Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

isu-isu semasa pendidikan khas

VIEWS: 343 PAGES: 2

									Pendidikan Khas : Semakin penting

PENDIDIKAN Khas menjadi salah satu keutamaan Kementerian Pelajaran dalam
menghargai guru-guru yang gigih berusaha dan berkorban untuk memberi
pendidikan kepada pelajar yang berkeperluan khas.

Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2005 disediakan oleh Kementerian
Pelajaran untuk menghargai mereka.

Ia merupakan pengiktirafan kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan
selain menggalakkan lebih banyak guru terlibat dalam pendidikan khas.

Anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif
dan inovatif.

Ia juga sebagai pengiktirafan kementerian kerana menyedari kemahiran mengurus
pelajar berkeperluan khas bukan sahaja melalui membaca buku tetapi perlu melalui
pelbagai pengalaman dan ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan
berbeza dengan guru-guru yang mengajar pelajar normal.

Mengajar pelajar pendidikan khas bukanlah suatu tugas yang mudah kerana mereka
mempunyai pelbagai masalah di samping masalah utama yang dihadapi.



Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah

KANAK-kanak akan melalui tiga saringan setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada meeka perlu mengikuti
program Literasi da Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran.


Saringan akan dibuat pada Mac, Jun dan September.


Mengikut dokumen Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju – Ringkasan Eksekutif, tujuan program itu
adalah untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (Bahasa
Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah.


Bagi tujuan itu, modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan konsep mudah difahami akan diajar lebih
awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.


Latihan hampir 17,000 guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu
lepas dan awal tahun ini.


Sehubungan itu, pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus sekolah yang tercorot oleh
para pegawai dan pendidikan di peringkat negeri dan daerah akan dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi memantapkan lagi program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan
Pendidikan Daerah, bagi membantu guru literasi dan numerasi sekolah.

								
To top