Docstoc

Ujian Pencapaian 1 Sejarah Tingkatan 4

Document Sample
Ujian Pencapaian 1 Sejarah Tingkatan 4 Powered By Docstoc
					                           SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI
                               WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
                                 UJIAN PENCAPAIAN 1 (MAC)
                                           2011

                                             SEJARAH
                                          TINGKATAN 4
                                      Satu jam tiga puluh minit
     _____________________________________________________________________________
Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan.

                                          BAHAGIAN A
                                     (JAWAB SEMUA SOALAN)

Arahan
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan
hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1.   Ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Paleolitik ialah…

     I     Hidup secara nomad
     II    Berdagang secara sistem barter
     III   Membuat peralatan daripada logam
     IV    Bergantung kepada sumber makanan yang tumbuh liar

     A     I dan II                             C    II dan III
     B     I dan IV                             D    III dan IV

2.   Apakah alat penting yang merupakan ciptaan masyarakat Neolitik?

     A     Alat tembikar                        C    Alat batu
     B     Alat logam                           D    Alat kayu


                              Madana                         Civilization
3.   Senarai di atas, merujuk kepada konsep tamadun.
     Apakah pandangan sarjana Islam tentang konsep tersebut?

     A     Menggunakan asas ilmu logik
     B     Menggalakkan persaingan ilmu
     C     Mengutamakan pembangunan lahiriah
     D     Merangkumi pembangunan rohaniah dan lahiriah

4.   Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang sesebuah masyarakat yang bertamadun ?

     I     Keunikan senibina
     II    Ketinggian tatasusila
     III   Keluhuran kebudayaan
     IV    Kemajuan perkampungan

     A I dan II                                  C           III dan IV
     B II dan III                                D           I dan IV




                                                     1
5.   Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan….

     A     kestabilan politik
     B     keluasan kawasan
     C     kepakaran penduduk
     D     kelangsungan bekalan makanan

6.   Mengapakah lembah sungai sesuai dijadikan pusat pembentukan tamadun awal?

     I     Kesuburan tanah
     II    Kemudahan bekalan air
     III   Kesesuaian untuk seni bina
     IV    Keupayaan menarik pelancong

     A     I dan II                           C       II dan III
     B     I dan IV                           D       III dan IV


                          Sumeria                   Assyria
                          Akkad                     Chaldea


7.   Apakah persamaan senarai di atas ?

     A     Tamadun awal dunia
     B     Negara kota Mesopotamia
     C     Kerajaan Mesopotamia
     D     Pelabuhan antarabangsa

8.   Raja Naramsin dari kerajaan Akkad mengisytiharkan dirinya sebagai „Raja Empat Penjuru Alam‟
     kerana baginda…

     A     wakil tuhan di bumi
     B     berjaya membina ziggurat
     C     menguasai wilayah yang luas
     D     membina Taman Tergantung Babylon

9.   Antara berikut yang manakah sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradapan manusia?

     A     Menghasilkan kertas
     B     Membina bandar terancang
     C     Mencipta peralatan pertanian
     D     Mengkatalog ubat-ubatan


10. Bagaimanakah perkembangan ilmu matematik dan astronomi membantu masyarakat Mesir
    mengendalikan Sungai Nil?

     A     Mengawal pelayaran kapal
     B     Meramalkan arah tiupan angin
     C     Dapat meramalkan kejadian banjir
     D     Membantu meningkatkan peningkatan petani




                                                  2
11. Bagaimanakah masyarakat Indus menghasilkan batu bata?

