Format Penjelasan Struktur Organisasi - DOC by ftj18462

VIEWS: 167 PAGES: 12

More Info
									                 SATU INISIATIF
         LOCAL AGENDA 21 PETALING JAYA




   ANUGERAH PERDANA KOMUNITI MAMPAN
         PETALING JAYA 2009/2010




                          BORANG



NAMA ORGANISASI (NOMBOR PENDAFTARAN):


………………………………………………………………………………………………………


NAMA KAWASAN KEJIRANAN


………………………………………………………………………………………………………


ALAMAT


………………………………………………………………………………………………………


………………………………………………………………………………………………………




                                         1/12
 ANUGERAH PERDANA KOMUNITI MAMPAN PETALING JAYA 2009/2010
   (PETALING JAYA SUSTAINABLE COMMUNITY AWARD 2009/2010)

1. Tujuan Anugerah ini adalah untuk memberikan perakuan kepada inisiatif dan
   pencapaian komuniti yang cemerlang dalam menambah-baikkan kualiti alam
   persekitaran seperti termaktub dalam Pelan Tindakan Memperkukuhkan
   Semangat Kejiranan, Local Agenda 21 Petaling Jaya.

2. Anugerah:
     a. Pemenang akan menerima Piala Pusingan Datuk Bandar MBPJ, satu
        Piala, Sijil Kepujian, geran pembangunan sejumlah RM 50,000 dan
        hadiah istimewa bagi setiap isirumah di kawasan kejiranan yang
        menang.
     b. 5 Anugerah mengikut kategori seperti berikut akan dihadiahkan
        dengan setiap satunya masing-masing menerima satu Piala, Sijil
        Kepujian dan geran pembangunan sejumlah RM 10,000.
             i. Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ 2009-2010 (Integrasi
                Sosial)
            ii. Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ 2009-2010 (Kejiranan
                Selamat)
           iii. Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ 2009-2010 (Kejiranan
                Hijau)
           iv. Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ 2009-2010 (Tadbir
                Urus)
            v. Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ 2009-2010
                (Keusahawanan)

3. “Qualified Organization” yang menyertai Anugerah adalah layak untuk
   membuat tuntutan balik tidak melebihi RM 1,000.00 bagi tanggunan kos
   perbelanjaan untuk menganjurkan aktiviti atas pilihan organisasi ketika
   proses penghakiman ataupun aktiviti yang berkaitan dengan penyertaan
   Anugerah ini.

4. Anugerah ini adalah terbuka kepada semua Persatuan Penduduk yang
   berdaftar, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
   Kampung di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

5. Penyertaan hendaklah dikemukakan mengikut format berikut: -

   A.    Profil Kejiranan
   B.    Profil Komuniti
   C.    Profil Organisasi
   D.    Inisiatif Komuniti
   E.    Perakuan




                                                                        2/12
6. Format ini boleh diperolehi melalui 3 cara : menerusi laman web / internet
   (http://www.mbpj.gov.my/la21/bestneighbourhood.html) atau dalam bentuk
   cakera padat atau dalam bentuk kertas. Cakera padat komputer boleh
   didapati dalam versi ” MICROSOFTWORD” , jika diminta.

7. Penyertaan hendaklah mengemukakan 2 salinan Laporan Penyertaan.
   Penyertaan dalam format digital juga diterima.

8. Penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Unit Local Agenda 21 Petaling
   Jaya, Bahagian Pembangunan Mampan dan Penyelerasan Perancangan,
   Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya,
   Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya sebelum atau pada 30hb Jun
   2010, bersamaan Hari Rabu, jam 5.00 petang Semua penyertaan
   akan diperakui terima.




                                                                         3/12
A.     PROFIL KEJIRANAN 2009/2010

 Bil                       Perkara                      Bil.    %     Penjelasan
 1   Keluasan kawasan kejiranan (sila sertakan pelan)

