Docstoc

BAB 4 : MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Document Sample
BAB 4 : MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Powered By Docstoc
					                                      BAB 4




                   ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN


4.1   Pengenalan


              Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada
      72 orang murid daripada dua buah kelas di salah sebuah sekolah rendah di
      Daerah Gombak, Selangor. Seterusnya, bab ini turut membentangkan hasil
      analisis data dan dapatan kajian tentang pencapaian dan minat murid
      terhadap Matematik dalam tajuk yang di ajar.


4.2   Profil Responden


              Kajian ini melibatkan seramai 72 orang murid Tahun Empat di
      sebuah sekolah kategori luar bandar. Murid-murid yang terlibat mempunyai
      tahap pencapaian yang agak sederhana di dalam mata pelajaran
      Matematik secara puratanya. Pernyataan ini adalah berdasarkan keputusan
      yang dicapai dalam Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2, dan juga pencapaian
      dalam    Peperiksaan    Pertengahan     Tahun.   Murid-murid   juga   secara
      umumnya telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas yang
      berkaitan dengan tajuk yang diajar seperti pecahan wajar, pecahan setara
      dan pecahan tak wajar. Selain itu, cara menambah nombor pecahan yang
      mempunyai penyebut yang sama telah diajar kepada murid, sebelum kajian
      sebenar dilaksanakan.
4.3      Laporan Dapatan Kajian


4.3.1 Analisis Soal Selidik


               Dapatan daripada gred keputusan yang dikutip dari Ujian Selaras 1,
         Ujian Selaras     2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009, boleh
         dikatakan bahawa pencapaian murid kelas ini dikategorikan sebagai
         sederhana.



                             Pencapaian Kumpulan Ekperimen
                95%

                                                       75.20%
                                  61.50%
                                                                           Lulus
                                        38.50%                             Gagal
                                                            24.80%


                      5%


                   US1                 US2                 PPT
                             Jenis Ujian/Peperiksaan

          Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Kumpulan Eksperimen dalam
      Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


               Berdasarkan graf di atas, dapat dilihat bahawa peratus pencapaian
         pencapaian lulus bagi setiap ujian dan peperiksaan adalah melebihi peratus
         gagal. Bagi Ujian Selaras 1 sebanyak 5% murid gagal . Peratus lulus bagi
         Ujian Selaras 2 adalah sebanyak 61.5% dan ianya meningkat dalam
         Peperiksaan Pertengahan Tahun sebanyak 13.70%. Manakala peratus
         murid gagal pula ialah 38.50% pada Ujian Selaras 2 dan nilai ini menurun
         sebanyak 13.7% menjadikan peratus gagal pada Peperiksaan Pertengahan
         Tahun ialah 24.80% sahaja.
                         Pencapaian Kumpulan Kawalan

         100%

                                                  80.60%
                               63.90%
                                                                     Lulus
                                                                     Gagal
                                    36.10%

                                                       19.40%

                0%

             US1                  US2                PPT
                        Jenis Ujian/Peperiksaan

      Graf 2 : Perbandingan Pencapaian Kumpulan Kawalan dalam
Ujian Selaras 1, Ujian Selaras 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


         Berdasarkan graf di atas, dapat dilihat bahawa peratus lulus
   pencapaian murid bagi setiap ujian dan peperiksaan adalah melebihi
   peratus gagal. Bagi Ujian Selaras 1 tiada murid yang gagal . Peratus lulus
   bagi Ujian Selaras 2 adalah sebanyak 63.9% dan ianya meningkat dalam
   Peperiksaan Pertengahan Tahun sebanyak 16.7%. Manakala peratus
   murid gagal pula ialah 36.1% pada Ujian Selaras 2 dan nilai ini menurun
   sebanyak 16.7% menjadikan peratus gagal pada Peperiksaan Pertengahan
   Tahun ialah 19.4% sahaja.


         Dapatan yang diperolehi ini membuktikan bahawa murid-murid dari
   kedua-dua kelas ini adalah kategori sederhana dan peratus gagal mungkin
   dapat dikurangkan lagi jika kaedah yang sesuai digunakan dalam sesi
   pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar
   seterusnya menambah nilai peratus lulus ini.


         Tahap pencapaian seseorang murid terhadap sesuatu mata
   pelajaran juga berkait rapat dengan minat. Minat yang tinggi akan
   merangsang pelajar untuk menumpukan perhatian dan secara tidak
     langsung akan mempertingkatkan kefahaman murid, dan seterusnya
     pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diminati akan seterus
     meningkat.



              Item                  Bilangan       Peratus
                                      Murid
              Meminati                  28          77.77%
              Tidak meminati            8          22.23 %


Jadual 4.1 : Minat murid terhadap subjek Matematik bagi Kumpulan Eksperimen


           Berdasarkan jadual 4.1, dapatan kajian yang dibuat mengenai minat
     murid dalam bidang Matematik ini mendapati bahawa 28 orang ( 77.77%)
     murid meminati mata pelajaran Matematik dan beranggapan bahawa mata
     pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang menarik dan
     mencabar. Manakala 8 orang ( 22.23 %) murid pula tidak meminati mata
     pelajaran ini dengan alasan mata pelajaran ini sukar untuk difahami


              Item                  Bilangan       Peratus
                                      Murid
              Meminati                  30          83.3 %
              Tidak meminati            6           16.7 %


 Jadual 4.2 : Minat Murid terhadap subjek Matematik bagi Kumpulan Kawalan


           Berdasarkan jadual 4.2, dapatan kajian yang dibuat mengenai minat
     murid dalam bidang Matematik ini mendapati bahawa 30 orang ( 83.3%)
     murid meminati mata pelajaran Matematik dan beranggapan bahawa mata
     pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang menarik dan
     mencabar. Manakala 6 orang ( 16.7 %) murid pula tidak meminati mata
     pelajaran ini dengan alasan mata pelajaran ini sukar untuk difahami.
      1 – Sangat Tidak Setuju                       4 – Setuju

