada LPM
• Mengedar surat pekeliling dan dokumen pengurusan PBS ke sekolah
• Menghadiri taklimat penyelarasan peringkat pusat
• Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PBS peringkat negeri
• Melantik Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan
• Menyediakan surat-surat yang berkaitan
• Menyerahkan dokumen dan melaksanakan penataran PBS kepada PPD / PPG
• Melantik Pemantau
• Membahagikan sekolah-sekolah mengikut kawasan
• Mengadakan taklimat penataran / mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri.
• Menyelaras taklimat di peringkat kawasan
• Mengadakan penataran PBS kepada Pengetua, Ketua Pentaksir Kawasan dan
Ketua Pentaksir Sekolah
20
• Menerima senarai Jawatankuasa PBS sekolah
• Mengadakan mesyuarat pemantauan
Semasa Pentaksiran
• Memantau pelaksanaan PBS di peringkat PPD / PPG
• Memastikan semua sekolah akur dengan prosedur penskoran
• Memastikan penyelarasan peringkat kawasan dilaksanakan
• Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan
• Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan
• Membantu menyelesaikan kes-kes khas
• Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika perlu)
Selepas Pentaksiran
• Mengumpul Borang Gred Induk dan laporan pemantauan.
• Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan
• Memastikan setiap sekolah memasukkan gred calon dalam aplikasi yang
ditetapkan oleh LPM dan menghantar gred calon ke LPM.
• Memastikan sekolah mengeluarkan Sijil PBS kepada calon
21
Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Negeri
Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh
pelaksanaan
1 Menerima pekeliling Pengarah Pelajaran Ketua Sektor Januari
daripada LPM Negeri Pengurusan
Akademik
2 Menubuhkan Pengarah Pelajaran Penolong Jan-Feb
Jawatankuasa Negeri Pengarah
Pengurusan PBS Akademik
peringkat negeri
3 Menyediakan Pengarah Pelajaran Penolong Feb-Mac
dokumen dan bahan Negeri Pengarah
taklimat penataran Akademik
4 Menyediakan surat Pengarah Pelajaran Penolong Mac-April
arahan hadir taklimat Negeri Pengarah
kepada PPD / PPG Akademik
5 Melaksanakan Pengarah Pelajaran Penolong Mei-Jul
penataran dan Negeri Pengarah
menyerahkan bahan Akademik
PBS
6 Memantau Pengarah Pelajaran AJK Mei - Jul
pelaksanaan di Negeri Penyelaras
peringkat PPD / PPG
7 Memastikan semua Pengarah Pelajaran KU UPP / Ogos
sekolah akur dengan Negeri KPP UPA
prosedur penskoran
dan penghantaran
skor PBS ke LPM
8 Menghadiri mesyuarat Pengarah Pelajaran JK Negeri Jan
JK Negeri Negeri
9 Menyampaikan Pengarah Pelajaran JK Negeri Jan
maklumat berkenaan Negeri - Pentaksir
pelaksanaan PBS di Negeri
peringkat JK Daerah
22
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN
• PERINGKAT DAERAH / GABUNGAN
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Daerah /
Gabungan
Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
Setiausaha: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan(Akademik)
Ahli Jawatankuasa: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sabah dan Sarawak)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
(Teknik & Vokasional)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah /Gabungan
(Bahasa)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
(Sains & Matematik)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
(Pendidikan Islam & Moral)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
(Sains Sosial & Kemanusiaan)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan
(Peperiksaan)
Semua Pengetua
Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat
Daerah Gabungan
Sebelum Pentaksiran
• Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN
• Menubuhkan Jawatankuasa PBS peringkat PPD / PPG
• Menyediakan surat-surat yang berkaitan
• Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah
• Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah
• Menerima, menyemak disket dan cetakan skor
• Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan
• Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran
dan penghantaran mengikut jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran
tertentu)
23
Semasa Pentaksiran
• Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah
• Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan
• Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan
• Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan
• Membantu menyelesaikan kes-kes khas
Selepas Pentaksiran
• Mengumpul Borang Pentaksiran Induk dan Laporan Pemantauan
• Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan
• Memastikan setiap sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan
oleh LPM
• Memastikan sekolah mengeluarkan sijil PBS kepada calon
24
Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Daerah/Gabungan
Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh
pelaksanaan
1 Menerima pekeliling PPD/PPG Pen. PPD / Jan
dan taklimat PPG
penataran daripada (Akademik)
JPN
2 Menubuhkan PPD/PPG Pen. PPD / Jan
jawatankuasa PBS PPG
(Akademik)
3 Menyediakan surat PPD/PPG Pegawai Mata Jan
arahan hadir taklimat Pelajaran
penataran kepada
sekolah
4 Menyerahkan PPD/PPG Pegawai Mata Mac
dokumen dan Pelajaran
