BAB 5 : MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Document Sample
BAB 5 : MASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Powered By Docstoc
					                                    BAB 5




                  RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1   Pengenalan


            Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan
      dalam bab keempat.        Bab ini pula, sebagai penutup tirai, akan
      membentangkan ringkasan kajian , membincangkan dapatan-dapatan
      kajian, membuat kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi
      dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjutan.


5.2   Rumusan Hasil Kajian


            Kajian ini dilakukan bagi melihat kesan kaedah konstruktivisme
      dalam pengajaran tajuk Masalah Penguasaan Operasi Tambah bagi
      Pecahan Setara di kalangan murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di
      Daerah Gombak, Selangor. Responden kajian ini ialah murid Tahun 4 di
      salah sebuah sekolah di Daerah tersebut. Sampel kajian diambil daripada
      dua kelas yang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza iaitu
      menggunakan kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional.


            Instrumen kajian terdiri daripada ujian bagi Kumpulan Eksperimen
      dan ujian bagi Kumpulan Kawalan. Penyelidik telah bersemuka dan
      berbincang dengan penyelia kajian ini mengenai skrip ujian sebelum
      melaksanakan ujian tersebut kepada responden. Selain itu, penyelidik juga
      telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui          minat dan
      keseronokkan murid terhadap bidang Matematik.


            Sampel kajian terdiri daripada 36 orang murid daripada Kumpulan
      Eksperimen dan 36 orang daripada Kumpulan Kawalan terdiri daripada
      murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di Daerah Gombak. Data dikutip
      mengikut kumpulan dengan menggunakan ujian yang sama untuk dua
      kelas yang mempunyai pencapaian tahap sederhana iaitu seramai 72
      orang. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 14
      dalam persekitaran windows untuk mendapatkan nilai min, varians dan
      sisihan piawai. Analisis ujian-t juga digunakan untuk mendapatkan
      kesimpulan akhir.


5.3   Perbincangan Dapatan Kajian


            Analisis deskriftif mengenai persepsi dan minat     terhadap bidang
      Matematik    pada keseluruhannya menunjukkan sikap yang sederhana
      ( 69.4%) di kalangan responden yang terlibat dalam kajian ini. Dan terdapat
      juga sebahagian responden turut menyatakan bahawa Matematik adalah
      sukar untuk difahami. Dapatan ini sepadan seperti yang dinyatakan oleh
      Sabri et. al 2006, bahawa pendidikan Matematik di sekolah             tidak
      menyeronokkan dan sukar difahami.


            Daripada analisis tersebut juga terdapat kira-kira (48.6 %) responden
      menyatakan     Matematik     lebih   menyeronokkan       sekiranya    guru
      mempelbagaikan teknik penyampaian         di dalam kelas. Jelas di sini
      menunjukkan bahawa pemilihan kaedah pengajaran yang tepat dan sesuai
      amat memainkan peranan yang penting untuk memberi kefahaman kepada
      murid. Sikap dan minat murid boleh diubah sekiranya sesuatu pelajaran
      yang diajar dapat mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh murid.
      Pendekatan pengajaran yang kurang berkesan hanya akan menyukarkan
      kefahaman murid terhadap ilmu yang diberi. Keadaan ini juga seterusnya
      boleh membantutkan minat murid terhadap Matematik (Sabri et al. 2006).
               Dalam kajian ini juga, didapati bahawa sebahagian responden tidak
      mempunyai jawapan tepat mengenai pengetahuan sedia ada yang dimiliki
      dapat digunakan untuk mempelajari ilmu Matematik yang lebih susah.
      Keadaan ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami ilmu Matematik
      yang telah diperolehi untuk diaplikasikan dalam topik-topik yang lebih
      mencabar. Dan menjadikan kenyataan bahawa Matematik itu sukar adalah
      benar.


               Ujian-t digunakan bagi mengenalpasti sama ada wujud atau tidak
      perbezaan min markah di antara ujian bagi Kumpulan Eksperimen dan
      ujian bagi Kumpulan Kawalan. Daripada ujian-t yang dilakukan, didapati
      bagi hipotesis kajian, hipotesis nol ditolak kerana tidak terdapat perbezaan
      yang signifikan antara kedua ujian pos bagi dua kumpulan responden.
      Hipotesis alternatif diterima kerana terdapat perbezaan yang signifikan
      antara ujian bagi Kumpulan Eksperimen dan ujian bagi Kumpulan Kawalan.
      Maka kesimpulan akhir dapat dibuat bahawa                   kaedah pengajaran
      konstruktivisme yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian prestasi
      murid.


