budaya (DOC)

Document Sample
budaya (DOC) Powered By Docstoc
					Pengenalan.

      Pengurusan bilik darjah dilihat sebagai sesuatu yang guru perlu lakukan
sebelum pengajaran sebenar bermula. Menurut Sanford J., Emmer E. & Clemments
B., ia juga perlu dilihat sebagai suatu bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan
bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan
oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti
bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif. Pengurusan bilik darjah
yang baik akan memberikan pengalaman pembelajaran yang mesra budaya kepada
murid dan seterusnya akan mengembangkan nilai sivik murid tersebut. Oleh itu, guru
perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi
dalam kalangan murid di dalam bilik darjah tanpa mengira latar sosio budaya murid
tersebut.




Kepelbagaian Sosiobudaya.

      Pada tahun 2008, Malaysia mempunyai lebih daripada 27 juta penduduk yang
rakyatnya terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Kumpulan terbesar terdiri
daripada Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban, dan lain-lain lagi.
Masyarakat yang pelbagai ini akan mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza
dan ia bukanlah penyebab yang boleh mewujudkan jurang antara sistem masyarakat
di negara kita ini. Kepelbagaian sosio budaya ini boleh dilihat dari segi bangsa,
struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam, dan
jantina. Oleh itu, murid-murid di sekolah perlu didedahkan kepada kepelbagaian
sosio budaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang
kondusif walaupun mereka bercampur dan berhadapan dengan murid dari kaum
yang berlainan.

      Menurut Kamus Dewan,1999, bangsa merupakan sekumpulan orang
yangmempunyaiciri-cirikebudayaan, nilai, danaspirasi yang sama. John Stuart Mill
pula menyatakan bahawa bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh
rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka berbanding
dengan rumpun bangsa yang lain.Umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan
manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya dan ia juga dianggap


                                                                                    1
memiliki identiti bersama, yang bersatu dalam satu wilayah dan terikat pada wilayah
tersebut. Contohya, kaum Melayu, India, dan Cina yang hidup bersama di Malaysia
sejak dulu telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Bangsa juga merujuk
kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati,
setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan. Nilai-
nilai sosial ini boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik
darjah yang sihat dan dinamik. Suasana bilik darjah yang mempunyai murid daripada
pelbagai campuran etnik atau berbilang kaum ini seperti Melayu, India, dan Cina
perlukan toleransi, persefahaman disamping menjadikan suasana pembelajaran
lebih kompetetif. Aspek kepelbagaian itu juga dapat diterima bersama oleh semua
murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.

      Dalam menghayati kepelbagaian kaum di negara ini juga, murid tidak boleh
menganggap isu perkauman adalah satu isu yang basi. Mereka perlu lebih
cenderung menghayati kedamaian, harmoni dan kerjasama antara penduduk serta
tidak melupakan ratusan ribu peribumi di Sarawak dan Sabah seperti Iban, Dayak,
Melanau, Kadazan, Dusun, dan lain-lain lagi yang masing-masing mempunyai tradisi
budaya malah agamanya. Selain itu, masyarakat berketurunan Cina juga mempunyai
suku-suku seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dan sebagainya. Begitu juga dalam
masyarakat berketurunan India, terdapat Tamil, Janffna dan keturunan Sikh,
Pakistan serta Bangladesh. Setiap kelompok masyarakat ini memiliki dialek, adat
kebiasaan, nilai-nilai, dan kepercayaan agama tersendiri dimana ia mempelbagaikan
sosio budaya di negara ini.

      Struktur masyarakat atau kelas sosial juga merupakan salah satu aspek yang
terdapat dalam sosio budaya di Malaysia ini. Kumpulan masyarakat yang hidup di
dalam negara ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi
atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup. Sebuah
masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara
mereka yang wujud bersama. Ia juga merupakan segolongan orang yang besar
jumlahnya dan tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur dan hidup
dalam sistem kehidupan tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain.
Roucek dan Warren,1979, menyatakan masyarakat diklasifikasikan sebagai satu
kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan
aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.

                                                                                  2
      Menurut Kamus Dewan, 2005, pula, masyarakat ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga, dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Di dalam buku Modul Hubungan Etnik oleh Shamsul Amri Baharuddin, para sarjana
sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak
wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat
bahawamanusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,
mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada
generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia.

      Dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya di Malaysia, susun lapis
masyarakat boleh dikategori kepada dua kumpulan iaitu, golongan yang memerintah
dan golongan yang diperintah. Manakala, kelas sosial masyarakat tradisional pula
diterjemahkan sebagai Sultan yang menduduki kelas hierarki tertinggi, Kelas
bangsawan yang terdiri daripada kaum keluarga diraja, Kelas pembesar iaitu
pembesar negeri atau daerah, dan Rakyat biasa iaitu golongan diperintah.

      Masyarakat Malaysia tergolong dalam masyarakat majmuk dimana ia meliputi
pelbagai etnik. Etnik didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan
ekonomi. Dalam etnik pula terdapat kelompok etnik iaitu golongan yang berbeza dari
segi kebudayaan yang diamalkannya. Etnik yang pelbagai inilah yang membentuk
masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat majmuk menurut J.S.Furnivall, adalah
terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, mereka masih
bekerjasama di bawah sistem politk yang sama, tetapi mengamalkan kehidupan
yang berasingan. Interaksi sosial dalam kalangan mereka adalah kurang dan
hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis
ras. Manakala asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai
kelompok manusia. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk terbentuk akibat
dominasi penjajah.

      Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk hasil daripada pihak penjajah
British yang membawa masuk kumpulan-kumpulan manusia dari negara China dan
India. Penghijrahan masuk kumpulan-kumpulan ini adalah untuk memenuhi dan


                                                                                 3
memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka iaitu dari segi perusahaan bijih
timah dan perusahaan getah pada pertengahan abad ke -19 dan awal abad ke-20.

      Sosio budaya juga dilihat dari aspek kepercayaan. Negara kita mempunyai
sesuatu bangsa yang terdapat pelbagai kaum yang mempunyai kepercayaan
masing-masing. Setiap daripadanya mempunyai kefahaman yang berasal dari
zaman nenek moyang mereka dan masih mengamalkan kefahaman tersebut
sehingga kini.

      Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi
halatuju kepada manusia tentang kehidupan. Dalam konteks agama, kepercayaan
adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral dan dikenali sebagai
akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut juga akan membentuk nilai yang akan
menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Menurut Kamus Dewan, 1994,
kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya
sesuatu. Dalam skop pembelajaran dalam bilik darjah, murid perlu didedahkan
kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul isu atau salah faham
semasa    proses   pengajaran   dan   pembelajaran   berlangsung.   Mereka    perlu
mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara ini
seperti kepercayaan masyarakat Melayu terhadap pawang, pantang larang, jampi
serapah dan sebagainya. Masyarakat Cina dan India juga mempunyai kepercayaan-
kepercayaan yang berbeza mengikut zaman nenek moyang mereka dahulu yang
masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat pada zaman ini.

      Selain itu, bahasa juga merangkumi aspek yang perlu dilihat dalam sosio
budaya. Ia dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama,
melestarikan kebudayaan, dan penerusan pemikiran. Chomsky menyatakan bahawa,
bahasa adalah kebolehan inat iaitu semulajadi, penutur asli untuk membentuk ayat
yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu. Melalui bahasa, kita juga
dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Contohnya,
orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri-
negeri yang terdapat di negara ini membezakan kelompok tersebut. Pembelajaran di
kelas perlu dibukakan ruang seluas-luasnya supaya murid dapat berkomunikasi
dengan murid daripada kaum lain dengan menggunakan bahasa kebangsaan.



                                                                                  4
Tambahan pula, mereka boleh memahami budaya, pemikiran dan bahasa rakannya
daripada kaum lain.

      Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun
temurun oleh masyarakat Melayu, India, dan Cina. Setiap kaum yang berbeza
mempunyai adat yang berbeza. Melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan
pelbagai adat resam ini, murid akan sedar tentang kepelbagaian sosio budaya yang
terdapat dalam negara mereka. Selain itu, murid tidak akan merasa kekok untuk
menerima adat resam kaum lain dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan
seharian kaum tersebut.Adat resam merupakan sesuatu cara yang telah ditentukan
untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat dan ia merupakan satu
kelaziman. Adat resam Melayu seperti melenggang perut, meminang dan bertunang,
dan sebagainya. Adat resam India pula seperti, semasa bersalin dan sewaktu
mengandung manakala adat resam Cina seperti kelahiran, kenduri selepas
kelahiran, dan sebagainya.