      2 – Tidak Setuju                              5 – Sangat Setuju

      3 – Tidak Pasti

BIL          PERNYATAAN                    1        2            3        4        5


1.    Matematik           merupakan        1        2            2       27        4
      pelajaran                   yang   (2.8%)   (5.6%)   (5.6%)       (75%)    (11.1%)
      menyeronokkan.
2.    Kaedah         penyampaian           2        4            7       20        3
      yang       biasa     digunakan     (5.6%)   (11.1%) (19.4%) (55.6%)        (8.3%)
      dalam          pembelajaran
      senang difahami.
3.    Saya mampu memahami                  3        26           4        1        2
      kemahiran            Matematik     (8.3%)   (72.2%) (11.1%)       (2.8%)   (5.6%)
      tanpa bantuan guru.
4.    Saya lebih mudah faham               1        7        10          14        4
      konsep dan fakta dengan            (2.8%)   (19.4%) (27.8%) (38.9%) (11.1%)
      bantuan rakan.
5.    Saya        rasa      terbeban       3        2            3       20        8
      dengan kerja rumah yang            (8.3%)   (5.6%)   (8.3%)    (55.6%) (22.2%)
      diberikan          oleh     guru
      Matematik.
6.    Saya berminat menyertai              3        1            2       25        5
      aktiviti           berkumpulan     (8.3%)   (2.8%)   (5.6%)    (69.4%) (13.9%)
      semasa         pembelajaran
      Matematik.
7.    Saya        yakin         dengan     3        6        20           5        2
      kebolehan                    dan   (8.3%)   (16.7%) (55.6%) (13.9%)        (5.6%)
      kemampuan                   saya
      menyelesaikan masalah.
8.     Saya sentiasa bersedia               2        22       10       1        1
       untuk menjawab soalan              (5.6%)   (61.1%) (27.8%)   (2.8%)   (2.8%)
       ujian Matematik.
9.     Bertukar          pendangan          3        3        5        15      10
       dengan       rakan       sebaya    (8.3%)   (8.3%)   (13.9%) (41.7%) (27.8%)
       akan            menambahkan
       kefahaman             Matematik
       saya.
10.    Saya selalu bertanyakan              2        3        7        18       6
       guru     jika    menghadapi        (5.6%)   (8.3%)   (19.4%) (50.0%) (16.7%)
       kesukaran atau masalah
       dalam                  pelajaran
       Matematik.
11.    Saya sentiasa berazam                4        4        15       10       3
       untuk            memperbaiki (11.1%) (11.1%) (41.7%) (27.8%)           (8.3%)
       prestasi Matematik saya.
12.    Suasana         pembelajaran         3        2        3        18      10
       Matematik        si     sekolah    (8.3%)   (5.6%)   (8.3%)   (50.0%) (27.8%)
       rendah menyeronokkan.
13.    Saya menggunakan buku                2        1        2        23       8
       latihan tambahan selain            (5.6%)   (2.8%)   (5.6%)   (63.9%) (22.2%)
       buku teks.
14.    Saya     berasa        terpaksa      1        1        1        15      18
       mempelajari           Matematik    (2.8%)   (2.8%)   (2.8%)   (41.7%) (50.0%)
       kerana subjek teras.
15.    Matematik                  lebih     1        3        2        20      10
       menyeronokkan sekiranya            (2.8%)   (8.3%)   (5.6%)   (55.6%) (27.8%)
       guru       mempelbagaikan
       teknik penyampaian            di
       dalam kelas.


      Jadual 4.3 : Tahap keseronokkan dan minat murid dalam mata pelajaran
                             Matematik bagi Kumpulan Eksperimen
      Berdasarkan soal selidik yang terdapat pada jadual 4.3 di atas, seramai 27
orang (75 %) murid bersetuju menyatakan bahawa Matematik merupakan mata
pelajaran yang menyeronokan. Seramai 20 orang ( 55.6 % ) murid daripada 36
menyatakan bahawa kaedah penyampaian yang biasa digunakan dalam
pembelajaran senang difahami. Hanya seorang (2.8%)          murid sahaja yang
bersetuju, mampu memahami kemahiran Matematik tanpa bantuan guru.
Manakala 18 orang (50.0%) murid selalu bertanyakan guru jika menghadapi
kesukaran atau masalah dalam pelajaran Matematik. Seramai 23 orang (69.3%)
menggunakan buku latihan tambahan selain buku teks. Seterusnya seramai 20
orang (55.6%) menyatakan bahawa Matematik menyeronokkan sekiranyan guru
mempelbagaikan teknik penyampaian di dalam kelas.


      Secara keseluruhan murid menyatakan mudah faham dengan pengajaran
yang berbantukan bahan belajar. Ini menunjukkan bahawa majoriti m urid akan
meminati mata pelajaran Matematik jika bahan bantu belajar disediakan dapat
memudahkan mereka mendapat jawapan dengan mudah.


      Soal selidik yang disediakan adalah untuk mengetahui tahap keseronokkan
dan minat Matematik murid-murid. Selain itu, untuk menilai tahap minat mereka
terhadap mata pelajaran Matematik yang sentiasa dikaitkan dengan subjek yang
sukar untuk mendapat keputusan yang cemerlang terutamanya di kalangan murid
tahap sederhana.


      Secara umumnya, semua murid yang terlibat dalam kajian ini, mempunyai
tahap keseronokkan dan minat dalam bidang Matematik adalah sederhana baik.
Majoriti murid mengakui dan mengetahui bahawa Matematik adalah penting dan
sangat berguna dalam kehidupan sehari-hari. Secara tidak langsung ini
mempengaruhi minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik.


      Ramai murid, seperti yang dinyatakan dalam perenggan yang sebelum ini,
iaitu sebanyak 75% murid menyukai dan menyatakan bahawa Matematik adalah
menyeronokkan. Dan mata pelajaran ini menjadi lebih menarik dan mudah
difahami dengan adanya bahan-bahan tambahan sebagai bantuan pembelajaran
murid. Jelas di sini menunjukkan bahawa alat bantu belajar, selain membantu
meningkatkan kefahaman murid yang mana ianya akan berkait dengan
peningkatan pencapaian prestasi          murid, ia     juga    secara    tidak   langsung
menimbulkan dan meningkatkan minat murid-murid.