5.4   Implikasi Dapatan Kajian


               Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai
      kesimpulan kepada hasil kajian ini. Kajian ini mendapati:


                  (i)    Pengetahuan dan kemahiran asas Matematik bagi
                         sebahagianbesar murid adalah memuaskan.
                  (i)    Minat terhadap mata pelajaran Matematik sebahagian
                         daripada murid adalah sederhana.
                  (ii)   Kaedah pengajaran yang digunakan dapat meningkatkan
                         minat dan pencapaian prestasi pelajar.
             Kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran asas Matematik
      bagi sebahagian kecil murid adalah sederhana. Implikasi dapatan ini ialah
      para guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan
      murid sebelum guru mula mengajar tajuk Matematik yang baru. Guru perlu
      mengenalpasti terlebih dahulu pengetahuan sedia ada murid. Informasi ini
      akan memudahkan guru untuk membuat perancangan pengajaran yang
      bersesuaian dengan tahap pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran
      asas yang dimiliki murid. Ini juga akan memudah dan melancarkan lagi sesi
      pengajaran dan pembelajaran.


             Guru perlu membuat ulangkaji pengetahuan dan kemahiran asas
      yang diperlukan sehingga murid menguasainya. Murid-murid perlu
      menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ini untuk memudahkannya
      memahami tajuk yang baru. Mempelajari sesuatu tajuk yang baru tanpa
      menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang terdahulu hanya akan
      menyukarkan proses pembelajaran. Keadaan ini hanya akan melambatkan
      proses penerimaan ilmu yang baru. Oleh itu, guru perlu memastikan murid-
      murid telah menguasai sekurang-kurangnya kemahiran-kemahiran asas
      yang diperlukan dalam pembelajaran tajuk yang baru.


5.5   Cadangan Kajian Lanjutan


             Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian.
      Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa
      kajian lanjutan:


             ( i ) Kajian ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 4 .
                    Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan murid-murid
                    yang berada di Tahap 2 sekolah rendah.


             (ii)   Kajian ini hanya merangkumi Operasi Tambah Pecahan Setara
                    Kajian seterusnya di cadangkan untuk merangkumi semua
                    Operasi yang melibatkan Tajuk Pecahan.
            (iii) Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik bagi membuktikan
                 bahawa kaedah yang dipilih iaitu kaedah pembelajaran
                 konstruktivisme adalah berkesan dalam meningkatkan minat
                 dan prestasi murid, penyelidik          mencadangkan bagi kajian
                 lanjutan diadakan dengan membuat perbandingan antara
                 kaedah pembelajaran konstruktivisme dengan kaedah-kaedah
                 pembelajaran yang lain. Dapatan daripada perbandingan
                 tersebut dikaji dan seterusnya keputusan dapat dibuat untuk
                 membuktikan       sama     ada     keadah     pembelajaran     secara
                 konstruktivisme    ini   lebih   berkesan     dari lain-lain   kaedah
                 pembelajaran atau sebaliknya.


5.6   Rumusan


            Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan
      dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan secara keseluruhan hasil
      dapatan    kajian,   membincangkan          impilikasi   dapatan    kajian   dan
      mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian ini
      hanya merupakan kajian awal tentang kesan kaedah pengajaran
      konstruktivisme terhadap peningkatan minat dan pencapaian prestasi murid
      dalam mata pelajaran Matematik bagi tajuk Masalah Penguasaan Operasi
      Tambah bagi Pecahan Setara. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu
      dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah
      pengajaran ini.
RUJUKAN


Bahagian Pendidikan Guru (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran
      Matematik SekolahRendah. DBP, Kuala Lumpur.


Dr Norhayati Haji Alwi, Dr Aida Suraya, Hj Md Yunus (2006). Perancangan
      Kurikulum Pendidikan Matematik, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.


Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan (Asas Pendidikan 4)
      Penerbitan FajarBakti, Shah Alam.


Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi II. Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit
      Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Effandi Zakaria.2005. Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik.Selangor:
      Penerbit Karisma Production Sdn. Bhd.


Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran
      dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications
      & Distributors Sdn Bhd.


Ernst Von Glasersfeld.1991. Radical Constructivism in Mathematics Education.
      Netherlands: Kluwer Academic Publishers.


Gauvain, M. 2001. The Social Context of cognitive development. New York: The
      Guilford Press.