 2    Bilangan rumah mengikut jenis

      i.    Rumah Teres
      ii.   Rumah Berkembar
      iii.  Rumah Sesebuah
      iv.   Rumah Bandar
      v.    Rumah Pangsa ( harga di bawah RM42,000)
      vi.   Pangsapuri (harga antara RM43, 000 –
            RM100, 000)
      vii.  Pangsapuri (harga RM 100,000 ke atas)
      viii. Lain-lain (nyatakan…)
                           Jumlah                              100%
 3    Kemudahan Awam sediada (senaraikan)

      i.   Pendidikan
           a. Tadika / taska
           b. Sekolah Rendah
           c. Sekolah Menengah
           d. Kolej / Universiti
           e. Lain-lain (nyatakan…)
                            Jumlah                             100%
      ii. Kesihatan
           a. Klinik
           b. Hospital
           c. Lain-lain (nyatakan…)
                            Jumlah                             100%
      iii. Keagamaan
           a. Masjid / Surau
           b. Rumah Berhala
           c. Tokong
           d. Gereja
           e. Tanah Perkuburan (nyatakan…)
           f. Lain-lain (nyatakan…)
                            Jumlah                             100%
      iv. Kemasyarakatan
           a. Balairaya
           b. Dewan Serbaguna
           c. Komplek sukan
           d. Rumah Kebajikan golongan khas
           e. Bangunan Rukun Tetangga / Persatuan
           f. Balai Polis / Pondok Polis
           g. Balai Bomba
           h. Taman Rekreasi / Padang Permainan
           i. Gelanggang Sukan


                                                                        4/12
             j.  Pasar
             k.  Pusat Penjaja
             l.  Pusat Kitar Semula
             m.  Lain-lain (nyatakan…)
                              Jumlah                              100%
         v. Perdagangan
              a. Rumah kedai
              b. Komplek membeli-belah
                              Jumlah                              100%
         vi. Lain-lain kemudahan (nyatakan…)
                              Jumlah                              100%

Nota: Lampirkan bersama dokumen sokongan seperti gambar, peta kawasan (jika ada)

B.       PROFIL KOMUNITI 2009/2010

 Bil                            Perkara                    Bilangan          %
 i.      Bangsa
               a.    Melayu
               b.    Cina
               c.    India
               d.    Lain-lain (nyatakan…)

                              Jumlah                                  100%
 ii.     Jantina
                   a. Lelaki
                   b. Perempuan

                            Jumlah                                    100%
 iii.    Kumpulan umur
               c. 12 tahun dan ke bawah
               d. 13 tahun – 24 tahun
               e. 25 tahun – 55 tahun
               f. 56 tahun dan ke atas
                            Jumlah                                    100%
 iv.     Kumpulan khas (nyatakan …)

                             Jumlah                                   100%
 v.      Bilangan Kes Jenayah (nyatakan)
 vi.     Bilangan Kes Kebakaran (nyatakan)
 vii.    Bilangan Kes Kemalangan Jalan Raya (nyatakan)
 viii.   Bilangan Kes Vandalisma (nyatakan)
 ix.     Bilangan kes Denggi

Nota: Lampirkan bersama dokumen sokongan seperti gambar, peta kawasan, statistik,
keratan akhbar (jika ada)




                                                                             5/12
C.    PROFIL ORGANISASI 2009/2010


 Bil                       Perkara                                  Penjelasan
 1   Struktur Organisasi   – jawatankuasa, biro

 2    Mesyuarat            – kekerapan, lokasi, bilangan
      diadakan dan kehadiran

 3    Kaedah komunikasi – bulletin, risalah, e-mel,
      laman web, forum, peti cadangan, system
      perwakilan dll

 4    Perwakilan – semua golongan/lapisan masyarakat
      yang berkepentingan diwakili dalam organisasi
      (contoh: bangsa, jantina, kumpulan khas, ekonomi),
      penyertaan dalam lain-lain organisasi (nyatakan
      nama badan lain dan jawatan yang dipegang)

 5    Kewangan              –   sumber     kewangan,
      pendapatan, belanjawan tahunan (nyatakan dalam
      jumlah dan peratusan)

 6    Rakan Perkongsian – organisasi lain mengikut
      program/aktiviti, luar atau dalam kawasan kejiranan

 7    Penghargaan – menerima pengiktirafan daripada
      agensi, badan atau pertandingan lain

 8.   Cadangan perbelanjaan – sila nyatakan cadangan
      program /aktiviti yang akan dijalankan dengan Geran
      sekiranya organisasi memenangi Anugerah.