      1 – Sangat Tidak Setuju                     4 – Setuju

      2 – Tidak Setuju                            5 – Sangat Setuju

      3 – Tidak Pasti


BIL          PERNYATAAN                  1        2             3         4         5
 1.   Matematik           merupakan      0        3             2         23        8
      pelajaran                 yang   (0%)     (8.3%)        (5.6%)    (63.9%) (22.2%)
      menyeronokkan.
 2.   Kaedah         penyampaian         3        4             8         19        2
      yang       biasa     digunakan   (8.3%)   (11.1%) (22.2%) (52.8%)           (5.6%)
      dalam          pembelajaran
      senang difahami.
 3.   Saya mampu memahami                3        20           10         1         2
      kemahiran            Matematik   (8.3%)   (55.6%) (27.8%)         (2.8%)    (5.6%)
      tanpa bantuan guru.
 4.   Saya lebih mudah faham             3        5            14         10        4
      konsep dan fakta dengan          (8.3%)   (13.9%) (38.9%) (27.8%) (11.1%)
      bantuan rakan.
 5.   Saya        rasa      terbeban     3        7             3         15        8
      dengan kerja rumah yang          (8.3%)   (19.4%)       (8.3%)    (41.7%) (22.2%)
      diberikan          oleh   guru
      Matematik.
 6.   Saya berminat menyertai            6        10            0         9         11
      aktiviti           berkumpulan (16.7%) (27.8%)          (0%)      (25.0%) (30.6%)
      semasa         pembelajaran
      Matematik.
7.    Saya       yakin        dengan      3        5         18       6        4
      kebolehan                  dan    (8.3%)   (13.9%) (50.0%) (16.7%) (11.1%)
      kemampuan                 saya
      menyelesaikan masalah.
8.    Saya sentiasa bersedia             10        14        6        3        3
      untuk menjawab soalan (27.8%) (38.9%) (16.7%)                 (8.3%)   (8.3%)
      ujian Matematik.
9.    Bertukar           pendangan        0        4         6        15      11
      dengan       rakan      sebaya    (0%)     (11.1%) (16.7%) (41.7%) (30.6%)
      akan            menambahkan
      kefahaman             Matematik
      saya.
10.   Saya selalu bertanyakan             1        4         7        14      10
      guru     jika    menghadapi       (2.8%)   (11.1%) (19.4%) (38.9%) (27.8%)
      kesukaran atau masalah
      dalam                 pelajaran
      Matematik.
11.   Saya sentiasa berazam               4        0         7        8        7
      untuk            memperbaiki (11.1%)        (0%)     (19.4%) (22.2%) (19.4%)
      prestasi Matematik saya.


12.   Suasana         pembelajaran        3        10        3        10      10
      Matematik        si     sekolah   (8.3%)   (27.8%)   (8.3%)   (27.8%) (27.8%)
      rendah menyeronokkan.


13.   Saya menggunakan buku               2        0         3        20      11
      latihan tambahan selain           (5.6%)    (0%)     (8.3%)   (55.6%) (30.6%)
      buku teks.


14.   Saya     berasa        terpaksa     5        3         4        14      10
      mempelajari           Matematik (13.9%)    (8.3%)    (11.1%) (38.9%) (27.8%)
      kerana subjek teras.
15.     Matematik            lebih     2        2         2         15       15
        menyeronokkan sekiranya      (5.6%)   (5.6%)   (5.6%)     (41.7%) (41.7%)
        guru    mempelbagaikan
        teknik penyampaian      di
        dalam kelas.


      Jadual 4.4 : Tahap keseronokkan dan minat murid dalam mata pelajaran
                        Matematik bagi Kumpulan Kawalan


        Berdasarkan soal selidik yang terdapat pada jadual 4.4 di atas, seramai 23
orang (63.9%) murid bersetuju menyatakan bahawa Matematik merupakan
pelajaran yang menyeronokan. Seramai 19 orang ( 52.8 % ) murid daripada 36
menyatakan bahawa kaedah penyampaian yang biasa digunakan dalam
pembelajaran senang difahami. Hanya seorang (2.8%)              murid sahaja yang
bersetuju mampu memahami kemahiran Matematik tanpa bantuan guru.
Manakala 14 orang (38.9%) murid selalu bertanyakan guru jika menghadapi
kesukaran atau masalah dalam pelajaran Matematik. Seramai 20 orang (55.6%)
menggunakan buku latihan tambahan selain buku teks. Seterusnya seramai 15
orang (41.7%) menyatakan bahawa Matematik menyeronokkan sekiranyan guru
mempelbagaikan teknik penyampaian di dalam kelas.


        Secara keseluruhan murid menyatakan mudah faham dengan pengajaran
yang berbantukan bahan belajar. Ini menunjukkan bahawa 30 orang iaitu majoriti
murid    meminati mata pelajaran Matematik sekiranya guru-guru menggunakan
bahan bantu belajar     bagi memudahkan mereka mendapat jawapan dengan
mudah.


        Soal selidik yang disediakan adalah untuk mengetahui tahap keseronokkan
dan minat Matematik murid-murid dan juga untuk menilai tahap minat mereka
terhadap mata pelajaran Matematik yang sentiasa dikaitkan dengan subjek yang
sukar untuk mendapat keputusan yang cemerlang terutamanya di kalangan murid
tahap sederhana.
      Secara umumnya, semua murid yang terlibat dengan kajian ini, mempunyai
tahap keseronokkan dan minat dalam bidang Matematik adalah pada tahap
sederhana baik. Majoriti murid mengakui dan mengetahui bahawa Matematik
adalah penting dan sangat berguna dalam kehidupan sehari-hari. Juga, secara
tidak langsung ini mempengaruhi minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik.


      Ramai murid, seperti yang dinyatakan dalam perenggan yang sebelum ini,
sebanyak 83.3% murid menyukai dan menyatakan bahawa Matematik adalah
menyeronokkan sekiranya guru mempelbagaikan teknik dalam pengajaran. Dan
mata pelajaran ini menjadi lebih menarik dan mudah difahami dengan adanya
bahan-bahan tambahan sebagai bantuan untuk pembelajaran murid. Jelas di sini
menunjukkan bahawa alat bantu belajar selain membantu meningkatkan
kefahaman murid yang mana ianya akan berkait dengan peningkatan pencapaian
prestasi murid, ia juga secara tidak langsung menimbulkan dan meningkatkan
minat murid-murid.
      Bilangan dan peratusan mengenai keseronokkan dan minat murid dalam
bidang Matematik boleh dilihat seperti dalam jadual 4.5 bagi Kumpulan
Eksperimen dan jadual 4.6 bagi Kumpulan Kawalan seperti berikut.