Hamzah. 2001. Pembelajaran Matematika Menurut Teori Belajar Kontruktivisme.
      Editorial Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan Edisi 40, Departemen
      Pendidikan        Nasional   Republik   Indonesia.(    atas    talian    )
      www.DEPDIKNAS.GO.ID ( 28 Oktober 2008 )
Loh Kok Khuan, Maharom Mahmood (2001). Pembelajaran secara
      Konstruktivisme. PPK Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.


Mansor Ahmad Saman, Razali Mohamad & Shawaludin Anis, 1984. Pengantar
      Komunikasi. Pulau Pinang: Penerbit USM.


Ng Kim Choy. 1999. Prinsip-prinsip Konstruktivisme. (atas talian)
      http://www.teachersrock.net ( 2 November 2008 )


Nik Aziz Nik Pa (1992). AgendaTindakan Penghayatan Matematik KBSR dan
      KBSM,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendakatan Komstruktivisme Redikal Dalam Pendidikan
      Matematik,Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme.
      Kementerian Pendidikan Malaysia.


Rosalind Charlesworth. 1996. Experiences in Math for Young Children. Third
      Edition. United States of America: Delmar Publishers.


Rusdy. 2001. Cara Seseorang Memperoleh Pengetahuan dan Implikasinya pada
      Pembelajaran            Matematika.       (        atas       talian     )
      http://www.depdiknas.go.id/Jurnal/43/rusdy-a-siroj.htm ( 3 November 2008 )


Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar. 2006. Isu-Isu Dalam
      Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications &
      Distributors Sdn Bhd.


Tengku Zawawi (2005), Matematik KBSR dan KBSM: Harapan dan Realiti, Mac
      2006,http://members,tripod.com
                                                                LAMPIRAN A


                           SOAL SELIDIK MURID
                        (LATAR BELAKANG MURID)




Arahan : Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) di ruang yang disediakan


Bahagian 1 : SEKOLAH
Nama Sekolah : SK Sungai Buloh
                47000 Sungai Buloh Selangor




Bahagian 2 : BUTIR DIRI PELAJAR


1. Jantina :             Lelaki       (     )
                         Perempuan (        )




2. Kaum :                Melayu       (     )
                         Cina         (     )
                         India        (     )
                         Lain-lain    (     ) Sila nyatakan :_______________




3. Agama :               Islam        (     )
                         Cina         (     )
                         India        (     )
                         Lain-lain    (     ) Sila nyatakan:__ _____________
4. Cara datang ke sekolah :      Jalan Kaki      (   )
                                 Basikal         (   )
                                 Motosikal       (   )
                                 Lain-lain       (   )
                                 Sila nyatakan :________________


5. Kemudahan computer di rumah :         Ada         (     )
                                         Tiada       (     )




6. Kemudahan telefon bimbit :    Ada             (   )
                                 Tiada           (   )




7. Jumlah wang saku :            Kurang RM 1.00      (     )
                                 Rm1.00-RM 2.00      (     )




8. Tusyen :                      Ada             (   )
                                 Tiada           (   )




9. Keputusan Ujian (sila nyatakan):      Bahasa Melayu 1   (   )
                                         Bahasa Melayu 2   (   )
                                         Bahasa Inggeris   (   )
                                         Matematik   (     )
                                         Sains       (     )
Bahagian 3 : BUTIR DIRI KELUARGA/PENJAGA


1. Kaum :         Melayu         (      )
                  Cina           (      )
                  India          (      )
                  Lain-lain      (      ) sial nyatakan :___________________


2. Umur :         30an           (      )
                  40an           (      )
                  Lebih 50an     (      )


3. Kediaman :     Rumah sendiri         (       )
                  Rumah sewa (          )


4. Kelayakan Akademik :   Bawah SPM             (   )
                          SPM/Diploma           (   )
                          Ijazah/lebih tinggi   (   )


5. Pendapatan :   Kurang RM 1000                (   )
                  RM 1000-RM 2000               (   )
                  RM 2000 keatas                (   )


6. Pekerjaan :            Sendiri               (   )
                          Swasta                (   )




                                TERIMA KASIH
                                                                          LAMPIRAN B


                         SOAL SELIDIK MURID TAHUN 4


TUJUAN KAJIAN : Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan beberapa
maklumat tentang       tahap keseronokan dan minat pelajar terhadap pelajaran
Matematik.


ARAHAN :       Jawab semua soalan. Isi di ruangan yang disediakan.


MASA :                15 minit


BAHAGIAN 1 : SEKOLAH
Nama Sekolah : SK Sungai Buloh
                  47000 Sungai Buloh, Selangor.