Nota Lampirkan bersama dokumen sokongan seperti senarai Sijil Pendaftaran
Pertubuhan atau surat kelulusan agensi kerajaan, nama ahli jawatankuasa /
jawatankuasa kecil organisasi, carta struktur organisasi, buletin, minit mesyuarat,
laporan / penyataan kepada Pendaftar Pertubuhan / Jabatan Kerajaan, jika ada

Gunakan helaian kertas berasingan jika perlu




                                                                              6/12
D.     INISIATIF KOMUNITI

1. Sila gunakan helaian kertas yang berlainan bagi setiap satu inisiatif
2. Penyenaraian inisiatif adalah bagi tahun 2009 dan penggal pertama tahun 2010 sahaja. Inisiatif yang dilanjutkan daripada tahun-
   tahun lepas adalah digalakkan
3. Lampirkan bersama dokumen sokongan seperti gambar, keratan akhbar, minit mesyuarat, notis pemberitahuan, surat/kad
   jemputan dan bahan publisiti, jika ada
4. Bagi contoh inisiatif, sila rujuk Lampiran 1

TAJUK INISIATIF KOMUNITI: ……………………………………………………………

Bil   Perkara                                                             Penjelasan                        Maklumat Tambahan
1     Nama Penyelaras Inisiatif
2     Aspek (sila bulatkan mana yang berkenaan. Lebih satu aspek          Sosial / Ekonomi / Alam Sekitar
      boleh dibulatkan)
3     Objektif / Matlamat                                                 1.
                                                                          2.
                                                                          3.
4     Bila inisiatif bermula (nyatakan tahun)
5     Tempoh masa inisiatif (bulan/tahun)
6     Kekerapan diadakan (e.g 1 kali seminggu, tiap-tiap hari, 2 kali
      setahun, sekali saja dll)
7     Bagaimana inisiatif dilaksanakan (berikan penjelasan secara
      perincian)
8     Siapa yang terlibat (senaraikan organisasi dan kumpulan )
9     Bilangan penyertaan
10    Kumpulan sasaran yang mengambil bahagian (jelaskan mengikut
      pecahan bangsa, kumpulan umur dan jantina)
11    Kos inisiatif dan sumber kewangan (nyatakan sendiri / sumber lain)
12    Kejayaan / Pencapaian Terbesar dan sumbangan kepada
      pembangunan mampan (dalam 25 perkataan)
13    Cadangan penambahbaikan
14.   Hasil / Impak Inisiatif Komuniti Mampan yang meliputi salah satu atau kelima-lima perkara tersebut di bawah




                                                                                                                             7/12
 Bil                               Perkara                              Penjelasan   Catatan, jika perlu
14.1 Integrasi Sosial
        Contoh:
     - Penglibatan dan usahasama antara berbagai pihak
        berkepentingan, kumpulan etnik dan/atau umur dan/atau jantina
        dan/atau kumpulan khas
     - Sokongan dan Jaringan antara Komuniti
     - Semangat kejiranan dan keharmonian
     - Sambutan perayaan
     - Imej atau identity kejiranan yang menonjolkan
     - Memenuhi keperluan sosial dan masyarakat setempat
     - Dan lain-lain

14.2 Kejiranan Selamat
       Contoh:
     - Jenayah Sifar
     - Vandalisma Sifar
     - Kejiranan yang mesra penghuni dan pelawat
     - Aksesibiliti dan kemudahsampaian yang selesa dan selamat
     - Tempat awam yang selamat dan menarik
     - Penglibatan berbagai pihak berkepentingan dalam skim
       keselamatan
     - Dan lain-lain

14.3 Kejiranan Hijau
       Contoh:
     - Inisiatif hijau yang strategik, mengikut keperluan tempatan,
       dilaksanakan secara berterusan serta merupakan amalan baik
       untuk dicontohi
     - Pengurusan dan penggunaan sumber yang optima
     - Kebersihan dan keindahan kawasan
     - Tahap pemahaman ke atas pembangunan mampan dan
       pemeliharaan alam sekitar serta Local Agenda 21 Petaling Jaya