               Item - Item     Bilangan        Peratusan
                    1             27              75%
                    2             20             55.6%
                    3              1              2.8%
                    4             14             38.9%
                    5             20             55.6%
                    6             25             69.4%
                    7              5             13.9%
                    8              1              2.8%
                    9             15             41.7%
                   10             18             50.0%
                   11             10             27.8%
                   12             18             50.0%
                   13             23             63.9%
                   14             15             41.7%
                   15             20             55.6%




      Jadual 4.5 : Bilangan dan peratusan keseronokkan dan minat murid
            dalam bidang Matematik bagi Kumpulan Eksperimen
        Item - Item     Bilangan        Peratusan
             1             23             63.9%
             2             19             52.8%
             3              1              2.8%
             4             10             27.8%
             5             15             41.7%
             6              9             25.0%
             7              6             16.7%
             8              3              8.3%
             9             15             41.7%
             10            14             38.9%
             11             8             22.2%
             12            10             27.8%
             13            20             55.6%
             14            14             38.9%
             15            15             41.7%




Jadual 4.6 : Bilangan dan peratusan keseronokkan dan minat murid
      dalam bidang Matematik bagi Kumpulan Kawa lan
4.3.2 Analisis Markah


                                        Tahap Pencapaian
                                            Kumpulan          Kumpulan
                    Gred         Bilangan Eksperimen Bilangan Kawalan
               A ( 80-100 )          11        30.%      0      0.0%
               B ( 60-79 )           19        52.8%     6     16.7%
               C ( 40-59 )           6         16.7%     11    30.6%
               D ( 20-39 )           0         0.0%      18    50.0%
               E ( 0- 19 )           0         0.0%      1      2.8%
               LULUS                 36       100.0%     17    47.2%
               GAGAL                 0         0.0%      19    52.8%

 Jadual 4.7 : Tahap pencapaian yang diperolehi bagi Ujian-Pos untuk Kumpulan
                              Eksperimen dan Kumpulan Kawalan


       Selepas ujian pos dilaksanakan, terdapat perbezaan markah yang
diperolehi oleh murid. Pencapaian ujian pos tersebut boleh dirujuk dalam jadual
4.7 . Dalam ujian bagi Kumpulan Eksperimen semua murid lulus (100%),
berbanding dengan Kumpulan Kawalan yang menunjukkan hanya 17 orang murid
(47.2%) sahaja yang lulus. Terdapat perbezaan sebanyak (52.8%) kelulusan
antara Kumpulan Eksperimen berbanding dengan Kumpulan Kawalan.


       Dapat juga dilihat dalam jadual tersebut bilangan murid yang mendapat
gred A seramai 11 orang ( 30.0%%) bagi Kumpulan Eksperimen. Manakala
Kumpulan Kawalan tiada murid mencapai gred A. Ini menunjukkan peningkatan
yang baik dengan menggunakan pendekatan konstraktivisme.. Manakala bilangan
murid yang gagal iaitu mendapat gred D dan gred E seramai 19 orang (52.8%)
bagi Kumpulan Kawalan. Bilangan ini agak besar iaitu melebih separuh murid
gagal dalam ujian tersebut.


       Hasil daripada analisis ujian-pos yang telah dijalankan menunjukkan
bahawa pencapaian Kumpulan Eksperimen yang menggunakan Blok Sifir lebih
baik berbanding Kumpulan Kawalan yang hanya menggunakan pendekatan
tradisional.
4.3.3    Pengujian Hipotesis


         Soalan Kajian :
         Adakah penggunaan kaedah kontruktivisme atau kaedah tradisional
         dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam tajuk yang telah di ajar ?

                                                             Eksperimen      Kawalan
            N                          Valid                          36           36
                                       Missing                         0            0
            Mean                                                   72.69        43.33
            Std. Error of Mean                                     2.210        2.143
            Median                                                 72.00        41.50
            Mode                                                     67            33
            Std. Deviation                                       13.262        12.860
            Variance                                             175.875      165.371
            Skewness                                               -.070         .384
            Std. Error of Skewness                                    .393       .393
            Range                                                      56         50
            Minimum                                                    44         17
            Ma ximum                                                  100         67
            Sum                                                    2617         1560
            Percentiles                25                          67.00        33.00
                                       50                          72.00        41.50
                                       75                          83.00        50.00


                                 Jadual 4.8 : Jadual Statistik data


        Hipotesis Nol dan Hipotesis Alternatif
        H0 : Tiada perbezaan dalam min skor ujian yang telah dijalankan.
        H1 : Terdapat perbezaan dalam min skor ujian yang telah dijalankan.




                Jadual 4.8 menunjukkan nilai min bagi pencapaian yang diperolehi
        dengan pengajaran yang menggunakan kaedah konstruktivisme ialah 72.69
        dan bagi pengajaran yang menggunakan kaedah tradisional pula ialah
        43.33. Nilai varians yang diperolehi masing-masing 13.262 bagi kaedah
        konstruktivisme          dan    12.860     bagi    kaedah       tradisional.    Kaedah
        konstruktivisme mempunyai sisihan piawai sebanyak 175.875 dan kaedah
        tradisional mempunyai sisihan piawai sebanyak 165.371.
       Maklumat persampelan boleh dilihat seperti dalam jadual 4.8 yang berikut;


Item                        N                   Sisihan Piawai                Min          Varians
Kumpulan                    36                      13.262                    72.69        175.875
Eksperimen
Kumpulan                    36                      12.860                    43.33        165.371
Kawalan


                            Jadual 4.9 : Maklumat persampelan


       1. Pernyataan hipotesis :
              H0 :  1 =  2           atau         1 -  2 = 0 (Tiada kesan)
              H1 :  1 >  2 atau                  1 -  2 > 0 (Kesan positif)


       2. Statistik ujian :
                            35(175.875)  35(165.371)
               s   p
                       =                              = 18.2145
                                       36

                                                1
               s   d
                       = ( 18.2145)
                                                36
                                                   = 3.0358

                           72.69  43.33
               T       =                 = 9.6713
                              3.0358


       3. Nilai genting dan rantau penolakan :
              Dengan aras keertian  =5%, daripada sifir taburan t dengan
               v =36 – 1 = 35,
              Nilai genting      t   35, 0.05
                                                = 2.0301


       4. Keputusan ujian :
              Oleh sebab t = 9.6713 >                t   35, 0.05
                                                                    = 2.0301 , maka tolak H0 pada aras

              keertiaan 5%.