    A     Menggunakan ceper
    B     Menggunakan tanah liat
    C     Membakar dengan suhu tinggi
    D     Dijemur dengan panas matahari

            Masyarakat Lembah Indus telah menjalin hubungan perdagangan dengan Mesopotamia


12. Bukti pernyataan di atas ialah penemuan.

    A     cap mohor
    B     gading gajah
    C     barangan logam
    D     barangan tembikar

13. Mengapakah Tamadun Indus mengalami kehancuran pada tahun 1800 S.M.?

    I     Kelemahan pemerintahan Asoka
    II    Pemberontakan rakyat
    III   Serangan orang Aryan
    IV    Bencana alam

    A     I dan II                              C       II dan III
    B     I dan IV                              D       III dan IV

14. Mengapakah bandar Anyang dilengkapi dengan tembok?

    A     Mengawal banjir
    B     Menghalang pencerobohan musuh
    C     Menjadikan kawasan kediaman raja
    D     Mengasingkan kawasan kediaman dengan kawasan pertanian

15. Fungsi tulang oracle ialah untuk…

    A     mengubati penyakit
    B     menjamin kedaulatan raja
    C     meramal sesuatu keadaan
    D     menghasilkan barangan kayu

16. Apakah keistimewaan epik Gilgamesh?

    A     Kitab agama orang Mesopotamia
    B     Merakamkan titah perintah raja
    C     Hasil kesusasteraan tertua di dunia
    D     Menerangkan corak hidup di Zigurat




                                                    3
                    Falsafah perang Sun Tzu diamalkan sehingga hari ini

17. Falsafah yang dimaksudkan diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan..

    A    perniagaan
    B    pengiraan tahun
    C    pemburuan binatang
    D    upacara perkahwinan

18. Dinasti Shang digantikan oleh Dinasti Chou. Menurut kepercayaan orang China penggantian
    dinasti tersebut adalah berasaskan kepada…

    A    pengaruh seseorang raja
    B    sokongan para bangsawan
    C    sokongan rakyat
    D    mandat tuhan

19. Mengapakah sistem penanaman bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?

    A    Meminimumkan kos
    B    Mengekalkan kesuburan tanah
    C    Mengurangkan tenaga buruh
    D    Menjimatkan masa


20. Pemerintahan Rom pada abad ke-2M telah mewujudkan majlis X yang menjalankan pentadbiran
    dan kewujudannya membawa kemajuan dan keselesaan hidup. Apakah Majlis X ?

    A    Majlis Perundangan
    B    Majlis Pembandaran
    C    Majlis Bandaraya
    D    Majlis Daerah

21. Pengasas Dinasti Chin yang telah berjaya membentuk sebuah empayar melalui perluasan jajahan
    takluknya ialah Maharaja...

    A    Han Wu Ti
    B    Min Chih
    C    Shih Huang Ti
    D    Han Fei Tzu

22. Sistem pemerintahan tamadun Yunani sering bertukar ganti. Sistem pemerintahan manakah yang
    memberi penguasaan kepada konsul di Yunani?

    A    teokrasi                                C       monarki
    B    oligarki                                D       autokrasi

23. Rakyat Athen tidak berpuas hati terhadap golongan aristokrat kerana kuasa mereka mengatasi kuasa
    raja.

    Apakah kesan daripada rasa tidak puas hati tersebut?

    A   Perampasan kuasa
    B   Pemulauan pilihanraya
    C   Perlucutan jawatan pentadbiran
    D   Perubahan sruktur masyarakat
                                                     4
                 “Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap , terbaik dan
                 berupaya menggubal undang –undang”

24. Petikan di atas menceritakan kepentingan undang-undang. Siapakah yang mengutarakan pendapat
    tersebut ?

    A     Maharaja Justinian
    B     Augustus Caesar
    C     Asoka
    D     Plato

           Sistem Republik di Rom telah mengalami perubahan semasa pemerintahan Julius Caesar

25. Apakah perubahan yang telah dilakukan oleh beliau?

    I    Memerintah secara diktator
   II    Membentuk kerajaan pusat
   III   Mewujudkan jawatan praoeotor
   IV    Memperkenalkan kebudayaan Hellenistik

    A     I dan II                              C       II dan III
    B     I dan IV                              D       III dan IV


               Walaupun dianggap Bapa Falsafah, Socrates telah dijatuhkan hukuman bunuh

26. Mengapakah Socrates dijatuhi hukuman bunuh?

    A    Enggan mematuhi perintah raja
    B    Dituduh merosakkan pemikiran rakyat
    C    Memimpin rakyat melancarkan pemberontakan
    D    Mendakwa dirinya lebih berkuasa daripada raja