      Aspek sosio budaya yang terakhir ialah jantina. Jantina mempengaruhi
suasana dalam bilik darjah di mana terdapat perbezaan dari segi jantina serta kaum
yang berlainan. Guru perlu bijaksana mencampurkan muridnya dengan memberi
peluang kepada muridnya bergaul lelaki dan perempuan dengan lebih tertib,
bertanggungjawab, dan menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina.
Pemilihan aktiviti yang sesuai penting supaya wujud toleransi dan persefahaman
antara murid.




                                                                                 5
Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.

      Bilik darjah memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlu dibina bagi mengembangkan nilai
sivik dan moral murid supaya menjadi tunjang dalam kehidupan masyarakat yang
aman dan harmoni di peringkat nasional dan global pada hari ini dan hari-hari
seterusnya. Pengurusan kelas yang mesra budaya dapat memberikan suasana
pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri daripada latar belakang bangsa
dan budaya yang berbeza. Aspek-aspek penting dalam membina persekitaran bilik
darjah mesra budaya merangkumi pengurusan persekitaran bilik darjah, pengurusan
persekitaran sosioemosi, dan perhubungan antara kelompok etnik.

Pengurusan Persekitaran Fizikal.

      Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan
penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Pengurusan bilik darjah yang
mantap dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus ke
arah pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

      Marzano, 2003, menyatakan bahawa tindakan guru dalam bilik darjah
mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi
sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan
masyarakat.Menurut Lemlech (1988) pula, beliau menjelaskan bahawa pengurusan
bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Aspek penyusunan suasana bilik
darjah diberi keutamaan bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan
perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan dahulu masalah-
masalah yang mungkin timbul. Apabila guru berjaya mengurus fizikal, suasana dan
sumber bilik darjah yang kondusif, bermakna guru berjaya membentuk budaya
disiplin, disiplin, sayang pada alam sekitar, mematuhi segala peraturan dan arahan,
dan kehidupan berkualiti.

       Pengurusan bilik darjah yang berkesan meliputi aspek keselamatan iaitu
termasuklah menyediakan peraturan dan amalan atau rutin bilik darjah. Peraturan
kelas adalah berpandukan pekeliling dan peraturan sekolah. Perlanggaran peraturan
akan mengakibatkan murid diberi nasihat, amaran, dan tindakan. Aspek ruang dan


                                                                                  6
pergerakan juga perlu fleksibal. Hal ini bagi memudahkan murid menjalani sebarang
aktiviti yang dijalankan oleh guru. Penyediaan ruang dan susun atur meja dan kerusi
yang baik akan memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar. Kebersihan dan
keceriaan bilik darjah juga perlu diberi perhatian dalam pengurusan fizikal bilik darjah
supaya wujud rangsangan dalam diri mereka untuk belajar. Selain itu, aspek
pencahayaan, pengudaraan, dan kedudukan murid mendorong mereka untuk
memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Bilik
darjah yang kondusif mempunyai peralatan belajar asas yang mencukupi seperti
papan hitam, papan kenyataan, ruang selesa, kerusi dan meja, dan sebagainya.
Kemudahan penggunaan laman web, komputer, LCD dan CD dapat melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

Pengurusan Persekitaran Sosioemosi.

      Aspek kedua dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
ialah pengurusan persekitaran sosioemosi yang berkesan. Ia akan menjadi
perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah
mencapai matlamat termasuk minat, sikap, dan tingkah laku terhadap pembelajaran
mereka. Guru perlu pandai mengurus emosi murid supaya mereka tidak sentiasa
berada dalam gelisah dan tidak selesa apabila berhadapan dengan guru dan rakan
yang lain dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Hal ini bersesuaian dengan Woolfolk
(1990),   yang   menyatakan      bahawa     motivasi   atau   kuasa    dalaman    akan
membangkit,mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi
murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk
meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

      Dalam menguruskan emosi murid, hubungan yang positif antara guru dan
murid haruslah dibina terlebih dahulu agar emosi mereka stabil dan lebih ceria untuk
menerima pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Guru juga boleh
memberikan pujian dan galakan kepada murid supaya mereka terus terlibat dalam
aktiviti bilik darjah. Tambahan lagi, murid-murid perlu mengembangkan sosioemosi
mereka supaya mereka dapat menunjukkan kesedaran, menerima rakan-rakan yang
berbeza serta dapat meluahkan emosi dan perasaannya. Guru memberi ruang dan
peluang kepada mereka untuk bersosial sesama mereka dan melatih mereka
mengawal perasaan dan menjaga perasaan rakan-rakan mereka. Dengan cara ini,


                                                                                       7
secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan esteem kendiri dan perasaan saling
hormat menghormati di kalangan kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai budaya
dan kepercayaan.