       5. Kesimpulan :
            Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa data mempunyai
     maklumat yang cukup untuk menyokong wujud kesan positif, di mana
     pencapaian yang diperolehi daripada penggunaan kaedah kontruktivisme
     adalah lebih baik berbanding pencapaian yang diperolehi dari penggunaan
     kaedah pengajaran secara tradisional. Maka, terbukti bahawa kaedah
     pengajaran konstruktivisme yang digunakan dapat meningkatkan minat dan
     seterusnya pencapaian prestasi murid.


4.3.4 Penerimaan Hipotesis


            Dalam     menentukan       samada        H0     diterima    atau     ditolak
     adalahberpandukan kepada ujian-t satu hujung. Untuk melakukan ujian-t,
     data dari Jadual 4.5 diambil kira. Dari jadual tersebut bilangan n adalah 36,
     s1=12.860, s2=13.262,      1=72.69,   dan   2=43.33.   Ujian-t ini diuji pada tahap
     V=t35,0.05. Nilai ini boleh didapati dengan merujuk buku sifir statistik seperti
     yang telah di lampirkan di lampiran H. Dari sifir ini, mendapati nilai bagi
     V=t35,0.05 adalah 2.0301. Jika dari hasil pengiraan melebihi nilai V, maka H0
     akan diterima. Manakala jika hasil pengiraan lebih kecil dari nilai V maka H 0
     akan ditolak.


            Setelah melakukan bebarapa pengiraan, didapati nilai untuk t adalah
     9.6713. Dari sini jelas menunjukkan bahawa nilai t lebih kecil daripada nilai
     V. Ini menunjukkan bahawa t berada dalam rantau penerimaan. Oleh itu H0
     ditolak dan H1 diterima.


            Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa data mempunyai
     maklumat yang cukup untuk menyokong wujud kesan positif. Ini bererti,
     kaedah pengajaran konstruktivisme yang digunakan dapat meningkatkan
     minat dan pencapaian prestasi pelajar dalam pembelajaran.
4.4   Rumusan


             Bab ini telah menjelaskan maklumat responden          kajian dan
      membentangkan dapatan kajian tentang kesan penggunaan kaedah
      konstruktivisme dan kaedah tradisoanal dalam pengajaran bagi tajuk yang
      diajar,iaitu Masalah Penguasaan Operasi Tambah bagi Pecahan Setara di
      kalangan murid Tahun 4 terhadap minat, keseronokkan dan pencapaian
      prestasi.


             Murid adalah daripada kelompok murid yang mempunyai tahap
      pencapaian yang sederhana serta mempunyai minat yang juga sederhana
      dalam bidang Matematik .


             Data yang telah dianalisis jelas menunjukkan bahawa H0 ditolak dan
      H1 diterima, yang mana membawa maksud terdapat peningkatan terhadap
      pencapaian pelajar dengan menggunakan kaedah kontruktivisme semasa
      pengajaran bagi tajuk Masalah Penguasaan Operasi Tambah bagi
      Pecahan Setara. H0 adalah tiada perubahan diantara min markah dalam
      pencapaian yang menggunakan kaedah konstruktivisme dan kaedah
      tradisional yang telah dijalankan. Manakala H1 adalah terdapat perubahan
      di antara min markah ujian Kumpulan Eksperimen dan juga ujian Kumpulan
      Kawalan yang telah dijalankan.
                                    BAB 5




                  RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1   Pengenalan


            Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan
      dalam bab keempat.        Bab ini pula, sebagai penutup tirai, akan
      membentangkan ringkasan kajian , membincangkan dapatan-dapatan
      kajian, membuat kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi
      dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjutan.


5.2   Rumusan Hasil Kajian


            Kajian ini dilakukan bagi melihat kesan kaedah konstruktivisme
      dalam pengajaran tajuk Masalah Penguasaan Operasi Tambah bagi
      Pecahan Setara di kalangan murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di
      Daerah Gombak, Selangor. Responden kajian ini ialah murid Tahun 4 di
      salah sebuah sekolah di Daerah tersebut. Sampel kajian diambil daripada
      dua kelas yang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza iaitu
      menggunakan kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional.


            Instrumen kajian terdiri daripada ujian bagi Kumpulan Eksperimen
      dan ujian bagi Kumpulan Kawalan. Penyelidik telah bersemuka dan
      berbincang dengan penyelia kajian ini mengenai skrip ujian sebelum
      melaksanakan ujian tersebut kepada responden. Selain itu, penyelidik juga
      telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui          minat dan
      keseronokkan murid terhadap bidang Matematik.


            Sampel kajian terdiri daripada 36 orang murid daripada Kumpulan
      Eksperimen dan 36 orang daripada Kumpulan Kawalan terdiri daripada
      murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di Daerah Gombak. Data dikutip
      mengikut kumpulan dengan menggunakan ujian yang sama untuk dua
      kelas yang mempunyai pencapaian tahap sederhana iaitu seramai 72
      orang. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 14
      dalam persekitaran windows untuk mendapatkan nilai min, varians dan
      sisihan piawai. Analisis ujian-t juga digunakan untuk mendapatkan
      kesimpulan akhir.


5.3   Perbincangan Dapatan Kajian


            Analisis deskriftif mengenai persepsi dan minat     terhadap bidang
      Matematik    pada keseluruhannya menunjukkan sikap yang sederhana
      ( 69.4%) di kalangan responden yang terlibat dalam kajian ini. Dan terdapat
      juga sebahagian responden turut menyatakan bahawa Matematik adalah
      sukar untuk difahami. Dapatan ini sepadan seperti yang dinyatakan oleh
      Sabri et. al 2006, bahawa pendidikan Matematik di sekolah             tidak
      menyeronokkan dan sukar difahami.


            Daripada analisis tersebut juga terdapat kira-kira (48.6 %) responden
      menyatakan     Matematik     lebih   menyeronokkan       sekiranya    guru
      mempelbagaikan teknik penyampaian         di dalam kelas. Jelas di sini
      menunjukkan bahawa pemilihan kaedah pengajaran yang tepat dan sesuai
      amat memainkan peranan yang penting untuk memberi kefahaman kepada
      murid. Sikap dan minat murid boleh diubah sekiranya sesuatu pelajaran
      yang diajar dapat mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh murid.
      Pendekatan pengajaran yang kurang berkesan hanya akan menyukarkan
      kefahaman murid terhadap ilmu yang diberi. Keadaan ini juga seterusnya
      boleh membantutkan minat murid terhadap Matematik (Sabri et al. 2006).
               Dalam kajian ini juga, didapati bahawa sebahagian responden tidak
      mempunyai jawapan tepat mengenai pengetahuan sedia ada yang dimiliki
      dapat digunakan untuk mempelajari ilmu Matematik yang lebih susah.
      Keadaan ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami ilmu Matematik
      yang telah diperolehi untuk diaplikasikan dalam topik-topik yang lebih
      mencabar. Dan menjadikan kenyataan bahawa Matematik itu sukar adalah
      benar.