27. Apakah kesan Perang Kalinga kepada Maharaja Asoka?

   A     Mengembangkan ajaran Buddha
   B     Memulakan pentadbiran empayar
   C     Meluaskan empayar hingga ke Asia
   D     Menggunakan kekerasan dalam perang

28. Kegiatan ekonomi Athens lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan.
    Apakah sebabnya?

   I      Mengamalkan kegiatan pertanian pindah
   II     Bentuk muka buminya bergunung-ganang
   III    Pusat pengumpulan barang dari Timur
   IV     Terletak berhampiran dengan laut

   A      I dan II                              C       II dan III
   B      I dan IV                              D       III dan IV




                                                    5
29. Athens sangat mementingkan pendidikan dalam kalangan masyarakatnya. Apakah teknik
    pengajaran yang digunakan untuk melahirkan pelajar yang petah bercakap?

    A    Seni berpidato
    B    Mewarisi bahasa Yunani
    C    Mengadakan perbahasan umum
    D    Penghasilan karya bermutu

              ●       Mengutamakan latihan fizikal berbanding pendidikan mental

30. Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah aspek berkenaan penting dalam sistem pendidikan di
    Sparta?

    A    Melahirkan ahli sukan
    B    Membina rakyat sihat
    C    Melahirkan warganegara tentera
    D    Mewujudkan masyarakat seimbang


                                              Tokoh Y

                       Karya utama beliau adalah Politics
                       Beliau telah mendalami bidang sains dan falsafah


31. Tokoh Y dimaksudkan ialah

   A Plato                                        C Thucydides
   B Sulon                                        D Aristotle

32. Ahli falsafah Han Fei Tzu pada Zaman dinasti Chin telah memperkenalkan undang-undang yang
    dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang ini dipengaruhi oleh falsafah…

    A    Legalisme
    B    Liberalisme
    C    Sosialisme
    D    Demokrasi

33. Apakah aspek yang diberi penekanan dalam ajaran Confucianisme yang diperkenalkan
    di negara China?

    A   Taat setia kepada negara
    B   Sanggup berkorban demi negara
    C   Miliki prinsip moral yang tinggi
    D    Persaudaraan dalam masyarakat

34. Berbanding sistem sosial di India, kelas sosial dalam masyarakat China lebih bersifat fleksibel
    kerana...

    A    Pendidikan mengubah status sosial
    B    Kerjaya politik yang tidak terhad
    C    Perkahwinan mengubah status individu
    D    Rakyat bebas membantah penindasan sosial


                                                     6
35. Tertubuhnya Persatuan Perdagangan dan Perusahaan disebabkan oleh perkembengan sektor
    ekonomi yang pesat dalam tamadun Indus. Persatuan ini dipanggil…

    A      Lethin
    B      Sresthin
    C      Legalisma
    D      Liberalisme

36. Orang-orang Cina menganggap semua benda di dunia ini terbahagi kepada dua kategori , iaitu
    Yin dan Yang.
    Konsep ini digunakan dalam..

    A      upacara penyembahan
    B      proses pembelajaran
    C      perubatan tradisional
    D      hubungan keluarga

37. Jalan sutera membuktikan hubungan erat di antara Tamadun India dengan Alam Melayu, China,
    Timur Tengah dan Barat. Hubungan ini terjalin melalui…

   A      Hubungan penjajah dengan tanah jajahan
   B      Penyebaran agama Buddha
   C      Hubungan diplomasi
   D      Hubungan perdagangan

38. Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada zaman Rom ( 280-337SM)?

    A      Penulisan kitab Bible
    B      Pengiktirafan oleh Constantine
    C      Pengaruh agama lain kurang
    D      Perkembangan teknologi percetakan

39. Salah satu ajaran penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Siapakah pengasas ajaran tersebut?

   A      Siddharta Gautama
   B      Shih Huang Ti
   C      Confucius
   D      Lao Tze

40. Rajah di bawah berkaitan dengan matlamat utama penganut agama Hindu.


             Matlamat masyarakat Hindu                                Mencapai Moksya

    Mengapakah masyarakat Hindu mempunyai matlamat seperti di atas?

