Docstoc

SAYA BELAjAR

Document Sample
SAYA BELAjAR Powered By Docstoc
					             SAYA BELAjAR…

              Saya belajar..
          bahawa saya tak dapat
    Memaksa orang lain mencintai saya
   Saya hanya dapat melakukan sesuatu
      Untuk orang yang saya cintai..

               Saya belajar..
 Bahawa waktu bertahun-tahun diperlukan
Untuk membangunkan sesebuah kepercayaan
       Tetapi hanya beberapa detik
      Untuk saya menghancurkannya..

              Saya belajar..
    Sahabat yang terbaik bersama saya
 Dapat melakukan banyak perkara bersama
  Dan kami selalu memiliki waktu terbaik

                Saya belajar..
        Bahawa orang yang saya kira
          Adalah orang yang jahat,
   Orang yang membangkitkan semangat
   Serta orang yang begitu memerhatikan
               Keadaan saya..

              Saya belajar..
       Bahawa persahabatan sejati
        Senantiasa tumbuh mekar
 Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh
 Ada diantaranya melahirkan cinta sejati..

               Saya belajar..
          Bahawa jika seseorang
     Tidak menunjukkan perasaannya
        Seperti yang saya inginkan
       Bukanlah bererti bahawa dia
          Tiadak mencintai saya..

              Saya belajar..
         Sebaik-baik pasangan itu
    Mereka pasti pernah melukakan hati
       Dan perasaan antara mereka
     Kemudian saling memaafkannya..
               Saya belajar..
     Saya tidak harus memaksa orang
Melakukan apa saja mengikut kehendak saya
         Dan saya harus bersabar
         Atas semua yang berlaku
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..

               Saya belajar..
    Saya harus mengampuni diri sendiri
              Dan orang lain
      Andai saya tidak mahu dikuasai
    Perasaan bersalah terus-menerus..

               Saya belajar..
   Manusia dapat melihat sesuatu benda
Tapi kekadang dari pandangan yang berbeza
 Bergantung pada mata yang memandang
       Dan hati kecil masing-masing..

               Saya belajar..
      Bahawa langsung tidak penting
       Apa yang saya miliki sekarang
        Tetapi, yang paling penting
        Siapa diri saya sebenarnya..

               Saya belajar..
         Bahawa saya harus memilih
     Untuk menguasai sikap dan emosi
 Atau sikap dan emosi menguasai diri saya..

               Saya belajar..
      Kata-kata manis tanda tindakan
      Adalah saat perpisahan dengan
          Orang yang saya cintai..

             Saya juga belajar..
            Untuk berdiam diri..
       Memahami apa itu kehidupan..
         Dan saya sedikit memahami
     Untuk menjadi seperti pohon kayu
          Lebat buah dan bunganya
               Dilempar batu
Dibalas dengan buah dan bunga bertaburan..

     Hargailah Sesebuah Perhubungan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:5
posted:4/6/2011
language:Malay
pages:3