               Ujian-t digunakan bagi mengenalpasti sama ada wujud atau tidak
      perbezaan min markah di antara ujian bagi Kumpulan Eksperimen dan
      ujian bagi Kumpulan Kawalan. Daripada ujian-t yang dilakukan, didapati
      bagi hipotesis kajian, hipotesis nol ditolak kerana tidak terdapat perbezaan
      yang signifikan antara kedua ujian pos bagi dua kumpulan responden.
      Hipotesis alternatif diterima kerana terdapat perbezaan yang signifikan
      antara ujian bagi Kumpulan Eksperimen dan ujian bagi Kumpulan Kawalan.
      Maka kesimpulan akhir dapat dibuat bahawa                   kaedah pengajaran
      konstruktivisme yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian prestasi
      murid.


5.4   Implikasi Dapatan Kajian


               Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai
      kesimpulan kepada hasil kajian ini. Kajian ini mendapati:


                  (i)    Pengetahuan dan kemahiran asas Matematik bagi
                         sebahagianbesar murid adalah memuaskan.
                  (i)    Minat terhadap mata pelajaran Matematik sebahagian
                         daripada murid adalah sederhana.
                  (ii)   Kaedah pengajaran yang digunakan dapat meningkatkan
                         minat dan pencapaian prestasi pelajar.
             Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas Matematik
      bagi sebahagian kecil murid adalah sederhana. Implikasi dapatan ini ialah
      para guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan
      murid sebelum guru mula mengajar tajuk Matematik yang baru. Guru perl u
      mengenalpasti terlebih dahulu pengetahuan sedia ada murid. Informasi ini
      akan memudahkan guru untuk membuat perancangan pengajaran yang
      bersesuaian dengan tahap pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran
      asas yang dimiliki murid. Ini juga akan memudah dan melancarkan lagi sesi
      pengajaran dan pembelajaran.


             Guru perlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas
      yang   diperlukan sehingga     murid   menguasainya. Murid-murid    perlu
      menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ini untuk memudahkannya
      memahami tajuk yang baru. Mempelajari sesuatu tajuk yang baru tanpa
      menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang terdahulu hanya akan
      menyukarkan proses pembelajaran. Keadaan ini hanya akan melambatkan
      proses penerimaan ilmu yang baru. Oleh itu, guru perlu memastikan m urid-
      murid telah menguasai sekurang-kurangnya kemahiran-kemahiran asas
      yang diperlukan dalam pembelajaran tajuk yang baru.


5.5   Cadangan Kajian Lanjutan


             Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian.
      Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa
      kajian lanjutan:


             ( i ) Kajian ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 4 .
                    Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan murid-murid
                    yang berada di Tahap 2 sekolah rendah.


             (ii)   Kajian ini hanya merangkumi Operasi Tambah Pecahan Setara
                    Kajian seterusnya di cadangkan untuk merangkumi semua
                    Operasi yang melibatkan Tajuk Pecahan.
              (iii) Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik bagi membuktikan
                  bahawa    kaedah     yang   dipilih iaitu kaedah pembelajaran
                  konstruktivisme adalah berkesan dalam meningkatkan minat
                  dan prestasi murid, penyelidik         mencadangkan bagi kajian
                  lanjutan diadakan dengan membuat perbandingan antara
                  kaedah pembelajaran konstruktivisme dengan kaedah-kaedah
                  pembelajaran yang        lain. Dapatan daripada perbandingan
                  tersebut dikaji dan seterusnya keputusan dapat dibuat untuk
                  membuktikan       sama    ada     keadah     pembelajaran   secara
                  konstruktivisme    ini   lebih berkesan dari      lain-lain kaedah
                  pembelajaran atau sebaliknya.


5.6   Rumusan


              Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangka n
      dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan secara keseluruhan hasil
      dapatan     kajian,   membincangkan         impilikasi   dapatan   kajian   dan
      mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian ini
      hanya     merupakan kajian awal tentang            kesan kaedah penga jaran
      konstruktivisme terhadap peningkatan minat dan pencapaian prestasi murid
      dalam mata pelajaran Matematik bagi tajuk Masalah Penguasaan Operasi
      Tambah bagi Pecahan Setara. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu
      dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah
      pengajaran ini.
RUJUKAN


Bahagian Pendidikan Guru (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran
      Matematik SekolahRendah. DBP, Kuala Lumpur.


Dr Norhayati Haji Alwi, Dr Aida Suraya, Hj Md Yunus (2006). Perancangan
      Kurikulum Pendidikan Matematik, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.


Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan (Asas Pendidikan 4)
      Penerbitan FajarBakti, Shah Alam.


Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi II. Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit
      Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Effandi Zakaria.2005. Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik.Selangor:
      Penerbit Karisma Production Sdn. Bhd.


Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran
      dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications
      & Distributors Sdn Bhd.


Ernst Von Glasersfeld.1991. Radical Constructivism in Mathematics Education.
      Netherlands: Kluwer Academic Publishers.


Gauvain, M. 2001. The Social Context of cognitive development. New York: The
      Guilford Press.


Hamzah. 2001. Pembelajaran Matematika Menurut Teori Belajar Kontruktivisme.
      Editorial Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan Edisi 40, Departemen
      Pendidikan        Nasional   Republik   Indonesia.(    atas    talian    )
      www.DEPDIKNAS.GO.ID ( 28 Oktober 2008 )
Loh Kok Khuan, Maharom Mahmood (2001). Pembelajaran secara
      Konstruktivisme. PPK Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.


Mansor Ahmad Saman, Razali Mohamad & Shawaludin Anis, 1984. Pengantar
      Komunikasi. Pulau Pinang: Penerbit USM.


Ng Kim Choy. 1999. Prinsip-prinsip Konstruktivisme. (atas talian)
      http://www.teachersrock.net ( 2 November 2008 )


Nik Aziz Nik Pa (1992). AgendaTindakan Penghayatan Matematik KBSR dan
      KBSM,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendakatan Komstruktivisme Redikal Dalam Pendidikan
      Matematik,Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme.
      Kementerian Pendidikan Malaysia.