    I      Untuk menyucikan dosa
    II     Untuk bersatu dengan tuhan
    III    Supaya tidak dilahirkan semula ke dunia
    IV     Ingin bebas daripada kongkongan dosa

    A      I dan II                             C        II dan III
    B      I dan IV                             D        III dan IV




                                                     7
Nama: ______________________________                                           Tingkatan 4: ___________

                                         BAHAGIAN B
                                      SOALAN STRUKTUR
                                    JAWAB SEMUA SOALAN


1.    Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan yang
      penting kepada peradaban dunia.


      (a)    Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

             i.     .............................................................................………………………

             ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                         [ 2 markah ]

      (b)    Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat dalam
             tamadun Hwang Ho.

             i.     .............................................................................………………………

             ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                         [ 2 markah ]

      (c)    Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

             i.     .............................................................................………………………

             ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                         [ 2 markah ]

      (d)    Senaraikan dua ciri negara kota Anyang dalam tamadun Hwang-Ho.

             i.     .............................................................................………………………

             ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                         [ 2 markah ]

      (e)    Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang
             pertanian kepada peradaban manusia.

             i.     .............................................................................………………………

             ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                         [ 2 markah ]




                                                     8
2.      Jadual di bawah menunjukkan tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa Negara.

                            Tamadun                                        Tokoh

                              Yunani                                      X
                               Rom                                  Augustus Caesar
                               India                                    Asoka
                              China                                       Y

        (a)        Namakan tokoh perluasankuasa berikut:

                   i.       X        …………………………………………………………………………..

                   ii.      Y     ………………………………………………………………………….
                                                                          [ 2 markah ]
        (b)        Berikan dua negara yang berjaya ditakluki oleh Yunani.


                   i.       .............................................................................………………………

                   ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                                [2 markah]
        (c)        Nyatakan cara-cara perluasan kuasa tamadun India.


                   i.       .............................................................................………………………

                   ii.    .............................................................................………………………
                                                                                                                [2 markah]
        (d)        Nyatakan tindakan Shih Huang Ti untuk menyatukan seluruh China.


                   i.       .............................................................................………………………

                   ii.      .............................................................................………………………
                                                                                                                 [ 2 markah ]

        (e)        Pada pendapat anda, apakah keburukan tindakan perluasan kuasa pada masa kini?


                   i.       .............................................................................………………………

                   ii.      .............................................................................………………………
                                                                                                                 [ 2 markah ]




                                           KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh:                               Disemak Oleh:                                Disahkan Oleh:


(PN. NORAZITA BT. MD NOR)                      (PN. NORAZAH BT. AHMAD)                     (PN. ZAINA BT. MOHAMAD)
Guru Sejarah Tingkatan 4                       Ketua Panitia Sejarah                       Ketua Bidang Kemanusiaan


                                                             9
                 UJIAN PENCAPAIAN 1 (MAC)
                           2011
                         SEJARAH
                       TINGKATAN 4

                     SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

      1      B                              21   C
      2      A                              22   B
      3      D                              23   A
      4      B                              24   D
      5      D                              25   A

       6     A                              26   B
       7     B                              27   A
       8     C                              28   D
       9     D                              29   A
      10     C                              30   C

      11     C                              31   D
      12     A                              32   A
      13     D                              33   C
      14     B                              34   A
      15     C                              35   B

      16     C                              36   C
      17     A                              37   D
      18     D                              38   B
      19     B                              39   D
      20     B                              40   C




                            10
Bahagian B

Soalan   Fakta   Butiran                                                                     Markah

