BAB 3 : MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 by eeeda8994

VIEWS: 673 PAGES: 7

More Info
									                                       BAB 3




                               METADOLOGI KAJIAN


3.1   Pengenalan


             Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini termasuklah
      aspek-aspek yang berkaitan perlaksanaan seperti reka bentuk kajian,
      populasi, sample kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan
      prosedur penganalasian data.


3.1   Reka Bentuk Kajian


             Kajian ini melibatkan sebahagian Tahun 4 (seramai 72 orang murid
      yang mempunyai tahap sederhana pencapaian mereka) dalam mata
      pelajaran Matematik di sekolah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
      ialah jenis kuasi eksperimen iaitu dua kumpulan yang mempunyai tahap
      pencapaian mereka yang hampir sama.


             Kumpulan pertama dinamakan kumpulan eksperiman, manakala
      kumpulan kedua dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Murid kumpulan
      pertama akan diajar topik berkenaan dengan mengunakan strategi
      pembelajaran konstruktivisme iaitu penggunaan Blok Sifir. Manakala,
      kumpulan       kawalan   akan   diajar   menggunakan   kaedah   pengajaran
      tradisional.


             Kaedah kuasi eksperimen dipilih adalah kerana ingin melihat adakah
      permasalahan murid bagi topik berkenaan adalah disebabkan oleh sesuatu
      pembolehubah yang dijangkakan atau kegagalan murid menguasai topik
      berkenaan disebabkan oleh ketidaksesuaian kaedah pengajaran yang
      digunakan. Oleh sebab itu, perlulah ditetapkan kategori murid yang menjadi
      sample kajian iaitu daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian
      Matematik yang sama atau hampir sama.


            Soalan kaji selidik dalam bentuk ujian-pos akan diberikan kepada
      semua responden dalam kajian ini untuk dijawab. Selain daripada itu,
      pemerhatian juga akan dibuat sepanjang waktu pengajaran dan temubual
      akan dilaksanakan ke atas beberapa responden. Berikut adalah carta aliran
      bagi menunjukkan rekabentuk kajian tersebut dijalankan.


(Rajah 1)

                       KAEDAH KUASI EKSPERIMEN



 KUMPULAN EKSPERIMEN                           KUMPULAN KAWALAN


       Ujian-pra                                          Ujian-pra


 Pengajaran Konstruktivisme                        Pengajaran Tradisional


       Persepsi guru                                   Persepsi guru


       Temubual                                          Temubual


       Ujian-pos                                          Ujian-pos




                         Rajah 1 : Rekabentuk Kajian


3.3   Populasi dan Sampel Kajian
              Populasi kajian adalah murid-murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah
      di Daerah Gombak, Selangor. Sample kajian ini dipilih secara khusus iaitu
      murid-murid seramai 72 dalam dua buah kelas yang mempunyai tahap
      pencapaian sederhana. Terdapat batasan-batasan yang tidak disengajakan
      seperti kekangan masa kerana murid-murid sibuk dengan pelbagai aktiviti
      selepas peperiksaan seperti kenaikan kelas dan urusan penyerahan serta
      pengagihan buku teks.


3.4   Instrumen Kajian


      Tiga instrument kajian yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu:


         a.      Soal selidik
         b.      Ujian-pos
         c.      Pemerhatian guru di sepanjang proses pengajaran


              Satu set soalan kaji selidik akan direka berdasarkan persoalan
      kajian. Terdapat dua bahagian dalam soalan kaji selidik iaitu bahagian A
      (Latar Belakang Responden) dan bahagian B (15 item tertutup).


              Soalan-soalan kaji selidik yang direka itu telah dirujuk kepada tutor
      pembimbing terlebih dahulu sebelum diutarakan kepada responden bagi
      menilai kesahihan soalan-soalan tersebut. Manakala bagi tujuan menilai
      kebolehpercayaan       pula,   soalan-soalan   kaji   selidik   itu   telah   diberi
      penerangan supaya murid faham untuk menjawab soal selidik berkenaan.
      Skala bagi menunjukkan kaji selidik itu mempunyai kebolehpercayaan yang
      tinggi ialah apabila skala yang diperolehi responden menghampiri 5.