memberi taklimat
penataran kepada
sekolah
5 Memantau PPD/PPG AJK Mei-Julai
pelaksanaan di Pemantau
peringkat sekolah
6 Menerima, menyemak PPD/PPG Pegawai Mei-Ogos
disket dan cetakan Peperiksaan
skor
7 Menyediakan disket PPD/PPG Pegawai Ogos
kumpul dan Peperiksaan
mengesahkan cetakan
8 Memastikan semua PPD/PPG Pegawai Ogos
sekolah menghantar Peperiksaan
skor mengikut
prosedur penskoran
penghantaran dan
jadual yang
ditetapkan (bagi mata
pelajaran tertentu)
25
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN
• PERINGKAT SEKOLAH
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan (Akademik)
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan
Ahli Jawatankuasa : Ketua Bidang Sains & Matematik
Ketua Bidang Bahasa
Ketua Bidang Teknik & Vokasional
Ketua Bidang Sains Sosial & Kemanusiaan
Ketua Bidang Pendidikan Islam & Moral
Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)
Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat
Sekolah
Sebelum Pentaksiran
• Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN
• Menerima dokumen PBS daripada JPN
• Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS
• Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
• Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN
• Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
• Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan
Pentaksir Kawasan
• Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan
bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi
bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan
pembelajaran
• Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir
untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta
merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga
menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar
skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan
mengeluarkan sijil di peringkat sekolah
• Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid
• Memastikan setiap murid memiliki fail PBS
26
Semasa Pentaksiran
• Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
• Penyelarasan skor di peringkat sekolah
• Pemantau Dalaman membuat pemantauan
• Pentaksir merekod skor ke dalam Borang Skor Individu
• Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dalam fail individu
• Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid
menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
• Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk
Selepas Pentaksiran
• Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di
sekolah
• Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar
kepada JPN melalui KPKw
• Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah
memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
• Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk
Calon untuk disahkan oleh Pengetua
• Mengeluarkan Sijil PBS kepada calon
27
Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah
Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh
pelaksanaan
1 Menerima pekeliling Pengetua GPK Januari
dan menghadiri Akademik
taklimat penataran
daripada PPD / PPG
2 Menubuhkan Pengetua GPK Januari
jawatankuasa Akademik
pelaksana
3 Melaksanakan Pengetua GPK Januari
taklimat penataran Akademik
4 Melaksanakan Pengetua Pentaksir Jan-Julai
pentaksiran
5 Menyelaras Pengetua Penyelaras Mac-Julai
pentaksiran
6 Memantau Pengetua Pemantau Mac-Julai
pentaksiran
7 Mengumpul dan Pengetua SU Ogos
memasukkan skor ke Peperiksaan
dalam aplikasi (bagi
mata pelajaran
tertentu)
8 Menghantar skor Pengetua SU Ogos
mengikut prosedur Peperiksaan
penskoran dan
penghantaran yang
ditetapkan (bagi mata
pelajaran tertentu)
28
PENYELARASAN
Konsep
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan
dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran,
penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.
Objektif
Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut
prosedur yang ditetapkan.
Prosedur
• Melantik Penyelaras
• Penyelaras diberi taklimat penyelarasan
• Melaksanakan penyelarasan
• Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon
• Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir
• Memberikan skor baru
• Pengetua mengesahkan skor yang telah diselaraskan
• Memasukkan skor ke dalam aplikasi yang disediakan oleh LPM
• Menyerahkan disket dan cetakan skor kepada PPD / PPG
• JPN menyerahkan disket dan cetakan skor ke LPM
Penyelaras
Penyelaras adalah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melaksanakan
penyelarasan PBS.
Penyelaras terdiri daripada 2 kategori iaitu:
Penyelaras Luaran
• Pegawai LPM (mata pelajaran berkaitan)
• Pentaksir Kebangsaan
• Pentaksir Negeri
• Pentaksir Kawasan
Penyelaras Dalaman
• Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan)
• Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)
• Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
• Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan)
• Guru yang dilantik oleh Pengetua melalui Jawatan Kuasa Kes Khas
29
Instrumen Penyelarasan
Instrumen Penyelarasan yang digunakan terdapat di dalam setiap Buku Format
Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LPM.