      Aspek yang terakhir ialah perhubungan antara kelompok etnik dalam
membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Mesra bermaksud suatu
hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam suatu masyarakat. mesra
budaya pula adalah suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu
komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni
bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat
sesama mereka. Kumpulan etnik pula biasanya bermula dengan konsep keturunan
dan ia juga dapat dipecahkan menerusi perbezaan budaya dan tempat tinggal. Ralph
Linton (1945), menyatakan bahawa kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan
diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.

      Justeru, murid digalakkan mewujudkan hubungan etnik yang harmonis
sesama mereka. Mereka juga harus digalakkan berfikir secara berfokus mengenai
hubungan etnik di Malaysia ini dari pelbagai sudut iaitu sejarah, ekonomi, latar
belakang, politik, serta aspek    penting yang lain. Murid juga perlu menambah
pengetahuan tentang agama atau adat etnik lain supaya dapat membaiki dan
memupuk perhubungan etnik melalui lima perkara utama iaitu kesedaran,
kesefahaman, saling menghormati dan perpaduan. Setiap etnik menjaga dan
mengamalkan dengan baik setiap kepercayaan serta budaya masing-masing, maka
ia adalah satu sensitiviti setiap etnik tersebut. Etnik lain harus menghormati, sedar,
serta faham akan budaya yang mereka amalkan dan tidak memandang rendah dan
menghina kepercayaan dan budaya masing-masing. Maka, membina kesepaduan
daripada kepelbagaian adalah satu kemestian untuk memastikan kelangsungan
masyarakat di negara ini.

      Di dalam bilik darjah, guru perlu sentiasa peka dan lebih mengetahui tentang
isu-isu mengenai perbezaan hubungan etnik ini. Apabila merancang isi pengajaran,
pilihlah tajuk pembelajaran yang berkaitan dan merangkumi pelbagai budaya
masyarakat di Malaysia dan tidak hanya menumpukan pada            budaya satu kaum
sahaja. Guru juga boleh mewujudkan interaksi daripada murid yang menceritakan
bagaimana etniknya melaksanakan perayaan Tahun Baru contohnya. Semasa


                                                                                     8
menjalankan aktiviti di dalam kelas atau luar kelas, guru perlu memberi peluang
setiap etnik mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Ini kerana, guru tidak boleh
berat sebelah dan pilih kasih terhadap murid-muridnya dan menunjukkan contoh
yang baik terhadap murid dari etnik lain dengan tidak memburuk-burukkan serta
merendah-rendahkan budaya atau etnik mereka yang lain terutama sekali di
hadapan murid lain yang berbeza etnik. Hal ini akan menimbulkan suasana
pembelajaran yang tidak mesra budaya dan melahirkan perspektif yang kurang baik
terhadap reputasi seorang guru dalam sesebuah masyarakat yang menyanjung guru
sebagai seorang insan yang mulia di mata muridnya.

         Oleh yang demikian, seseorang guru perlulah merancang aktiviti yang tidak
menyentuh mana-mana isu sensitif yang boleh mengguris perasaan mana-mana
pihak. Di samping itu, murid dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni secara tidak
langsung semasa proses akademik berlangsung. Murid juga dapat mengetahui apa
yang patut diamalkan dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah
terutamanya apabila berhubung dengan kelompok etnik yang berbeza. Seterusnya
mereka akan memahami konsep kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan
bekerjasama dalam mengekalkan keamanan, keharmonian, dan kesejahteraan
negara tanpa mengira etnik. Justeru, pendedahan dari awal harus dilakukan dan
diteruskan demi menampilkan suasana pembelajaran mesra budaya sepanjang
hayat.




                                                              2500 patah perkataan.

                                                                                   9
10

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:3040
posted:4/10/2011
language:Malay
pages:10