1 (a)    F1      Hamba                                                                          1
         F2      Tentera                                                                        1
         F3      Petani                                                                         1
         F4      Pedagang                                                                       1
                                                                                                1
         F5      Artisan
                                                                                                1
         F6      Pegawai kerajaan
                                                                                                1
         F7      Golongan bangsawan                                                             1
         F8      Golongan agama                                                                 1
         F9      Pembesar                                                                       1
         F10     Raja                                                                         [2m]
                                                                      Mana-mana 2 x 1 m         1
1 (b)    F1      Animisme                                                                       1
         F2      Politeisme                                                                     1
                 Penyembahahan roh nenek moyang                                                 1
         F3
                                                                                                1
         F4      menyembah tuhan syurga ( Shang-Ti )
                                                                                                1
         F5      menyembah tuhan bumi ( Tu )
                                                                                                1
         F6      Penyembahan sungai, bukit dan gunung                                           1
         F7      Percaya kepada ramalan / tilikan rekahan tulang oracle yang ditafsirkan
         F8      dengan sesuatu kejadian                                                       1
                 Percaya mandat daripada tuhan diberi kepada raja yang memerintah
         F9      dengan adil dengan cara rakyat akan menikmati kemakmuran dan                  1
                 kesejahteraan
                 Percaya kepada Shang-ti iaitu dewa tertinggi dari syurga dianggap sebagai     1
         F10
                 nenek moyang pemerintah Shang
                                                                                              [2m]
         F11     Percaya kepada konsep Tien iaitu suatu kuasa agung/ suatu makhluk
                 ungguk / kuasa tertinggi alam semesta / syurga
                                                                                                1
                                                                        Mana-mana 2 x 1 m       1
1(c)     F1                                                                                     1
                 Raja menentukan musim menanam dan menuai                                       1
         F2
                 Menjalankan aktiviti harian                                                    1
         F3
                 Menentukan upacara perkahwinan                                               [2m]
         F4
                 Perburuan
         F5                                                                                    1
                 Pengkebumian
                                                                                               1
                                                                      Mana-mana 2 x 1 m
1(d)     F1                                                                                    1
                 Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
         F2                                                                                    1
                 Terdapat istana                                                               1
         F3
                 kuil                                                                          1
         F4
                 Pusat pentadbiran                                                             1
         F5
                 Raja/ golongan pembesar / golongan agama tinggal di bandar
         F6
                 Dilengkapi tembok untuk menghalang pencerobohan musuh                  [ 2m]
         F7
                 Bandarnya di kelilingi perkampungan yang didiami oleh golongan peatani
                                                                     Mana-mana 2 x 1 m
1(e)             Pembinaan sistem pengairan / terusan
         F1      Kemajuan dalam teknologi pembajakan                                          1
         F2      Penciptaan cangkul                                                           1

                                                 11
       F3      Penciptaan sabit                                                                     1
       F4      Menggunakan batas untuk penanaman                                                    1
       F5      Peralatan pertanian daripada besi menggantikan kayu                                  1
       F6                                                            Mana-mana 2 x 1 m              1
                                                                                             [2m]


Soalan Fakta                               Butiran                                Markah

1(a)   F1       Alexander The Great                                                   1
       F2       Asoka                                                                 1
                                                      [ Mana-nama 2 x 1m]            2m


1(b)   F1       Parsi                                                                 1
       F2       Turkistan                                                             1
       F3       Samarkand                                                             1
       F4       Mesir                                                                 1
                                                       Mana-mana 2 x 1 m ]           2m

1(c)   F1       Melalui ketenteraan semasa pemerintahan Dinasti Maurya                1
       F2       Dasar lemah lembut dan terbuka                                        1
       F3       Memberi penekanan kepada agama Buddha                                 1
                                                 [ Mana-mana 2 x 1 m ]               2m


1(d)   F1       Memerintah secara autokratik iaitu tegas dan mutlak                      1
       F2       Menghapuskan kuasa golongan bangsawan                                    1
       F3       Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir                    1
       F4       Membina Tembok Besar China untuk mempertahankan                          1
                daripada serangan orang gasar
                                                   [ Mana-mana 2 x 1 m ]             2m


1(e)   F1       Kemusnahan harta benda                                                1
       F2       Melanggar hak asasi manusia                                           1
       F3       Menceroboh kedaulatan negara lain                                     1
       F4       Kemusnahan alam                                                       1
       F5       Wujud persaingan senjata                                              1
       F6       Mengancam keamanan sejagat                                            1
       F7       Mengorbankan nyawa                                                    1
                                                 [ Mana-mana 3 x 1 m ]               3m




                                              12

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: sejarah
Stats:
views:543
posted:4/3/2011
language:Malay
pages:12