              Manakala pemerhatian yang dijalankan oleh guru adalah sepanjang
      waktu proses pengajaran konstruktivisme, manakala sesi temubual akan
      dilaksanakan oleh guru dengan beberapa orang responden yang terpilih
      sahaja.
3.5   Prosedur Pengumpulan Data


            Kajian ini juga memerlukan bantuan daripada guru pembimbing di
      sekolah. Pengkaji akan memberikan soalan kaji selidik kepada responden
      yang terpilih secara khusus. Pengkaji akan meminta kebenaran daripada
      pihak sekolah (Guru Besar) untuk membenarkan responden menjawab
      soalan-soalan kaji selidik ini. Rakan-rakan guru akan membantu mentadbir
      kaji selidik itu dengan mengedarkan set soalan tersebut kepada 72 orang
      murid yang dipilih. Responden akan diberi penerangan terlebih dahulu
      sebelum dikehendaki menjawab soalan-soalan kaji selidik itu. Tempoh
      masa menjawab set soalan kaji selidik tersebut adalah 30 minit sahaja.
      Selepas itu soalan akan dipungut semula.


            Data bagi instrument ujian-pos, pemerhatian guru dan sesi temubual
      akan dikumpul menerusi prosedur berikut:


      a.   Pengkaji akan menjalankan sesi pengajaran Matematik, bagi kedua-
           dua kumpulan (kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan)
           mengunakan     pendekatan    yang     berbeza   sebelum   pengkaji
           mengedarkan ujian-pos.


      b.   Murid kumpulan eksperimen akan diajar menggunakan Blok Sifir
           dalam pendekatan pembelajaran konstruktivisme manakala murid dari
           kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan pendekatan
           tradisional.


      c.   Pemerhatian akan dijalankan di sepanjang sesi pengajaran bagi
           kedua-dua pendekatan tersebut.


      d.   Kesemua responden akan diberi ujian-pos sebelum sesi pengajaran
           tamat, sesi temubual pula akan dijalankan di antara guru dengan
           beberapa orang responden yang terpilih di luar waktu pembelajaran
           tersebut.
3.6      Cara Penganalisis Data


               Hasil dapatan yang diperolehi daripada instrumen-instrumen kajian
         yang diberikan kepada murid akan dinalisis menggunakan analisis
         deskriptif. Set data akan dipaparkan dalam bentuk jadual kekerapan.
         Bilangan skor yang diperolahi akan di kategorikan sebagai A, B, C, D dan
         E. Kekerapan yang diperolehi oleh setiap kategori akan dijadualkan.
         Kekerapan relatif, dan nilainya dalam peratusan juga akan dinyatakan
         dalam jadual yang sama. Seterusnya nilai yang diperolehi dalam ujian pos
         bagi kedua kumpulan berkenaan akan dibuat kesimpulan.


               Data-data yang dikumpulkan dalam penyelidikan ini akan dianalisis
         dengan menggunakan perisisan SPSS versi 14 dalam persekitaran
         windows. Oleh kerana kajian ini adalah untuk mengukur perbezaan dan
         peningkatan minat dan prestasi maka analisis akan dilakukan dengan
         membandingkan pencapaian min antara kumpulan eksperimen dan
         kumpulan kawalan.


               Penganalisian data kuantitif akan dilakukan. 16 soalan Bahagian A (
         Latar Belakang Responden ) dan 15 soalan Bahagian B ( soalan tertutup-
         data nominal dan ordinal ). Dalam soalan Bahagian A, data analisis
         menggunakan jadual taburan kekerapan bagi menghitung kekerapan dan
         peratusan. Manakal data untuk Bahagian B ( data ordinal ) pula akan
         dianalisis berdasarkan lima (5) tertib seperti paparan Jadual 1 berikut.




Kategori          Sangat tidak setuju        ----------------------------------   Sangat
                  setuju
Tertib                  1             2               3                 4          5
Skor (S)             5              4               3              2              1
Sampel(s)
Jumlah(S x n)


                    Jadual 1 : Jadual Pengumpulan Data


            Data     akan    dianalisis   menggunakan       indeks      kekerapan     dan
      peratusan. Bagi penganalisian data markah skor, taburan kekerapan dibuat
      bagi mencari purata markah skor.


3.7   Ringkasan


            Secara       keseluruhannya    pembelajaran      konstruktivisme     berjaya
      dilaksanakan sekiranya guru dan murid dapat memberikan kerjasama yang
      sepenuhnya. Kajian ini akan menjadi lebih berjaya sekiranya kerjasama
      atau komitmen guru dan murid adalah sangat cemerlang. Pendekatan ini
      sangat sesuai untuk pembelajaran Matematik selain daripada sesuai untuk
      mata pelajaran yang lain juga.


            Selain daripada itu, ia juga bukan sahaja sesuai dilaksanakan bagi
      pembelajaran untuk murid yang pandai, bahkan untuk semua kategori
      pencapaian murid dan yang membezakannya adalah cara aktiviti
      dijalankan.   Sesungguhnya        pembinaan       konsep   atau    idea   daripada
      pengalaman adalah lebih baik daripada penerimaan idea                atau konsep
      secara penerimaan semata-mata.

								
To top