Rosalind Charlesworth. 1996. Experiences in Math for Young Children. Third
      Edition. United States of America: Delmar Publishers.


Rusdy. 2001. Cara Seseorang Memperoleh Pengetahuan dan Implikasinya pada
      Pembelajaran            Matematika.       (        atas       talian     )
      http://www.depdiknas.go.id/Jurnal/43/rusdy-a-siroj.htm ( 3 November 2008 )


Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar. 2006. Isu-Isu Dalam
      Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications &
      Distributors Sdn Bhd.


Tengku Zawawi (2005), Matematik KBSR dan KBSM: Harapan dan Realiti, Mac
      2006,http://members,tripod.com
                                                                LAMPIRAN A


                           SOAL SELIDIK MURID
                        (LATAR BELAKANG MURID)




Arahan : Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) di ruang yang disediakan


Bahagian 1 : SEKOLAH
Nama Sekolah : SK Sungai Buloh
                47000 Sungai Buloh Selangor




Bahagian 2 : BUTIR DIRI PELAJAR


1. Jantina :             Lelaki       (     )
                         Perempuan (        )




2. Kaum :                Melayu       (     )
                         Cina         (     )
                         India        (     )
                         Lain-lain    (     ) Sila nyatakan :_______________




3. Agama :               Islam        (     )
                         Cina         (     )
                         India        (     )
                         Lain-lain    (     ) Sila nyatakan:__ _____________
4. Cara datang ke sekolah :       Jalan Kaki      (   )
                                  Basikal         (   )
                                  Motosikal       (   )
                                  Lain-lain       (   )
                                  Sila nyatakan :________________


5. Kemudahan computer di rumah :          Ada         (     )
                                          Tiada       (     )




6. Kemudahan telefon bimbit :     Ada             (   )
                                  Tiada           (   )




7. Jumlah wang saku :             Kurang RM 1.00      (     )
                                  Rm1.00-RM 2.00      (     )




8. Tusyen :                       Ada             (   )
                                  Tiada           (   )




9. Keputusan Ujian (sila nyatakan):       Bahasa Melayu 1   (   )
                                          Bahasa Melayu 2   (   )
                                          Bahasa Inggeris   (   )
                                          Matematik   (     )
                                          Sains       (     )
Bahagian 3 : BUTIR DIRI KELUARGA/PENJAGA


1. Kaum :         Melayu         (      )
                  Cina           (      )
                  India          (      )
                  Lain-lain      (      ) sial nyatakan :___________________


2. Umur :         30an           (      )
                  40an           (      )
                  Lebih 50an     (      )


3. Kediaman :     Rumah sendiri         (       )
                  Rumah sewa (          )


4. Kelayakan Akademik :   Bawah SPM             (   )
                          SPM/Diploma           (   )
                          Ijazah/lebih tinggi   (   )


5. Pendapatan :   Kurang RM 1000                (   )
                  RM 1000-RM 2000               (   )
                  RM 2000 keatas                (   )


6. Pekerjaan :            Sendiri               (   )
                          Swasta                (   )




                                TERIMA KASIH
                                                                          LAMPIRAN B


                         SOAL SELIDIK MURID TAHUN 4


TUJUAN KAJIAN : Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan beberapa
maklumat tentang       tahap keseronokan dan minat pelajar terhadap pelajaran
Matematik.


ARAHAN :       Jawab semua soalan. Isi di ruangan yang disediakan.


MASA :                15 minit


BAHAGIAN 1 : SEKOLAH
Nama Sekolah : SK Sungai Buloh
                  47000 Sungai Buloh, Selangor.


BAHAGIAN 2 : MAKLUMAT MURID
PANDUAN :

      1 – Sangat Tidak Setuju                     4 – Setuju

      2 – Tidak Setuju                            5 – Sangat Setuju

      3 – Tidak Pasti



BIL                   PERNYATAAN                      1        2      3      4   5
 1.      Matematik merupakan pelajaran yang
         menyeronokkan.
 2.      Kaedah      penyampaian   yang   biasa
         digunakan dalam pembelajaran senang
         difahami.
 3.      Saya mempu memahami kemahiran
         Matematik tanpa bantuan guru.
4.    Saya lebih mudah faham konsep dan
      fakta dengan bantuan rakan.
5.    Saya    rasa      terbeban    dengan     kerja
      rumah      yang     diberikan    oleh     guru
      Matematik.
6.    Saya       berminat       menyertai     aktiviti
      berkumpulan        semasa       pembelajaran
      Matematik.
7.    Saya yakin dengan kebolehan dan
      kemampuan          saya       menyelesaikan
      masalah.
8.    Saya       sentiasa        bersedia      untuk
      menjawab soalan ujian Matematik.
9.    Bertukar     pendangan       dengan      rakan
      sebaya akan menambahkan kefahaman
      Matematik saya.
10.   Saya    selalu bertanyakan guru jika
      menghadapi kesukaran atau masalah
      dalam pelajaran Matematik.
11.   Saya       sentiasa        berazam       untuk
      memperbaiki prestasi Matematik saya.
12.   Suasana pembelajaran Matematik si
      sekolah rendah menyeronokkan.
13.   Saya    menggunakan            buku     latihan
      tambahan selain buku teks.
14.   Saya    berasa      terpaksa     mempelajari
      Matematik kerana subjek teras.
15.   Matematik         lebih      menyeronokkan
      sekiranya guru mempelbagaikan teknik
      penyampaian di dalam kelas.
                                                LAMPIRAN C


                      KUIZ 1 : TOPIK– PECAHAN


Pecahan Setara




1.   1       =
      2          10




2.   1      =
      4          8




3.   2      =
     5           10




4.   1      =
     2           6




5.    1      =
      4          8




6.    2      =

      3          6
                                                                 LAMPIRAN D
                       KUIZ 2 : TOPIK – PECAHAN

Jawab semua soalan di bawah.



1.        1   +    1               2.        3       +       1
          3        6                         4               8




3.    2       +   2                4.    2       +       1
      3           9                      6               3




5.    1       +   1                6.    3       +       1
      2           3                     10               5
                                                                    LAMPIRAN E


                           KUIZ 3 : TOPIK – PECAHAN

Jawab semua soalan di bawah.