BAHAGIAN 2 : MAKLUMAT MURID
PANDUAN :

      1 – Sangat Tidak Setuju                     4 – Setuju

      2 – Tidak Setuju                            5 – Sangat Setuju

      3 – Tidak Pasti



BIL                   PERNYATAAN                      1        2      3      4   5
 1.      Matematik merupakan pelajaran yang
         menyeronokkan.
 2.      Kaedah      penyampaian   yang   biasa
         digunakan dalam pembelajaran senang
         difahami.
 3.      Saya mempu memahami kemahiran
         Matematik tanpa bantuan guru.
4.    Saya lebih mudah faham konsep dan
      fakta dengan bantuan rakan.
5.    Saya    rasa      terbeban    dengan     kerja
      rumah      yang     diberikan    oleh     guru
      Matematik.
6.    Saya    berminat          menyertai     aktiviti
      berkumpulan        semasa       pembelajaran
      Matematik.
7.    Saya yakin dengan kebolehan dan
      kemampuan           saya      menyelesaikan
      masalah.
8.    Saya       sentiasa        bersedia      untuk
      menjawab soalan ujian Matematik.
9.    Bertukar    pendangan        dengan      rakan
      sebaya akan menambahkan kefahaman
      Matematik saya.
10.   Saya selalu bertanyakan guru jika
      menghadapi kesukaran atau masalah
      dalam pelajaran Matematik.
11.   Saya       sentiasa        berazam       untuk
      memperbaiki prestasi Matematik saya.
12.   Suasana pembelajaran Matematik si
      sekolah rendah menyeronokkan.
13.   Saya    menggunakan            buku     latihan
      tambahan selain buku teks.
14.   Saya    berasa      terpaksa     mempelajari
      Matematik kerana subjek teras.
15.   Matematik         lebih      menyeronokkan
      sekiranya guru mempelbagaikan teknik
      penyampaian di dalam kelas.
                                                LAMPIRAN C


                      KUIZ 1 : TOPIK– PECAHAN


Pecahan Setara




1.   1       =
      2          10




2.   1      =
      4          8




3.   2      =
     5           10




4.   1      =
     2           6




5.    1      =
      4          8




6.    2      =

      3          6
                                                                 LAMPIRAN D
                       KUIZ 2 : TOPIK – PECAHAN

Jawab semua soalan di bawah.



1.        1   +    1               2.        3       +       1
          3        6                         4               8




3.    2       +   2                4.    2       +       1
      3           9                      6               3




5.    1       +   1                6.    3       +       1
      2           3                     10               5
                                                                    LAMPIRAN E


                           KUIZ 3 : TOPIK – PECAHAN

Jawab semua soalan di bawah.



1.        1       +    1               2.       1       +       1
          2            6                        2               5




3.    1       +        2               4.       2     +     1
      3               9                         3           2




5.    4       +        2               6.   6       +       1
      5               10                    8               4
                               PENGHARGAAN


                           Bismillahirrahmannirrahim


      Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan        kepada penyelia
kajian, iaitu Pn. Haslina Jaafar dan juga penyelia penulisan kertas cadangan
kajian ini, atas bimbingan, tunjuk ajar dan keperihatinan membantu tanpa mengira
masa dan tempat di sepanjang penulisan projek kajian ini.


      Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Hj. Zulkifli bin Hj. Hainin
selaku Guru Besar dan En. Abdul Rahman Idrus selaku Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Sungai Buloh, Selangor yang telah membenarkan projek kajian ini
dijalankan.


      Saya juga amat menghargai sokongan moral, dorongan dan idea-idea yang
diberikan rakan seperjuangan dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih kepada
Saudari Fairus Jannatul Naimah Jaafar, Saudari Asmida Ahmad dan Saudari
Fatehah Noramin.


      Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan guru yang
dikasihi, Pn. Normala Sanuse, Cik Siti Aishah Jantan, Cik Anisah Mohd Borham
dan Pn. Sulia Suhed kerana bantuan dan sokongan yang diberi sehingga kajian
ini dapat disiapkan. Tidak lupa kepada ayahanda dan bonda tercinta , Majid bin
Jusoh dan Mekalthom Awang yang sentiasa memberi doa dan restu. Jasa dan
budi baik semua akan dikenang selalu.
ISI KANDUNGAN                                              HALAMAN


PENGAKUAN                                                      i
PENGHARGAAN                                                    ii
ABSTRAK                                                        ii
ISI KANDUNGAN                                                  vi
SENARAI RAJAH                                                  vii
SENARAI GRAF                                                   vii
SENARAI JADUAL                                                 vii
SENARAI LAMPIRAN                                               viii