                                                                                                     8/12
     - Menerimapakai pendekatan dan teknologi hijau yang mesra dan
       bersesuaian dengan situasi setempat
     - Penyelenggaraan kawasan
     - Penanaman pokok/kehijauan
     - Kemudahan/ penggunaan bahan binaan yang mesra alam
     - Lanskap yang tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang
       tinggi
     - 3R
     - Kempen Jimatkan Air
     - Penyelenggaraan sungai/parit
     - Penanaman pokok
     - Dan lain-lain
14.4 Tadbir Urus
       Contoh:
     - Penyertaan dan usahasama antara semua kumpulan
       berkepentingan dalam semua peringkat perancangan,
       pengurusan dan perlaksanaan inisiatif
     - Pengurusan organisasi yang tulus, responsif, inovatif,
       berorientasikan kepada konsensus, saksama, efektif dan efisyen
     - Pengurusan kewangan yang berdikari
     - Strategi komunikasi dan pemasaran organisasi / inisiatif yang
       efektif
     - Pengiktirafan organisasi
     - Kesedaran awam berkenaan pembangunan mampan dan LA21
       PJ
     - Ciri-ciri Kepimpinan
     - Penyertaan aktif dalam program MBPJ dan agensi / badan lain
       atau proses perancangan
     - Kemahiran IT
     - Dan lain-lain




                                                                        9/12
14.5 Keusahawanan
       Contoh:
     - Pengurusan organisasi bermodelkan niaga swasta termasuk
       pengurusan kewangan organisasi secara berdikari, pengurusan
       sumber manusia dan perancangan strategik
     - Penglibatan komuniti dalam aktiviti ekonomi setempat
     - Penggunaan sumber tempatan yang mesra alam
     - Rakan kongsi dengan sektor niaga menurut prinsip
       kebertanggungjawaban sosial korporat (CSR)
     - Keusahawanan sosial untuk kepentingan masyarakat
     - Keboleh-tumbuhan ekonomi tempatan dan kejiranan
     - Dan lain-lain




                                                                     10/12
                                                              LAMPIRAN 1

Contoh inisiatif komuniti mampan adalah termasuk (senarai di bawah hanya
digunakan sebagai rujukan saja): -

      Kitar Semula
      Kompos
      Eco Enzim
      Jus Enzim
      Penanaman pokok, pengindahan dan pembersihan kawasan
      Dusun bandar
      Sesi Pendidikan berkenaan isu pembangunan mampan
      Kesedaran ke atas rancangan pemajuan, impak alam sekitar, sosial dan
       ekonomi
      Kesedaran dan penyertaan dalam program MBPJ dan agensi/badan lain
      Program bersama pihak berkepentingan lain seperti sektor perdagangan
      Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, bukit, sungai dan tasik
      Skim menganak-angkat kemudahan awam seperti pili bomba, sekolah,
       taman
      Skim Pengawasan Kejiranan dan kawalan keselamatan
      Sambutan Perayaan Hari Kebesaran
      Cintai kemudahan awam
      Gotong royong
      Penyediaan kemudahan bagi kumpulan kurang berupaya dan warga
       kanan
      Perwakilan dalam proses perundingan dan perbincangan ke atas isu
       kejiranan dan perbandaran
      Program sosial, jasmani, pendidikan dan kekeluargaan
      Pembaharuan kawasan kejiranan
      Program CSR, latihan keusahawanan dan penwujudan pekerjaan
      Skim komunikasi dalaman dan luaran dengan ahli, penduduk dan
       organisasi
      Pemasaran organisasi, kawasan kejiranan, inisiatif dan individu
      Lain-lain




                                                                      11/12
E.       PERAKUAN


Saya,     ……………………………..………………………………………….                            (nama)
selaku             …………………………………                    (jawatan)        dalam
…………………………………..…………………………                             (nama      organisasi)
memperakui bahawa segala maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah
benar dan betul.

Saya bersetuju akan memberikan maklumat dan penjelasan tambahan sekiranya
diminta oleh panel hakim dan penganjur.


Dikemukakan Oleh,                         Disaksikan Oleh,


………………………………………                           ………………………………………
Nama:                                     Nama:

Jawatan:                                  Jawatan:

Alamat:                                   Alamat:



Tel:                                      Tel:

Tel. Bimbit:                              Tel. Bimbit:

Faks:                                     Faks:

E-mel:                                    E-mel:

Tarikh:                                   Tarikh:


UNTUK KEGUNAAN RASMI:                                Cop Rasmi

Diterima Oleh:      ………………………………………….

Tandatangan:        ………………………………………….

Tarikh dan Masa:    ………………………………………….



                                                                      12/12

								
To top