Docstoc

PENYATA PENYESUAIAN BANK

Document Sample
PENYATA PENYESUAIAN BANK Powered By Docstoc
					         OLEH CIKGU SAIDI
www.saidisulong.blogspot.com
Ringkasan..
 Apabila perniagaan membuka Akaun Semasa di bank,
    maka pihak bank akan mengeluarkan Penyata Bank kepada
    perniagaan pada setiap bulan
   Penyata Bank ini digunakan untuk membandingkan baki
    terakhir pada Buku Tunai yang disediakan oleh pemilik
   Namun demikian, kebiasaannya akan berlaku perbezaan
    jumlah baki terakhir antara Penyata Bank dan Buku Tunai
   Perbezaan ini berlaku kerana wujudnya hasil atau belanja
    yang tidak direkodkan secara serentak
   Maka, Penyata Penyesuaian Bank disediakan untuk
    memastikan baki di Penyata Bank dan Buku Tunai adalah
    betul.
Istilah yang perlu difahami
1. Cek belum dikreditkan
   -Cek yang telah didebitkan dalam Buku Tunai, tetapi
   belum dikreditkan atau belum diproses oleh pihak
   bank di Penyata Bank
   -Kesannya akan menambahkan baki pada Penyata
   Bank
2. Cek belum dikemukakan
   -Cek yang telah dikreditkan dalam Buku Tunai,
   tetapi belum didebitkan atau belum diproses oleh
   pihak bank pada Penyata Bank
   -Kesannya akan mengurangkan baki pada Penyata
   Bank
Sambungan..
3. Item-item yang menyebabkan Penyata Bank
   bertambah
   -Cek belum dikreditkan, premium insurans dsb
4. Item-item yang menyebabkan Penyata Bank
   berkurang
   -Cek belum dikemukakan, cek tak layan, cek tak
   laku, caj bank, buku cek, pindahan kredit dsb
3 kaedah penyediaan penyata
penyesuaian bank
1. Bermula dengan baki penyata bank (tanpa
   mengemaskini buku tunai)
2. Bermula dengan baki buku tunai (tanpa
   mengemaskini buku tunai)
3. Bermula dengan Penyelarasan Buku Tunai
1. Bermula dengan baki penyata bank (tanpa
   mengemaskini buku tunai)
Baki kredit dalam Penyata Bank             100
Campur Cek belum dikreditkan          10
       semua item yang menyebabkan
       baki penyata bank berkurang    20      30
                                             130
Tolak  Cek belum dikemukakan          10
       semua item yang menyebabkan
       baki penyata bank bertambah    30   40
Baki debit seperti dalam Buku Tunai        90
2. Bermula dengan baki buku tunai (tanpa
   mengemaskini buku tunai)
Baki kredit dalam Buku Tunai                 90
Campur Cek belum dikemukakan            10
        semua item yang menyebabkan
        baki penyata bank bertambah     30    40
                                             130
Tolak  Cek belum dikreditkan            10
       semua item yang menyebabkan
       baki penyata bank berkurang      20    30
Baki debit seperti dalam Penyata Bank        100
3. Bermula dengan penyelarasan pada Buku
   Tunai

Kemaskini buku tunai terlebih dahulu (untuk
 item-item yang terdapat pada penyata bank
 sahaja)
Sediakan penyata penyesuaian bank (untuk
  merekod cek belum dikreditkan dan cek
  belum dikemukakan sahaja)