BAB 1   PENDAHULUAN

 1.1    Pengenalan                                             1
 1.2    Latar Belakang Kajian                                  2
 1.3    Persoalan Kajian                                       3
 1.4    Objektif Kajian                                        4
 1.5    Batasan Kajian                                         4
 1.6    Definisi Istilah                                       6
 1.7    Hipotesis Kajian                                       7
 1.8    Kepentingan Kajian                                     8


BAB 2   TINJAUAN LITERATUR

 2.1    Pengenalan                                             10
 2.2    Literatur Berkaitan                                    11
        2.2.1    Konstruktivisme                               13
        2.2.2    Teori dan Prinsip Asas Konstruktivisme        14
        2.2.3    Pendekatan Konstruktivisme dalam Proses
                 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik         16
        2.2.4   Konstruktivisme melalui pembelajaran
                koperatif dan inkuir                    17
        2.2.5   Pendekatan Tradisional dalam Proses
                Pengajaran dan Pembelajaran Matematik   17


 2.3    Kajian Berkaitan                                18
 2.4    Rumusan                                         21


BAB 3   METODOLOGI KAJIAN

 3.1    Pengenalan                                      22
 3.2    Rekabentuk Kajian                               22
 3.3    Populasi dan Sampel Kajian                      24
 3.4    Instrumen Kajian                                24
 3.5    Prosedur Pengumpulan Data                       25
 3.6    Cara Penganalisi Data                           26
 3.7    Ringkasan                                       27


BAB 4   ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

 4.1    Pengenalan                                      28
 4.2    Profil Responden                                29
 4.3    Laporan Dapatan Kajian
        4.3.1   Analisis Soal Selidik                   29
        4.3.2   Analisis Markah
        4.3.3   Pengujian Hipotesis                     42
        4.3.4   Penerimaan Hipotesis


 4.4    Rumusan                                         45
BAB 5   PERPINCANGAN DAN IMPLIKASI
 5.1    Pengenalan                    46
 5.2    Rumusan Hasil Kajian          46
 5.3    Perbincangan Dapatan Kajian   47
 5.4    Implikasi Dapatan Kajian      48
 5.5    Cadangan Kajian Lanjutan      49
 5.6    Rumusan                       50


RUJUKAN
LAMPIRAN
                    SENARAI RAJAH


RAJAH    TAJUK                                         HALAMAN
   1     Reka Bentuk Kajian                              23




                     SENARAI GRAF


GRAF     TAJUK                                         HALAMAN
   1     Perbandingan Pencapaian Kumpulan                29
         Eksperimen dalam Ujian Selaras 1, Selaras 2
         dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
   2     Perbandingan Pencapaian Kumpulan Kawalan        30
         dalam Ujian Selaras 1, Selaras 2 dan
         Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009




                   SENARAI JADUAL


JADUAL   TAJUK                                         HALAMAN
   1     Jadual Pengumpulan Data                         27
   4.1   Minat Murid Terhadap Subjek Matematik bagi      31
         Kumpulan Eksperimen
   4.2   Minat Murid Terhadap Subjek Matematik bagi      31
           Kumpulan Kawalan
   4.3     Tahap Keseronokkan dan Minat Murid dalam       32-33
           Mata Pelajaran Matematik bagi Kumpulan
           Eksperimen
   4.4     Tahap Keseronokkan dan Minat Murid dalam       35-37
           Mata Pelajaran Matematik bagi Kumpulan
           Kawalan


   4.5     Bilangan dan Peratusan Keseronokkan dan         39
           Minat Murid dalam Bidang Matematik bagi
           Kumpulan Eksperimen
   4.6     Bilangan dan Peratusan Keseronokkan dan         40
           Minat Murid dalam Bidang Matematik bagi
           Kumpulan Kawalan
   4.7     Tahap Pencapaian yang Diperolehi bagi Ujian     41
           Pos untuk Kumpulan Eksperimen dan
           Kumpulan Kawalan
   4.8     Jadual Statistik Data                           42
   4.9     Maklumat Pensampelan                            43




                     SENARAI LAMPIRAN


LAMPIRAN   TAJUK                                         HALAMAN
   A       Soal Selidik Murid                             51-53
   B       Soal Selidik Murid Tahun 4                     54-55
   C       Kuiz 1                                          56
   D       Kuiz 2                                          57
   E       Kuiz 3                                          58
   F       Surat Pengesahan Universiti Terbuka             59
   G       Sifir Nilai Genting Taburan t                  60-61

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1016
posted:3/30/2011
language:Malay
pages:22
Description: TESIS BAB 5 : TMASALAH PENGUASAAN OPERASI TAMBAH BAGI PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4