30
PEMANTAUAN
Konsep
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program
PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Objektif
• Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah
mengikut prosedur yang ditetapkan
• Mengelakkan penyelewengan dalam PBS
Prosedur
• Pemantau akan diberi taklimat penataran berkaitan PBS
• Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun
• Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan ditetapkan
oleh JPN / PPD / PPG
• Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
• Pemantau menyediakan laporan kepada JPN / PPD / PPG
Pemantau
Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melihat
dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
LPM.
Pemantau terdiri daripada 2 kategori iaitu:
Pegawai Pemantau Luaran
• Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia
• Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
• Pegawai PPD / PPG
• Jemaah Nazir Sekolah
• Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
• Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM
Pegawai Pemantau Dalaman
• Pengetua
• Guru Penolong Kanan (Akademik)
• Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan)
• Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan)
• Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)
31
• Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan
• Guru yang dilantik oleh Pengetua
Tanggungjawab Pemantau
Sebelum Pemantauan
• Menerima surat pelantikan pemantauan daripada JPN
• Menerima taklimat tugas pemantauan
• Merancang jadual pemantauan
• Menghubungi pihak sekolah
• Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan
Semasa Pemantauan
• Berjumpa dengan Pengetua / pentadbir sekolah untuk mendapat maklumat
awal tentang PBS di sekolah berkenaan
• Bertemu dengan pentaksir sekolah
• Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan
• Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah
Selepas Pemantauan
• Menyediakan laporan dapatan pemantauan
• Menghantar laporan dapatan pemantauan dan instrumen pemantauan yang
lengkap kepada urusetia / ahli jawatankuasa PBS JPN
• Menghantar satu salinan laporan dapatan pemantauan ke sekolah
Instrumen Pemantauan
• Instrumen Pemantauan adalah dokumen yang disediakan oleh LPM untuk
memantau pelaksanaan PBS di sekolah.
32
PENGESANAN
Konsep
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki
program itu.
Objektif
Tanpa pengesanan, tidak dapat diketahui atau dipastikan sama ada program PBS
mencapai objektifnya. Dalam keadaan begini adalah sukar untuk merangka
tindakan bagi memperbaiki program itu dari semasa ke semasa. Justeru itu proses
pengesanan adalah merupakan perkara yang penting dan genting dalam PBS.
Personel
• Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran
• Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi
berikut :
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia
• Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh:
pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat ijazah
sarjana/ijazah kedoktoran
penyelidik swasta
Prosedur
Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian gunaan (applied
research) berdasarkan sample.
Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan :
• Mengenalpasti tujuan kajian
• Menentukan dan membina instrumen kajian yang bersesuaian.
Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut:
Instrumen soal selidik
Temubual
Senarai semak
Pemerhatian
• Menentukan persampelan
• Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber ditentukan seperti:
Pengetua
Guru
33
Penyelaras
Pemantau
Murid
Jabatan Pelajaran Negeri
Penggubal
Ibubapa
• Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah
berikut:
Lokasi sekolah
Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran sekolah
Penggunaan panduan / dokumen
Kefahaman pelaksanaan
Konsep perkara yang ditaksir
Maklumat dan kekangan
Guru
Murid
• Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan
• Menyediakan laporan
• Mengemukakan cadangan
Pelaksanaan Pengesanan
Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan
PBS.
34
PROSEDUR KESELAMATAN
Skor yang diberi berdasarkan evidens calon menunjukkan calon telah
ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pentaksiran PBS. Skor dan
evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah
ditetapkan
Proses Pengurusan Skor
• JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan mengedarkan
ke sekolah melalui PPD / PPG
• Pengetua bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPD / PPG akur
dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)
• PPD / PPG memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN
akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan
• JPN memastikan skor diterima dari PPD / PPG dan dihantar ke LPM akur
dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan
• Pengetua bertanggungjawab memastikan skor calon disimpan di tempat yang
selamat dan mematuhi prosedur keselamatan
Pengurusan Evidens
• Pengetua bertanggungjawab memastikan evidens calon disimpan seperti
ketetapan yang terdapat dalam Dokumen Pentaksiran PBS mata pelajaran
yang berkaitan
• Evidens produk calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal jika
telah selesai sepenuhnya. Jika evidens produk belum disiapkan sepenuhnya,
evidens produk hendaklah dibawa ke sekolah baru
• Tempoh penyimpanan evidens produk tingkatan 3 ialah enam (6) bulan
selepas keputusan PMR diumumkan
• Tempoh penyerahan evidens produk kepada calon ialah 30 hari selepas
tempoh penyimpanan tamat
• Pengetua berhak melupuskan evidens yang tidak dituntut oleh calon selepas
tamat tempoh penyerahan
35
PENGURUSAN & PROSEDUR KES KHAS
Calon Pindah
• Calon yang mendapat kelulusan berpindah boleh menukar pilihan mata
pelajaran KHB jika pilihan asal tidak ditawarkan di sekolah baru. Walau
bagaimanapun calon dinasihatkan supaya memilih sekolah yang menawarkan
pilihan KHB asal
• Calon yang berpindah ke sekolah baru tidak dibenarkan menukar mata
pelajaran KHB yang lain sekiranya sekolah tersebut ada menawarkan mata
pelajaran berkenaan
• Sekiranya calon yang berpindah tersebut terpaksa menukar pilihan KHB, skor
pilihan KHB yang asal hendaklah diambil kira sebagai skor bagi KHB baru
• Sekiranya calon yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi yang berpindah ke
sekolah baru yang tidak menawarkan mata pelajaran tersebut, Pengetua
sekolah baru bertanggungjawab memaklumkan kes ini ke Jabatan Pelajaran
Negeri untuk urusan pentaksiran Ujian Lisan Calon berkenaan
• Sekolah asal calon bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran
dan skor calon yang terkini dihantar ke sekolah baru
• Sekolah baru bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan
skor calon diterima daripada sekolah asal
• Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke dalam aplikasi
yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain
Calon Daftar Lewat
• Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS
• Skor calon hanya akan diambil kira dalam tempoh calon melaksanakan PBS
Pengecualian PBS
• Calon yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan
permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri.
JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM
• Calon yang pernah mengambil Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Rendah
Pelajaran atau Lower Certificate of Education atau Sabah Junior School
Certificate atau Sarawak Junior School Certificate dibenarkan pengecualian PBS
(Calon Persendirian).
36
RUMUSAN
APA PERLU BUAT
• Melaksanakan PBS
• Perancangan PBS
• Penataran PBS
• Pengoperasian PBS
• Pentaksiran
• Penyelarasan
• Penmantauan
• Pengesanan
• Pelaporan PBS
• Penilaian PBS
APA PRINSIP PERLU GUNA
• Kesahan
• Relevans
• Cukup Cakup
• Kebolehpercayaan
• Ketepatan
• Ketekalan
• Telus
• Keboleharapan yang tinggi
Prinsip Tiga Serangkai
• Ada laksana?
• Laksanakan dengan betul
• Laksana ikut standard dan prosedur
MENGAPA PERLU BUAT PBS
• Merealisasikan Matlamat KBSM, Objektif Kurikulum, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)
• Pembinaan Modal Insan
• Memantau perkembangan modal insan pelajar
• Assessment of learning
• Assessment for learning
37
BILA NAK BUAT
Ikut perancangan dalam :
• Jadual Pelaksanaan PBS Pusat
• Jadual Pelaksanaan PBS Negeri
• Jadual Pelaksanaan PBS Kawasan
• Jadual Pelaksanaan PBS Sekolah
PERANCANGAN DALAM JADUAL PBS
• Penataran
• Pentaksiran PBS di sekolah
• Pemantauan
• Penyelarasan
• Pengesanan
• Pelaporan
• Penilaian
SIAPA NAK BUAT
• Pegawai LPM
• Pegawai UPP JPN
• Nazir
• PPD/Gabungan/Bahagian
• Pentaksir Kebangsaan
• Pentaksir Negeri
• Pentaksir Kawasan
• Pentaksir Sekolah
BAGAIMANA NAK BUAT
• Pembentukan Jawatan Kuasa PBS di pelbagai peringkat
• Menetapkan fungsi Jawatan Kuasa
• Menetapkan tugas dan tanggungjawab AJK
• Melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan
• Melantik AJK
• Melantik Pentaksir
• Penataran
• Pengoperasian
• Pelaporan
38
PENATARAN
• Taklimat Pelaksanaan Penataran
• Input tentang Dasar, Konsep dan Prosedur PBS
• Input Kerangka PBS ikut mata pelajaran
• Input Pengoperasian PBS
• Bengkel
• Pembentangan
• Pemantapan Modul
• Produk Penataran
HARAPAN
• Ada ilmu tentang PBS
• Ada kemahiran untuk melaksanakan PBS
• Mantap sikap untuk melaksanakan PBS
• Bersedia dengan perancangan PBS di pelbagai peringkat
39
Related docs
Other docs by bsq17820
Florida Form 1B Conditional Employee or Food Employee Reporting Agreement - DOC
Views: 80 | Downloads: 0
Format of Sample Certificate of Internship Arizona State University New College of
Views: 193 | Downloads: 0
Get documents about "