Docstoc

SEJARAH OLAHRAGA

Document Sample
SEJARAH OLAHRAGA Powered By Docstoc
					                       SEJARAH OLAHRAGA

       Kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari,
melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai asas ini dianggap sebagai
seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah.
Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki. Kemahiran ini diperkembangkan dan seterusnya menjadi
sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
       Tujuan diadakan pertandingan hanyalah untuk mencari siapa yang lebih
pantas, melompat lebih jauh, atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk
mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi orang lain dan
akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya dan mewujudkan sikap bersaing sesame
individu.
       Mereka yang menang akan mengekalkan kemenangan itu atau berusaha
untuk menigkatkan keupayaan mereka supaya kejayaan dapt dikekalkan. Bagi
mereka yang gagak pula, mereka akan berusaha lebih gigih lagi untuk
menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud
pertandingan yang tentu menarik dan mendapat perhatian ramai.
       Pertandingan seperti ini diteruskan dari masa ke semasa dan semakin
ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji keupayaan
masing-masing.
                               SEJARAH AWAL


      Pertandingan ini sudah dimulakan sejak zaman Sebelum Masihi lagi.
Olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi dan merupakan
sukan terawal di dunia. Salah satu bukti kukuh ialah dilihat pada zaman Olimpik
Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah
diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan.
Orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,
walaupun matlamat asal olahraga bukanlah menjadikan olahraga sebagai salah
satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil
bahagian.
      Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang
mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan
sukan iaitu The Encyclopedia of Sport ada menyatakan tentang olahraga yang
bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh
dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut.
Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM. Selepas itu Sukan Olimpik
diadakan 4 tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu, sukan Olimpik tidaj
dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Theodosius tanpa menyatakan
alasannya.
      Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa
kehilangan sesuatu. Mereka tidak dapat lagi berkumpul seperti selalu dan
bertanding seperti sebelumya. Bagaimanapun mereka tetap meneruskan aktiviti
berlari, melompat dan melontar. Mereka dapat mempamerkan kemahiran dan
kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Tiada Negara lain yang
sanggup meneruskan sukan itu kerana sukan pertandingan sukan Olimpik itu
diadakan khusus untuk penduduk Greek sahaja. Tiada Negara lain yang
sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.
      Hal ini berlanjutan sehingga abad ke – 19. Walaupun tanpa sukan
tersebut , mereka terus mengadakan pertandingan secara kecil-kecilan sesama
mereka.




          PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN


      Menjelang abad ke- 19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan
kembali Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula
usaha Negara-negara lain yang mula menunjukkan minat selain Greek untuk
menghidupkan semula sukan olahraga. Di Englang umpamanya, olahraga
berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College melalui temasya sukan
yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang
pertama diadakan selepas berkuburnya sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu
mengadakan    temasya    mendorong    pihak-pihak   lain   untuk   turut   sama
mengembangkan sukan ini ke serata tempat di England. Tidak berapa lama
selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New
Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan
beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakkan sekolah turut
menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga. Sasaran menjadikan
sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga
amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, dan
peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah.
      University Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal
menubuhkan pasukan olahraga, iaitu ‘Exeter College Athletics Club’ yang
ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wajud hingga ke
hari ini. Perkembangan sukan di Negara-negara Eropah khususnya di England
termasuk sukan olahraga pada abad ke -19 memang ketara. Ini menjadikan
penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga
ini. Oleh itu, tidak hairan jika di katakan bahawa tahun-tahun 1860-an. Sambutan
penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan
sukan ini.
       Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan
olahraga berbentuk terbuka mula diadakan oleh kelab-kelab olahraga di Negara
tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh
menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula menonton
dan meminati kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut
diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha perkembangan sukan
inidi England diteruskan dan pada tahun 1876, Negara tersebut Berjaya
mengadakan kejohanan pertama yang berbentuk pertandingan peringkat
antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Kanada.
       Kemunculan sukan olahraga itu di Amerika Syarikat telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Negara tersebut. Perjumpaan
olahraga tersebut turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung
abad ke 19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru
sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan             prestasi yang
membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja
Berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan
termasuk di luar Amerika Syarikat.
       Turut menbanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika
Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod
yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakkan rekod dunia masih
belum mendapat pengiktirafan dunia maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk
rujukan. Bagaimanapun daripada senarai pemenang pada kebanyakkan bahawa
sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat.
       Perkembangan seterusnya ialah ke Negara-negara Eropah yang lain,
selain daripada Kepulauan Inggeris dan ke beberapa Negara dunia yang lain.
Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu
menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan
kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka
masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini
ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan
Negro prestasi yang menunjukkan dan menakjubkan.
      Di Negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang
disertai oleh peserta-peserta luar Negara. Malahan menerusi persatuan-
persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga
sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan
Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari sekolah dunia
untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam
bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini
dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga
dijadikan acara yang utama dalam olahraga sukan tersebut.
      Australia dan New Zealand juga Berjaya melahirkan olahragawan yang
mampu menandingi peserta dari Negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum
mampu menggugat atau menandingini mereka, walaupun sukan olahraga
diperkenalkan ke Negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah
muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingini
dan member saingan, walaupun prestasi yang mereka masih belum mampu
menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah.
Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika,
Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan
memenangi      beberapa   acara   sejak   kebelakangan   ini.   Ini,   menjadikan
pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar
dan menarik.
      Kebanyakkan Negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-
masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di Negara mereka.
Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap
aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai Negara berkenaan.
Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas
perkembangan dan kemajuan olahraga di Negara masing-masing.
      Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga
sendiri sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan ini telah
memberikan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai Negara mengambil
bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan yang dianjurkan oleh mana-mana
persatuan   yang    bergabung       dengan    Persekutuan     Olahraga   Amatur
Antarabangsa ( IAAF ) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1192
posted:4/7/2011
language:Malay
pages:6