Docstoc

ETIKA BERPAKAIAN

Document Sample
ETIKA BERPAKAIAN Powered By Docstoc
					                  SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA, KL
Garis Panduan Berpakaian Kakitangan Awam
Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni.
Oleh itu, cara berpakaian dan pakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan
amalan kepada pegawai dan staf.Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat
hendaklah dipatuhi:

Pakaian Lelaki:

Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, “Lounge Suite” atau “Bush jacket”, Seluar
panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher;Pakaian baju melayu lengkap dengan
bersamping dan bersongkok warna gelap.

Amalan yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:

       Memakai ‘jeans’ atau seluar pendek.
       Memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan.
       Memakai baju melayu dengan kain pelikat.
       Memakai ketayap atau memakai serban. Walau bagaimanapun penggunaan
       songkok baldu bewarna hitam adalah dibenarkan.
       Memakai pakaian yang menjolok mata.
       Mewarnakan rambut.

ETIKA BERPAKAIAN
Fesyen pakaian alternatif bagi pegawai lelaki adalah seperti berikut:

Bil.Fesyen Syarat
1.Baju kemeja berlengan panjang:-

a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga,
b) berkolar baju Melayu Johor,
c) berkolar Nehru berbutang terselidung,
d) berkolar mandarin berbutang tiga.Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah
dimasukkan ke dalam (tuck in).

2.Nehru suit:-
a) berbutang hadapan
b) berbutang terselindung diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai.

*Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006
Pakaian Wanita:
Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia. Pakaian yang
dibenarkan adalah seperti berikut:

       Baju kurung
       Baju kebaya labuh dan longgar
       Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh
       Sari yang tidak mendedahkan bahagia badan
       Sut Punjabi lengkap berselendang
       Kasut bertutup

Pakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:

       Berpakaian yang memberi sangkaan ianya seolah-olah hendak menghadiri pesta ataupun ke tempat
        perkelahan
       Memakai pakaian yang menjolok mata
       Memakai ‘jeans’ atau ‘slacks’
       Memakai seluar pendek
       Pakaian yang menutup muka
       Memakai kasut sukan dan selipar
       Mewarnakan rambut
       Sut
       Memakai seluar “slacks” bagi kakitangan wanita.

CONTOH PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Pegawai-pegawai awam yang tidak berpakaian seragam diwajibkan memakai baju batik lengan panjang
berkolar/cekak musang buatan Malaysia pada setiap Khamis dan juga semasa menghadiri majlis-majlis rasmi
yang tidak mensyaratkan pemakaian jenis pakaian tertentu.

Amalan yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:

       Memakai ‘jeans’ atau seluar pendek.
       Memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan.
       Memakai baju melayu dengan kain pelikat.
       Memakai ketayap atau memakai serban. Walau bagaimanapun penggunaan
       songkok baldu bewarna hitam adalah dibenarkan.
       Memakai pakaian yang menjolok mata.
       Mewarnakan rambut.

PAKAIAN PADA HARI KHAMIS DAN MAJLIS RASMI

Bil Fesyen Syarat

1.Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang:-
a) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga,
b) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima,
c) berkolar Nehru butang terlindung,
d) berkolar Mandarin berbutang tiga.Berseluar panjang. Lengan baju jangan lipat. Sekiranya dipadankan
dengan kot,baju melayu batik hendaklah dimasukkan ke dalam(tuck in)

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006
Pegawai awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam, wajib memakainya semasa
bekerja.

PAKAIAN SERAGAM

( LELAKI & PEREMPUAN )
A. Semua pelawat Jabatan Latihan Khidmat Negara hendaklah berpakaian sopan.
B. Etika pakaian pelawat Jabatan adalah seperti berikut :
C. Bagi pelawat lelaki :

       Tidak dibenarkan memakai selipar / sandal.
       Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan.
       Tidak dibenarkan memakai seluar pendek (seluar pendek termasuk keluar diatas paras lutut dan
        Bermuda Pants).Tidak dibenarkan memakai baju tidak berkolar.

ETIKA PAKAIAN PELAWAT

D. Bagi pelawat :

       Tidak dibenarkan memakai selipar / sandal.
       Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan.
       Tidak dibenarkan memakai skirt pendek / seluar di atas paras lutut.
       Tidak dibenarkan memakai baju / seluar yang menjolok mata.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:633
posted:4/11/2011
language:Malay
pages:3