1.        1       +    1               2.       1       +       1
          2            6                        2               5




3.    1       +        2               4.       2     +     1
      3               9                         3           2




5.    4       +        2               6.   6       +       1
      5               10                    8               4
                               PENGHARGAAN


                           Bismillahirrahmannirrahim


      Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan        kepada penyelia
kajian, iaitu Pn. Haslina Jaafar dan juga penyelia penulisan kertas cadangan
kajian ini, atas bimbingan, tunjuk ajar dan keperihatinan membantu tanpa mengira
masa dan tempat di sepanjang penulisan projek kajian ini.


      Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Hj. Zulkifli bin Hj. Hainin
selaku Guru Besar dan En. Abdul Rahman Idrus selaku Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Sungai Buloh, Selangor yang telah membenarkan projek kajian ini
dijalankan.


      Saya juga amat menghargai sokongan moral, dorongan dan idea-idea yang
diberikan rakan seperjuangan dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih kepada
Saudari Fairus Jannatul Naimah Jaafar, Saudari Asmida Ahmad dan Saudari
Fatehah Noramin.


      Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan guru yang
dikasihi, Pn. Normala Sanuse, Cik Siti Aishah Jantan, Cik Anisah Mohd Borham
dan Pn. Sulia Suhed kerana bantuan dan sokongan yang diberi sehingga kajian
ini dapat disiapkan. Tidak lupa kepada ayahanda dan bonda tercinta , Majid bin
Jusoh dan Mekalthom Awang yang sentiasa memberi doa dan restu. Jasa dan
budi baik semua akan dikenang selalu.
ISI KANDUNGAN                                              HALAMAN


PENGAKUAN                                                      i
PENGHARGAAN                                                    ii
ABSTRAK                                                        ii
ISI KANDUNGAN                                                  vi
SENARAI RAJAH                                                  vii
SENARAI GRAF                                                   vii
SENARAI JADUAL                                                 vii
SENARAI LAMPIRAN                                               viii


BAB 1   PENDAHULUAN

 1.1    Pengenalan                                             1
 1.2    Latar Belakang Kajian                                  2
 1.3    Persoalan Kajian                                       3
 1.4    Objektif Kajian                                        4
 1.5    Batasan Kajian                                         4
 1.6    Definisi Istilah                                       6
 1.7    Hipotesis Kajian                                       7
 1.8    Kepentingan Kajian                                     8


BAB 2   TINJAUAN LITERATUR

 2.1    Pengenalan                                             10
 2.2    Literatur Berkaitan                                    11
        2.2.1    Konstruktivisme                               13
        2.2.2    Teori dan Prinsip Asas Konstruktivisme        14
        2.2.3    Pendekatan Konstruktivisme dalam Proses
                 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik         16
        2.2.4   Konstruktivisme melalui pembelajaran
                koperatif dan inkuir                    17
        2.2.5   Pendekatan Tradisional dalam Proses
                Pengajaran dan Pembelajaran Matematik   17


 2.3    Kajian Berkaitan                                18
 2.4    Rumusan                                         21


BAB 3   METODOLOGI KAJIAN

 3.1    Pengenalan                                      22
 3.2    Rekabentuk Kajian                               22
 3.3    Populasi dan Sampel Kajian                      24
 3.4    Instrumen Kajian                                24
 3.5    Prosedur Pengumpulan Data                       25
 3.6    Cara Penganalisi Data                           26
 3.7    Ringkasan                                       27


BAB 4   ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

 4.1    Pengenalan                                      28
 4.2    Profil Responden                                29
 4.3    Laporan Dapatan Kajian
        4.3.1   Analisis Soal Selidik                   29
        4.3.2   Analisis Markah
        4.3.3   Pengujian Hipotesis                     42
        4.3.4   Penerimaan Hipotesis


 4.4    Rumusan                                         45
BAB 5   PERPINCANGAN DAN IMPLIKASI
 5.1    Pengenalan                    46
 5.2    Rumusan Hasil Kajian          46
 5.3    Perbincangan Dapatan Kajian   47
 5.4    Implikasi Dapatan Kajian      48
 5.5    Cadangan Kajian Lanjutan      49
 5.6    Rumusan                       50


RUJUKAN
LAMPIRAN
                    SENARAI RAJAH


RAJAH    TAJUK                                         HALAMAN
   1     Reka Bentuk Kajian                              23




                     SENARAI GRAF


GRAF     TAJUK                                         HALAMAN
   1     Perbandingan Pencapaian Kumpulan                29
         Eksperimen dalam Ujian Selaras 1, Selaras 2
         dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
   2     Perbandingan Pencapaian Kumpulan Kawalan        30
         dalam Ujian Selaras 1, Selaras 2 dan
         Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009




                   SENARAI JADUAL


JADUAL   TAJUK                                         HALAMAN
   1     Jadual Pengumpulan Data                         27
   4.1   Minat Murid Terhadap Subjek Matematik bagi      31
         Kumpulan Eksperimen
   4.2   Minat Murid Terhadap Subjek Matematik bagi      31
           Kumpulan Kawalan
   4.3     Tahap Keseronokkan dan Minat Murid dalam       32-33
           Mata Pelajaran Matematik bagi Kumpulan
           Eksperimen
   4.4     Tahap Keseronokkan dan Minat Murid dalam       35-37
           Mata Pelajaran Matematik bagi Kumpulan
           Kawalan


   4.5     Bilangan dan Peratusan Keseronokkan dan         39
           Minat Murid dalam Bidang Matematik bagi
           Kumpulan Eksperimen
   4.6     Bilangan dan Peratusan Keseronokkan dan         40
           Minat Murid dalam Bidang Matematik bagi
           Kumpulan Kawalan
   4.7     Tahap Pencapaian yang Diperolehi bagi Ujian     41
           Pos untuk Kumpulan Eksperimen dan
           Kumpulan Kawalan
   4.8     Jadual Statistik Data                           42
   4.9     Maklumat Pensampelan                            43




                     SENARAI LAMPIRAN


LAMPIRAN   TAJUK                                         HALAMAN
   A       Soal Selidik Murid                             51-53
   B       Soal Selidik Murid Tahun 4                     54-55
   C       Kuiz 1                                          56
   D       Kuiz 2                                          57
   E       Kuiz 3                                          58
   F       Surat Pengesahan Universiti Terbuka             59
   G       Sifir Nilai Genting Taburan t                  60-61

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4956
posted:3/30/2011
language:Malay
pages:40
Description: MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 DI